Sunday, 21 October 2012

MOTO GP TQ TUN M: VIDEO ANAK BANGSA CIPTA SEJARAH


Terima kasih Tun Mahathir atas ilham dan pembinaan Litar Sepang dengan harapan akan lahir anak bangsa anak Malaysia yang akan suatu hari nanti menjadi juara dunia. Berdasarkan perlumbaan semalam jelas hasrat dan harapan itu amat hampir dalam gengaman. Walaupun ilham membina litar Sepang ini pada awalnya mendapat kritikan hebat tak kurang pula tomahan dan kutukkan khususnya dari pembangkang namun semalam segalanya lenyap apabila seluruh rakyat Malaysia bangga menjadi anak Malaysia apabila melihat aksi dan pencapaian pelumba-pelumba negara ZulFahmi dan Hafizh.

Semalam satu sejarah negara Malaysia dan Anak Bangsa terlakar dalam arena permotoran negara kerana dalam sukan pemotoran World Moto GP apabila buat pertama kali anak Melayu Malaysia menduduki podium dalam Moto3 Perlumbaan Motor Dunia GP.



Pemuda UMNO Gombak juga melakarkan sejarah semalam apabila buat julung kalinya program konvoi motor ke litar Sepang menyaksikan Moto GP diadakan. Seramai lebih dari 40 biji motor dan 4 Kereta yang melibatkan seramai hampir 90 orang turut serta yan mana mereka ini merupakan Pemuda dan jentera-jentera Pemuda dari 10  cawangan dan 4 PDM di Dun Gombak Setia. Para peserta telah dilepaskan oleh Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad Penyelaras BN DUN Gombak Setia di perkarangan rumah beliau. Peserta telah di sajikan sarapan pagi oleh Datuk Said di rumah beliau sebelum berlepas ke Sepang. 



Walaupun hujan lebat dan kesemua peserta termasuk MNK sendiri yang turut serta lencun dek hujan termasuk 4 motor perserta di saman oleh roadblock Polis di laluan motor tol KLIA atas kesalahan tiada 'side mirror' selepas puas merayu untuk sekadar beri amaran dan budi bicara Polis gagal, para peserta masih tetap melahirkan rasa puas kerana turut serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara. Yang Penting kami berada di Sepang ketika anak bangsa anak Malaysia mencipta sejarah. MALAYSIA BOLEH!!!!!


GOMBAK!!! GEMPUR!!!

Note MNK: Terima kasih MNK ucapkan kepada Tun Mahathir kerana ilham dan merealisasikan pembinaan Sepang Circuit. Dato' Kaharudin Momin Mantan Exco Selangor dan Wakil Rakyat Dun Gombak Setia, Ceo Sepang Datuk Razlan Razali dan Sepang Management, Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad Penyelaras BN Dun Gombak Setia dan tidak lupa Datuk Hj. Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin Penyelaras BN Parlimen Gombak merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak. Tanpa mereka sudah pasti program ini tidak akan berjaya dan sejarah tidak akan tercipta di Moto GP Sepang buat Pemuda UMNO Gombak Cawangan Kampung-kampung Tradisi DUN Gombak Setia.