FOLLOW ME


Thursday, 28 June 2012

PM DATO SERI NAJIB TUN RAZAK "SEMPOI"


YAB Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak memang sempoi. Itu lah yang rata-rata dikatakan oleh pengunjung dan para kartunis yang menerima kunjungan tetamu istimewa YAB Perdana Menteri Malaysia sewaktu program PM Bersama Kartunis di Central Market tempohari. Jom kita saksikan sendiri kesempoian Perdana Menteri Malaysia yang kita sayangi ini. Tak pernah MNK lihat secara live Perdana Menteri kita bernyanyi untuk rakyat inilah pertama kali.

Lagu "Stand By Me" yang dipopularkan oleh Ben E King  ini merupakan salah satu lagu kegemaran Dato' Seri Najib. Dato' Seri Najib yang cukup sporting telah bersama-sama mendendangkan lagu tersebut bersama barisan artis jemputan seperti Datuk Dj. Dave, Datuk Hattan dan Datuk Malek Ridzuan. Kan best kalau Dato Seri Najib nyanyi secara solo...fullamak...sure gempak. Apa pun Thank you YAB PM kerana sudi hiburkan rakyat dengan dendangan lagu "Stand By Me". Sure! we all will surely stand by you! 

Jom kita saksikan....



GOMBAK!!! GEMPUR!!!

PANAS! DOKUMEN KERAJAAN PKR SELANGOR TERSEBAR?


Pelbagai janji manis dari PKR telah kita dengari sewaktu PRU 12 dulu. Siap dengan manifesto yang menjanjikan bulan dan bintang sekiranya mereka diberi kepercayaan oleh rakyat. Tidak cukup dengan itu dipentas-pentas ceramah mereka melaungkan betapa Kerajaan Barisan Nasional khususnya di Selangor ini mengamalkan pembaziran dan tidak telus dalam mentadbir kerajaan negeri Selangor. Kalau mereka yang memerintah jutaan ringgit dapat diselamatkan dan dijimatkan. Istilah seperti ketirisan dan "unnecessary expenditure" kerap kali kedengaran sewaktu pentadbiran Negeri Selangor di bawah Kerajaan Barisan Nasional. Betapa Kerajaan Negeri Selangor bawah Barisan Nasional membazir dan menyalah gunakan duit rakyat.

Nie MNK nak tanya berpesta dan meraikan semata-mata PKR memerintah Kerajaan Negeri Selangor baru 4 tahun dengan mengeluarkan perbelanjaan lebih 1juta ringgit ini apa cerita? Ini duit rakyat jugakan? Apa ini tidak merupakan satu pembaziran? Kalau kena pada Barisan Nasional macam-macam mereka kecam dan kata tetapi bila mereka lsendiri yang lakukan semuanya halal belaka dan benar belaka dan tiada apa apa salahnya.

Tak percaya cuba lihat sendiri dan baca sendiri!

Pendedahan panas dalam kerajaan Pakatan Rakyat Khalid Ibrahim Selangor! Sila baca : 7 April 2012,  Kerajaan campuran PKR-DAP-PAS Selangor....


TQ Dr. MIM.

GOMBAK!!! GEMPUR!!!

PM MERTABATKAN KARTUNIS MALAYSIA



Pada tanggal 24hb Jun 2012, telah berlangsung satu program pameran dan konsert hiburan oleh para-para kartunis terkemuka tanah air di Central Market. Program yang berlangsung selama 2 hari bermula pada hari sabtu dan kemuncaknya pada hari Ahad tersebut telah dianjurkan oleh Kelab Putera 1Malaysia dan  Konsortium Cartonist Art Work (CAW). Pelbagai acara menarik dan galeri pameran persatuan-persatuan kartunis dan para-para kartunis serta animator diadakan. Namun apa yang menarik ialah kunjungan tetamu istimewa iaitu YAB Dato Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia dalam keadaan santai dan cukup bersahaja tanpa banyak protokol dan birokrasi.


Setibanya YAB PM kita ke Central Market beliau disambut dengan lagu "Stand By Me" yang dipopularkan oleh Ben E. King oleh para-para artis tanahair yang menunggu beliau di pentas utama. Lagu ini merupakan salah satu lagu kegemaran YAB PM. Artis seperti Datuk Hattan, Datuk Dj Dave, Datuk Malek Rahman dan ramai lagi menyanyikan lagu tersebut apabila YAB PM kita menuju ke pentas utama.



