Sunday, 29 April 2012

BERSIH 3.0. @ 3.A TAHNIAH ANWAR IBRAHIM,AMBIGA DAN AZMIN ALI ATAS KEJAYAAN APA YANG DIHAJATI?


28/04/2012 Tercalit titik hitam sekali lagi dalam sejarah tanahair Malaysia ku yang tercinta akibat tindakan durjana 3.A iaitu Anwar Ibrahim dan Ambiga. Kelihatan bermulanya walaupun baru sedikit dan segelintir rakyat Malaysia penyokong pembangkang yang mula mengganas di jalan raya. Mereka ini sudah pasti tidak mempunyai fikiran yang waras atau mungkin pada ketika itu berada dalam keadaan separa sedar dipengaruhi substance yang mengkhayalkan. Kerana sudah pasti kalau orang yang berada dalam keadaan waras tidak akan bertindak ganas sebegini memukul anggota polis yang hanya berada disitu kerana menjalankan tugas mereka.


Cuba kita lihat perbandingan apa bezanya anggota PDRM yang hanya menjalankan tugas atas arahan Boss mereka di situ dengan Anggota PBT yang menurunkan bendera-bendera BN di sekitar Selangor dan khususnya di Gombak ini? Ada kita lihat anggota PBT ini di pukul sebegini hanya kerana menjalankan tugas atas arahan? Tidak!!! Begitu juga anggota polis terbabit yang teruk dibelasah kerana semata-mata menjalankan tugas? Ini lah yang diingini oleh mungkin apa yang diingini oleh 3.A Ambiga, Anwar dan Azmin Ali. Sudah pasti mereka gembira apabila ada para pendemo bertindak ganas ke atas anggota polis yang bertugas dan apabila mereka ini membelasah anggota polis sudah pasti akan ada tindak balas anggota polis yang lain untuk menyelamatkan rakan mereka yang dibelasah itu tadi maka akan adalah pertempuran antara pihak polis dan para pendemo tadi. Maka dengan pertermpuran itu maka akan tercetuslah keganasan dan inilah yang akan menukarkan Dataran Merdeka kepada Dataran Tahrir di Mesir itu? Dan apabila Dataran Merdeka bertukar seperti di Dataran Tahrir maka matlamat dan cita-cita 3.A ini tercapai.


Kita kedengaran pemimpin pembangkang cuba menyalahkan anggota Polis kerana kononnya anggota Polis memulakan Provokasi. Apa mereka ini bodoh atau pura-pura bodoh? Kalau nak ikut siapa mula provokasi tentulah diri mereka sendiri kerana mereka lah yang menganjurkan dan menyokong Demo Bersih ini? Apa dengan menyuruh semua penyokong mereka berdemo di jalanan bukan satu provokasi terhadap kerajaan dan Polis? Apa bila mereka berarak dan melaungkan Polis Anjing!!! itu buka provokasi? Walau pun diherdik sebegitu pada malam hari Demo itu lagi sudah merupakan provokasi kepada polis tetapi pihak PDRM dan anggota bertugas tidak bertindak ganas dan profesional dalam menjalankan tugas mereka.


3A  iaitu Anwar, Ambiga dan Azmin tahu bahawa pasti akan berlaku keganasan cuma tahap keganasan yang bagaimana yang mereka tidak dapat jangkakan. Mereka tahu tidak akan ada perhimpunan Aman dalam istilah Demo Bersih ini. Itu semua hendak mengelirukan rakyat agar turut serta dalam demo Bersih. Kerana apa? Kerana mereka berkeras hendak iainya diadakan di jalanan. Kerana apabila di jalanan dan tanpa permit sudah pasti akan ada usaha dari pihak PDRM untuk meleraikan dan standard procedure PDRM ialah menggunakan 'Water Canon'. Ini mereka tahu dan arif maka merek tahu akan ada tindak balas peserta demo dan akhirnya akan berlaku keganasan. Kalau mereka ikhlas hendak adakan himpunan aman kenapa tidak adakan di Stadium seperti yang disarankan oleh Kerajaan dan PDRM? Permit pun akan diberikan himpun lah di mana-mana Stadium seperti Himpunan Silat dan Malam Pendekar baru-baru ini di Stadium Bolasepak Cheras. Tiadapun keganasan berlaku.


Jadi mereka ini harus bertanggung-jawab atas kematian anggota Polis akibat dibelasah oleh para peserta Demo Bersih 3.0. Dan ketiga-tiga mereka ini harus disabitkan juga atas bersubahat dan perancang kepada keganasan dan kematian anggota Polis itu tadi. Al- Fatihah kepada keluarga Arwah semoga keluarga Arwah tabah menghadapi dugaan ini. Sudah pasti sekiranya tiada Demo Bersih ini pada hari tersebut sudah pasti Arwah tidak akan dikerah ketempat kejadian. Sudah pasti Arwah masih hidup lagi. Al-Fatihah....


Gombak!!! Gempur!!!