Thursday, 18 October 2012

ANWAR JEALOUS KAT ULIL AMRI MALAYSIA?


Baru-baru ini sebagai rakyat Malaysia MNK cukup berbangga mempunyai seorang Perdana Menteri yang begitu hebat seperti Dato' Seri Najib Tun Razak. Sebagai rakyat Malaysia MNK bangga Perdana Menteri MNK dan Kerajaan Negara MNK rupa-rupanya menjadi pihak yang dibelakang tadbir selama ini yang telah berjaya menyelesaikan dan mendamaikan dua pihak iaitu Kerajaan Filipina dan MILF yang mana konflik ini telah berlanjutan selama 40 tahun dan sudah pasti ribuan nyawa telah terkorban dari kedua-dua pihak.

Presiden Benigno Aquino dan Ketua Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim masing-masing menyaksikan majlis menandatangani perjanjian damai itu yang turut disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Malaysia memainkan peranan utama ke arah perdamaian itu dengan menjadi tuan rumah dan orang tengah sepanjang proses rundingan damai tersebut berlangsung. Perjanjian itu bagi membolehkan kedua-dua belah pihak merintis jalan ke arah pembangunan yang lebih sistematik ke atas wilayah yang akan diberikan kuasa autonomi mulai sekarang sehingga ia dilaksanakan sepenuhnya menjelang 2016. Baca Selanjutnya

Anak kecil Islam BangsaMoro mendapat pembelaan Ulil Amri Malaysia dalam usaha mendamaikan kedua pihak melalui perjanjian damai Mindanao

Bukan ini menunjukkan satu pembelaan keatas nasib ribuan rakyat bangsa Moro yang beragama Islam? Bukan ini pembelaan dan perjuangan terhadap agama Islam yang dilakukan oleh Perdana Menteri kita Dato' Seri Najib Tun Razak bukan hanya di Malaysia tetapi memperjuangkan diperingkat antarabangsa. Apakah kisah Perjanjian ini tidak sama dengan Perjanjian Hudaibiyah (bahasa Arab: صلح الحديبية) yang berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah (Mac 628 M) dan ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah?

Dengan adanya perjanjian damai ini sudah pasti pihak bangsa Moro yang beragama Islam di Filipina ini boleh melaksanakan perkara berikut seperti mana yang telah dilakukan sewaktu zaman Rasullullah apabila perjanjian Hudaibiyah ditandatangani.

Berkembangnya syiar Islam di Filipina.
Kehidupan masyarakat Islam Moro aman dan damai.
Pengiktirafan Bangsa Moro dan Islam di Filipina
Membuka jalan kepada pembebasan kawasan-kawasan penduduk bangsa Moro.
Orang Islam Moro dapat membuat perhubungan dengan negara Islam yang lain dirantau Asia ini.

Apakah ini bukan lagi bukti Ulil Amri Malaysia iaitu Dato Seri Najib Tun Razak yang memainkan peranan penting untuk menemukan dan mendamaikan kedua-dua belah pihak ini telah melakukan suatu kebaikkan yang besar untuk agama Islam khususnya buat umat Islam di Filipina yang berbangsa Moro ini?


Tetapi apa pula kata Anwar? Macam jelaous pun ada, macam marah pun ada. Pendek kata memang Anwar tidak senang melihat kebaikkan dan kejayaan yang dikecapi oleh YAB Perdana Menteri Ulil Amri Malaysia ini. Baca Selanjutnya 

Zaman Dato Seri Najib jadi Perdana Menteri beliau mendamaikan dan menghentikan kekejaman dan perperangan terhadap rakyat Moro Islam Filipina. Zaman Anwar dulu baru jadi TPM dulu apa dia lakukan? Cuba kita lihat siapa rakan baik Anwar di Filipina sewaktu beliau menjadi TPM dulu kalau bukan Jose Marcelo Ejercito Presiden Filipina Jun 1998 - Jan 2001? Semua tahu betapa Nurul Izzah mendapat keistimewaan dan boleh berjumpa terus dengan  Estrada rakan baik ayah dia ini Presiden Filipina ketika itu dan meminta bantuan untuk membebaskan ayah dia ketika itu yang baru di tahan.


Sewaktu Estrada menjadi Presiden Filipina apa pula dia lakukan? Tahukah kita dia melakukan bertindak menyerang MILF di Mindanao dan Jolo.Rakan baik Anwar Ibrahim ini. Kalau boleh beliau nak hapuskan bangsa Moro Islam di Filipina ini. Dan ini merupakan kawan baik Anwar. Berapa ratusan malahan ribuan rakyat Islam Moro yang mati akibat serangan tentera Estrada ini. Ini kawan baik Anwar Ibrahim? Tak Caya Klik Sini

Jadi tidak heran lah MNK kalau Anwar tak gemar dan marah kalau Ulil Amri Malaysia Dato Seri Najib melakukan perkara yang bertentangan dengan agenda sahabat baik beliau Estrada iaitu nak menghapuskan Islam di bumi Filipina dengan menghapuskan MILF dan Bangsa Moro ini. Tetapi sebaliknya DS Najib berjaya mendamaikan kedua-dua pihak di Filipina ini setelah ketiadaan Estrada. 

Anwar macam penyakit berjangkit pula Support Keselamatan Negara Isreal lah, berkawan baik dengan orang yang nak menghancurkan Islam di Filipina lah si Estrada ini. Tiada satu pun kisah Anwar yang MNK baca atau dengar kebaikkan atau pembelaan yang dilakukan oleh beliau untuk umat Islam.  Jangankan luar negara dalam negara pun takde ini...apa dah jadi pak sheikh?

Gombak!!! Gempur!!!

Note: Ustaz MNK cakap dulu, kita ini kalau nak jadi baik kawan dengan orang baik-baik baru kita jadi baik...dan hasilnya kelakuan dan tindakan kita akan pasti menghasilkan perkara yang baik.