Memang jelas YAB Perdana Menteri kita ini seorang yang cukup "sporting" dan dalam bahasa kartunnya "sempoi" apabila beliau turut menyanyikan bersama-sama lagi tersebut bersama artis dan dua tunggak utama program ini iaitu Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim Pengerui Kelab UMNO Putera 1Malaysia dan juga Datuk Sohaimi Shahdan.

Lebih daripada 10 Anugerah telah diberikan kepada para-para pengiat kartun dan animator tanahair atas sumbangan mereka selama ini yang jarang sekali kita dengar pengiktirafan diberikan kepada mereka.  Kartunis dan animator seperti Mior Sariman Mior Hassan bagi kategori Pencetus Revolusi Kartun; Jaafar Taib (Kartunis Dedikasi); Hassan Abd. Muthalib (Bapa Animasi Malaysia); Tan Sri Lim Kok Wing (Karyawan Inovatif) dan Reggie Lee (Kartunis Masyarakat Malaysia). Mereka menerima anugerah berbentuk trofi dan sijil serta wang tunai sebanyak RM10,000 telah diberikan dan Anugerah utama iaitu Anugerah Kartunis Sepanjang Zaman telah diberikan kepada Datuk Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohammad Nor Khalid yang terkenal dengan karya Lat "The Kampung Boy"


Turut dilancarkan pada program ini satu Yayasan Penggiat Kartun 1 Malaysia yang peruntukan dana permulaan yayasan ini oleh kerajaan melalui Kelab Putera 1Malaysia sebanyak RM300,000.00 untuk permulaan yayasan ini yang bertujuan untuk menjaga dan membantu kebajikan serta perkembangan kartunis-kartunis tanahair dan kerajaan akan membantu dan menambah dana sekiranya perlu dari masa ke semasa. Jelas nasib pihak kartunis akan bertambah baik lagi dan akan mendapat perhatian serta pembelaan sewajarnya dari masa ke masa.


Tahniah kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan program ini terutama kepada Ajk-ajk Kelab Putera 1 Malaysia dan pengerusinya Datuk Abdul Azeez Rahim, Dato' Sohaimi Shahadan dan CAW.


Bersesuaian dengan lagu yang dinyanyikan sendiri oleh YAB PM kita bersama rakan artis yang lain iaitu Stand By Me itu tadi. Bukan sahaja para kartunis "Stand By You" malah rakyat Malaysia akan berdiri teguh bersama YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak yang "sempoi".

Gombak!!! Gempur!!!

Tuesday, 26 June 2012

MENTERI BESAR SELANGOR TANGKIS ASAKAN AZMIN ALI???



Benarlah terdapat pergolakkan dalam kepimpinan PKR Selangor seperti yang hangat diperkatakan di kedai-kedai kopi dan juga didedahkan di blog-blog. MNK juga telah beberapa kali mengeluarkan artikel tentang perebutan kuasa dalaman didalam Parti PKR khususnya di negeri Selangor ini. Masa dan usaha yang ada di tumpukan oleh pemimpin-pemimpin PKR dalam merebut kuasa di Selangor ini dan bukan menyelesaikan masalah rakyat serta menjaga kebajikan rakyat Selangor.  

Kini ahli PKR dan beberapa kerat pemimpin PKR yang tidak bersama dalam kem Khalid Gagap mendesak Menteri Besar Selangor itu mengantung Setiausaha Politiknya Faekah agar siasatan dapat dijalankan dengan telus terhadap Faekah yang didakwa menyalah guna kuasanya dengan mengeluarkan surat sokongan menggunakan kepala surat Menteri Besar dan dilihat seperti mengarah PNSB atau dikenali sebagai Pemodalan Negeri Selangor Berhad untuk melantik firma anak suadaranya sebagai panel guaman.

Jelaslah PKR ini memang parti anak beranak. Kenapa pimpinan PKR nak melenting walhal bukti jelas Defacto, Presiden, Naib Presiden semuanya anak beranak suku sakat belaka. Tauladan yang tidak baik telah ditunjukkan oleh kepimpinan tertinggi PKR kepada ahlinya maka kenapa nak marah bila Faekah cuba mencontohi tauladan pemimpin PKR sendiri dengan cuba menyerap masuk anak beranak beliau pula dalam PNSB?

