Wednesday, 13 July 2011

ANTARA 3 DOSA ANDA MENYERTAI BERSIH?


Apakah BERSIH ini satu ibadah atau perkara maksiat? Sudah pasti agak sukar untuk mengatakan ini satu ibadah, satu jihad dan sebagainya kerana proses kearah ibadah itu tadi bertentangan dengan ajaran Islam serta perintah-perintah Allah yang mana jelas terkandung didalam Ayat suci Al-Quran itu sendiri. Seperti ustazku kata suatu ketika dulu kalau sesuatu itu hendak dianggapkan ibadah perkara-perkara kearah pelaksanaan sesuatu tindakan itu tidak boleh bercampur dengan perkara yang jelas haram. Misal kata kalau kita berniat mencari rezeki dan mencari rezeki itu tadi boleh dianggap sebagai ibadah sekiranya kita menjaga yang wajib dan tidak melakukan perkara yang haram dan bercampur atau subahat dengan perkara haram. Kerja di Kelab Malam walaupun kita mencari rezeki tidak boleh menjadikan ianya ibadah dan diberi pahala ibadah kerana perlaksanaannya bercampur dengan perkara yang jelas haram. Lain lah kalau kita bekerja sebagai Nazir di masjid atau penceramah agama dan sebagainya. Ianya akan dianggap sebagai suatu ibadah kalau kita tetap menjaga perkara yang wajib sambil kita berkerja itu.
Jadi kalau pekerjaan yang kita lakukan dalam penyertai perhimpunan Bersih ini tadi tidak boleh dianggap sebagai ibadah apakah ianya boleh dianggap Jihad?
Cuba kita renungkan 3 perkara berikut:- 

Dosa Pertama - Tindakan Ulamak-ulamak PAS dan Tuan Guru PAS, Ustaz-ustaz dan muslimat-muslimat PAS yang menyertai himpunan Bersih secara terang menolak ayat-ayat Al-Quran yang mana secara jelas telah memerintahkan umat Islam untuk mentaati Allah, mentaati, Rasul dan mentaati Ulil Amri atau Khalifah Islam semata-mata demi kepentingan Politik dan kerana tunduk kepada suruhan seorang Kafir bernama Ambiga itu. Apakah mereka lebih takut Ambiga atau Anwar dari mereka mentakuti Allah? Apakah mereka lebih sayang Ambiga dan Anwar dari mereka menyayangi Allah hingga mereka sanggup menolak perintah Allah melalui kitab suci Al-Quran pada Surah an-Nisa Ayat 59 untuk mentaati perintah dan arahan Ulil Amri yang bermaksud
'Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya..
Malaysia ialah sebuah negara yang agama rasminya Islam. Ini telah termaktub didalam Perlembagaan negara seperti mana persetujuan Raja-raja Melayu Khalifah atau Ulil Amri Negeri-negeri dalam Malaysia ini melalui wasiat Raja-raja Melayu berbunyi  ”Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan
Oleh sebab itu Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda yang DiPertuan Agong merupakan Ketua Agama Islam Negara Malaysia atau dengan kata lainnya Ulil Amri di negara Malaysia ini. Cuba kita tanya Nik Aziz, atau Hadi Awang apakah  mereka setuju dan mengiktirafkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong merupakan Ulil Amri yang dimaksudkan didalam ayat suci Al-Quran pada Surah An-Nisa diatas tadi? Maka ini merupakan satu dosa yang mana siapa sahaja yang tidak mentaati Ulil Amrinya seperti titah Baginda agar jangan melakukan atau menyertai perhimpunan Bersih tadi selain dari menderhaka, mereka juga telah melakukan dosa di sisi agama. Nak ikut cakap Ulil Amri atau Ambiga atau Anwar? 

