FOLLOW ME


Sunday, 30 September 2012

BAJET 2013 SIAPA YANG TAHU?


2-3 Hari ini sibuk di serata ceruk di bandar dan di kampung, di kedai-kedai kopi dan di warung-warung orang memperkatakan hal berhubung dengan Bajet 2013 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak tempohari. Ramai yang terpaku di depan kaca tv menonton siaran langsung pembentangan Bajet 2013 oleh YAB PM kita dan tidak kurang pula yang tonton di PC di pejabat atau di kedai-kedai yang menyediakan perkhidmatan Wifi.

Wednesday, 26 September 2012

VIDEO: DAYANG KU INTAN DAN ABBY TAK MAMPU LAKUKAN INI???


 
Cuba lihat tayangan kedua-dua video ini yang mana pembaca-pembaca boleh menilai sendiri sifat dan akhlak artis tanahair dan melakukan perbandingan yang mana lebih baik dan lebih mencerminkan akhlak budaya artis tanahair. Yang dua orang ini dok menyanyi atas pentas ceramah di ceruk-ceruk kampung atas nama politik dan mencari rezeki dari parti-parti politik pembangkang. Dah nama pun atau organizer konsert ceramah kampung-kampung ini parti politik maka sudah pasti kena ikut cakap organizer sebelum nyanyi kutuk-kutuk dulu Kerajaan dan Parti Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Kalau berani dan hebat lagi kutuk negara sekali iaitu Malaysia tercinta ini. Siap kutuk rakan-rakan artis lain yang menyokong parti kerajaan dan menzahir serta tidak takut berkata-kata mempertahankan negara kerana rasa sayang kan negara Malaysia ini.


Yang satu lagi clip video ini pula mempamerkan sifat dan akhlak sorang artis yang telah mengharumkan nama negara di persada dunia. Menyanyi di pentas dunia dan membawa serta menjunjung nama negara  nama Malaysia dibahunya dalam usaha kecilnya untuk membawa kehormatan pada negara dalam industri muzik ini. Beliau ialah Shila Amzah anak kepada ND Lala. Malas nak ulas panjang anda lihat sendiri persembahan dan Shila Amzah ini siap bila di umumkan sebagai Juara pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai, China baru-baru ini. Lepas bersalam dengan juri-juri profesional antarabangsa kerana kegembiraan dan kebanggaan serta MNK percaya rasa sayang dan cintakan negara yang cukup tinggi, beliau telah melaungkan Malaysia Boleh!!!. Inilah semangat dan sikap yang patut ada pada artis-artis tanahair dan patut menjadi contoh dan tauladan kepada yang lain. Baru Hebat!!! Tahniah Shila Amzah....



MNK Note: Apa pencapaian Abby dan Dayang Ku Intan nie? Hebat sangat ke macam artis tak berapa nak laku jer... so terpaksa lah raih populariti murahan melalui parti politik pembangkan dan menghentam kerajaan dan parti UMNO dan BN. Rakyat bertambah meluat ler jawapnyer...

Gombak!!! Gempur!!!




Tuesday, 25 September 2012

FILEM HINA RASULLULLAH APA ANWAR CAKAP???


“Tindak balas ganas terhadap filem yang menghina Islam, dia (Anwar) bersetuju bahawa terdapat satu ‘masalah dalam jiwa umat Islam..mudah marah dan emosi,” lapor Eddie Barnes, wartawan The Scotsman, media terbitan British, ketika menemu bual Anwar semasa Ketua Pembangkang itu melakukan lawatan ke United Kingdom baru-baru ini. 

Itu kata-kata Anwar tatkala jiwa umat Islam seluruh negara bergolak dan marak dengan api kemarahan kerana Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dihina dengan begitu keji sekali oleh pihak Yahudi dan Barat dengan penerbitan filem dan karikatur Baginda. Bukan hanya di Malaysia malah di seluruh negara. Kenapa si Anwar ini boleh pulak dia kata umat Islam mudah marah? Ini ciri-ciri seorang pejuang Islam? Ini kah ciri-ciri yang kononnya ustaz PAS yang terencat tu kata Imam Mahdi? Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W di hina dengan begitu dahsyat sekali pun dia boleh kata macam takpa-takpa biarkan jangan melatah jangan mudah marah dan emosi. Jangan berdemo dan jangan kecoh-kecoh. Nak tunggu macam mana lagi baru umat Islam nak bangkit tunjukkan protes dan tuntut hak mereka yang mana jangan di ganggu Agama Islam ini seperti mana Islam tak menganggu agama-agama lain. Kenapa pihak Anwar dan sekutunya tidak melaungkan human rights of the majoriti Muslim? Bukan ini human right kepada 2.1 billion umat Islam dari jumlah 7 billion penduduk dunia ini untuk mengamalkan fahaman agama mereka dengan aman dan damai tanpa di ganggu dan dikeji oleh orang beragama lain?

