FOLLOW ME


Wednesday 23 May 2012

SYARAT UMNO PULA KALAU PAS NAK MUZAKARAH


Sekarang ini sibuk terdengar disana sini di kedai-kedai kopi pak aji dan pak lebai memperkatakan dan merumus serta membuat analisa tersendiri berhubung dengan keberangkalian PAS dan UMNO bersatu sekiranya lontaran untuk Muzakarah yang dilontarkan oleh rakan Mursyidul Am TIBAI Zahid Mat Arip iaitu Mursyidul Am PAS Nik Aziz tempoh hari.

Namun belum pun persetujuan atau diadakan perbincangan berhubung dengan muzakarah yang dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam di Malaysia ini baik yang PAS, yang UMNO, yang PKR yang DAP itu di adakan Mursyidul Am Pas telah meletakkan beberapa syarat Pra Muzakarah tersebut. Syarat-syarat nya adalah seperti berikut:-

"Kalau UMNO nak bersatu (dengan Pas), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam.

"UMNO kena terima Pas sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila UMNO dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-37 Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah Pas di Kuala Ibai, dekat sini hari ini.

Namun itu syarat PAS kepada UMNO, apa pula syarat UMNO? Apakah PAS fikir tentang syarat dia sahaja tanpa fikirkan apa UMNO tidak ada syarat ker? Walhal mereka yang mengeluarkan idea dan permintaan untuk muzakarah dengan UMNO? Kenapa timbul balik mereka nak muzakarah dengan UMNO? Apakah kerana mereka sedar kini sokongan orang Melayu kepada PAS telah berkurangan dan lemah? Mereka yang nak muzakarah dengan kita mereka yang 'demand' letak syarat yang pelik-pelik seperti sengaja diletakkan syarat tersebut agar muzakarah itu hanya menguntungkan pihak PAS dan merugikan pihak UMNO hinggakan hampir mustahil untuk UMNO menerima syarat yang diletakkan itu maka rancangan muzakarah itu akan gagal. Jadi lepas ini mereka akan jaja pulak seluruh negara mengatakan UMNO jahil dan menolak muzakarah demi kebaikkan ummah sejagat di Malaysia ini. UMNO tolak perintah Allah untuk berpegang pada tali Allah dan bersatu sebagai Ummah Islam. UMNO menolak saranan PAS untuk tukar dasar bubuh Islam. Apakah ini perancangan Anwar melalui Mursyidul Am Pas si Nik Aziz ini. Sebab itu kalau kita lihat bila Hadi Awang menolak berhubung muzakarah ini apa kata Nik Aziz?

Nik Aziz berkata...

“Ini keputusan saya dan tidak ada kena-mengena dengan orang lain, jadi saya tak kisah walau ada yang tidak bersetuju.

"Saya tak ganggu presiden saya. Yang saya sebut, saya nak muzakarah dengan Umno kenapa tolak Islam. Kalau dia (Hadi) tak setuju dengan saya, tak apa... yang penting muzakarah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Kota Jembal, di Kota Bharu.

Abdul Hadi sebelum ini dilaporkan berkata PAS tidak akan mengadakan muzakarah dengan Umno sebagaimana yang dilaporkan oleh media sebelum ini, sebaliknya sedia berbincang dengan NGO.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata Umno sedia bermuzakarah dengan mana-mana NGO yang berasaskan Islam dan Melayu, sekiranya PAS tidak bersedia berbuat demikian.

Nik Abdul Aziz berkata beliau juga tidak akan melonggarkan syarat yang telah ditetapkannya iaitu membincangkan mengenai dasar kebangsaan yang diamalkan Umno jika parti itu benar-benar mahu mengadakan muzakarah dengan PAS - AgendaDaily

Jadi bagi MNK sudah lah tu wahai Nik Aziz, hentikan lah sendiwara kamu itu? Jangan nanti jatuh golongan munafik. Bertaubat lah wahai Nik Aziz selagi Allah beri kamu peluang untuk bertaubat.  Banyak sangat dah buat perkara yang bercanggah dengan tuntutan Islam ini. Apa tak tahu kafir yang menentang Islam dan nak menghancurkan Islam itu adalah Kafir Harbi yang mana kita wajib memerangi mereka bukan bekerjasama dengan mereka. DAP tentang penubuhan negara Islam ini kamu patut letak syarat itu kepada DAP dahulu sebelum kamu bekerjasama dengan DAP kalau DAP setuju baru kamu letakkan syarat muzakarah itu kepada UMNO.

Apa kata UMNO letak syarat pula..kita boleh terima syarat diatas itu semua dengan syarat kalau syarat  Pertama DAP kena setuju dasar negara Islam di Malaysia ini dan masuk dalam perlembagaan DAP. Kedua PAS bubar parti dan semua ahli PAS masuk UMNO. Boleh ker????


Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!