Monday, 3 December 2012

BUAT ADIK-ADIK PARA PERWAKILAN KELAB UMNO LUAR NEGARA...Part 1


Saya percaya kebanyakan daripada kita semua yang menyertai Kelab UMNO Luar Negara adalah kerana cinta kita dan rasa kasih dan sayang kita pada UMNO. Kita mempunyai impian bahawa satu hari apabila kita kembali selama-lamanya di tanah air kita, kita akan menyokong dan menyumbang kepada perjuangan UMNO. Dilengkapi dengan kelayakan profesional kita akan memperjuangkan UMNO dan memberikan serta membalas budi UMNO kembali dengan mencurahkan bakti kepada masyarakat di kampung kita. Walau bagaimanapun sedih untuk mengatakan bahawa dari pengalaman saya ia tidak begitu mudah dan apa-apa yang saya pelajari semasa hari-hari saya di KULN  tidak berapa membantu saya ke arah itu. Hanya impian dan visi yang membara sahaja yang saya mampu bawa pulang sebagai bekalan yang saya perolehi sebagai ahli  Kelab UMNO dan Pengerusi Kelab. Saya percaya terdapat cara dan jalan di mana kita boleh meningkatkan dan menambah baik serta memaksimakan kewujudan KULN ini
Berikut adalah beberapa idea-idea atau buah fikiran saya bagaimana Sekretariat KULN mungkin mempertimbangkan untuk menerima pakai perubahan untuk benar-benar memberi manfaat kepada ahli-ahli KULN untuk masa depan.


• Sekiranya boleh disarankan sekali dalam setiap 2 tahun Kelab Agung UMNO diadakan  Perhimpunan Agung Kelab UMNO Luar Negara sama seperti Perhimpunan Agung UMNO sebelum Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur diadakan ketika mana pengerusi-pengerusi Kelab UMNO Luar Negara ini pulang ke tanahair untuk mengikuti Perhimpunan Tahunan Agung UMNO. Di sini mereka akan membawa isu-isu semasa dan menjalankan Pemilihan untuk memilih Pengerusi Kelab UMNO Pusat, Naib Pengerusi dan ahli-ahli majlis tertinggi di peringkat pusat melalui proses pemilihan. Dalam usaha ini, mana-mana Pengerusi Kelab hendak bertanding mesti mendapatkan pencalonan dari Pengerusi Kelab UMNO yang lain dan terdapat kuota bagi kelayakan. Pencalonan Pengerusi contohnya mesti lebih daripada 7 pencalonan untuk jawatan Pengerusi Pusat, 5 untuk Naib Pengerusi dan 3 pencalonan untuk ahli jawatankuasa tertinggi. Kemudian pengundian akan dilaksanakan untuk memilih dan mengisi semua jawatan mereka. Proses ini seharusnya mengikuti proses sama seperti proses Pemilihan di Peringkat UMNO Bahagian .

• Isu-isu Ucapan Wakil KULN semasa perhimpunan Agung UMNO perlu dikemukakan kepada Urusetia sebelum Perhimpunan Agung oleh mana-mana ahli KULN dan tarikh tutup adalah 2 minggu sebelum Perhimpunan Agung Kelab UMNO. Ahli Jawatankuasa Tertinggi  Kelab UMNO yang terpilih akan bertanggungjawab dalam mengenal pasti isu-isu utama yang harus menjadi sebahagian ucapan perwakilan KULN dan melaksanakan kerja-kerja penyediaan ucapan. Wakil cakap Kelab UMNO Luar Negara boleh dipertanggung-jawabkan kepada sama ada Pengerusi Pusat itu sendiri atau orang yang dilantik oleh Pengerusi dan jawatankuasa untuk mewakili Kelab. Dengan adanya proses ini kita akan menanam benih kesetiaan, jujur, amanah dan sebagainya dll kepada Pengerusi Kelab UMNO dan pemimpin dan kita memberikan kematangan kepada Pengerusi-pengerusi Kelab UMNO untuk menjalankan urus tadbir Kelab dan juga menyuarakan dengan bebas pendapat dan buah pemikiran mereka sewaktu Perhimpunan Agung UMNO itu nanti. Kita tidak mahu teks ucapan mereka ditapis dan di sediakan oleh wakil Pak Menteri misalnya atau Seketariat misalnya tanpa memberikan kebebasan penuh kepada mereka menyuarakan cadangan atau buah fikiran mereka sendiri. (Bersambung Part 2)

Gombak!!! Gempur!!!

.