Kalau pun Anwar yang terkenal dengan fahaman pluralisme dalam erti kata lain kesamaaan semua agama dan tiada agama yang lebih baik dari agama lain kalau mengikut pahaman pluralisme itu tadi, Anwar tetap patut membela agama Islam walaupun dia tidak berminat nak bela atas nama beliau sendiri penganut agama Islam beliau sendiri pemimpin parti politik beragama Islam tetapi beliau patut bela atas nama kesamaan setiap agama dan fahaman pluralisme beliau itu tadi. Islam juga ada hak yang sama dengan agama lain kan kalau mengikut fahaman beliau itu tadi.

Apakah ada tekanan pihak tertentu untuk Anwar mengeluarkan kata-kata begitu? Maklumlah PRU 13 dah dekat. Ramai pelabur dan rakan-rakan Anwar di luar negara nak bagi pakai duit macam tu jer tak payah bayar balik? Macam kawan sorang tu bagi pakai Jet macam bagi pinjam kereta jer tu. Yer lah nak bagi pakai untuk tabung perbelanjaan Pakatan Rakyat untuk kos PRU13 nanti. Takan nak bantai pulak geng-geng tu walau Rasullullah dihina. Nanti tak jadi kasi pakai nanti makin merudum lah nak jadi PM?


Maksudnya apa? Quran dah jelas mengatakan Nabi Muhamad Insan Mulia, Insan Mahsum Insan yang dipelihara kesucian dirinya oleh Allah. Hati hitamnya di bedah oleh Jibrail ketika peristiwa Isra Miraj dan banyak lagi ayat-ayat berkenaan Baginda. Apakah itu tidak cukup buat Anwar? Apakah filem Innocent of Muslim ini jelas bertentangan dengan apa yang diceritakan dalam Quran dan sengaja diterbitkan untuk menghina Baginda? Kenapa nak jual ayat Quran dengan harga yang murah? Kenapa tidak mahu bela Baginda hanya kerana takut rakan-rakan luar negara boikot? Tak bagi pakai percuma?

Ingatlah hari pembalasan di Padang Masyar. Jangan sampai Baginda tak mengaku kita sebagai umat nanti dan hilang dari mendapat syafaat Baginda. Ingatlah....


MNK Note: Tak tahu lah kalau nanti keluar cerita kata akhbar TheScotman tu pula memutar belitkan apa yang dia kata. Macam kes Majalah Asian WallStreetJournal dulu pasal lindung negara Isreal. Sokong Isreal tapi tak sokong Umat 2.1 Billion Umat Islam luahkan bantahan bela Rasullullah? Pelik bin Ajaib Pak Sheikh nie ler....

TQ MyMassa.

Gombak!!! Gempur!!!





VIDEO PEJABAT PENYELARAS BN DUN GOMBAK SETIA JADI PUSAT DUA KUMPULAN MAT REMPIT BERTEMBUNG!!!



Pada Ahad 23/09/2012 telah berlaku kekecohan dan suasana gamat dan riuh rendah di Pejabat Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad di Batu 8, Gombak. Ianya disebabkan selisih faham dua kumpulan mat rempit terbesar di Rantau Gombak yang tidak sehaluan. Kekecohan ini disebabkan kumpulan A (nama terpaksa dirahsiakan) yang dikepalai oleh Brader Edi Cigar dan sekumpulan lagi dikepalai oleh Chot Tempang yang Pro Datuk Said Anuar telah berselisih faham dan menjadi Pejabat Penyelaras BN DUN Gombak Setia tempat untuk " settle". Namun begitu keadaan jadi terkawal apabila Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad Penyelaras BN DUN Gombak Setia sendiri telah turun untuk settle kan perselisihan dua kumpulan terbesar di Rantau Gombak ini. Jom kita tonton Video kejadian yang sempak MNK rakam.


Hehehe... jangan marah ya dua kumpulan terbesar yang MNK maksudkan ini ialah penyokong Liverpool dan Penyokong Manchester United di Rantau Gombak ini. Memahami kehenedak dan citarasa anak muda dan belia kampung sekitar Rantau Gombak Setia ini maka Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad bersama Pemuda UMNO Cawangan-cawangan Rantau Gombak ini telah mengadakan program tayangan siaran langsung perlawanan EPL antara Manchester United vs Liverpool. Program ini bertujuan untuk menggalakan aktiviti sihat dikalangan pemuda dan belia rantau Gombak serta dilihat sebagai satu usaha Penyelaras BN DUN Gombak Setia menjadikan Pusat Khidmat beliau ini sebagai tempat berkumpul dan pusat aktiviti sihat sebegini anak-anak muda rantau. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan gejala rempit dikalangan mereka. Bayangkan tidak perlu lagi pergi jauh dari kawasan kampung untuk melihat perlawanan EPL di layar-layar big screen di kedai-kedai mamak yang mana terletak agak jauh dari rantau Gombak ini. Kini di Pejabat Penyelaras BN Dun Gombak Setia telah disediakan kemudahan untuk tengok bola di layar-layar big Screen sama macam di kedai-kedai mamak.

