|
MNK NO COMMENT.....LU FIKIRLAH SENDIRI BAK KATA NABIL |
Semalam 18/01/2012 sekali lagi kita dikejutkan lagi dengan berita demonstrasi para mahasiswa dan mahasiswi yang diketuai oleh Adam Adli ini. MNK dapat makluman mereka berkumpul di Sogo dan berdemo disitu sebelum ke Pejabat PAS di Kampung Baru kemudian kononnya berarak ke Bangunan PWTC. Tweeter, BB Mesenger MNK dihujani dengan makluman sekumpulan mahasiswa-mahasiswi dan disyaki kumpulan yang sama yang "menyerang" PWTC dan menurunkan Bendera Presiden Parti UMNO akan "menyerang" PWTC sekali lagi. Ada juga makluman yang lebih agresif menyatakan "PWTC akan diserang kali kedua oleh Adam Adli dan kuncu-kuncunya ayoh Pemuda kita pertahankan maruah kita...."
Maaf sekiranya MNK menggunakan istilah kuncu-kuncunya dan bukan mahasiswa dan mahasiswi bagi kumpulan kamu ini Adam Adli. Kerana cara pemikiran dan tindakan anda langsung tidak membayangkan anda dan rakan-rakan anda seorang mahasiswa atau mahasiswi. Tidak layak anda digelar dengan panggilan itu yang melambangkan golongan yang cendiakawan, pandai, bijaksana, smart and intelligent. Kali ini mereka berdemo kerana ingin menyuarakan pembelaan terhadap Adam Adli yang telah digantung selama 3 semester oleh pihak pentadbiran UPSI atas tindakan menyerang PWTC dan menghina Perdana Menteri pada kali pertama dan dan pengantungan 5 pelajar KUIN yang diambil tindakan kerana menentang AUKU. Kenapa mahasiswa - mahasiswi berdemo dengan alasan kononnya memperjuangkan hak bersuara mahasiswa dan mahasiswi?
|
TINDAKAN SEGELINTIR MAHASISWA-MAHASISWI MELAYU..NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA!!! |
Cuba kita lihat, apa maksud mereka dengan hak mahasiswa-mahasiswi bersuara? Kenapa hendak bersuara? Adakah suara mereka sedap? Adakah mereka hendak kita dengar mereka bernyanyi dengan alunan suara yang merdu? Tentu tidak, apa yang mereka inginkan ialah pandangan mereka, pemikiran mereka, kehendak mereka didengari dan diberi pertimbangan atau lagi baik semuanya dituruti. Ini maksud dan intipati kenapa mereka berdemo. Ini alasan Adam Adli dan rakan-rakan kenapa mereka mahu suara mereka didengari. Bukan kemerduan suara yang ingin kita dengari tetapi pemikiran, pendapat, kehendak dan cadangan serta rintihan mereka yang mereka ingin kita dengari. Ini lah puncanya mereka terpaksa ambil pendekatan berdemo kononnya dan alasan ini diguna pakai kerana tiada cara lain lagi suara mereka akan didengari. Sekiranya benar itu semua tidak didengari oleh kerajaan atau pentadbiran apakah tiada cara lain kalau suara atau percakapan mereka tidak didengari atau disekat?
Bukan hanya dengan bersuara dan bercakap sahaja kita boleh menyampaikan buah fikiran, pendapat, pemikiran, rintihan, cadangan dan sebagainya. Banyak cara lain boleh kita gunakan dan sebagai mahasiswa dan mahasiswi sudah pasti kita boleh memikirkan cara bagaimana kita boleh melaksanakannya? Contoh terdekat seperti penulisan blog yang MNK sedang lakukkan ini. Bukankah ini salah satu cara bagaimana MNK boleh meluahkan segala idea, pemikiran, rintihan, cadangan kehendak MNK kepada sesiapa sahaja? Kita sekarang dizaman yang penuh kecanggihan teknologi dan dunia cyber ini boleh menembusi sempadan negara dan manusia. Jadi apa masalah kumpulan Adam Adli ini yang berdemo konon suara mereka tidak didengari? Haruskah kamu berdemo semata-mata kononnya kamu inginkan hak kamu bersuara sebagai mahasiswa atau yang terbaru ingin menyatakan ketidak puas hati kamu atas hukuman digantung 3 semester itu didengari?
