Sunday, 10 July 2011

PERJUANGAN DAN PENGORBANAN PEMUDA UMNO GOMBAK BERSAMA PATRIOT

Semalam pada 9hb Julai 2011, sekali lagi kesetiaan dan prinsip perjuangan ahli Pemuda UMNO Gombak diuji apabila lebih kurang seramai 150 orang ahli Pemuda UMNO Gombak telah menyahut cabaran untuk turut serta berhimpun bersama Patriot di Jalan Bukit Bintang bagi sama-sama mewakili ‘Silent Majoriti Rakyat’ yang menentang perhimpunan Bersih yang turut diadakan pada hari yang sama di ibu kota.

Atas reputasi dan kepercayaan terhadap keberanian Pemuda UMNO Gombak dibawah kepimpinan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak Tn. Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin dan memandangkan Ahli Pemuda UMNO Gombak yang hadir berbadan agak besar dan ramai dikalangan mereka dalam waktu yang sama merupakan anak-anak silat, baik dari Silat Lincah sendiri dan beberapa perguruan persilatan yang lain, maka ahli Pemuda UMNO Gombak telah diberi tanggung-jawab untuk menjadi benteng pertama di barisan hadapan sekali sewaktu Perhimpunan Patriot itu dan ini merupakan satu penghormatan serta pengiktirafan dari Ketua Pemuda UMNO Malaysia sendiri bagi Pemuda UMNO Gombak.  

Alhamdullilah, Ahli Pemuda UMNO Gombak yang hadir kesemuanya telah melaksanakan tanggung-jawab dan kepercayaan yang telah diberikan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin dengan sebaik mungkin. Namun begitu bukan sahaja Pemuda UMNO Gombak yang hadir pada himpunan tersebut. Ramai  ahli-ahli Pemuda dari Bahagian lain yang turut hadir bersama Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian mereka dan pujian harus diberikan kepada mereka juga yang mana rata-rata kesemuanya telah melaksanakan tanggung-jawab masing-masing dengan sebaik mungkin.

Walaupun jumlah kehadiran Patriot pada perhimpunan ini tidak boleh menandingi jumlah peserta himpunan Bersih, namun bukan jumlah yang ramai menentukan kemenangan. Dengan hanya berbekal quantiti tanpa qualiti tidak menjamin kemenangan pada pihak itu didalam peperangan. Kalau dalam peperangan, sekiranya pasukan musuh yang jumlahnya ramai tapi terdiri dari orang-orang tua dan wanita serta anak-anak kecil seperti kumpulan Bersih ini kalau bertempur dengan pasukan yang jumlah yang sedikit seperti Patriot tetapi merupakan pemuda-pemuda yang sihat-sihat serta cergas apatah lagi anak-anak persilatan yang mempunyai disiplin yang tinggi serta taat pada arahan Ulul Amri(Ketua) seperti rata-rata ahli-ahli Pemuda UMNO Gombak yang hadir, sudah pasti jumlah yang ramai itu tadi akan kecundang.
Sejarah Islam telah membuktikan  sewaktu peperangan Badar yang mana kekuatan tentera Islam hanya seramai 313 orang manakala tentera Kafir Quraisy berjumlah 900-1000 orang. Namun tentera kafir kalah teruk didalam peperangan ini kepada tentera Islam walaupun quantitinya amat kecil berbanding dengan quantiti tentera Quraisy. Ini kerana tentera Islam berjuang demi membela kesucian Agama Islam maka mereka mendapat pertolongan Allah. Ibarat Patriot Khalifah perang mereka adalah seorang yang beragama Islam iaitu Sdr Ketua Pemuda UMNO Malaysia.  Bersih General Perang mereka merupakan seorang Kafir bernama Ambiga. Tidak boleh guna “khalifah” sebab dia pun bukan beragama Islam. Patriot memperjuangkan kesucian Agama Islam dari dicemari oleh pemimpin Bersih si Ambiga yang memperjuangkan agama bukan Islam dan Murtad.