Minuman dan makan percuma juga turut disediakan kepada siapa sahaja yang datang menonton dan ianya terbuka kepada semua. Cuma makanan tidak lah sama seperti di kedai mamak, cuma di sediakan Mee Hun dan nasi lemak untuk 100 orang pertama. Minuman pula hanya kopi O dan teh O panas. Mungkin buat permulaan ini hanya sekitar 40 orang sahaja yang hadir tetapi MNK percaya usaha yang murni ini sekiranya berterusan makin lama makin ramai yang akan turut serta kerana memang ini minat anak-anak muda di rantau Gombak ini.

MNK difahamkan oleh Datuk Said Anuar sendiri, inisiatif bukan hanya sekadar menonton Perlawanan EPL sahaja ianya juga akan menayangkan perlawanan pasukan Malaysia, Badminton dan juga tayangan filem-filem terkini.  Syabas kepada Penyelaras BN DUN Gombak Setia serta barisan kepimpinan Pemuda UMNO Cawangan di Rantau Gombak ini atas usaha yang baik ini. Teruskan InsyaAllah anak muda akan kembali bersama UMNO dan Barisan Nasional.


Note MNK: Teringat pula MNK kisah Wayang Pacak dulu-dulu dikampung-kampung. Seniman Bujang Lapok heheheh

Gombak!!! Gempur!!!

MB SELANGOR PENIPU - SOAL BELI BAS MEWAH ANWAR???



Lepas satu-satu kes pembaziran dan salah guna kuasa hatta wang rakyat telah dibongkarkan berhubung dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat khususnya di Selangor ini. Bermula dengan kes Lori Sampah secondhand berjumlah jutaaan ringgit hingga ke Bas Mewah Pribadi untuk Anwar diikuti pula dengan Lori Transformer pentas ceramah untuk Anwar dan terkini Jet Pribadi untuk Anwar. Segala-galanya untuk Anwar tetapi yang menyediakan serta membayar hatta menyewa katanya datang dari MB salah satu negeri dulunya kepunyaan Kerajaan Barisan Nasional yang kaya raya iaitu Selangor dan MB tersebut ialah Khalid Gagap. Cuma Jet Pribadi untuk Anwar jer katanya dari beri pinjam percuma oleh kawan Anwar yang lain bukan Khalid Gagap. Pinjam la sewa la mana satu pun tak tahu. Oleh kerana tuduhan serta bukti yang telah di dedahkan oleh Blogger-blogger pro-kerajaan BN agak kuat maka tidak lain dan tidak bukan mereka terpaksa menjawab. Baik Anwar sendiri atau pun Khalid Gagap menafikan segala tuduhan serta bukti yang dikemukan. Bak kata Pepatah Ingerris "One lie leads to another". Maknanya kalau kita dah tipu sekali kita akan tipu berkali-kali untuk menutupi penipuan kita yang asal. Lepas tu kita bohong lak lagi. Akhirnya bak kat pepatah Melayu pula Siakap Senohong Gelama ikan duri, Bercakap bohong lama lama mencuri". Ini lah terjadi di Selangor agaknya...Mana tidaknya kejap kata sewa, bukti macam beli sebab daftar nama sendiri. Takan sewa dari diri sendiri kot?  Baca Selanjutnya.... 

Note MNK- TQ SEL13.com. Apakah pemimpin yang suka menipu dan suka mencuri yang kita hendak? Apakah kita nak di tipu selama-lamanya? Jom pakat tolak Pakatan Rakyat pada PRU13....

Gombak!!! Gempur!!!

Monday, 24 September 2012

VIDEO PEMUDA UMNO SUNGAI CHINCHIN BIJAK DEKATI RAKYAT...


Pada tanggal 16/09/2012 anak-anak muda qariah Kampung Sungai Chinchin telah sepakat dan bergotong royong menganjurkan Program Rumah Terbuka Belia Kampung Sungai Chinchin 2012. Program ini yang bertujuan tidak lain tidak bukan untuk merapatkan kembali silaturrahim antara penduduk kampung dan juga antara yang muda dan yang tua walaupun perbezaan pegangan parti politik. Jelas apa yang cuba dibawa dan disampaikan oleh anak-anak muda ini melalui program rumah terbuka belia kampung ini ialah kematangan politik kepada abang-abang dan pakcik makcik serta ibu-ibu dan ayah-ayah mereka. Walaupun kita berbeza pegangan dan fahaman politik namun kita masih sebangsa dan seagama. Kita cuma berbeza tentang pemahaman kita dalam hal politik sahaja tetapi kita punyai banyak persamaan dan malah kita punyai ikatan tali persaudaraan. Rata-rata mereka yang duduk di Kampung Sungai Chinchin ini adalah saudara mara kebanyakkannya atau ada kena mengena sekiranya mereka anak jati Kampung Sungai Chinchin.

Namun begitu ikatan persaudaraan seagama yang pada asalnya di tekankan dan diserapkan oleh pengasas Kampung Sungai Chinchin ini iaitu Wali Allah Sheikh Muhammad Nur agak longgar malah bertukar menjadi renggang dan hampir tidak bertegur sapa hanya semenjak kemasukkan fahaman politik PKR dan DAP terhadap PAS di Kampung ini. Anak muda kampung sudah mula jauh dari Masjid yang dibina oleh Sheikh Muhammad Nur sendiri kerana tidak gemar dan meluat dengan sikap mempolitikkan institusi masjid itu. Sehinggakan soal pemilihan ahli jawatan kuasa masjid pun dah macam pilihanraya dan dipolitikan yang mana dulu di kampung ini ianya adalah hanya sukarela dan keputusan dicapai melalui  hasil perbincangan ibarat perbincangan anak beranak sahaja.


