Tuesday, 7 February 2012

TOK GURU NIK AZIZ PENING LALAT??


Pada 05/02/2012 yang lepas bersamaan dengan Hari Keputeraan Baginda Rasullullah S.A.W atau lebih dikenali dengan Maulidur Rasul, MNK berkesempatan untuk bersama-sama meraikannya dan turut serta dalam Majlis-majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat DUN Gombak Setia. Bermula seawal jam 8.00 pagi dengan perarakan di Pusat Daerah Mengundi Kampung Tengah Gombak Setia, kemudian di Kampung Changkat pula diadakan pertandingan untuk kanak-kanak seperti hafazan, laungan azan dan sebagainya dan berakhir pada malamnya dari 8.30 malam hingga jam 12.00 tengah malam di mana telah diadakan Forum Sempena Maulidur Rasul yang bertajuk Persefahaman Asas Perpaduan  di Taman Harmonis yang mana ahli panel terdiri dari Dato' Fadzilah Kamsah dan Ustaz Muhammad Kazim Elias serta di pengerusikan oleh Dato' Dr Masitah Ibrahim Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri.

Rata-rata rakyat memberikan sambutan dan kerjasama dengan begitu memberangsangkan apabila di setiap program yang dijalankan ini ratusan rakyat DUN Gombak Setia telah keluar  dan turut serta dalam program ini. Yang lebih mengharukan ialah ada rakan-rakan kita dari pihak sebelah sana pun turut serta dalam Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul yang telah di adakan di Kampung Tengah itu. Bila ada rakan yang bertanya kepada mereka, mereka menjawab "Pihak dia tak buat jadi dia turut sertalah perarakan yang UMNO buat".

Rakyat Gombak Setia sekarang sudah bijak menilai, mana yang baik dan mana yang buruk. Siapa yang buat dan siapa yang tak buat. Jadi kalau ada pihak yang buat maka mereka turut serta kerana itu lebih baik dari tidak terlibat dan tidak turut serta sedangkan pihak kita sendiri tidak berbuat apa-apa. Kehadiran mereka ini amat-amat dialukan dan diharap mereka akan turut serta pada program-program yang seumpamanya dimasa-masa hadapan sekiranya pihak mereka tidak melakukannya hatta ada melakukannya

Namun begitu MNK secara pribadi agak terkeliru terutama dengan kenyataan Mursyidul Am mereka kerana pada satu ketika dia menyatakan bulan Maulud tidak mempunyai fadilat dan sebarang kelebihan berbanding bulan Ramadan.

Kata Nik Abdul Aziz, sambutan Maulidur Rasul yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia, adalah meniru kaum Kristian. - dipetik dari http://badutrakyat.blogspot.com/2012/02/nik-aziz-kata-sambut-maulidur-rasul.html

Punyalah dia tak mahu bertasyabbuh dengan kaum Kristian, Nik Aziz sanggup mengeluarkan kenyataan seperti itu. Dihujahkannya pula, pada zaman Sahabat r.a, tabiin, tabiit tabiin dan solafus-soleh, tiada sambutan sebegitu rupa. Hanya selepas 300 tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, barulah ada Maulidur Rasul.

Golongan yang beranggapan membuat sambutan Maulidur Rasul adalah TASYABBUH kepada Kristian kerana Kristian menyambut hari kelahiran Jesus Christ pada sambutan Hari Krismas. Mungkin atas ilmu dan pemahaman ini lah beliau menyokong kerajaan DAP Pulau Pinang dalam pengharaman perarakan sempena menyambut Maulidur Rasul di Pulau Pinang dulu.



Tetapi yang memeningkan kepala MNK ialah dalam masa yang sama beliau menyatakan dan menyokong perhimpunan dan perarakan Bersih. Apa kata Nik Aziz tentang perarakan dan Perhimpunan Bersih?

Kata Nik Aziz, Islam tidak menghalang demonstrasi atau berhimpun kerana ianya ada pada agama suci itu sendiri.
“Hari-hari kita berhimpun sebanyak lima kali sehari iaitu di masjid atau sekali setiap minggu, iaitu solat Jumaat,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan. - dipetik dari http://ntvirus.wordpress.com/2012/01/04/nik-aziz-minta-beri-hak-rakyat-berhimpun/


Persoalannya berhimpun dan berarak Sempena Maulidur Rasul tidak sokong sebab tiru agama Kristian lah, takde fadhilat la, Bidaah la macam macam tetapi berhimpun dan berarak untuk Bersih ke, Anwar Ibrahim ke dia kata dituntut oleh Islam dan digalakkan oleh Islam. Mana satu nie?

Mana lebih baik? Berhimpun untuk Rasullullah dan berarak untuk Rasullullah atau untuk Anwar Ibrahim atau Ambiga? Mana lebih Agung lebih Mulia? Kenapa bila berarak untuk Anwar dan Ambiga guna dalil digalakkan oleh Islam tetapi untuk Rasullullah guna dalil tidak ada dalam Quran dan meniru agama Kristian? Malas lah MNK nak cakap banyak dan panjang-panjang lagi. Pening kepala MNK....


Apa pun MNK ingin mengucapkan Tahniah kepada Penyelaras DUN Gombak Setia Datuk Hj Said Anuar Said Ahmad bersama Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin dalam mengimarahkan sambutan dan meraikan serta mengajak rakyat Gombak berhimpun dan berarak sempena Maulidur Rasul tempoh hari. MNK seronok dapat berarak sama kerana perarakan ini, demonstrasi aman ini diadakan untuk mengingati Insan mulia yang sebenarnya Anugerah Tuhan kepada setiap insan dimuka bumi ini iaitu Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Biar lah apa pun fatwa Tuan Guru Nik Aziz tu... kita tetap dengan cara kita.


Gombak!!! Gempur!!!