FOLLOW ME


Monday, 2 July 2012

SKANDAL 1 BILLION KERAJAAN NEGERI SELANGOR PAKATAN RAKYAT AKAN TERBONGKAR???



Satu skandal RM1 bilion melibatkan kerajaan Selangor Pakatan Rakyat, sebuah syarikat yang disenaraikan dan penyalahgunaan wang rakyat bakal dibongkarkan.Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong menyatakan menerusi beberapa tulisannya di Twitter mengenai kontroversi itu pada Ahad bahawa beliau akan mendedahkan “skandal yang melibatkatkan penyelewengan dan urusan bernilai RM1 bilion”.Chua berkata,beliau menerima maklumat mengenai urusan yang tersembunyi di sebalik transaksi yang merumitkan.Beliau berkata,urusan itu antara lain berkaitan dengan pemindahan aset,taktik penstrukturan semula dan pelaksanaan korporat Baca Selanjutnya...:

TQ Badut Rakyat


Gombak!!! Gempur!!!

MENGAPA MB SELANGOR TETAP BERDEGIL PERTAHANKAN...???



Masa adalah senjata ampuh untuk mendedahkan belang ahli politik. Masa membawa cabaran tersendiri yang menguji sama ada ahli politik terbabit akan mengotakan janji atau setakat bersifat retorik sahaja.

Masa yang dimaksudkan itu telah sampai untuk Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim …tetapi berlalu begitu sahaja tanpa Menteri Besar Selangor itu mengambil sebarang tindakan untuk menyiasat perilaku Setiausaha Politiknya Faekah Husin.

Faekah menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar untuk menulis dan mencadangkan kepada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) supaya melantik firma anak saudaranya sebagai panel peguam kepada syarikat kerajaan negeri itu. Baca Selanjutnya....



TQ MatKilau Penang.

Gombak!!! Gempur!!!

PEKUNG PKR SELANGOR TERBUKA SATU PER SATU.....


Skandal RM1 Bilion Kerajaan Selangor Serius PKR TUDUH DAP...DAP TUDUH PAS..PAS TUDUH PKR...SENANG CERITA BAGI KERAJAAN BN DAN UMNO MEMERINTAH BARU SELESAI....HA HA HA.

PETALING JAYA, 2 Julai - Koordinator Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, Pakatan Rakyat perlu menjelaskan kepada rakyat kenapa aset yang dimiliki oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan telah menyusut.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong menyatakan menerusi beberapa tulisannya di Twitter mengenai kontroversi itu pada Ahad bahawa beliau akan mendedahkan “skandal yang melibatkan penyelewengan dan urusan bernilai RM1 bilion”.


TQ Melayu Berwawasan.

Gombak!!! Gempur!!!

Sunday, 1 July 2012

PEMIMPIN BN GOMBAK SETIA TEPATI CITARASA ANAK MUDA!!!



Berakhir sudah demam Euro 2012 awal pagi tadi apabila pasukan Spain telah menewaskan pasukan Italy dengan 4 - 0 seterusnya mejadi pasukan pertama yang memenangi 3 kejohanan besar berturut-turut dan dalam masa yang sama pasukan pertama yang berjaya mempertahankan Kejuaraan Eropah. Dengan berakhirnya kejohanan Euro 2012 ini juga maka berakhirlah  siri-siri mata lebam dan bengkak di pejabat atau tertidur didepan komputer atau waktu bekerja anak-anak muda yang sanggup bercekang mata menyaksikan perlawanan-perlawanan pasukan pilihan mereka pada awal pagi antara jam 2.45 pagi hingga 4.30 pagi.


Atas kegilaan bolasepak yang begitu mendalam pada anak-anak muda khususnya anak muda Rantau Gombak, maka Penyelaras BN DUN Gombak Setia iaitu Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad mengambil langkah bijak dan pendekatan yang boleh dikatakan "out of the box" apabila menganjurkan 3 siri program "Nonton Bola Dun Gombak Setia" di perkarangan Pejabat Penyelaras Barisan Nasional DUN Gombak Setia.

Bermula dengan Perlawanan Kumpulan di antara France menentang Ukraine pada 15/06/2012. Baca Selanjutnya..... 

Kemudian Germany menentang Italy pada 29/06/2012 dan kemuncaknya Final Euro 2012 pada 02/07/2012 ini.