Namun begitu sejak kebelakangan ini hasil pendekatan berhemah yang dilakukan oleh para Pemuda UMNO Sungai Chinchin dan Persatuan Belia anak-anak muda sudah mula bersatu kembali dan kini harapan ialah agar golongan orang tua dan veteran di Sungai Chinchin ini pula boleh bersatu.

Tahniah MNK ucapkan kepada Sdr Sarmadan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sungai Chinchin dan barisan AJK Pemuda UMNO Sungai Chinchin dan juga para belia-belia Sungai Chinchin yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan program ini.

Kepada yang hadir pada program ini, kembalilah kepada seperti dulu-kala dan pada asalnya yang mana ketika itu hanya ada satu parti sahaja yang memayungi kita semua iaitu Parti UMNO. Kalau mana yang tak betul kita pakat perbaiki sama-sama. Anak-anak muda Sungai Chinchin sudah bersama...Abang-abang Pakcik Makcik bila lagi nak sedar dan kembali bersama????


Gombak!!! Gempur!!!

Sunday, 23 September 2012

GOMBAK PUSAT PENGKADERAN MAHASISWA KEDALAM PARTI PEMBANGKANG?

Terkejut MNK apabila membaca artikel pendedahan rakan blogger AAJK.COM yang mana dalam artikel beliau ini pendedahan tentang Gombak lah pusat pengkaderan para mahasiswa-mahasiswi di IPTA dan IPTS seluruh Malaysia berpusat. Berselindung atas nama PKPIM atau nama lainnya Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia. Apa dalilnya ialah kerana Seketariat Puast Persatuan ini rupanya terletak di Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7, Kampung Tengah, Batu 6  1/2, Jalan Gombak.

Difahamkan di lot ini lah pelbagai aktiviti dan penyaluran matlumat kepada Ketua-ketua pelajar atau para mahasiswa yang pro-pembangkang untuk menarik lebih ramai mahasiswa dan mahasiswi untuk menyertai dan mendukung perjuangan parti pembangkang ini.

Sekretariat PKPIM Pusat
Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Telefon: +603-6184 2286
Faks: +603-6184 2285
Emel: pkpim_spp@yahoo.com
Facebook : www.facebook.com/pkpimalaysia
twitter: www.twitter.com/pkpim1

Sekretariat PKPIM Pusat ini begerak aktif dalam menyampaikan maklumat dan wadah pihak pembangkang untuk menyalurkan maklumat kepada para mahsiswa di kampus-kampus seluruh Malaysia. Bergerak atas dasar persatuan pelajar Islam, namun disebaliknya pihak pembangkang seperti PAS, PKR dan ABIM sebagai NGO’s terus meneraju persatuan ini.

Di Serkretariat ini juga menjadi markaz untuk para nakib usrah dan kepimpinan mahasiswa Islam untuk berkumpul dan bermesyuarat bagi mengerakkan para mahasiswa dan program serta aktiviti di kampus-kampus. Mereka tidak perlu lagi masuk ke universiti dan dengan hanya menggunakan rangkaian para nakib, maklumat tarbiah dan arahan gerak kerja terus sampai hingga ke akar umbi. Baca Selanjutnya....


Note: MNK Rupanya di Gombak bukan hanya ada Markaz PAS tetapi ada juga Markaz pengkaderan Mahasiswa-mahasiswi Pembangkang. Apalagi Pemuda Gombak tugasan berat menanti anda untuk melumpuhkan pihak pembangkang dari terus menjadikan pusat bermulanya penambahan ahli parti pembangkang dari kalangan mahasiswa dan mahasiswi seluruh negara. Pastikan kemenangan pada PRU13 agar kita boleh lumpuhkan markaz-markaz ini. Kampung sahabat den nie...aduhai.

TQ AAJK.Com atas pendedahan ini.

Gombak!!! Gempur!!!

MANA ANWAR DAPAT JET PRIBADI???


Pelbagai persoalan timbul kini apabila gambar-gambar Anwar bersama beberapa pemimpin Pakatan Rakyat menggunakan Jet Pribadi untuk berkempen tersebar di alam maya. Satu-satu kebenaran terungkai oleh bloggers-bloggers Pro-BN manakala blogger Pro Pakatan Haram terus diam membisu tidak tahu bagaimana nak spin dah tu sebab jelas gambar menunjukkan Anwar bersama pemimpin pakatan rakyat bermewah tahap melampau. Walhal dalam siri jelajah mereka mengutip derma kononnya sumbangan ikhlas untuk usaha mereka menawan Putrajaya.

