Tuesday, 23 October 2012

VIDEO: BENARKAH PAS PEJUANGKAN ISLAM DAN UMNO HANYA PEJUANGKAN MELAYU?



Pada tanggal 21/10/2012, Pemuda UMNO Cawangan Taman Selayang telah mengadakan Program Santai Belia bersama Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin. Program ini bertujuan disamping beramah mesra belia dengan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, ia juga bertujuan untuk memberi penjelasan hal-hal isu semasa dan hala tuju anak muda khususnya anak muda Gombak dimana didalam program ini diadakan sesi dialog dan soal jawab isu-isu semasa. Salah satu soalan dari salah sorang belia yang hadir yang mana rata-rata belia yang hadir ini adalah mereka yang bukan dikalangan ahli Pemuda UMNO Cawangan Selayang adalah " Benarkah PAS memperjuangkan Islam padahal UMNO hanya memperjuangkan Melayu?"




MNK yang turut hadir amat tertarik dengan soalan anak muda itu tadi lantas terfikir, dalam pandangan MNK kalau benarlah PAS memperjuangkan Islam maknanya apa? Islam itu Global dan ia tidak dikekang dengan bangsa atau sempadan negara. Islam itu kepunyaan semua bangsa. Kalau benar PAS memperjuangkan Islam kenapa Parti PAS hanya berjuang di Malaysia sahaja, kenapa tiada usaha dakwah dan perjuangan membela Islam di Syria atau Rohingya atau lebih dekat Selatan Thailand oleh Parti Pas? Sebaliknya UMNO dan Barisan Nasional melalui Kelab Putera 1 Malaysia yang memperjuangkan nasib saudara Islam di Rohingya dan Syria yang mana baru-baru ini misi bantuan kemanusian telahpun berjaya dilaksanakan di Rohingya dan sedang dilaksanakan di Syria disaat ini. Jadi apa dalil Parti Pas mereka memperjuangkan Islam sedangkan tiada apa-apa kebaikkan atau bantuan yang diberikan untuk sedara Islam mereka di luar Malaysia? Adakah Islam itu hanya di Malaysia? Apakah dakwah yang dibuat oleh PAS baik di Malaysia atau diluar negara? Kerana Kalau kita memperjuangkan Islam sudah pasti matlamat kita ialah untuk menarik orang yang bukan Islam masuk Islam adalah salah satu agenda utama kita dan ianya perlu dilaksanakan melalui dakwah.

UMNO pula betul memperjuangkan Melayu tetapi tidak kah semua Melayu adalah Islam dan jika UMNO memperjuangkan Melayu sudah pasti secara tidak langsung UMNO turut memperjuangkan Islam. Kerana sudah tentu kalau bangsa itu maju, berjaya, hebat agamanya juga akan menjadi hebat kerana keunikan bangsa Melayu di Malaysia ini ialah agamanya pasti Islam dan tiada agama selainnya buat bangsa Melayu Malaysia ini.

Mari kita lihat Video apa jawapan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin kepada soalan yang diajukan oleh salah sorang belia di majlis Santai Belia Taman Selayang bersama Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak. 




Gombak!!! Gempur!!!