Monday, 26 November 2012

APAKAH AGENDA DISEBALIK PERARAKAN HIJAU BANTAH PROJEK LYNAS


Heran bin Ajaib kalau sebelum ini susah betul nak lihat puak-puak Ca Ya Nun Alif ini keluar berdemo kerana kita tahu rata-rata bangsa mereka ini tidak akan buang masa dan melakukan sesuatu perkara yang tidak berfaedah bagi diri mereka atau bangsa mereka. Mereka lebih gemar menjadi pencatur kepada boneka pencacai parti pembangkang seperti PKR dan PAS untuk melaksanakan agenda mereka. Tetapi tidak kali ini iaitu kepada Projek Lynas ini. Mereka sendiri terpaksa keluar berdemo bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Lynas Project ini.

Kenapa dan Mengapa ialah persoalan yang perlu tanya dan kita perlu tahu dan cuba kita kaitkan pula dengan sifat Ca Ya Nun Alif ini. Rata-rata semua tahu mereka ini adalah sebuah bangsa yang mengutamakan ekonomi. Dimana-mana mereka ini berjaya dari segi ekonomi malah Tanah Besar mereka pun dah jadi salah satu kuasa ekonomi dunia. Jadi sudah pasti kalau mereka beria-ria membantah projek tersebut apakah mereka melihat dengan adanya projek Lynas ini akan memberikan kesan yang begitu baik untuk bangsa Melayu dan Negara Malaysia yang mana mereka takut akan menganggu-gugat cengkaman ekonomi mereka ini pada Malaysia. Apakah dengan terlaksananya projek Lynas ini akan membuka peluang kepada bangsa Melayu untuk menceburi pelbagai bidang atau mengisi kekosongan dan menceburi bidang-bidang baru yang boleh di sokong atau tempias kepada pelaksanaan projek Lynas ini?

Sunday, 25 November 2012

UMNO KAHWINKAN ORANG PAS?


Walaupun Parti PAS dan Ahlinya bersama kepimpinannya mendoakan kehancuran buat Ahli UMNO dan UMNO berlaku sebaliknya dimana Ahli UMNO dan kepimpinan UMNO telah menyumbang dan membantu ahli-ahli PAS mendirikan Masjid dimana di Baling,  Penyelaras BN Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim merangkap Ketua UMNO Bahagian Baling telah memberikan sumbangan bagi mengurangkan beban ahli keluarga terlibat di mana telah diadakan perkahwinan serentak 5 pasangan tersebut. Inilah sebenarnya yang dituntut oleh Islam ketika mana musuh atau seteru kita menghina dan mencaci kita, kita tidak membalas cacian dan hinaan tersebut tapi kita melawan nafsu amarah kita dan bersabar dan membalas cacian dan hinaan tadi dengan pujian dan kemuliaan kepada musuh. Inilah sifat terpuji yang perlu ada kepada setiap umat Islam tak kira dia orang UMNO, PAS atau PKR. Samada dia Melayu, Arab, Cina Muslim,  etc etc. Islam tetap Islam.

Tuesday, 20 November 2012

VIDEO PENYELARAS BN PARLIMEN GOMBAK JAWAB SOALAN CEPU MAS?

Seperti dijanjikan Sambungan Sesi Santai BBQ dan Sessi soal jawab antara Belia Taman Selayang bersama Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin yang juga merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak. Pelbagai soalan yang datang dari Belia-belia yang atas pagar ini yang ingin mengetahui dan mendengar sendiri jawapan dari Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak ini berhubung dengan isu-isu semasa. Berikut adalah sudutan antara soalan-soalan yang ditanyakan dan dijawab oleh Penyelaras BN Parlimen Gombak. Untuk makluman pembaca ini adalah satu dari berpuluh siri jelajah dan santai bersama Belia yang dilakukan oleh Datuk Megat Zulkarnain ini. Saksikan!!!

Gombak!!! Gempur!!!





VIDEO BUKTI ORANG INDIA SOKONG BN RAMPAS SELANGOR!!!

Takde apa yang nak diceritakan atau diluahkan kecuali rasa syukur dan gembira melihat perkembangan politik dan penerimaan rakyat khususnya masyarakat India terutama di Gombak ini terhadap kepimpinan Y.A.B Dato' Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia dan Pengerusi Barisan Nasional merangkap Presiden UMNO. Jom lihat sendiri lah VT dibawah ini kalau tak yakin lagi. Yakin Boleh!!!



Gombak!!! Gempur!!!

Sunday, 18 November 2012

VIDEO NAJIB RAZAK 11 (NRC 11) BERSAMA RAKYAT LADANG KAM SENG BT 8 GOMBAK?