Dia suruh rakyat berkorban atas nama jihad dan fisabillillah untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang zalim dan kononnya sebuah kerajaan yang mana pemimpin mereka suka bermewah dan membazir duit rakyat. Kini Allah buka hijab dan tunjukkan kebenaran siapa sebenarnya yang menipu rakyat menggunakan duit rakyat dan sedekah atau sumbangan rakyat untuk bermewah dan membazir? Kalau takde duit sampai mintak sedekah kat rakyat yang hadir dengar ceramah kenapa boleh mampu menggunakan jet pribadi? Tengok lah perbandingan gambar dibawah dimana seorang ini menteri penuh Kerajaan BN dan seorang lagi perasaan jadi Perdana Menteri dan kuncu-kuncunya perasaan nak jadi menteri bayangan Pakatan Rakyat.
  
MENTERI KABINET KERAJAAN BN DAH BERPENGGAL-PENGGAL NAIK KELAS EKONOMI JER...

BARU JADI AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT SEPENGGAL DAH PAKAT NAIK JET PRIBADI TUUU...


Tumpang tanya yang naik jet bersama Anwar tu semua bakal tersenarai dalam Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat ker? Belum jadi Menteri dah pakat guna jet pribadi yer...? Siapa punya Jet tu...Baca Selanjutnya....


Gombak!!! Gempur!!!

ANWAR: BELUM JADI PM DAH BOROS DAN BAZIR DUIT RAKYAT???


Anwar Ibrahim bersama Pakatan Rakyat dan Parti Keadilannya jelas menipu rakyat dengan angan-angan Mat Jenin dan keindahan langit dan bintang kononnya Kerajaan Barisan Nasional boros dan membazir serta kononnya menggunakan duit rakyat untuk kegunaan pribadi dan kepentingan tertentu pemimpin-pemimpin BN. Kononnya kalau dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat mereka ini kerajaan yang tidak akan menggunakan duit rakyat sesuka hati dan tidak akan boros. Tidak akan membazir kerana mereka akan menjaga hak rakyat sebaik-baiknya. Jelas terbukti Allah nak tunjuk sifat sebenar Anwar dan kuncu-kuncunya, belum jadi PM lagi dah bermewah-mewah dan membazir dengan menafikan hak rakyat.

Kalau benar Anwar berjiwa rakyat, mementingkan rakyat dari segala-galanya, dan kalau benar Pakatan Rakyat dan PKR memperjuangkan nasib rakyat. Nie MNK nak tanya semenjak keluar Sungai Buluh dulu berapa ramai keluarga miskin yang Anwar sendiri telah bantu dengan menggunakan kekayaan beliau demi kerana sifat kasih dan sayang kan rakyat dan bangsanya? Cuba bayangkan kos penerbangan jet pribadi ini kalau samada pinjam oleh kawan atau hak sendiri, duit minyak dan sewa tapak dan kegunaan landasan dan ruang udara semua sudah tentu mencecah puluhan ribu ringgit malah ratusan ribu ringgit mungkin dan cuba bayangkan betapa indah dan baiknya sekiranya duit tersebut di sedekahkan atau disumbangkan kepada rakyat-rakyat miskin di Permatang Pauh? Bukan itu ke sifat Pak Sheikh Anwar nie yang tak suka membazir, tak suka berlagak dalam apa juga hal beliau hanya memikirkan kesejahteraan rakyat dan apa yang terbaik untuk rakyat. Beliau akan melakukan apa saja demi memperjuangkan hak rakyat. Sekarang apa dah jadi? Apa sudah tiada rakyat miskin di Permatang Pauh? Hanya kerana demi keselesaan atau mungkin sifat hendak menunjuk-nunjuk Anwar, beliau sanggup membazirkan puluhan ribu malah ratusan ribu ringgit duit atau hak rakyat Permatang Pauh?


Bukankah beliau dipertanggung-jawabkan  dan diamanahkan oleh rakyat Permatang Pauh sewaktu memilih dan memberi undi kepada beliau selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk membela dan memperjuangkan nasib mereka? Apa bukan itukah tugas dan tanggung-jawab seorang ahli Parlimen. Bukan bermewah-mewah dan membazir tanpa memberi pembelaan kepada rakyat. Inikah seseorang yang kita nak menjadi Perdana Menteri Malaysia? Belum apa-apa lagi dah nampak sifat boros dan suka membazir tanpa membela nasib rakyat bukan rakyat Malaysia rakyat kat Parlimen sendiri pun tak dibela inikan pula rakyat yang jauh dari kampung halaman beliau. Cakap jer lah Anwar ini. Cakap tak serupa bikin lah lu...... Baca Selanjutnya....



MNK: Jelas Anwar dan Pakatan Rakyat pembohong dan konon nak perjuangkan hak rakyat adalah untuk meraih undi semata-mata. Jom kita pakat tolak pakatan Rakyat. Khalid bagi pinjam ker atau sediakan ker macam Bus Mewah tuu? Adoi KG nie. Nak tanya sikit, Jual asset Selangor beli Jet yerr? 

Teringat pulak cerita Allahyarham Tan Sri P.Ramlee Tuan Penasihat.....Duo puloh lima percent tuan Penasihat..petikan dari cerita 3 Abdul...

Gombak!!! Gempur!!!

