Tuesday, 18 September 2012

DAH KU KATAKAN DULU...SELANGOR OH SELANGOR APA NAK JADI???



Kenapa begitu banyak bendera Republik Malaypura atau Malaysia-Singapura di sekitar negeri Selangor ini? Kenapa bendera ini timbul waktu Demonstari Ambang Merdeka 55 di Dataran Merdeka oleh pencacai Pakatan Rakyat. Mana 
Penguatkuasa Perbandaran kenapa tidak turunkan bendera-bendera jahanam ini dengan kadar segera malah membiarkan begitu sahaja. Kalau dulu bendera BN malam ni pasang esok dah turun. Kat Gombak nie jangan cerita lah kerja penguatkuasa perbandaraan tempatan hanya menurunkan bendera BN nampak gayanya. Tetapi kenapa bila bendera jahanam nie dipasang di merata tempat dalam Selangor ni tidak pula diturunkan dengan kadar segera kalau kata ini kerja UMNO pergi turunkan lah macam hangpa dok turun bendera BN dan UMNO tu.

MNK dah menjangkakan ini mungkin tindakan susulan cuba mengusik hati dan jiwa rakyat Selangor yang cinta dan sayang serta menjunjung digemalai bahu mereka Kedaulatan Baginda Sultan Selangor.

Sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor di bawah Menteri Besar Pakatan Rakyat Si Khalid ni kita lihat pelbagai perkara yang telah berlaku berhubung dengan institusi Raja-Raja Melayu khususnya Sultan Selangor ini. Perkara-perkara ini lebih dilihat sebagai satu tindakan terancang yang ingin melemahkan institusi raja-raja dan credibility serta kuasa raja-raja di Malaysia ini. Bermula dengan penipuan yang dilakukan oleh MB Selangor ini berhubung dengan kutipan hasil pasir di Selangor dan kemudian Isu perlantikan SUK kerajaan negeri Selangor, Rampas Arak dan Isu Murtad DUMC Selangor yang mana selaku Khalifah Agama Negeri Selangor pandangan dan titah baginda Sultan tidak memberi apa apa kesan kepada MB Selangor ini tetapi titah Ronie Liu lebih di junjung oleh MB Selangor ini. Kemudian penghinaan dan pertikaian bidang kuasa Sultan Selangor melalui seorang Prof yang tiada kebijaksanaan walau bergelar Professor, dan terkini mengatakan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat menghina dan mempersendakan Sultan Selangor sebagai perkara kecil dan remeh dan tak perlu di ambil tindakan atau diperkatakan. Baca Selanjutnya...

Gombak!!! Gempur!!!