VIDEO PAU 2012 (PERGULUNGAN - ADA MATA PANDANG ADA TELINGA DENGAR!!!)
Cukup menarik pada Perhimpunan Agung 2012 UMNO kali ini dan benarlah UMNO telah menjalani Transformasi baik dari gerak-kerja, etika-budaya dan perjuangannya malah sifat para pemimpin hinggalah ker akar umbi yang mana setelah mengalami kejutan pada PRU12 yang UMNO dan Barisan Nasional telah kehilangan 4 buah negeri. Kini Transformasi yang dibawa dan digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Presiden UMNO Dato' Seri Najib Tun Razak telah mula membuahkan hasil.
Pemimpin di peringkat Bahagian dan Cawangan bergerak begitu aktif dalam program turun padang dan menjaga kebajikan rakyat. Para Pemimpin diperingkat pusat pula rata-rata kini kesemuanya mengiktiraf kepentingan peranan Media Cyber atau Media dalam politik hari ini. Lihat sahaja ucapan pergulungan Ketua Bendahari UMNO dengna menggunakan Visual dan Slide yang mana akan lebih terkesan untuk dihayati oleh para perwakilan tentang apa yang hendak disampaikan dalam ucapan pergulungan beliau. Memang terbukti pemahaman akan lebih kuat sekiranya penjelasan atau penerangan itu tadi bukan hanya diterima melalui pendengaran tetapi juga penerimaaan melalui penglihatan. Ini satu bukti lagi gerak kerja UMNO makin berubah mengikut peredaran zaman kerana sekiranya dulu hanya melalui ucapan dan ceramah saja disajikan kepada para perwakilan sewaktu ucapan pergulungan mahupun pembahasan tetapi kini tidak lagi. Para perwakilan juga disajikan dengan visual dan slide untuk ditatapi sambil mendengar ceramah atau perbahasan yang dilakukan. Syabas UMNO!!!