Friday, 21 September 2012

VIDEO UCAPAN PENUH KJ DEMO AMAN BELA RASULLULLAH


Khairy Jamalludin Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam ucapan beliau sewaktu demonstrasi aman di masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat tengahari tadi berkata demonstrasi ini bukan atas agenda politik tetapi demi maruah agama Islam dan umatnya di Malaysia. Dalam soal Islam ini Pmuda UMNO Malaysia dan juga Pemuda BN termasuk parti-parti komponen yang fahambdan menghormati kesucian agama Islam bersama Pemuda PAS sama-sama mengutuk dan menentang keras siapa saja yang cuba menjatuhkan maruah agama Islam dan Rasulnya. Jom kita saksikan pelawaan Pemuda UMNO Malaysia yang menghulurkan tangan kepada Pemuda  PAS untuk sama-sama kita tentang sebarang usaha untuk merosakkan kesucian agama Islam baik oleh bangsa asing atau dalam rakyat Malaysia sendiri. Jom kita saksikan rakaman penuh ucapan YB KJ....

GOMBAK!!! GEMPUR!!!





VIDEO DEMO AMAN PEMUDA UMNO BELA RASULLULLAH!!!


Sebentar tadi telah berlangsung satu demo aman oleh Pemuda UMNO Malaysia bersama beberapa NGO demi membantah penghinaan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggung-jawab ke atas Junjungan Besar Rasullullah Nabi Muhammad S.A.W di Masjid Kampung Baru selepas selesai solat Jumaat.


Demo ini juga turut membantah tindakan salah sorang YB dari parti DAP yang mengatakan demo ini tidak perlu dan umat Islam hanya membuang masa berdemo membela Rasullullah ini dalam erti kata lainnya. Rata-rata mereka yang hadir mengutuk YB DAP ini kerana memperlekehkan pegangan agama umat Islam di negara ini. Siapa kamu mahu mencampuri urusan agamaku??? Harus ingat semangat orang Islam di Malaysia ini telah membara setelah sekian lama dihina dan dicabar oleh anasir luar dan Yahudi dengan pelbagai penindasan dan penghinaan keatas Islam dan umatnya diseluruh dunia. Tak perlu lah YB DAP ini sibuk dan cuba nak menjadi hero dan membela silakhanat asing. Kamu tinggal dalam negara Islam Malaysia ini. Kamu harus hormat agama Islam seperti mana agama dan umat Islam menghormati agama kamu dengan membenarkan kamu menganutinya dengan aman selagi mana kamu tidak menganggu gugat kesucian agama Islam.


Kamu lupa apa telah berlaku pada 13 Mei? Kerana apa ianya berlaku? Tadi mujurlah umat Islam yang berhimpun tidak hilang pertimbangan lagi dan masih boleh mengawal perasaan mereka. Risau juga MNK kerana Kampung Baru ini juga lah bermulanya tragedi berdarah 13 Mei dan kerana perkara yang sama juga iaitu DAP menghina Islam dengan membaling tulang-tulang babi ke masjid-masjid sewaktu merayakan kemenangan mereka dalam PRU ketika itu seperti yang MNK dengar cerita dari orang-orang tua yang terlibat secara langsung sewaktu itu. Ini lagi sorang pencacai DAP konon nak jadi hero DAP konon kerana mungkin dah kurang popular dikalangan DAP dan nama tak tersenarai jadi calon DAP kot.


Jom saksikan rakaman demonstrasi tersebut....


Thursday, 20 September 2012

VIDEO AGM UMNO GOMBAK 2012 AMARAN AWAL BUAT AZMIN ALI..


Pada 16/09/2012 yang lepas telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Bahagian Gombak ke-18 2012 di Dewan Centrum Setiawangsa. Ini merupakan kali ke 4 ianya telah dilangsungkan di dewan yang sama. UMNO Gombak terpaksa melaksanakan mesyuarat Agung Tahunannya diluar Gombak kerana tiada satu pun dewan yang cukup besar yang bukan milik kerajaan negeri Selangor boleh diguna pakai didalam kawasan Gombak untuk dilaksanakan mesyuarat tahunan UMNO Bahagian Gombak ini. Oleh kerana kuasa kerajaan negeri bukan lagi ditangan UMNO maka jangan harap Kerajaan Negeri Pakatan Pembangkang akan membenarkan UMNO Bahagian mengunakan faciliti kerajaan negeri. Mungkin ini salah UMNO Gombak juga kerana tidak mengamalkan sikap menyediakan payung sebelum hujan. Mungkin lepas PRU 13 selepas BN berjaya merampas kembali Gombak dan Selangor khususnya mungkin boleh difikir-fikirkan untuk dibina dewan komuniti Kerajaan Pusat atau hak milik UMNO yang cukup besar yang mana boleh menampung mesyuarat tahunan UMNO Bahagian Gombak sendiri didalam Gombak yang boleh memuatkan jumlah perwakilan yang mencecah hampir 1300 perwakilan mewakili lebih 180 Cawangan.



