Tuesday, 7 August 2012

MASALAH AIR SELANGOR BALASAN ALLAH.....



Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Kalau amanah tidak lagi dipegang teguh, maka tunggulah saat kehancuran.” Ia (Abu Hurairah) bertanya, Bagaimana orang (yang) tidak memegang teguh amanah itu ya Rasulullah?” Beliau (Nabi SAW) menjawab, “Kalau sesuatu urusan telah diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran.” – Sahih Bukhari: 1746

Terfikir dek minda MNK ini bagaimana boleh berlaku di Selangor ini masalah air? Walhal Selangor ini merupakan salah satu kawasan taburan hujan yang melebih kadar purata mengikut sumber dari Jabatan Meterorologi Malaysia bagi bulan Julai 2012.

Taburan Hujan Semenanjung

Taburan hujan bulan Julai 2012 pada amnya adalah diparas purata dihampir seluruh kawasan. Bagaimana pun, beberapa kawasan di barat Kedah, utara Perak, tengah Terengganu, utara Negeri Sembilan, timur dan barat Pahang dan tengah Johor telah menerima jumlah hujan dibawah purata. Malah, Daerah Dungun menerima hujan yang kurang sehingga 80% dari paras purata. Manakala, kawasan di selatan Kedah, utara Selangor, barat laut dan selatan Pahang dan utara dan selatan Johor telah menerima hujan melebihi purata. Baca selanjutnya

Jadi dimana silapnya nie. Kenapa terjadi masalah Air di Selangor? Selain dari kedegilan dan keegoan kerajaan negeri Pakatan Haram Selangor ini untuk menerima nasihat dan saranan serta mengakui dan mengiktiraf kerja-kerja murni dan langkah bijak Kerajaan Barisan Nasional yang terdahulu sewaktu menjadi Kerajaan Negeri Selangor berhubung dengan projek Langat 2 yang telah mula di rancang pada tahun 80-an lagi telah ditolak mentah-mentah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mungkin kah kerana sebab yang kita semua tidak dapat nak tangkis walaupun projek ini dipersetujui untuk dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Haram Selangor. Apakah mungkin masalah air di Selangor ini dan segala macam masalah di Selangor seperti Sampah, rumah urut, pelacuran, arak, murtad etc etc ini adalah dek kerana Janji Allah kepada hambanya. Sesungguhnya janji Allah itu pasti akan berlaku. Adakah ini balasan Allah pada rakyat Selangor kerana telah engkar pada perintah Allah dengan meletakkan amanah kepada mereka yang tidak memegang teguh amanah tersebut?  Mari kita lihat kembali hadis sahih yang MNK paparkan diawal penulisan ini.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Kalau amanah tidak lagi dipegang teguh, maka tunggulah saat kehancuran.” Ia (Abu Hurairah) bertanya, Bagaimana orang (yang) tidak memegang teguh amanah itu ya Rasulullah?” Beliau (Nabi SAW) menjawab, “Kalau sesuatu urusan telah diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran.” – Sahih Bukhari: 1746


 
Masalah Air
 
Masalah Sampah

Masalah Perlacuran dan Rumah Urut
  
Apakah bukan kita yang mengundi pada PRU 12 dulu yang telah menyerahkan urusan pentadbiran negeri Selangor kepada DAP, PAS  dan PKR yang mana kita tahu merekah bukan ahlinya? Hanya dek kerana sedikit perasaan marah kita, sedikit perasaan kecewa kita, sedikit perasaan tidak puas hati kita pada tahun itu atau bulan itu kita lupa jasa dan pengorbanan serta budi Kerajaan BN Selangor untuk hampir 50 tahun di Selangor ini. Jadi dek kerana kita sengaja undi Pakatan Haram ini maka kita lah yang dimaksudkan dalam hadis tersebut maka kita tunggu lah saat kehancuran diSelangor ini melainkan Allah memberi kita peluang untuk mengubah nasib kita pada PRU 13 nanti. Bersesuaian dengan Firman Allah:-


         إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (ar-Ra'du:11)

Jadi apakah kita terus ingin menunggu hingga datang kemurkaan dan balasan Allah yang amat dahsyat yakni kehancuran negeri kita ini atau kita ingin melakukan sesuatu dan mengubah nasib kita seperti Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'du diatas? Macam mana nak ubah nasib kita? Kita letakkan kembali amanah mentadbir kerajaan negeri ini kepada mereka yang memegang teguh amanah ini dan mereka yang ahli dalam mentadbir kerajaan negeri Selangor ini yang mana sejarah dan rekod pencapaian 50 tahun tidak boleh dinafikan dan tidak boleh kita tipu. PRU 13 nanti kita berikan kembali Selangor kepada Kerajaan Barisan Nasional untuk mentadbir Negeri ini InsyaAllah Negeri akan aman damai dan Allah angkat kembali segala permasalahan dan moga kita kembali mendapat rahmat dan barakah Allah di bumi bertuah Selangor Darul Ehsan ini.

Gombak!!! Gempur!!!