Namun begitu setiap ahli Pemuda yang bersama Patriot semalam merupakan mereka yang berani dan sanggup berkorban demi memperjuangkan suara rakyat yang bencikan Bersih, mereka mewakili dan berjuang untuk masa depan anak isteri mereka, ibu bapa mereka, serta kakak-kakak mereka. Tidak lupa juga untuk rakan-rakan Pemuda mereka yang tidak dapat menghadirkan diri kerana alasan masing-masing. Walaupun mereka datang seorang diri namun setiap individu Patriot itu tadi memperjuangkan nasib rakyat setempat mereka dan Malaysia khususnya. Berbeza dengan peserta Bersih yang terpaksa menarik seluruh ahli keluarga mereka untuk hadir berhimpun tanpa memikirkan keselamatan ahli keluarga mereka sendiri. Ibarat masing-masing memperjuangkan nasib masing-masing. Ada anak lelaki tidak boleh diharapkan untuk memperjuangkan nasib ayah ibu mereka yang tua dan kurang kudrat dan sudah tidak berdaya itu tadi maka terpaksa mengheret sama anak-anak, ayah ibu kemedan peperangan semata-mata kerana ingin menunjukkan jumlah yang ramai.
Perhimpunan Patriot ini juga secara tidak langsung dapat menilai keikhlasan perjuangan dan pengorbanan ahli-ahli Pemuda UMNO itu sendiri. Imej pemimpin-pemimpin Pemuda UMNO yang kononnya terlalu elit dan suka bermewah dan bermegah telah dibuktikan tidak benar oleh Sdr Khairy Jamaluddin sendiri bersama beberapa Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang hadir termasuk Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak dan mereka-mereka yang berada dibarisan hadapan bersama peserta Patriot yang lain.  Malahan Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah menerima layan yang sama tanpa membezakan beliau dengan ahli pemuda biasa dengan tindakan agresif pihak polis sewaktu menjalankan tanggung-jawab Polis memberkas peserta Patriot.


Apabila Polis melepaskan gas pemedih mata dan semburan air, Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak yang berada disebelah beliau dan peserta Patriot yang berada dibarisan hadapan tadi sama-sama menghidu dan menanggung serta mengalami tindak-balas gas pemedih mata. Ada rakan ahli Pemuda UMNO Gombak sampai muntah-muntah sebanyak 3 kali kerana tidak berganjak dari tempat dimana gas itu dilontarkan sehingga arahan untuk berundur dikeluarkan. Rakan dari Pemuda UMNO Gombak jugalah yang turut merupakan salah seorang peserta terawal diberkas bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Itu tidak termasuk mereka-meraka yang terkena buah penangan Polis dan das-das pukulan kayu chota kerana melaksanakan tanggung-jawab untuk meleraikan Patriot yang bertindak merempuh benteng Polis.

Pujian diberikan kepada kedua-dua pihak baik Patriot atas keberanian mahupun pihak Polis atas ketegasan dan bersikap adil. Walaupun rata-rata Polis tahu kumpulan yang berhimpun ini tadi merupakan ahli dan pemimpin tertinggi UMNO peringkat Pemuda yang menyokong kerajaan tetapi kerana tindakan kami salah kami tidak diberikan layanan istimewa dan Polis bersikap adil diatas tindakan mereka hatta kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak itu sendiri. Syabas Pihak Polis, saya percaya ini salah satu mesej yang cuba disampaikan oleh Patriot selain mewakili Silent Majoiriti iaitu “Polis tidak Kejam dan Polis tidak Zalim”, “ Kerajaan Tidak Kejam dan Kerajaan Tidak Zalim”. Mereka hanya melaksanakan tanggung-jawab mereka untuk menjaga Keamanan Negara. Siapa saja hatta menantu bekas Perdana Menteri Malaysia sendiri, Ketua Pemuda UMNO Malaysia sendiri, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak dan Bahagian lain yang hadir, ahli Patriot, akan dikenakan tindakan tegas, diberkas, diberi layanan yang sama dengan mereka di sebelah Bersih sekiranya didapati melanggar undang-undang dan melakukan kesalahan.   

Buat ahli Pemuda UMNO Gombak dibawah kepimpinan Tn. Hj Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin yang hadir dan berada dibarisan hadapan dan tidak lari meninggalkan medan peperangan hingga keakhir, tidak lari meninggalkan ketuanya yang memang diketahui “Sekali melangkah pantang undur, membujur lalu melintang patah”, saya ucapkan Syabas dan Tahniah. Ini merupakan satu sejarah dan saudara semua terlibat secara pribadi yang mana kita telah bangkit dan berarak. Kalau dulu sewaktu 13 Mei, Cina DAP telah berarak di kawasan Melayu di Kampung Baru, kini saudara-saudara tanpa kepentingan diri dan dengan keberanian yang tinggi dan luar biasa telah berarak di kawasan Cina di Bukit Bintang kawasan DAP pula. Saudara-saudara bukan hanya retorik tetapi  berada dibarisan hadapan mempertahankan agama, bangsa dan tanahair. Syabas dan Tahniah.
"Kalau UMNO Nak berhimpun macam BERSIH saya boleh arahkan 3 juta ahli UMNO untuk berhimpun tak payah 3 juta, 1 juta pun kita dah boleh tawan Kuala Lumpur tapi kita tidak suka cara begitu, kita tidak mahu negara huru-hara. Kita nak jaga keamanan & keharmonian yg telah terbina sekian lama". YAB Dato Seri Najib


Hidup Patriot!!!
Gombak!!! Gempur!!!