Thursday, 26 April 2012

PAKATAN RAKYAT HINA ISLAM DI MADINAH?


Lihat sahaja gambar diatas dan kita boleh buat penilaian kita sendiri. Tidak cukup dengan masjid dan surau dicemari dengan permainan politik Pakatan Rakyat kini mereka melampaui batas lagi dengan membawa bukan sahaja isu politik tanahair hingga ke Masjid Nabi malah mereka membawa perjuangan songsang Yahudi dan kafir harbi ke Masjid Nabi.

Kenapa perlu mempolitikkan Masjid Nabi ataupun Masjidil Haram? Apa tujuan mereka ke sana untuk beribadah atau untuk propaganda politik? Mereka mendokong dan menyokong serta sanggup mempromosikan di Masjid Nabi Himpunan Bersih 3.0 seperti gambar diatas yang mana himpunan Bersih ini di gagaskan dan diketuai oleh Ambiga Sreenevasan. Siapakah Ambiga ini yang perlu diberi penghormatan dan pengiktirafan sebegitu rupa hingga mendapat tempat di Masjid Nabi Madinah ataupun di Makkah Mukkaramah yang mana ianya adalah bandar suci agama Islam? Mereka tahu tidak Ambiga seorang Hindu? 

Mereka tahu tidak Ambiga Sreenevasan ini adalah Pengerak utama IFC iaitu Inter Faith Commission. Apa perjuangan dan tuntutan IFC ini?

 Apa itu IFC(Inter Faith Commission)

IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.

IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.

Matlamat Penubuhan IFC

IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.

Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam

i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

ii. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

iii. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

iv. Tidak perlu dicatatkan didalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan ornag Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

vi. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

vii. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

viii. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

ix. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

x. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

xi. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah.

xii. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

xiii. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

xiv. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Rujukan JAIS.gov.my  KLIK SINI

Jadi apakah Ambiga ini layak diberi penghormatan sebegitu rupa di Masjid Nabi? Layak kah perjuangan Ambiga ini melalui Bersih 3.0 di beri tempat yang begitu tinggi oleh Islam hingga ke Masjid Nabi?

Siapa Ambiga ini?

Ambiga Sreenevasan adalah seorang wanita hindu dan peguam, dia lahir pada tahun 1958 dan menjadi presiden majlis peguam dari tahun 2007 hingga kini dan dia jugalah pengerusi perhimpunan bersih 2.0 yang akan merusuh di Kuala Lumpur pada 9 julai ini.

Itu latar belakang Ambiga, tapi tahu kah kita semua, Ambiga ni seorang yang anti Islam dan menyokong murtad di kalangan orang Islam, setiap kali dia kantoi dalam kerja-kerja memurtadkan orang islam, dia akan berselindung di sebalik perlembagaan persekutuan dan menggunakan berberapa akta dalam perlembagaan persekutuan untuk menghalalkan kerja-kerjanya.
Antara kerja-kerja jahat Ambiga selain penggerak utama IFC...

1) Menjadi peguam bela utama dalam kes murtad azlina jailani atau lina joy lawan mahkamah syariah, lina joy seorang wanita melayu yang menjadi murtad setelah berkahwin dengan seorang lelaki hindu.

2) Pernah menganjurkan satu forum mempertikaikan kuasa-kuasa mahkamah syariah yang melibatkan kemasukan orang bukan islam masuk islam di pejabat bar council

3) Pendokong dan pengerak IFC (Inter Faith Comission/ suruhanjaya antara agama) yang mana ifc ini pernah mengatakan penceraian dalam islam adalah sesuatu yang zalim dan ifc juga menyokong pluralisme agama.

4) Menawarkan khidmat guaman percuma kepada umat Islam yang nak murtad, sekiranya kes murtad mereka di bawa ke mahkamah persekutuan.

5) Pernah menghasut rakyat negeri sarawak untuk berhimpun dan berdemo ala-ala rakyat mesir untuk menjatuhkan taib mahmud dan menggantikan ketua menteri sarawak dari kalangan bukan islam.

6) Menjadi penyokong kuat kepada seorang anak hindu perempuan yang memohon untuk menjadi peguam syarie, tapi permohonan anak hindu itu di tolak oleh mahkamah syariah.

Baca lebih lanjut berhubung IFC KLIK SINI

Jadi apakah Ambiga ini menghormati Islam? Memperjuangkan hak Islam? Atau sebaliknya nak menjahanamkan Islam di Malaysia ini? Apakah wajar kita beri penghormatan di Makkah Mukkaramah apatah lagi di Masjidil Haram insan ini yang mana beliau adalah Pengerusi Demo Bersih ini? Apakah kita ingin menyokong Pakatan Rakyat yang mendokong perjuangan Ambiga? PAS apa dah jadi dengan kamu? Ayuh Saudara se agamaku kita bangkit dan kita tentang musuh-musuh Islam ini hatta talibarut dan munafikun yang bekerjasama dengan musuh Islam. Wajib kita mempertahankan Islam  dan berjihad pada PRU13 nanti.

Gombak!!! Gempur!!!