FOLLOW ME


Wednesday, 27 July 2011

PEMUDA UMNO GOMBAK TERIMA TETAMU ISTIMEWA PKR!!!!

 
Pengisian membakar semangat juang Pemuda UMNO Gombak di Program Santai dan BBQ Pemuda Batu Caves oleh Tn. Hj. Megat Zulkarnain Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak
Pada 25hb Julai 2011 yang lalu satu Program Santai dan Ramah Mesra telah di adakan oleh beberapa Exco Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Ketua-ketua Pemuda UMNO Cawangan dan ahli Pemuda UMNO dari Dun Batu Caves bersama Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak Tn. Hj. Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin di Flat Amaniah. Program Santai ini berlandaskan konsep gotong-royong dan BBQ yang mana ahli pemuda-pemuda UMNO Cawangan telah sama-sama bekerja untuk menjayakan program ini.  
Tujuan program ini dijalankan disamping untuk merapatkan silahturrahim dikalangan Pemuda, ianya juga bertujuan bagi menyambut kedatangan Bulan Ramadhan tidak lama lagi. Selain bersantai dan beramah mesra dikalangan Pemuda-pemuda Cawangan dan bertukar-tukar pendapat dikalangan Ahli Pemuda cawangan, Exco-exco Pemuda Bahagian dan juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian itu sendiri, pemuda-pemuda UMNO Cawangan turut diberikan pengisian oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tn. Hj. Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin sendiri tentang erti perjuangan dan pengorbanan Pemuda UMNO Bahagian Gombak. Kemana arah tuju perjuangan Pemuda UMNO khususnya Pemuda UMNO Bahagian Gombak itu sendiri.
Tn. Hj Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak menyampaikan ceramah membakar jiwa-jiwa ahli Pemuda UMNO Bahagian Gombak Dun Batu Caves
Beliau turut menceritakan kenangan indah bersama Patriot yang mana walaupun beliau dan Pemuda UMNO Gombak yang turut serta berhimpun di Bukit Bintang telah mendapat peluang merasai kepedihan gas pemedih mata dan semburan air secara begitu dekat sekali.  Namun apa yang paling bernilai ialah disitu juga kita berpeluang mengalami sedikit pengalaman dan merasakan bagaimana atuk atau ayah kita rasai sewaktu Tragedi Hitam 13 Mei 1969 yang mana jauh lagi dashyat dari apa yang dirasai di Bukit Bintang itu. Bukan bilangan yang menjadi persoalan tetapi beliau bangga kerana masih ada ramai Pemuda UMNO Gombak yang bila secara mengejut di sms arahan “Semboyan telah berbunyi” semua rata-rata tanpa dolak-dalih dan banyak soal terus sampai ke tempat yang di beritahu. Dan masih ramai akan turut serta namun kerana kita tidak mampu nak menghantar sms dan makluman  kepada semua Pemuda UMNO Gombak ketika itu dan tiada perancangan rapi untuk mengeluarkan semua Pemuda UMNO Gombak maka mana yang ada hp no dalam simpanan rakan-rakan saja yang mendapat makluman tersebut.
Ketua Kumpulan Pemuda PKR yang kembali bersama UMNO memperkenalkan diri dan bersalaman dengan Tn. Hj Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin
Disamping itu beliau turut mengalu-alukan dan mengucapkan “Selamat Kembali” kepada sekumpulan yang agak besar Pemuda dari Angkatan Pemuda Keadilan yang telah menyatakan hasrat untuk kembali bersama Pemuda UMNO Gombak pada malam itu. Mereka turut hadir di dalam Program ini dan menyatakan mereka ingin kembali bersama Pemuda UMNO Bahagian Gombak dan mereka telah hilang kepercayaan kepada prinsip dan ideologi perjuangan Parti PKR dibawah Anwar Ibrahim dan mereka rasa cukup kecewa. Mereka meluahkan rasa tertipu dengan apa yang telah dijanjikan dan apa yang telah dikatakan selama ini oleh pemimpim-pemimpin PKR khususnya pemimpin PKR di Gombak ini sendiri. Dalam perbualan dan sembang-sembang Sdr. Joe(nama samaran) yang merupakan Ketua Kumpulan Pemuda PKR yang hendak kembali bersama UMNO ini dengan Ketua Pemuda UMNO Gombak Tn. Hj Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, beliau menyatakan apa yang buat beliau tidak tahan lagi dan bertindak meninggalkan PKR dan memujuk rakan-rakan yang lain untuk turut meninggalkan perjuangan parti PKR ini ialah kerana tindakan Pemimpin PKR itu sendiri yang menyeru dan menyokong Bersih 2.0  sanggup berkonfrantasi dengan Melayu UMNO demi perjuangan seorang Kafir bernama Ambiga. Beliau tidak dapat menerima pimpinan PKR yang menjadi dalang kepada Melayu untuk bertempur dengan Melayu sendiri atas nama perjuangan Ambiga. Syabas kepada Sdr. Joe dan rakan-rakan atas kesedaran ini.
Saudara Joe(nama samaran) mengeluarkan kad keahlian PKR untuk dipatahkan dihadapan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak Tn. Hj. Megat Zulkarnain namun dihalang oleh beliau.
Sewaktu bersalaman dengan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak Tn. Hj. Megat Zulkarnain, Sdr Joe lantas mengeluarkan kad keahlian PKR dari dompet beliau dan ingin mematahkan kad keahlian PKR beliau dihadapan Ketua Pemuda UMNO Gombak namun telah ditahan oleh Ketua Pemuda UMNO Gombak dan menerangkan kepada Sdr. Joe agar bersabar dan tunggu ketika dan waktu yang sesuai dimana akan sampai masanya beliau boleh melakukan perkara itu kerana akan ada lagi anak-anak muda dari PKR yang beliau sendiri ketahui telah pun menyatakan ingin kembali bersama Perjuangan UMNO khususnya Pemuda UMNO Gombak. Sdr Joe juga turut berikrar dan berjanji beliau akan lakukan sedaya-upaya untuk melumpuhkan jentera Pilihanraya Angkatan Muda Keadilan (AMK) khususnya di Batu Caves sebagai bukti serta keikhlasan beliau untuk kembali bersama UMNO. Ikrar ini telah disambut dengan sorakan Hidup UMNO dan tepukan gemuruh semua ahli Pemuda UMNO termasuk Ahli Pemuda UMNO yang baru bersama dari AMK itu tadi. Beliau juga amat yakin dibawah cara dan gaya pimpinan Ketua Pemuda UMNO Gombak Tn. Hj Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin, Pemuda UMNO Gombak akan menjadi faktor penting dalam menyumbang kepada usaha merampas kembali Gombak dari Pakatan Rakyat khususnya PKR.

Inilah keistimewaan dan daya tarikan yang ada pada Ketua Pemuda UMNO Gombak yang mana beliau dilihat sebagai “Ketua Pemuda Kedai Kopi” dikalangan rakan-rakan ahli  Pemuda Gombak dan bukan “Ketua Pemuda Tinggi Diri”.  Tunggu tulisan tentang Ketua Pemuda Kedai Kopi......

Hidup Pemuda UMNO Gombak!!!!
Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!