Bayangkan lah kalau Setiausaha Politik pun dah korup dan salah guna kuasa macam nie apatah lagi bos dan kepimipinan PKR di Selangor ini? Apa mereka tidak salah guna kuasa jugak? Fikir lah sendiri.... nak tahu lebih lanjut?



TQ AAJK.

GOMBAK!!! GEMPUR!!!

Thursday, 21 June 2012

LAWAK PAS DI PAGI JUMAAT


PAS yang dulu merupakan sebuah parti politik yang terkenal dengan kelantangannya dalam memperjuangkan Islam, yang dulu cukup hebat dan tidak boleh berkompromi dengan mana-mana parti hatta parti yang semua ahlinya beragama Islam seperti UMNO sekiranya didapati parti tersebut tidak melaksanakan dasar dan agenda yang berlandaskan Al-Quran mengikut tafsiran dan fahaman PAS hingga pada satu ketika mengkafirkan UMNO kerena tidak memperjuangkan negara Islam dan berkerjasama dan berpakat dengan parti yang beragama lain seperti MIC dan MCA.

Tapi itu PAS dulu, PAS sekarang sudah tidak sama dan relevan lagi seperti PAS dulu. Kalau dulu mereka mengkafirkan UMNO dan melarang ahlinya menyokong UMNO kerana kononnya UMNO parti Islam yang sudah menjadi kafir maka kini mereka kata pada ahli mereka sokong lah parti yang pada azali lagi memang kafir. Malah bukan kafir Zimmni tetapi kafir Harbi yang terang-terang menolak Islam dan penubuhan Negara Islam di Malaysia ini. Yang menyedihkan bukan hanya menyokong malah menurut telunjuk dan bekerja untuk parti kafir harbi ini.

Apa kafir Zimmni dan apa pula kafir Harbi?

Kafir Harbi ialah orang kafir yang tidak diberi jaminan keamanan mahupun hak-hak umum dari Negara Islam serta tidak ada jaminan khusus untuknya.  Kafir harbi terdiri dari 2 jenis iaitu kafir harbi fi’lan dan kafir harbi hukman. Harbi fi’lan adalah orang kafir yang sedang memusuhi Negara Islam secara langsung dan sedang memerangi umat Islam manakala kafir harbi hukman pula adalah orang kafir yang tidak ada apa-apa perjanjian dengan Negara Islam dan tidak juga mereka ini berada di dalam kedudukan perang dengan umat Islam. Bagi kafir harbi fi’lan, tidak ada perbezaan pendapat di kalangan ulama bahawa darah mereka adalah halal. Seorang Muslim bukan sahaja tidak akan dikenakan apa-apa hukuman jika membunuh mereka, malah hukumnya wajib ke atas kaum Muslimin untuk memerangi mereka di mana sahaja mereka berada. Jika dahulu mereka ini adalah golongan kafir Quraish yang kedudukan mereka sentiasa memerangi Daulah Islam Madinah, sekarang ini kedudukan mereka sama seperti tentera-tentera Amerika atau Israel atau British yang sedang memerangi kaum Muslimin. Mana-mana negara kufur boleh bertukar status menjadi harbi fi’lan apabila mereka mengisytiharkan perang ke atas umat Islam.

Adapun kafir harbi hukman, seorang Muslim (serta golongan kafir dzimmi dan mu’ahid) tidak akan dibunuh jika membunuh harbi hukman. Ia hanya dikenakan diyat yang jumlahnya adalah separuh dari diyat pembunuhan ke atas Muslim. Diriwayatkan dari Amru bin Syu’aib dari bapanya dari datuknya, bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Seorang kafir (harbi hukman) separuh diyatnya seorang Muslim”. Ini adalah kerana kita tidak mengumumkan perang ke atas mereka dan di antara kita dengan mereka juga tidak terjadi peperangan secara langsung. Imam Ahmad meriwayatkan dari Ali RadhiAllahu ‘anhu bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Perhatikan, seorang Mukmin tidak dibunuh kerana membunuh seorang kafir (hukman), demikian pula kafir yang memiliki perjanjian”. Makna dari hadis ini adalah seorang Muslim itu tidak dibunuh jika dia membunuh seorang kafir harbi hukman. Begitu juga keadaannya bagi seorang kafir yang memiliki perjanjian (yakni kafir dzimmi dan kafir mua’hid), mereka juga tidak akan dibunuh jika ia membunuh kafir harbi hukman.  Bagaimanapun, wajib ke atas mereka membayar diyat yang jumlahnya separuh dari diyat seorang Muslim.

