Sunday, 12 February 2012

AHLI PAS GOMBAK MULA SERTAI PROGRAM PEMUDA UMNO GOMBAK!!!



Pada 10/02/2012 Pemuda UMNO Cawangan Permata bersama Pemuda UMNO Bahagian telah mengadakan satu program yang amat berkesan untuk mendekati rakyat dan pengundi di DUN Hulu Kelang. Program Forum Ilmiah yang bertemakan "BIAR BERBEZA POLITIK ASAL SEPAKAT TOLAK SYIAH" telah diadakan di Dewan KRT Taman Permata(A) yang telah di rasmikan oleh Datuk Hj. Megat Zulkarnain iaitu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak merangkap Penyelaras BN Parlimen Gombak. Program ini telah turut mendapat kerjasama Ulama Muda UMNO dimana CEO Ulama Muda UMNO iaitu Ustaz Fathul Bari bin Mat Jahya merupakan salah seorang panel forum tersebut.

Seperti kata Datuk Hj. Megat Zulkarnain dalam ucapan perasmian tujuan utama Pemuda UMNO Bahagian Gombak menganjurkan program ini kerana atas rasa kebimbingan Pemuda UMNO Gombak diatas gejalah-gejalah yang sekian berleluasa yang menyentuh dan takut boleh memesongkan akidah akidah umat Islam di Malaysia sejak kebelakangan ini maka Pemuda UMNO Gombak mengambil inisiatif untuk menganjurkan program penerangan ini kepada masyarakat setempat. 


MNK sendiri amat bersetuju kerana sewaktu mendengar penerangan dan penjelasan tentang Syiah oleh Ustaz Fathul Bari itu MNK terfikir apakah golongan-golongan yang bertindak menolak, memperlekehkan atau menyatakan Sambutan Maulidur Rasul tidak penting, tidak perlu diadakan malah ada yang hingga mengatakan iainya haram dan berdosa kerana menyerupai agama Kristian itu telah termakan atau terpedaya dengan fahaman Syiah. Adakah mungkin doktrin Syiah telah meresap kedalam kefahaman mereka dan telah menjadi anutan mereka ini. 

Seperti kata Ustaz Fathul Bari golongan syiah yang ada dalam Syiah ini terbagi kepada 4 iaitu  al-Kaisaniyyah, al-Zaidiyah, Imamiyyah dan Ismailiyah yang mana terdapat dikalangan kelompok yang begitu eksterim hingga menolak Rasullullah. Ada pula yang mengatakan Saidina Ali lagi hebat dari Jibrail dari segi ilmunya walhal Jibrail hanyalah perantara yang membawa ilmu Allah kepada Rasullullah.
Mereka begitu mengagungkan dan mengangkat mertabat Saidina Ali begitu tinggi sekali sehingga melebih dari Rasullullah sendiri. Jadi bagi MNK tidak mustahil sekiranya ada usaha-usaha untuk menghalang atau ada fahaman-fahaman yang menolak atau mengatakan tidak perlu kita meraikan hari jadi keputeraan Baginda Rasullullah Nabi Muhamad S.A.W, tidak perlu kita menyambut Maulidur Rasul secara besar-besaran dan mengadakan perarakkan Maulidur Rasul ini ini adalah usaha yang sengaja dilakukan oleh mereka yang menganuti fahaman Syiah atau mereka yang telah termakan dengan fahaman Syiah agar ikatan pengikut-pengikut Ahli Sunii Wal Jamaah terhadap Baginda Rasullullah menjadi longar.


Ibarat kata Ustaz Kazim, sewaktu ceramah Maulidur Rasul di Taman Harmonis Gombak tempoh hari sewaktu Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat DUN Gombak Setia dimana kalau kita tidak kenal maka kita tidak cinta, kalau kita tidak kenal maka kita tidak faham. Jadi kalau sambutan Maulidur Rasul tidak lagi wujud di Malaysia ini maka ramai anak-anak kita dan cucu-cucu kita tidak mempunyai ikatan yang kuat atau ingatan yang dekat terhadap Baginda Rasullullah maka akan mudah lah ditanam doktrin Syiah yang mengutamakan meletakkan darjat Saidina Ali lagi tinggi dari darjat Rasullullah itu. Malah Darjat Iman 12 mereka pun diletakkan sama taraf dengan Rasullulah. Maksum kesemuanya.

Sambutan penduduk setempat pada program in juga amat hebat hingga melimpah ruah dewan KRT Taman Permata ini yang mampu memuatkan 300 orang sahaja. Namun bagi tetamu yang hadir yang tidak dapat masuk kedewan disediakan khemah-khemah tambahan diluar dewan yang mana mereka dapat menonton melalui skrin layar yang menayangkan secara live forum yang sedang berlangsung didalam dewan.                                                          


Sekali lagi Pemuda UMNO Gombak mencipta sejarah tersendiri dimana  pada kali ini program Pemuda UMNO Gombak merentasi sempadan dunia. Adik-adik dan rakan-rakan kita terutama pelajar-pelajar Malaysia baik di London, Washington, Russia, Australia, Jepun, Mesir, Jordan atau dimana-mana sahaja dapat mengikuti Forum anjuran Pemuda UMNO Gombak ini secara live. Mereka boleh mengikuti forum ini secara live di internet. Seluruh dunia boleh menonton forum ilmiah anjuran Pemuda UMNO Gombak ini secara live di internet di alamat http://www.justin.tv/abuaqif. Ramai yang hadir pada malam itu juga terdiri dari mereka-mereka yang merupakan dari penyokong PAS sendiri dan ada yang terdiri dari kelompok penyokong tegar mereka. Ramai lagi yang mengikuti dari "Live Streaming" di Internet. Ini yang kita inginkan dimana penyokong-penyokong atau ahli-ahli PAS sudah mula ingin mendengar dan penerangan kita atau ingin mengikuti program-program kita. Ibarat kata pepatah " Tak kenal maka tak cinta". 

MNK juga percaya tentu ramai adik-adik kita juga khususnya dari Kelab UMNO Luar Negara yang berada diperantauan juga mengikuti program ini secara live kerana salah seorang Jawatankuasa persiapan program merangkap Ustaz yang membacakan doa pada program tersebut merupakan Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara Pekan Baru. Harapan MNK akan timbul kesedaran walau sekecil zarah sekalipun pada mereka yang berada diluar negara sana dan menilai keikhlasan dan perjuangan yang sedang dihadapi oleh UMNO khususnya Pemuda UMNO Gombak dalam membela nasib-nasib bangsa baik dari segi maruah, harta,ekonomi, hak, survival dan juga akidah.

Syabas dan Tahniah MNK ucapkan kepada Pemuda UMNO Cawangan Permata dan Pemuda UMNO Bahagian Gombak dibawah kepimpinan Datuk Hj. Megat Zulkarnain. Program Seumpama ini perlu diperhebatkan dan kalau boleh dibuat roadshow ker seluruh pelusuk Parlimen Gombak.

Gombak!!! Gempur!!!!