Namun begitu walaupun diadakan di Setiawangsa yang diluar kawasan Daerah Gombak, ianya tidak mematahkan semangat ahli-ahli UMNO dan para perwakilan untuk tetap hadir melaksanakan tanggung-jawab mereka serta membincangkan agenda Bangsa dan Agenda Parti demi menghadapi PRU13 yang akan diadakan tidak lama lagi. Jelas terpampang kesungguhan baik dari ucapan-ucapan dan raut wajah yang ditunjukkan oleh  para perwakilan dan kepimpinan UMNO Bahagian dan Saya-sayap UMNO Pemuda, Wanita dan Puteri yang kesemuanya bercakap satu nada iaitu untuk memastikan kemenangan pada PRU13 nanti memihak kepada Barisan Nasional dan UMNO bagi ketiga-tiga DUN dan satu Parlimen di Gombak ini.


Rata-rata kepimpinan dan para perwakilan sanggup menolak tepi dan menutup mata segala permasalahan atau perselisihan dan perbezaan pendapat demi mencapai satu matlamat dan mengekalkan serta mengeratkan perpaduan bagi mencapai matlamat yang satu. Matlamat tersebut tidak lain dan tidak bukan untuk kemenangan sewaktu PRU13 nanti. Kerana formula kemenangan telah berjaya ditemukan dan kesemua sepakat mengatakan hanya itu sahaja formual yang boleh diguna pakai untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional dan UMNO di Gombak ini sewaktu PRU13 nanti. Formulanya ialah Perpaduan UMNO baik dari kepimpinan hinggalah ke akar umbi. Tetamu yang dijemput untuk merasmikan Mesyuarat kali ini iaitu Y.B Dato' Hamzah Zainudin Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi juga turut menekankan betapa pentingnya perpaduan dikalangan ahli-ahli UMNO dalam mana-mana Bahagian UMNO bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional pada PRU13 nanti. Tidak kurang Ketua Bahagian UMNO Gombak sendiri juga menyatakan harapan agar perpaduan UMNO Gombak dapat kita bina dan kita pertingkatkan bagi memastikan UMNO Gombak menjadi lebih kuat dalam menghadapi PRU13 nanti.


Kalau semua pihak dapat menyelami kata-kata ucapan perasmian oleh YB Dato Hamzah yang mana kita harus kembali menjiwai semangat UMNO yang hakiki yang mana UMNO ini wujud hasil doa datuk nenek kita agar Allah berikan satu wadah yang dapat memperjuangkan nasib anak cucu bangsa kita. Sekiranya kita dapat tanam sifat toleransi dan sifat mengutamakan parti dalam apa jua tindakan dan pemikiran kita, nescaya tidak susah untuk kita kecapi kemenangan pada PRU 13 nanti.


Ingatlah pemimpin datang dan pergi, pemimpin salih berganti, yang baik dan yang buruk itu adalah hasil tindakan individu atau kita sendiri sebagai ahli parti. Dan akhir sekali sekiranya ada yang salah sudah pasti itu adalah kerana ahli-ahli dalam parti atau diri kita sendiri dan bukan parti. Jadi samada kita ingin mengaku kesalahan kita dan kita perbaiki atau kita terus menyalahkan parti dan tsunami? Kitalah yang akan mencorak perjalanan parti dan  menentukan survival parti keramat ini. Ayuh semua ahli UMNO Gombak kita tawan kembali Gombak pada PRU13 nanti....

Gombak!!! Gempur!!!


Wednesday, 19 September 2012

VIDEO DATO AHMAD MASLAN UMUM TARIKH PRU13 DI OPEN HOUSE 2012 PENYELARAS BN PARLIMEN GOMBAK


Dato Ahmad Maslan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia telah melakukan kejutan bila mana beliau telah mengumumkan bila PRU 13 akan dilangsungkan di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya 2012 Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin yang telah dihadiri ribuan rakyat sekitar Parlimen Gombak. Rumah terbuka ini yang sepatutnya bermula dari jam 8.30pm hingga ke jam 12am telah mula sesak dari awal jam 7.30pm hingga tamat jam 12am.

Jom kita saksikan rakaman video pengumuman YB Dato Maslan bila PRU13 di Majlis Rumah Terbuka 2012 Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin dan juga suasana Majlis tersebut yang berlangsung pada 17/9/2012 tempoh hari diperkarangan Pejabat Penyelaras Bn Parlimen Gombak iaitu di Dataran Prima Seri Gombak.

GOMBAK!!!GEMPUR!!!





Tuesday, 18 September 2012

DAH KU KATAKAN DULU...SELANGOR OH SELANGOR APA NAK JADI???



Kenapa begitu banyak bendera Republik Malaypura atau Malaysia-Singapura di sekitar negeri Selangor ini? Kenapa bendera ini timbul waktu Demonstari Ambang Merdeka 55 di Dataran Merdeka oleh pencacai Pakatan Rakyat. Mana 
Penguatkuasa Perbandaran kenapa tidak turunkan bendera-bendera jahanam ini dengan kadar segera malah membiarkan begitu sahaja. Kalau dulu bendera BN malam ni pasang esok dah turun. Kat Gombak nie jangan cerita lah kerja penguatkuasa perbandaraan tempatan hanya menurunkan bendera BN nampak gayanya. Tetapi kenapa bila bendera jahanam nie dipasang di merata tempat dalam Selangor ni tidak pula diturunkan dengan kadar segera kalau kata ini kerja UMNO pergi turunkan lah macam hangpa dok turun bendera BN dan UMNO tu.

