Monday, 3 December 2012

VIDEO KJ TOLAK JADI CALON PRU13?



Pasti ramai di yang gembira dan ramai pula yang berduka apabila melihat rakaman video ini dimana Khairy Jamaluddin Ahli Parlimen Rembau merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan bahawa beliau tidak mahu jadi calon, beliau tidak kisah dan tidak mengharap sangat untuk dipilih jadi calon pada PRU 13 itu nanti tetapi beliau ingin contohi serikandi dan pejuang-pejuang UMNO diluar sana yang tak punya apa-apa jawatan tetapi tetap setia dengan parti, itu erti kesetiaan yang sebenar, muka-muka yang tidak dikenali atau disanjung tetapi tetap kekal menjunjung kesetiaan. 
Beliau kata kalau Presiden kata jadi calon kita jadi calon, sekiranya Presiden kata jangan jadi calon kita sokong dari belakang.

Inilah semangat perjuangan yang harus setiap ahli Pemuda contohi dan teladani, namun begitu Ayahanda YAB Presiden janganlah hampakan satu-satu harapan orang muda yang mendambakan seseorang untuk mewakili suara mereka ini di padamkan api dan bara perjuangan yang sedang menyala... Kalau boleh pilihlah beliau lagi ya. Tetapi soal calon kita serahkan sepenuhnya kepada YAB Presiden bak kata KJ.

Pemuda tidak buta untuk memilih jalan kianat, bila dihadapkan pilihan harapan dan kesetiaan, harapan peribadi dan kesetiaan pada parti tonggak kesetiaan lebih penting bagi kami.


Anak Raja membawa Peti,
Peti berisi kayu Cemati,
Kalau tak dapat bagi dihati,
Tetap berjuang sampai ke mati,

Nasi Lemak Buah Bidara,
Sayang Selasih hamba lurutkan,
Kami Pemuda sudah bersedia,
Pantang berundur mengalah jangan,


Note MNK: Kita kekurang tokoh muda, kita perlukan lebih ramai orang muda seperti saudara YB KJ ini didalam Parlimen, kita perlukan orang seperti beliau untuk berdiri di barisan hadapan mematahkan hujah dan tomahan serta fitnah pembangkang didalam Parlimen. Kita perlukan beliau sebagai wakil orang muda membawa aspirasi dan hak nasib orang muda di tanahair ini. Say Yes to KJ... 

HIDUP PEMUDA!!! HIDUP UMNO!!!

GOMBAK!!! GEMPUR!!!