Wednesday, 1 August 2012

AIR PERCUMA KERAJAAN NEGERI SELANGOR HASIL BIJAK & PANDAI


Jenuh MNK memikirkan kenapa lah masa zaman Kerajaan Barisan Nasional memerintah negeri Selangor hampir setengah abad tidak dilaksanakan seperti apa yang Kerajaan Pakatan Rakyat lakukan ini. Beri  air percuma kepada rakyat. Walaupun hanya 20meter padu air yang hanya nilai bulanan lebih kurang RM 11.40 tetapi ianya tetap percuma. Walau tak semua kawasan dan semua lapisan masyarakat Selangor menikmatinya iannya benda yang baik dan bagi MNK benda yang baik patut dicontohi.

Tetapi bak kata orang putih, "The End doesnt justifies the means" dalam terjemaahan bahasa Malaysia baku bermaksud, Walaupun hasilnya baik tetapi cara kerja dilaksanakan untuk mencapai hasil itu kalau ianya salah tidak bermaksud ianya boleh dan dibenarkan walaupun hasilnya baik. Ini kalau kita terjemaah ikut Islam lah. Contoh mudah dalam erti kata lain Niat atau hasilnya kita hendak sedekah tetapi untuk mendapatkan wang untuk sedekah itu tadi kita merompak maka atas alasan kita hendak bersedekah. Jadi Perbuatan kita itu tadi tetap haram.  Ia tetap salah dan tidak dibenarkan sama sekali.  Jadi walau apa sekali pun hasil dan niat kita ianya tidak boleh membenarkan suatu keadaan yang salah menjadi benar atau satu perbuatan yang haram menjadi halal.

Berbalik kepada kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor ini, niat baik nak bagi air percuma dan dah bagi pun, tapi cara perlaksanaan depa salah dan hingga menyebabkan perbagai masalah timbul. Cara perlaksanaan tidak dikaji dengan betul dan ambil kira semua perkara baik yang salah atau betul.


Mungkin depa ini terpengaruh dengan buku The Prince tulisan Niccolo Machiavelli tu kot. Sebab semenjak kononnya buku ini menjadi buku favourite Tun M yang mana katanya banyak strategi dan pemikiran politik Tun M datang dari pembacaan buku ini dan kononnya ramai tokoh-tokoh politik hebat baik Kerajaan BN mahu pun pembangkang membaca buku ini dan menjadikan ianya rujukan termasuk lah MNK pun turut membaca buku ini konon nak selami pemikiran Tun M.


Jadi apa bezanya mereka dengan Tun M atau mana pemimpin BN yang turut mengkaji buku ini tadi? Kalau berdasarkan contoh air percuma Selangor ini tadi dan pepatah yang MNK bagikan tadi diatas tadi dan kaitannya dengan buku The Prince ini jawapan nya mudah.


Tun M dan pemimpin UMNO lain masih berpegang dan berlandaskan pada agama yang mana yang salah tetap salah yang haram tetap haram walaupun hasilnya baik maka tak semua yang ditulis dalam buku tersebut diguna bulat bulat macam depa. Tetapi depa ini MNK rasa ambik pepatah yang terkandung dalam buku The Prince ini tadi yang berbunyi  "The end justifies the means "




Frasa ini, yang berasal dari buku Niccolò Machiavelli "The Prince", ditafsirkan oleh sesetengah bermaksud melakukan apa-apa jua yang diperlukan untuk mendapatkan hasil yang anda mahu, tanpa mengira kaedah yang digunakan. Ia tidak kira sama ada kaedah ini adalah mengikut landasan undang-undang atau menyalahi undang-undang, adil atau zalim mahupun kejam, benar atau dusta, demokratik atau diktator, baik atau jahat.

Jadi mungkin sebab The End Justifies the Means yang mana Hasilnya nak bagi air percuma walau kerajaan terpaksa menanggung kerugian dan menanggung hutang bebaban hasil dari dasar air percuma ini dan syarikat hampir bankrap pun tidak menjadi persoalannya dan tidak diambil kira janji niat dan hasil rakyat dapat air percuma. Cukup! Lepas dah laksana dasar tersebut dia suruh kita jimat jangan guna air banyak banyak pula kerana nak jimat bebanan hutang yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri.


 Masalah utama tidak diambil kira seperti nasihat dan saranan kerajaan pusat tentang masalah bekalan air. Yang mana cadangan kerajaan pusat untuk membina dam di Langat untuk menampung masalah bekalan air yang bakal dihadapi oleh Selangor sekitar 2014 hasil dari kajian yang telah dibuat oleh kerajaan terdahulu iaitu Kerajaan Barisan Nasional tidak diambil kira. 

Sekarang masalah air dah mula berlaku dibeberapa kawasan di Selangor. Di Bandar Tasik Puteri katanya dah 2 minggu tiada bekalan air. Di Gombak katanya coming soon. Depa cakap senang guna air lombong yerr...

Kalau itu lah cara tadbir negeri Selangor tak payah wa ang la wa ehh pun boleh. Saya selaku MB kerajaan pasir berdengung dengan ini buat pengumuman kerajaan akan bekalkan air percuma kepada seluruh rakyat Selangor bukan hanya 20 m3 tetapi gunalah sebanyak mana pun ia tetap percuma. Kepada yang ingin mendapatkan bekalan air percuma ini sila pegi ke lombong-lombong, tasik-tasik, longkang-longkang atau lopak serta takungan air berhampiran. Yang duduk sebelah laut atau dipesisiran pantai lagi takde masalah ambil pakai Air Laut tu yer. Ambil, ambillah wa eh tak marah!!! Selangor Negara Maju tapi pemimpin PR tadbir  lagu nie. Dulu takda masalah kini macam macam masalah timbul.  Apakah ini yang kita mahu???




Note MNK: Memang Bijak dan Pandai Kerajaan Pakatan Haram Selangor ini. Bijak Pusing  dan Pandai Kelentong rakyat.....
Gombak!!! Gempur!!!