 

Karpal Singh dengan jelas menentang Islam, menentang penubuhan negara Islam dan hukum Hudud.

Kafir mua’hid adalah orang kafir (termasuk sebuah negara) yang mempunyai perjanjian keamanan dengan Daulah Islam. Kafir dzimmi juga termasuk kafir yang mempunyai perjanjian dengan Daulah Islam. Bezanya dengan kafir mua’hid adalah adalah mereka ini (dzimmi) menetap (bertempat tinggal) di dalam Daulah dan tunduk kepada pemerintahan Islam. Mereka membayar jizyah sebagai balasan perlindungan dari Daulah Islam ke atas mereka. Mereka ini adalah warganegara Daulah dan segala undang-undang Islam terpakai ke atas mereka kecuali dalam beberapa perkara yang dikecualikan syara’. Hak mereka adalah sama sebagaimana hak kaum Muslimin warganegara Daulah yang lainnya serta harta, darah dan kehormatan mereka adalah terjaga. Darah mereka haram ke atas kaum Muslimin seperti haramnya darah seorang Muslim.  Imam Bukhari meriwatkan dari Abdullah bin Amri dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Barangsiapa yang membunuh kafir mua’hid, maka ia tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga boleh tercium dari jarak 40 tahun perjalanan.”. Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Abu Hurairah, dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Perhatikan, barangsiapa membunuh kafir mua’hid, maka ia mendapat celaan Allah dan RasulNya. Sungguh aku berlindung dari celaan Allah dan ia tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga boleh tercium dari jarak 40 tahun perjalanan.”

Hadis-hadis di atas menunjukkan keharaman membunuh kafir mua’hid dan dzimmi dan Rasulullah memberi ancaman yang keras ke atas pembunuhan yang dilakukan ke atas golongan tersebut. Imam Baihaqi mengeluarkan hadis dari Abdurrahman al-Bilmani, “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah membunuh seorang Muslim yang membunuh kafir mua’hid. Kemudian beliau bersabda, ‘Aku telah memuliakan darah orang yang memohon perlindungan”.


Dulu PAS kata Negara Islam siapa tak sokong penubuhan negara Islam dianggap kafir. Lupa ker amanat Hadi Awang? Siapa bekerjasama dengan Kafir mereka jatuh kafir sokong mereka yang kerjasama dengan kafir kita jatuh kafir. Tapi itu PAS dulu. Pas sekarang pun bekerjasama, menyokong kafir. Kafir yang jelas menolak dan menentang penubuhan negara Islam. Walhal Islam dan bukti nyata Rasullullah benarkan kita bekerjasama dengan Kafir Zimni dan bukan Kafir Harbi. Siapa Kafir Zimni dan siapa Kafir Harbi?

Jadi apa lagi yang nak dipertahankan PAS? Pertahankan konsep negara kebajikan? Kalau takat Negara Kebajikan kita pakat sokong Barisan Nasional lah kerana terbukti Barisan Nasional juara Negara Kebajikan? Kat Selangor apa kebajikan yang PAS dah laksanakan? Kerusi Exco Agama pun tak dapat dipertahankan nak pertahankan Negeri Selangor? Opps lupa Pas bukan lagi perjuangkan Negara Islam tetapi Negara Kebajikan. Exco Kebajikan kot dia tukarkan dengan Exco Agama kepada Adun PKR merangkap Menteri Besar Khalid Gagap dan sekarang ini Exco Kebajikan yang dijawat oleh Adun PAS? Ehhh jawatan Exco yang berkaitan kebajikan yang bersangkut dengan kebajikan atau boleh membantu kebajikan rakyat Selangor atau Orang Melayu Selangor dijawat oleh Adun-Adun DAP kan? Ohh lupa PAS ikut telunjuk DAP sekarang ini.

Apa tunggu lagi Rakyat Selangor? PAS dulu tak sama macam PAS sekarang. Jom pakat sokong Barisan Nasional.

Gombak!!! Gempur!!!

Wednesday, 20 June 2012

AZMIN ALI NAIK TOCANG, PKR SELANGOR AKAN BERKUBUR???