Anak muda Rantau Gombak bukan saja diraikan dengan diberi kemudahan untuk menonton secara live perlawanan Euro pada layar besar tetapi mereka juga di sajikan dengan jamuan seperti nasi lemak serta "free flow" teh o dan kopi o untuk menghilangkan rasa mengantuk ketika menonton perlawanan tersebut. Disamping itu pada siri 1 dan siri 2 telah diadakan cabutan bertuah yang mana hadiah utama berupa 2 helai jersey pada pada setiap siri telah diberikan pada para pemenang hadiah-hadiah utama yang bernasib baik.

Pada kali ini untuk Perlawanan Final ini pula lebih banyak hadiah utama dan lebih banyak acara telah disediakan. Sebelum sepak mula perlawanan akhir Euro ini telah diadakan 2 pertandingan yang terbuka kepada sesiapa sahaja. Pertama Pertandingan Timbang Bola dan kedua Pertandingan Sepak Berliku. Untuk Pertandingan Timbang Bola para peserta akan menimbang bola dengan apa cara sekali pun dan kiraan timbangan terbanyak akan menjadi johan. Manakala Pertandingan Sepak Berliku pula para peserta dikhendaki untuk menjaringkan gol secara sepakan leret yang mana bola tersebut terpaksa mengharungi laluan yang berliku dan struktur tanah yang tidak rata sebelum sampai ke pintu gol kecil. Siapa yang dapat menjaringkan gol pada cubaan pertama akan lepas ke saringan seterusnya dan pada saringan kedua, jaringan terbanyak akan dinobatkan sebagai juara. 


Namun acara kemuncak iaitu cabutan bertuah adalah acara yang amat mendapat perhatian para anak muda dan merupakan acara yang dinanti- nantikan kerana hadiah utama berupa "Boot" Bola jenama Adidas Predator yang terbaru menjadi rebutan disamping beberapa helai jersi pasukan-pasukan ternama liga Perdana Inggeris.

Kesimpulannya Penyelaras Barisan Nasional Dun Gombak Setia menepati cita rasa anak muda Rantau Gombak Utara dengan menganjurkan program yang anak muda minati dan gemari seperti ini apabila hampir 80 orang anak muda rantau berkumpul pada malam final ini bermula jam 1.30 pagi hingga jam 5.00 pagi walaupun pada hari bekerja. Rata-rata dikalangan anak muda rantau Gombak ini wujud keakraban dan perpaduan serta silahturrahim yang erat diperlihatkan pada pagi tadi melalui acara-acara yang di anjurkan dan sorakan serta gurau senda sewaktu menonton perlawanan akhir Euro 2012 ini. Tahniah dan Syabas kepada Penyelaras Barisan Nasional Dun Gombak Setia serta ahli jawatankuasa penganjur program "Nonton Bola Dun Gombak Setia" kerana telah berjaya membuktikan Barisan Nasional lah pilihan anak muda rantau Gombak....

Gombak!!! Gempur!!!

Thursday, 28 June 2012

PM DATO SERI NAJIB TUN RAZAK "SEMPOI"


YAB Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak memang sempoi. Itu lah yang rata-rata dikatakan oleh pengunjung dan para kartunis yang menerima kunjungan tetamu istimewa YAB Perdana Menteri Malaysia sewaktu program PM Bersama Kartunis di Central Market tempohari. Jom kita saksikan sendiri kesempoian Perdana Menteri Malaysia yang kita sayangi ini. Tak pernah MNK lihat secara live Perdana Menteri kita bernyanyi untuk rakyat inilah pertama kali.

Lagu "Stand By Me" yang dipopularkan oleh Ben E King  ini merupakan salah satu lagu kegemaran Dato' Seri Najib. Dato' Seri Najib yang cukup sporting telah bersama-sama mendendangkan lagu tersebut bersama barisan artis jemputan seperti Datuk Dj. Dave, Datuk Hattan dan Datuk Malek Ridzuan. Kan best kalau Dato Seri Najib nyanyi secara solo...fullamak...sure gempak. Apa pun Thank you YAB PM kerana sudi hiburkan rakyat dengan dendangan lagu "Stand By Me". Sure! we all will surely stand by you! 

Jom kita saksikan....



GOMBAK!!! GEMPUR!!!

WAJIB BACA!!!