FOLLOW ME


Wednesday, 18 April 2012

SELANGOR MENUJU NEGERI REPUBLIK BAWAH PAKATAN RAKYAT???


Sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor di bawah Menteri Besar Pakatan Rakyat Si Khalid ni kita lihat pelbagai perkara yang telah berlaku berhubung dengan institusi Raja-Raja Melayu khususnya Sultan Selangor ini. Perkara-perkara ini lebih dilihat sebagai satu tindakan terancang yang ingin melemahkan institusi raja-raja dan credibility serta kuasa raja-raja di Malaysia ini. Bermula dengan penipuan yang dilakukan oleh MB Selangor ini berhubung dengan kutipan hasil pasir di Selangor dan kemudian Isu perlantikan SUK kerajaan negeri Selangor, Rampas Arak dan Isu Murtad DUMC Selangor yang mana selaku Khalifah Agama Negeri Selangor pandangan dan titah baginda Sultan tidak memberi apa apa kesan kepada MB Selangor ini tetapi titah Ronie Liu lebih di junjung oleh MB Selangor ini. Kemudian penghinaan dan pertikaian bidang kuasa Sultan Selangor melalui seorang Prof yang tiada kebijaksanaan walau bergelar Professor, dan terkini mengatakan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat menghina dan mempersendakan Sultan Selangor sebagai perkara kecil dan remeh dan tak perlu di ambil tindakan atau diperkatakan.

MNK setuju ia memang perkara remeh kepada mereka yang menilai dan beranggapan bahawa institusi raja-raja Melayu ini suatu perkara yang tidak perlu dipertahankan, tidak perlu disanjung atau di nobatkan di satu kedudukan yang teristimewa dan tinggi didalam negara Malaysia. Apatah lagi perlu dihormati oleh seluruh rakyat negara ini khususnya rakyat Selangor. Bagi mereka yang beranggapan Rakyat Selangor tidak perlu taat pada Sultannya. Siapa lah sangat Sultan ini? Kenapa perlu layan Sultan dengan begitu beradap dan penuh istiadat? Seperti Orang Melayu di Singapura, kalau ditanya mereka apakah mereka anggap tentang raja-raja Melayu MNK percaya ramai khususnya anak muda mereka akan menjawab takda makna apa-apa. Itu semua perkara remeh, samalah macam jawapan Tan Sri Khalid Menteri Besar Selangor Pakatan Rakyat ini. Bukan hanya Khalid Ibrahim malah pemimpin Pakatan Rakyat yang lain juga turut bergerak seiring dengan MB Selangor ini dalam menghina institusi Raja di Selangor ini.  Nanti diakhir penulisan ini MNK akan senaraikan kisah-kisah penghinaan terhadap Sultan Selangor ini untuk rujukan pembaca.

Kesimpulannya, kalau kita sayang seseorang kita tidak akan memperlekehkan dia, kita tidak akan menghina dia, kita tidak akan mempersendakan dia, kita tidak akan menjadikan dia bahan lawak kita, kita tidak akan menjatuhkan martabat dia. Kita hanya akan melakukan perkara-perkara keji kepada mereka yang kita benci walaupun itu bukan ajaran dan tuntutan Islam tetapi sebagai manusia kita mempunyai fitrah dan nafsu maka kita itu naluri manusia. Kita akan kutuk orang yang kita benci. Kita akan tidak ambil kisah kepada orang yang kita tidak gemari dan seperti Menteri Besar kita akan pandang remeh perkara sebegini kepada orang yang kita tidak hendaki dan tidak sayangi. Maka mungkin sebab itu Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengatakan tindakan rakan-rakannya menghina Sultan Selangor dengan mempersendakan beliau sewaktu Istiadat Pertabalan Agong tempoh hari suatu perkara yang Remeh.

Apakata Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor....

Abdul Khalid dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, isu yang dibangkitkan itu hanyalah isu remeh yang sengaja diperbesarkan bagi tujuan politik.


“Ia tidak sepatutnya dibangkitkan tatkala rakyat sedang bergembira meraikan pertabalan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong yang baharu.


“Justeru, jika ada keperluan, saya dengan hormat takzim menawarkan kesediaan untuk menghadap Seri Paduka Baginda bagi memperjelas kedudukan sebenar,” katanya – BERNAMA

Jangan terkejut apabila rakyat sudah mula tidak hormat Sultan, rakyat sudah mula tidak punyai perasaan sayang pada Sultan, rakyat sudah mula mempersendakan Sultan, rakyat sudah mula menghina Sultan maka ketika itulah institusi raja ini akan terhakis dari jiwa dan hati rakyat maka itulah pertandanya kita akan menuju ke arah negeri Republik seperti yang di cita-citakan oleh DAP. Seperti apa yang berlaku dan berjaya dilaksanakan oleh PAP di Singapura. Yang sedihnya ada bangsa melayu dalam PKR dan PAS turut bersama dalam meruntuhkan institusi raja-raja Melayu di Malaysia khususnya di Selangor ini. Ingat wahai bangsaku, menyokong PAS dan menyokong PKR bermakna anda menyokong DAP dan sejarah tidak pernah menipu. Cuba imbas kembali apa yang dilakukan oleh DAP pada Selangor satu ketika dulu apabila mereka hampir menguasai Selangor??? Mereka-mereka itu masih ada dan masih lagi bersama DAP dan inilah wadah perjuangan sebenar Pakatan Rakyat yang di tunjangi oleh DAP.... Wahai Rakyat Selangor sekalian, bangunlah kamu mempertahankan Baginda Tuanku Sultan....


Daulat Tuanku!!!
Gombak!!! Gempur!!!

Antara kisah-kisah penghinaan terhadap Sultan Selangor oleh Menteri Besar Selangor Pakatan Rakyat dan Pemimpin Pakatan Rakyat....








WAJIB BACA!!!