Lagi cerita perpecahan dikalangan pemimpin tertinggi Pakatan Haram di Selangor ini yang mendambarkan kerusi Menteri Besar Selangor. Kalau sebelum ini cukup banyak cerita tentang pergolakkan dan tidak kesefahaman diantara Menteri Besar Selangor Khalid Gagap dengan Timbalan Presiden Parti Azmin Ali dipaparkan baik diblog-blog, kini timbul lagi kisah terbaru yang mana Azmin Ali dikatakan telah mula naik tocang dan mengarahkan serta cuba menjadi Menteri kepada Menteri Besar apabila beliau mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang sepatutnya dibawah bidang kuasa Menteri Besar sepenuhnya. Walaupun Azmin Ali merupakan Timbalan Presiden Parti Keadilan dan Khalid Gagap merupakan Adun Parti Keadilan namun kuasa tadbir Negeri Selangor bersesuaian dengan jawatan yang disandang selaku Menteri Besar Selangor yang ada pada Khalid Gagap itu tidak boleh dicampuri oleh Timbalan Presiden Parti sekali pun kerana ini tiada kena mengena dengan hal-hal parti. Mentadbir Negeri Selangor adalah berkenaan dengan Rakyat Selangor. Untuk kepentingan, kebajikan, kemakmuran dan hak rakyat Selangor yang mana tak semuanya pun ahli parti atau menyokong Pakatan Haram. Tak tahu lah pulak kalau Selangor ini ditadbir untuk kepentingan Parti Keadilan dan Pakatan Haram jadi selaku Timbalan Presiden, Azmin Ali ada hak untuk mengarah dan menentukan perjalanan pentadbiran negeri Selangor. Cuba bayangkan sehinggakan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin pun Azmin Ali nak campur tangan dan suruh Khalid Gagap pecat.

Faekah ini berkhidmat kepada Menteri Besar Selangor Khalid Gagap selaku Setiausaha Politik Menteri Besar. Sudah pasti yang boleh menilai dengan lebih tepat ialah Khalid Gagap sendiri. Kenapa Azmin Ali sibuk mencampuri pula hingga suruh Khalid Gagap pecat Faekah Husin ini?

Kalau Faekah ini tak 'perform' pun yang tahu dan yang menjaga KPI Fekah ialah Khalid Gagap bukan Azmin Ali. Tak ker malu bila Khalid Gagap dengan selamba menjawab Faekah ini perform dan beliau tidak mahu memecat Faekah.

Kata Khalid Gagap

“Dalam politik,terdapat orang-orang yang merasakan bahawa Faekah agak agresif. Dia melakukan tugasnya kepada saya, kepada negeri ini dan juga kepada Pakatan (Rakyat) dengan menerangkan kebenaran.Tetapi kadang-kadang, kebenaran menyakitkan.Jadi,saya fikir ada orang yang merasakan bahawa Faekah tidak boleh terlalu terbuka tetapi ini adalah selaras dengan dasar ketelusan kami.Akauntabiliti dan kecekapan,” katanya seperti dilaporkan Antarapos

Mana Azmin Ali nak taruk muka? Seorang Timbalan Presiden punya arahan diperlekehkan oleh Ahli Parti merangkap ADUN Parti sendiri.

Kalau kita tidak boleh command ahli parti kita sendiri maka ini membuktikan kita tidak layak menjadi pemimpin. 

Bak kata orang minang kat Gombak... "If you can't command, you are not fit to be a leader".

Jadi cara mana lagi nak laksanakan kehendak hati yang mana kita ini menjawat kerusi Timbalan Presiden Parti kalau ahli parti kita sudah tidak mahu lagi mendengar arahan kita?

Ini peluang kepada Barisan Nasional untuk meningkatkan lagi prestasi untuk menjamin kemenangan PRU 13 nanti khususnya di Gombak kawasan Azmin Ali.

Mungkin pada masa pembubaran Parlimen untuk PRU 13 nanti, masa nak finalized senarai calon PKR, masa itu Azmin Ali akan membalas dendam atas tindakan Khalid Gagap ini memalukan beliau dan mencampak maruah Azmin Ali ke tandas. Apa Azmin Ali ini level pemimpin tandas ker?

