FOLLOW ME


Sunday 17 June 2012

PENYELARAS BN DUN GOMBAK SETIA COVER KERJA AZMIN ALI ?


Kalau nak harap Ahli Parlimen Gombak Pakatan Rakyat Azmin Ali buat program seumpama ini untuk golongan muda di Gombak ini jangan haraplah. Mujur ada Penyelaras Barisan Nasional Dun Gombak Setia Datuk Hj Said Anuar Said Ahmad yang ambil berat dan prihatin dengan masalah orang muda serta minat dan khendak anak-anak muda di Gombak ini khusus di Rantau Gombak. Terbelalah jugak nasib anak-anak muda di Gombak ini. Program Nonton Bola DUN Gombak Setia ini adalah contoh yang jelas yang mana program ini dijalankan khusus untuk memberi kemudahan kepada anak-anak muda di rantau Gombak untuk menonton pasukan kegemaran mereka beraksi pada Kejohanan Bolasepak Eropah 2012 dengan kemudahan "big screen" ala-ala panggung wayang terbuka. Sambil menikmati juadah yang disediakan secara percuma seperti Nasi Lemak, Buah Manggis dan minuman panas kopi o dan teh o, anak-anak muda rantau Gombak ini dihimpun untuk satu aktiviti sihat yang secara langsung dapat menghindar mereka daripada terlibat dengan gejala rempit dan tidak sihat yang lain pada malam sabtu. Turut disediakan pada program ini cabutan bertuah yang diadakan pada masa rehat separuh masa pertama dan pada masa tamat perlawanan. Hadiah berupa 2 helai jersey menjadi hadiah utama manakala hadiah saguhati sebanyak 6 "Mug" telah diberikan kepada mereka yang bertuah.


Disamping beramah mesra bersama anak-anak muda ini, peluang ini juga diambil untuk mendekati mereka dan memberi mereka peluang untuk mengenali pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dalam keadaan santai dan tanpa ada birokrasi dan protokol. Melalui program ini anak muda boleh melihat sendiri sikap keterbukaan pemimpin Barisan Nasional yang mudah untuk didekati dan sentiasa sedia mendengar apa jua permasalahan mereka. Tahniah dan Syabas MNK ucapkan kepada Penyelaras BN DUN Gombak Setia atas usaha menganjurkan program ini yang terbuka kepada siapa sahaja yang berminat untuk menonton pertandingan Euro 2012 ini. Ini juga dilihat di mata anak muda sebagai satu lagi khidmat yang amat baik khususnya kepada anak muda dengan menyediakan tayangan pertandingan bolasepak Euro Cup 2012 ini telah diberikan oleh Penyelaras Barisan Nasional Dun Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad. Tahniah!!!




Gombak!!! Gempur!!! 

WAJIB BACA!!!