FOLLOW ME


Monday 7 May 2012

BANJIR DI RANTAU GOMBAK



07/05/2012 - Semalam Rantau Gombak telah dilanda Banjir akibat hujan lebat yang turun pada sekitar jam 4.00 pagi yang mana kawasan yang berhampiran dengan Sungai Gombak telah dinaiki air dengan sekelip mata. Sedang ahli-ahli rumah nyenyak tidur air naik begitu cepat sehinggakan banyak barang-barang rumah yang dinaiki air ini tidak dapat diselamatkan.

Rantau Gombak ini merangkumi dari Batu 8 Gombak iaitu bermula dengan Kampung Sungai Chinchin hingga ke Batu 11 Jalan Gombak. Difahamkan dari info yang diperolehi dari Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Penyelaras DUN Gombak Setia dan Penyelaras Barisan Nasional DUN Gombak Setia lebih kurang 100 keluarga yang terjejas akibat banjir kilat ini.

Tinjaun MNK sendiri kesalah sebuah kampung yang dilanda banjir tersebut yang mana air naik hingga ke paras bumbung kereta Wira salah sorang mangsa banjir di Kampung Sungai Chinchin. Walaupun air naik begitu cepat Alhamdullillah kerana kawasan yang berhampiran sungai yang banyak terjejas air turut surut dengan cepat yang mana kerja pembersihan dapat dilakukan dengan segera.

Tahniah MNK ucapkan kepada  Penyelaras BN Dun Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad yang mana seawal 6.30 pagi telah mula melawat kawasan-kawasan yang teruk dilanda banjir ini bermula dari Batu 10 Jalan Gombak hingga ke Batu 8. Begitu juga Penyelaras BN Parlimen Gombak yang turut bertindak pantas melawat dan menyampaikan sumbangan segera wang tunai buat pemulaan bagi meringankan sedikit beban mangsa-mangsa banjir tersebut.

Pemuda UMNO Sungai Chinchin bergotong-royong membersihkan salah sebuah rumah mangsa banjir di Sungai Chinhin


Pemuda UMNO Gombak Utara bergotong-royong membersihkan kawasan banjir di Gombak Utara

Namun apa mengagumkan MNK ialah sifat perihatin dan semangat gotong-royong serta bantu-membantu yang ditunjukkan dikalangan pemuda-pemuda UMNO Rantau Gombak ini yang mana tanpa perlu di arah dan tanpa perlu ditubuhkan unit khas dan sebagainya dan tanpa apa-apa peruntukkan atau imbuhan mereka telah sama-sama turun membantu membersihkan rumah-rumah mangsa banjir dikawasan masing-masing. Tahniah MNK ucapkan kepada Pemuda UMNO Gombak Utara dan Pemuda UMNO Sungai Chinchin yang menunjukkan sikap yang terpuji. Semangat ini diharapkan akan berkekalan hingga kepada PRU 13 nanti dan patut dijadikan contoh kepada kita semua. Semoga keikhlasan tuan-tuan ini akan diberkati dan diberikan ganjaran yang setimpal olah Allah.

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!