Masa ini baru lah Azmin Ali boleh dan layak memainkan peranan beliau selaku Timbalan Presiden Parti dalam soal menamakan dan memilih calon-calon PKR untuk bertanding pada PRU 13 dan masa itu mungkinkah nama Khalid Gagap ini tidak tersenarai sebagai calon? Ataupun kalau tersenarai pun mungkin bukan dalam Selangor kot. Masa tu Khalid Gagap akan tahu langit itu tinggi atau rendah bila bermain api dengan Azmin Ali.

You don't play play haaah Khalid Gagap.

Pembaca bolehlah baca lagi dipautan dibawah ini kalau nak tahu lagi mendalam kisah pergelutan kuasa PKR di Selangor.

KEPIMPINAN Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dikatakan kembali bergolak berikutan tindakan Pengerusi PKR Negeri, Azmin Ali menerusi laporan...



TQ Badutrakyat

Note MNK: Jentera BN Gombak apa lagi? Kita kasi Gempur lah sebab PKR Selangor dan Gombak khususnya dah pincang dah ini...


Gombak!!! Gempur!!!

Monday, 18 June 2012

RAKYAT SELANGOR TAHU TAK SKANDAL PENYELEWENGAN RM50 BILLION MILIK KERAJAAN NEGERI SELANGOR???


Rakyat Selangor hari ini harus tahu apa sebenarnya yang berlaku keatas Negeri Selangor dan atas segala kekayaan Negeri Selangor yang selama ini di gembelengkan dan dijana oleh Kerajaan Barisan Nasional yang telah memerintah lebih 50 tahun di Selangor. Apabila Kerajaan Pakatan Rakyat mula mentadbir negeri Selangor setelah PRU12, Selangor ini yang dari dulu dikenali sebagai salah satu negeri utama yang mempunyai kekayaannya sendiri dan mempunyai kapasiti menjana ekonomi tinggi telah diekploitasi dengan begitu rakus oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Lebih-lebih lagi dah dekat PRU 13 maka sudah pasti perlu dana yang banyak untuk menanggung perbelanjaan Pakatan Rakyat dan dari mana lagi nak kumpul dana? Dari negeri-negeri yang dibawah taklukkan mereka adakah ianya akan menjadi salah satu penyumbang utama? Tambah lagi pada ketika ini apakah mereka sudah merasai bahawa mereka tidak akan dapat mengekalkan kuasa di Negeri Selangor pada PRU13 nanti maka semakin rakus dan sedikit masa yang tinggal ini sudah pasti akan digunakan semaksima mungkin untuk menyamun dan meragut segala kekayaan Selangor yang tinggal?

Jadi apa pula ceritanya tentang Pakej Ransangan Ekonomi Selangor yang bernilai RM50 billion ini?
Skandal yang akan dibongkar oleh MyMassa adalah skandal penyelewengan RM50 billion milik Kerajaan negeri Selangor. Kisah ini bermula apabila...Baca Selanjutnya....:

TQ MyMassa.

Gombak!!! Gempur!!!

Sunday, 17 June 2012

PENYELARAS BN DUN GOMBAK SETIA COVER KERJA AZMIN ALI ?


Kalau nak harap Ahli Parlimen Gombak Pakatan Rakyat Azmin Ali buat program seumpama ini untuk golongan muda di Gombak ini jangan haraplah. Mujur ada Penyelaras Barisan Nasional Dun Gombak Setia Datuk Hj Said Anuar Said Ahmad yang ambil berat dan prihatin dengan masalah orang muda serta minat dan khendak anak-anak muda di Gombak ini khusus di Rantau Gombak. Terbelalah jugak nasib anak-anak muda di Gombak ini. Program Nonton Bola DUN Gombak Setia ini adalah contoh yang jelas yang mana program ini dijalankan khusus untuk memberi kemudahan kepada anak-anak muda di rantau Gombak untuk menonton pasukan kegemaran mereka beraksi pada Kejohanan Bolasepak Eropah 2012 dengan kemudahan "big screen" ala-ala panggung wayang terbuka. Sambil menikmati juadah yang disediakan secara percuma seperti Nasi Lemak, Buah Manggis dan minuman panas kopi o dan teh o, anak-anak muda rantau Gombak ini dihimpun untuk satu aktiviti sihat yang secara langsung dapat menghindar mereka daripada terlibat dengan gejala rempit dan tidak sihat yang lain pada malam sabtu. Turut disediakan pada program ini cabutan bertuah yang diadakan pada masa rehat separuh masa pertama dan pada masa tamat perlawanan. Hadiah berupa 2 helai jersey menjadi hadiah utama manakala hadiah saguhati sebanyak 6 "Mug" telah diberikan kepada mereka yang bertuah.