Lihat sahaja Video di bawah ini. Inilah bukti Perdana Menteri kita yang kita sayangi yang ada pihak lagi satu dok doakan mintak turunkan bala dan hancurkan beliau bersama dengan Parti UMNO dan BN itu bekerja. Tak cukup dengan beliau sendiri memberi dan meluluskan peruntukkan-peruntukkan Kerajaan Barisan Nasional serta merangka dasar-dasar Kerajaan bagi membela bangsa Melayu, India dan Cina di tanahair ini secara terus ada pula gerakan NGO-NGO yang lahir kerana kasih dan sayang mereka terhadap insan bernama Dato' Seri Najib Tun Razak ini maka mereka melakukan kerja-kerja kebajikan dan amal membantu golongan-golongan yang tidak bernasib baik tanpa mengira bangsa ataupun agama. Malah mereka tidak melakukannya dengan niat politik atau ada agenda politik tetapi hanya semata-mata ingin membantu dan menolong rakyat Malaysia bersesuaian dengan slogan Rakyat Didahulukan itu.

Friday, 16 November 2012

ANWAR DAN AZMIN TERKEDU? PROJEK KONDO MEWAH BATU CAVES AKAN DIBATALKAN...



Pada tanggal 13/11/2012 di Perkarangan Batu Caves telah tercatat dalam sejarah tanahair di mana Y.A.B Perdana Menteri Malaysia telah berjanji untuk membawa usul dan pemohonan kepada United Nation berhubung dengan kawasan Komuniti dan Kuil Batu Caves ini untuk di pertimbangkan sebagai "World Heritage". Langkah dan saranan oleh Y.A.B Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak ini adalah demi melindungi Batu Caves dari dirosakkan atau hapus sama sekali oleh pihak yang tidak bertanggung-jawab termasuklah Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor ketika ini.

Dalam ucapan beliau pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali MIC ini beliau berkata dan berjanji sekiranya masyarakat India memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Barisan Nasional bersama masyarakat Melayu dan Cina di Selangor ini dan kita berjaya merampas kembali Kerajaan Negeri Selangor dari tangan Pakatan Rakyat pada PRU-13 ini, Projek yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat untuk membina 2 Blok Kondominium setinggi 29 tingkat berhampiran dengan kuil Batu Caves itu akan dibatalkan sama sekali. Ini kerana pembinaan kuil tersebut sudah pasti akan menggangu-gugat struktur bumi yang mana dikuatiri monumen bersejarah dan lambang kebanggaan masyarakat India di Malaysia ini akan musnah akibat pembangunan yang tidak bertanggung-jawab ini yang mana hanya memikirkan keuntungan beberapa pihak tetapi mengenepikan kepentingan social masyarakat khususnya masyarakat India.

Thursday, 15 November 2012

TAHNIAH DATUK AHMAD MASLAN!!!



Barisan Kepimpinan ALUMNI KULN 2012/2014

Pada tanggal 11/11/2012 telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Ke-13 Alumni Kelab UMNO Luar Negara di Bilik Kedah PWTC Kuala Lumpur. Apa yang menarik pada mesyuarat agung tahunan kali ini ialah ada pemilihan untuk barisan kepimpinan yang baru untuk menerajui Alumni Kelab UMNO Luar Negara ini.

Pada peringkat awalnya keadaan agak mendebarkan kerana khabarnya akan ada pertandingan untuk jawatan tertinggi Alumi KULN ini yang mana kerusi Pengerusi akan dilepaskan oleh Mantan Pengerusi Dato Rais Zainuddin dan khabar angin kencang ketika itu mengatakan bahawa Datuk Ahmad Maslan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang ketika itu memegang kerusi Timbalan Pengerusi Alumni dicadangkan untuk menerajui Alumni KULN ini. Namun begitu ada khabar yang lain mengatakan Dato Kamarul Rashdan Bendahari Alumni ketika itu yang juga merupakan  Pengarah Urusan SPNB akan turut bertanding kerusi Pengerusi Alumni KULN pada kali ini.

Monday, 12 November 2012

VIDEO AZMIN ALI PUN DAH SENGSARA INI KAN PULA ANWAR IBRAHIM


Cukuplah sepenggal kami ditipu. Cukuplah sepenggal kami diabaikan dan dianaiya oleh kamu pemimpin Pakatan Haram. Kami tidak mahu lagi pemimpin yang gah kononnya diperingkat Nasional yang sibuk ke Sabah dan ke Sarawak malah ke pelusuk negara tercinta ini tetapi mengabaikan kami di Parlimennya sendiri. Kami dah rasa keperitan mempunyai insan bernama Azmin Ali sebagai Ahli Parlimen kami dan pastinya kami tidak mahu insan bernama Anwar Ibrahim pula yang menggantikannya. Sudah pasti Anwar lebih hebat lagi menjelajah pelusuk negara malah kerap keluar negara serata dunia ntah apa yang dicari?