MNK dah menjangkakan ini mungkin tindakan susulan cuba mengusik hati dan jiwa rakyat Selangor yang cinta dan sayang serta menjunjung digemalai bahu mereka Kedaulatan Baginda Sultan Selangor.

Sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor di bawah Menteri Besar Pakatan Rakyat Si Khalid ni kita lihat pelbagai perkara yang telah berlaku berhubung dengan institusi Raja-Raja Melayu khususnya Sultan Selangor ini. Perkara-perkara ini lebih dilihat sebagai satu tindakan terancang yang ingin melemahkan institusi raja-raja dan credibility serta kuasa raja-raja di Malaysia ini. Bermula dengan penipuan yang dilakukan oleh MB Selangor ini berhubung dengan kutipan hasil pasir di Selangor dan kemudian Isu perlantikan SUK kerajaan negeri Selangor, Rampas Arak dan Isu Murtad DUMC Selangor yang mana selaku Khalifah Agama Negeri Selangor pandangan dan titah baginda Sultan tidak memberi apa apa kesan kepada MB Selangor ini tetapi titah Ronie Liu lebih di junjung oleh MB Selangor ini. Kemudian penghinaan dan pertikaian bidang kuasa Sultan Selangor melalui seorang Prof yang tiada kebijaksanaan walau bergelar Professor, dan terkini mengatakan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat menghina dan mempersendakan Sultan Selangor sebagai perkara kecil dan remeh dan tak perlu di ambil tindakan atau diperkatakan. Baca Selanjutnya...

Gombak!!! Gempur!!!

EMAIL DARI DATO SERI NAJIB UNTUK SEMUA




From: Najib Razak <info@1malaysia.com.my>
Date: September 18, 2012 4:30:25 PM GMT+08:00
To: <naguibkaharudin@gmail.com>
Subject: Merdeka, Raya dan Rakyat - Perkembangan terkini dan blog untuk anda
Reply-To: Najib Razak <info@1malaysia.com.my>
Having trouble viewing email ? view email in browser 
Saudara / Saudari Muhammad Naguib Kaharudin,

Merdeka, Raya dan Rakyat - Perkembangan terkini dan blog untuk anda

Sejak sekian lama saya tidak berhubung dengan anda menggunakan format ini. Untuk pengetahuan semua, kebelakangan ini, saya sedikit sibuk kerana perlu menghadiri beberapa majlis rasmi seperti rumah terbuka, mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik dan menyiapkan laporan Belanjawan 2013.

Bagaimanapun saudara/i 
Muhammad Naguib Kaharudin, di sebalik jadual saya yang padat itu, saya akan cuba sedaya upaya untuk terus menulis mengenai perkembangan semasa dan akan menghantarnya sendiri ke email saudara/i.

Kebelakangan ini, jadual saya agak padat sejak Hari Kemerdekaan yang lalu sehinggalah perlu menghadiri beberapa jemputan rumah terbuka selain perlu menerima kunjungan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan banyak lagi perkara yang memerlukan perhatian segera daripada saya. Namun, seperti biasa, meluangkan masa untuk bermesra dengan rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan saya tidak kira walau sesibuk mana sekali pun jadual saya.


Hari Merdeka mengingatkan saya tentang erti sebenar menjadi seorang rakyat Malaysia: menjadi seorang yang hidup di dalam sebuah masyarakat yang berbilang kaum.
 
Saya menyertai rakyat dalam menyambut Hari Raya di pelbagai rumah terbuka

 

Menerima kunjungan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di pejabat saya

Sebelum ini saya banyak meluangkan masa dengan mengemaskini blog serta melayari Facebook dan Twitter milik saya. Saya juga telah berkesempatan menyiarkan beberapa artikel di blog saya dan ia boleh dibaca seperti berikut:

- Membawa Semangat Malaysia ke Sukan Olimpik
http://1malaysia.com.my/my/blog/how-the-olympics-embody-the-malaysian-spirit/

- Pertumbuhan Malaysia Stabil Namun Pasti
http://1malaysia.com.my/my/blog/malaysias-steady-but-sure-growth/

- Sabah di Malaysia Situasi Sama-sama Menang
http://1malaysia.com.my/blog/sabah-in-malaysia-a-win-win-situation-2/

- 55 Tahun Pembangunan Melalui Perpaduan
http://1malaysia.com.my/blog/55-years-of-development-through-harmony/

Akhir sekali saya mengajak semua supaya terus mengikuti perkembangan semasa di laman Facebook dan Twitter saya serta layari laman blog saya di www.1Malaysia.com.my. Sudah pasti akan ada perkembangan terbaru serta berita baik yang akan saya umumkan melalui medium tersebut. Sokongan anda kepada saya untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri diharap dapat menjadikan negara ini terus maju dan kebajikan rakyatnya akan sentiasa terbela hingga ke generasi yang akan datang.

Najib Razak
Copyright © 2012 1Malaysia.com.my, All rights reserved.


WAJIB BACA!!!