Dosa Kedua - Melakukan pembohongan serta penipuan oleh peserta-peserta Bersih yang dilakukan oleh mereka apabila di tahan disekatan-sekatan jalanraya atau di hentian komuter apabila di tanya oleh pihak berkuasa tujuan dan matlamat mereka ke kotaraya. Pelbagai alasan yang mereka berikan yang mana semuanya berbohong kepada pihak berkuasa kerana ingin meloloskan diri dari sekatan atau ditahan oleh pihak berkuasa yang akan menyebabkan mereka ini tadi tidak dapat menyertai Perhimpunan Bersih itu tadi. Ada alasan ”Bang saya nak ambik adik saya kerja bang, dia tak dapat balik dah dekat 2 jam tunggu tu bang” kata si peserta perhimpunan haram ini menipu pihak berkuasa sewaktu ditahan di salah satu sekatan jalan raya memasuki ibukota. Pendek kata berbagai-bagai alasan penipuan yang diberikan oleh mereka apabila ditahan oleh pihak berkuasa. Ada pula Ustaz atau Pemimpin mereka mengajarkan kepada pengikut mereka cara-cara menjawab atau lebih tepat menipu pihak berkuasa apabila ditahan di soal oleh pihak berkuasa. Itu tidak termasuk lagi penipuan yang dilakukan bukan dengan kata-kata tetapi dengan tindak tanduk seperti berpura-pura seperti orang sedang menunggu komuter walhal mereka sedang menunggu masa untuk pergi ke tempat perhimpunan.

Sekali lagi mereka sanggup menolak perintah Allah melalui kitab suci Al-Quran pada Surah an-Nisa Ayat 9 untuk berkata betul dan jangan menipu yang bermaksud
Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).”

Dosa ketiga – Percampuran bebas laki perumpuan yang bukan muhrim sewaktu perhimpunan itu berlangsung yang mana tiada pengasingan dilakukan sewaktu perhimpunan itu berlaku. Ribuan muslimin dan muslimat berhimpun dan berhimpit-himpit untuk tujuan yang mana bukan sesuatu yang dituntut oleh agama dan tidak diajar didalam agama. Apa perbezaannya berhimpit dan berhimpun dan bergaul bebas laki dan perempuan di perhimpunan Bersih dengan perhimpunan dan berkumpul serta bergaul bebas anak-anak muda di Konsert Justin Biever di Stadium Bukit Jalil? Jawapannya sudah pasti tiada bezanya. Kalau di konsert Justin Biever mereka tidak berpura-pura dan jelas mereka bertindak liar mungkin kerana kurang didikan agama atau iman didada, tetapi peserta himpunan Bersih berkopiah, berpurdah, mahasiswa mahasiswi Universiti Islam Antarabangsa jurusan Syariah dan sebagainya, ustaz-ustazah, tok guru- tok guru turut melakukan perkara seperti anak-anak muda yang jahil di Konsert itu tadi. Apakah ini benar dan cara  perjuangan Islam atau pejuang-pejuang Islam?
Sekali lagi mereka sanggup menolak perintah Allah melalui kitab suci Al-Quran pada Surah an-Nisa Ayat 26  dan melakukan perkara yang diharamkan yang bermaksud
”Allah menghendaki (dengan apa yang telah diharamkan dan dihalalkan dari kaum perempuan itu) ialah untuk menerangkan (SyariatNya) dan untuk menunjukkan kepada kamu jalan-jalan aturan orang-orang yang dahulu daripada kamu (Nabi-nabi dan orang-orang yang soleh, supaya kamu mengikutinya), dan juga untuk menerima taubat kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
Seperti contoh-contoh diatas itu tadi mengapa pada 9hb Julai 2011, rata-rata golongan yang paling ramai menyertai Perhimpunan Bersih itu tadi merupakan dari ahli-ahli parti Politik PAS atau Parti Islam Semalaysia. Mereka ini ahli parti yang katanya memperjuangkan Islam tetapi tindakan dan perlaksanaan perjuangan mereka ini lebih kepada perkara yang membelakangkan tuntutan Islam itu sendiri. Apapun terpulang kepada anda si pembaca untuk menilai.....

Gombak !!!! Gempur!!!!