|
INIKAH CARA TERBAIK YANG MAHASISWA-MAHASISWI DAPAT FIKIRKAN UNTUK MENYUARAKAN PENDAPAT DAN BUAH FIKIRAN???? |
Mahasiswa-mahasiswi harus lebih "intelligent" dalam melakukan sesuatu tindakan samada sah atau tidak disegi undang-undang sesuai dengan gelaran kamu itu. Kalau takat berdemo ini dan melakukan provokasi dan kerosakkan harta benda awam itu bukan cara mahasiswa - mahasiswi. Budak kampung, kutu, samseng dan mat rempit pun boleh lakukan benda itu semua. Jadi apa bezannya kamu dengan mereka? Mahasiswa patut boleh menggunakan pelbagai cara yang lebih bijak, misal kata curi gelombang frequency dan buat station radio sendiri secara haram dan sebarkan lah pendapat, pandangan, ketidak puas hatian kamu itu misal kata. Kalau nak kamu memberontak jugak? Memberontak cara smart dan sesuai dengan gelaran kamu sebagai mahasiswa dan mahasiswi itu. Lebih baik kalau secara sah dan mengikut undang-undang yang ada. Tak pun buat siaran tv kamu sendiri, rakaman video kamu menyuarakan ketidak puas hatian kamu itu, pendapat kamu itu dan keudarakan di alam cyber, di billboard di kotaraya dan sebagainya. Rakamlah kamu dan rakan-rakan kamu berdemo dipadang UPSI dan keudarakan lah di Adam Adli Net TV misalnya. Paling simple tulis, buletin, flyers, blog, buku, lukisan karikatur dan edarkan kepada rakyat dan masyarakat tentang apa saja yang kamu cuba sampaikan itu. Ini cara mahasiswa dan mahasiswi. Bukan cara berkumpul, terpekik terlolong dijalanan, memegang sepanduk, manila kad, melakukan kerosakkan harta benda awam, menghalang lalu-lintas dan menyebabkan kesusahan kepada rakyat dan masyarakat.
|
PENGGUNA LALU-LINTAS YANG MARAH AKIBAT KESAN PERHIMPUNAN HARAM 20 ORANG MAHASISWA DI PEJABAT PAS KELMARIN |
Contoh seperti semalam akibat tak sampai 20 orang kumpulan kamu itu berdemo, habis sesak Kuala Lumpur. MNK nak balik ke rumah melalui jalan Raja Laut dan Jalan Kuching tu pun jem teruk kerana pihak polis terpaksa melakukan sekatan jalan raya misalnya, pemandu bergerak perlahan kerana ingin melihat misalnya, tidak kurang yang berhenti dibahu jalan dan sebagainya. Cuba fikirkan cara yang MNK lontarkan diatas yang mana tidak menyusahkan orang lain dan mereka yang tidak mahu terlibat dan tidak ingin ambil tahu tentang kamu itu. Jangan lah jadi insan yang pentingkan diri sendiri dan kerana pentingkan diri sendiri, kamu menyusahkan orang lain.
Semua tentang apa yang kamu inginkan, apa yang kamu harapkan. Hak kamu nak bersuara, kamu berdemo. Hak pembelaan keatas kamu yang digantung 3 semester, kamu berdemo. Semua pasal diri kamukan dan akibat apa yang kamu mahu, kamu berdemo dan kamu menyusahkan rakyat yang lain. Sebab apa yang kamu mahu, hak kamu, kamu merosakkan imej negara di mata dunia. Sebab hak kamu apa yang kamu mahu, kamu memalukan dan menjatuhkan maruah Negara, Bangsa dan Agama kamu?
|
RAKAN-RAKAN DARI PEMUDA UMNO GOMBAK YANG HADIR UNTUK MEMPERTAHANKAN PWTC DARI SERANGAN ADAM ADLI N THE GENG KALI KEDUA KELMARIN |
Apa MNK nak jawab bila rakan MNK dari bangsa lain menyatakan apa lah ini budak melayu suka berdemo, sikit-sikit berdemo. Apa nak jawab bila kawan dari agama lain tanya ini budaya orang Islam ker? Sebab lu tengok itu Mesir, Tunisia, Libya, Syria haa itu semua Arab Islamic countries maa? Dia punya Demo haa manyak dahsyat. Ini budak Adam Adli ini agamanya Islam kaa? Ini ajaran Islam yang dia ikut dari itu Arab Islamic countries kaa?? U Islam bukan suka pada peace and harmony ker? Love, Sharing and Caring ker?
Kami anak orang Cina masuk U kami belajar pandai-pandai kami keluar kami kerja kuat jadi Big Boss, CEO, MD, Chairman itu Multinational companies. Itu masa aaa...semua orang dengar cakap kami. Bukan saja orang Melayu, Orang India dalam Malaysia saja tau. Tapi orang putih, orang Negro, orang Arab pun dengar aaa sebab dalam saya punya company ada itu Mat Saleh, Negro, Arab pun kerja sama saya.... Belajar rajin-rajin bukan jadi Cikgu saja, jadi itu Chancellor, Vice Chancellor itu International Universtities.
|
SEKEPING GAMBAR MENGHURAIKAN SERIBU MAKNA!!! BETUL KER TRANSLATION MNK NI.." A PICTURE IS WORTH A THOUSAND WORDS" |
Itu baru mahasiswa-mahasiswi Top Class..itu cara mahasiswa-mahasiswi. Be The cream of the crop...Not The bottom of the barrel.... Be the best among the best not the worst among the rest.
Bak kata Nabil.... Lu fikir la sendiri!!!
Gombak!!! Gempur!!!