Sunday, 11 November 2012

VIDEO KERAJAAN BARISAN NASIONAL PERIHATIN MASALAH KAUM INDIA


Jelas dan nyata parti mana yang benar-benar membantu dan menjaga kebajikan rakyat khususnya rakyat Selangor dan rakyat Gombak ini. Walaupun Kerajaan negeri Selangor sekarang ini ditangan pembangkang tetapi yang benar-benar membela dan menjaga kebajikan rakyat di Selangor dan Gombak ini tidak lain dan tidak bukan adalah Barisan Nasional. Lihat sahaja video dibawah ini yang mana hingga ke hari ini tiada pun bantuan dan sumbangan diberikan oleh Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor ini ataupun mana-mana wakil rakyat atau ahli Parlimen Pakatan Rakyat Gombak atau Wakil Rakyat Pakatan Rakyat di ketiga-tiga DUN di Gombak ini. Sebaliknya Sumbangan disampaikan oleh Kerajaan Barisan Nasional melalui Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad dan Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin kepada seluruh masyarakat India di dalam DUN Gombak Setia yang telah dilangsungkan di Taman Samudera.

Kata kononnya Kerajaan Negeri Selangor selama 4 tahun dibawah pentadbiran mereka telah mentadbir kewangan dengan begitu baik sekali hingga mempunyai surplus dan sebagainya. Jadi sepatutnya mereka lebih hebat dalam memberi sumbangan dan kebajikan kepada rakyat Selangor ini berbanding pemimpin UMNO dan Barisan Nasional di Gombak ini tetapi kenapa sebaliknya yang terjadi. Kemana duit Kerajaan Negeri semua itu pergi yang diwar-warkan itu hilang dan lesap? Kata Perjuangkan negara Kebajikan dan sebagainya tetapi tiada pun kebajikan yang diberikan kepada masyarakat India yang susah sempena Hari Perayaan Deepavali ini.

Siapa yang bagi dan siapa yang jaga kebajikan rakyat? Barisan Nasional jugak. BN jugak yang bagi segala sumbangan, subsidi dan pertolongan.


Wednesday, 7 November 2012

NURUL IZZAH TOLAK HUDUD NAK TUKAR HUKUM ALLAH? APAKATA NIK AZIZ?



Sebelum ini pihak PAS dan pencacainya sibuk mengatakan UMNO tolak hudud dan sampai sekarang lagi demi meraih undi mereka menjaja kononnya UMNO tolak hudud padahal tiada satu pun draft undang-undang hudud yang tepat dan lengkap dapat di sediakan oleh pihak PAS ini. Namun kini Allah nak tunjuk kepada mereka maka Allah balikkan hati si Nurul Izzah Naib Presiden PKR yang mana PAS bercium mulut dengan PKR ini. Dulu DAP terang-terang tolak huduh seperti kata keramat Karpal Singh tu, kini giliran PKR pula terang-terang tolak hudud dengan kenyataan Naib Presiden PKR si Nurul Izzah ini. Persoalannya apakah kata-kata itu lahir dari Nurul Izzah sendiri atau telah ditanamkan oleh Anwar Ibrahim, papa Nurul Izzah tersayang itu?

Tuesday, 6 November 2012

BALA DITURUNKAN TEMPAT ANWAR CERAMAH??? SUBAHANALLAH!



Jarang kita dengar bila mana Masjid atau rumah suci Allah dilanda mussibah. Pasti kesucian Masjid akan dipelihara oleh Allah seperti Masjid Rahmatullah di Aceh yang mana apabila satu bandar Aceh musnah dilanda Tsunami namun Masjid yang terletak ditengah-tengah Bandar Aceh itu tidak sedikit pun terjejas malah dikhabarkan air tidak atau lumpur tidak masuk langsung kedalam masjid tersebut.

Itu tanda kebesaran Allah sekiranya Masjid dipelihara dan diselenggarakan dengan baik hanya untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Nya. Tetapi sedih sekali...