Disamping beramah mesra bersama anak-anak muda ini, peluang ini juga diambil untuk mendekati mereka dan memberi mereka peluang untuk mengenali pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dalam keadaan santai dan tanpa ada birokrasi dan protokol. Melalui program ini anak muda boleh melihat sendiri sikap keterbukaan pemimpin Barisan Nasional yang mudah untuk didekati dan sentiasa sedia mendengar apa jua permasalahan mereka. Tahniah dan Syabas MNK ucapkan kepada Penyelaras BN DUN Gombak Setia atas usaha menganjurkan program ini yang terbuka kepada siapa sahaja yang berminat untuk menonton pertandingan Euro 2012 ini. Ini juga dilihat di mata anak muda sebagai satu lagi khidmat yang amat baik khususnya kepada anak muda dengan menyediakan tayangan pertandingan bolasepak Euro Cup 2012 ini telah diberikan oleh Penyelaras Barisan Nasional Dun Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad. Tahniah!!!




Gombak!!! Gempur!!! 

Tuesday, 12 June 2012

LAWAK AZMIN ALI DAN PAKATAN RAKYAT KEPADA IBU-IBU DIMALAYSIA....



Mnk tak tahu lah nak gelak pun ada naik menyampah pun ada dan meluap pun ada. Memang dasar Pakatan Rakyat ini hipokrit. Pemimpin mereka semua hipokrit dan bermuka-muka. Cukup-cukup lah menipu rakyat dengan janji manis bulan dan bintang ini nak tipu rakyat lagi kononnya pemimpin Pakatan Rakyat ini mengambil berat tentang ibu-ibu di Malaysia ini dengan kononnya mengucapkan Selamat Hari Ibu. Kalau dah tahu pemimpin kanan kamu, Timbalan Presiden pulak tu menderhaka kepada ibu kandungnya sendiri, tak perlu lah letak gambar dia tu kalau mahu pancing undi golongan ibu-ibu sekali pun. Ini satu penghinaan kepada ibu-ibu di Malaysia ini. Satu negara tahu tentang luahan Mak Tom ibu kandung kepada Azmin Ali ini merayu, menangis, memohon anak dia kembali kepangkuan dia dan tinggalkan lah sekutu-sekutu politiknya itu yang telah menyebabkan Azmin Ali terpesong jauh dan meminggirkan keluarga dia sendiri termasuk ibunya Mak Tom. Apa dah tiada cara lain nak memujuk anak kandung sendiri yang telah 9 bulan ibu ini menanggung penyeksaan membawa kamu dalam kandungan hingga kamu dilahirkan untuk berhubung dan mengambil perhatian anaknya sehingga terpaksa membuat sidang media merayu di kaca TV dan Media kepada anak sendiri.


Kalau ibu MNK dia talipon MNK jer kata "Najib pulang nak tengok Mak, mahu mengalir airmata MNK dan pasti kat mana MNK berada akan MNK pulang dengan segera menjengguk ibu MNK". 

Azmin Ali ini manusia macam mana pun MNK tak tahu nak cakap dan tak tahu lah keras hati nya insan bernama Azmin Ali ini. Namun ada hati nak ucap Selamat Hari Ibu kepada Ibu-Ibu. Ibu orang lain ucap ibu sendiri abaikan ke? Jelas Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpin mereka hanya nak raih undi dan tidak melaksanakannya dengan ikhlas. Malah bagi MNK tiada apa yang dilakukan oleh Pembangkang ini benar-benar ikhlas kerana apa yang mereka lakukan adalah untuk kepentingan pribadi dan agenda tersembunyi yang dah jadi tak berapa sembunyi lagi iaitu nak menjadi Perdana Menteri dan Menteri Besar Selangor.

MNK malas tulis panjang la baca sendiri lah....Baca Selanjutnya



Kemudian, setelah Mak Tom melihat foto-foto dan membaca akhbar Utusan itu, ibu Azmin pun meraung sambil berkata,

“Kenapa tak ambil sahaja nyawaku ini..”