Sebuah masjid di Kampung Bukit Naga yang telah dimasuki ditengelami air banjir. Habis ruang solat ditengelami air sebulan setelah Anwar memberi ceramah dan tazkirah di dalam masjid ini. Apakah ini petanda yang Allah tidak redha rumah Nya digunakan oleh orang yang tidak suci dan tidak ikhlas dalam hal berurusan dengan Agama Allah ini. Seorang yang membenarkan serta mengamalkan LGBT untuk dan memberi ceramah pula dalam rumah Allah ini. Apakah ini bala dari Allah kepada Qariah Kampung Naga kerana menggunakan Rumah Allah ini untuk insan Anwar Ibrahim ini berceramah? Baca Selanjutnya...


Gombak!!! Gempur!!!


Note MNK: TQ Sumber AAJK

Monday, 5 November 2012

VIDEO KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR TIPU! - KATA TOK BATIN.



Pada tanggal 04/11/2012, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia telah mengadakan kunjungan dan lawatan ke kampung orang asli Bukit Kala Batu 12 Gombak. Disamping meninjau dan melihat sendiri keadaan orang asli di Gombak ini beliau juga turut memberikan penerangan isu semasa serta sumbangan kepada keluarga orang asli. Seawal jam 7.45am Datuk Ahmad Maslan telah tiba di Gombak untuk bersarapan pagi di Warung Mak Ngah di Batu 8 Gombak bersama JKKKP setempat dan Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad serta Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin. Turut menyambut ketibaan Datuk Ahmad Maslan ialah Ketua UMNO Bahagian Rahim Kamaruddin.

Sunday, 4 November 2012

VIDEO BANJIR GOMBAK: AZMIN ALI TAK PEDULI NASIB RAKYAT GOMBAK?



Mangsa Banjir: "Rumah saya naik air lagi bang...banjir sampai paras peha. Habis semua barang rumah rosak.
MNK: Berapa rumah kali ini adik yang terlibat?
Mangsa Banjir: Sama macam hari tu bang. Dalam 10 rumah di belah paya ini.
MNK: Pihak kerajaan negeri (Pakatan Rakyat) atau Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali ada datang melawat tak?
Mangsa Banjir: Takde Bang yang datang pun 2 orang iaitu Ketua Pemuda PAS Nasaruddin Tantawi bersama sorang lagi saya tidak kenal.
MNK: Ada tak diberi apa-apa bantuan? Takde bang dengan Boot getah baru dibeli dia hanya melihat dan boleh dia cakap Banjir ya!... hmm memang lah banjir bang takan itu pun nak tanya.
MNK: Lepas tu?
Mangsa Banjir: Dia blah jer bang takde pun kata apa-apa pasal apa-apa bantuan pun.
MNK: Biasalah tu dia tidak boleh buat apa-apa kalau yang boleh buat pun ialah Azmin Ali sebab dia Ahli Parlimen. Wakil Rakyat PAS dah kena pecat Hassan Ali dah kena pecat dik. Takpa nanti Abg cuba mintak tolong dekat Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain.

MNK menghubungi Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin Penyelaras BN Parlimen Gombak.

Truuttt truttt...truttt truttt deringan talipon.....

Thursday, 1 November 2012

BADRUL AMIN HASUT AL-ARQAM BENCI KERAJAAN BN?




 
Seperti yang semua maklum Pertubuhan Al-Arqam ini telah diharamkan oleh kerajaan satu ketika dulu. Markaz Pusat mereka di Sungai Pencala telah dikosongkan. Ramai para pengikut Ustaz Ashaari atau lebih dikenali dengan panggilan Abuya telah diberikan kesedaran melalui program kaunseling dan penerangan oleh pihak-pihak dan agensi kerajaan yang bertanggung-jawab. Ramai dikalangan para pengikut Al-Arqam dahulunya telah kembali menjalani kehidupan seperti rakyat biasa dan mula bercampur kembali dengan masyarakat. Namun begitu masih ramai juga yang masih tetap dengan pegangan dan ajaran Al-Arqam yang mengamalkan Tareqat Muhammadiah ini. Apa hal pula Badrul Amin yang mengelarkan Anwar sebagai Al-Mahdi ini bersama dengan Al-Arqam ini?

MANA PAS SELANGOR NAK LETAK MUKA???


Masih terngiang-ngiang di telinga MNK pada kempen PRU 12 PAS di Selangor dahulu apabila PAS melaungkan ingin menegakkan negara Islam dan menyucikan kerajaan negeri Selangor ini kononnya dari segala rasuah, perkara yang haram dan segala kemungkaran. Islam sebagai Ad-din dan sebagainya. Rasa-rasa semua di Selangor ini khususnya orang Melayu dan Islam pasti masih ingat laungan sekiranya kita dapat tawan Selangor sebelum ayam berkokok kita akan tutup Kilang Calsberg di Shah Alam itu. Tapi hingga ke hari ini kilang itu masih beroperasi.