Dah baca apa lagi? Mari kita ubah...Transformasi bukan Revolusi.

Gombak!!! Gempur!!!

Monday, 11 June 2012

KENAPA AZMIN ALI TAK BUAT???


Selaku Ahli Parlimen Gombak Sdr Azmin Ali sepatutnya lebih perihatin dan mengambil berat tentang golongan muda di Gombak ini. Beliau sepatutnya lebih kuat bekerja mendekati dan memahami golongan muda di Gombak ini tetapi tidak. Sebaliknya Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin yang benar-benar bekerja mendekati, memahami serta membantu golongan-golongan muda di Gombak ini. Tahniah dan syabas MNK ucapkan kepada Penyelaras BN Parlimen Gombak ini yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak.


Mungkin kerana Datuk Hj. Megat Zulkarnain sendiri masih dalam lingkungan umur Pemuda dan mengetuai Pemuda UMNO Bahagian Gombak maka beliau lebih arif tentang apa kehendak golongan Muda di Gombak ini antara faktor yang memungkin beliau lebih mudah memahami masalah golongan muda. Ini jelas dibuktikan apabila sudah siri ke 3 Program Jom Tengok Bola bersama Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak anjuran Pemuda UMNO Bahagian Gombak bersama Pejabat Penyelaras Barisan Nasional Gombak sempena Kejohanan Euro 2012 ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan di luar jangkaan. Inisiatif ini amat tepat dan bijak kerana rata-rata ramai belia dan golongan muda yang meminati permainan bolasepak tidak akan melepaskan peluang untuk menonton perlawanan-perlawanan pasukan-pasukan ternama dunia pada kejohanan tersebut. 

Disamping itu hadiah cabutan bertuah yang disediakan juga amat tepat dan apa yang MNK perhatikan memang dinanti-nantikan oleh golongan muda yang menyertai acara cabutan bertuah itu. Apa yang mereka perlu lakukan ialah mengisi Nama penuh, No. Ic dan No. talipon pada sekeping kertas yang telah disediakan ruang untuk mereka mengisi maklumat tersebut dan pada separuh masa pertama dan diakhir perlawanan akan diadakan sesi cabutan bertuah dan mereka yang bertuah akan memenangi Jersey pasukan yang bertanding pada malam itu. Seperti contoh pada malam kelmarin perlawanan diantara England menentang France, 2 jersey disediakan sebagai hadiah utama cabutan bertuah di samping hadiah-hadiah lain iaitu sehelai jersey France dan sehelai Jersey England. MNK pun berharap kot kot dapat menang Jersey pasukan kegemaran MNK iaitu England inikan pula golongan muda yang tidak tahu sama sekali ada cabutan bertuah diadakan kerana mereka hanya keluar dan singgah kerana ada big screen di gerai makan tersebut dan hanya ingin menonton Euro 2012 bersama rakan-rakan mereka. Tahu-tahu ada program Pemuda UMNO Bahagian Gombak dan mereka berpeluang memenangi Jersey pasukan kegemaran mereka.



Kalau nak tahu kenapa program ini MNK katakan amat bijak ialah ianya diadakan dengan tujuan khusus untuk mendekati golongan muda atas pagar dan diluar kelompok Pemuda UMNO Bahagian Gombak itu sendiri. Ahli Jawatankuasa penganjur telah berbincang dan mengenal pasti tempat-tempat "hotspot" golongan muda menonton pertandingan bola dan juga tempat-tempat "hotspot" golongan muda berkumpul dan bersantai. Pada tarikh yang telah dipersetujui, ajk-ajk program ini akan tiba awal lebih kurang sejam sebelum sepakmula dan memasang kelengkapan seperti big screen, projector, PA system setelah mendapat persetujuan tuan punya kedai. Sekiranya kedai tersebut telah dilengkapi dengan big screen maka hanya PA system sahaja akan dipasang. 

Anak-anak muda yang mengisi borang tadi yang mana mereka harus membekalkan no Ic mereka sebagai syarat untuk menyertai acara cabutan bertuah juga dimaklumkan bahawa IC mereka akan disemak berhubung daftar pemilih mengundi dan sekiranya mereka belum berdaftar sebagai pengundi, khidmat pendaftaran juga disediakan dan akan dilakukan oleh Pemuda UMNO Bahagian Gombak. Datuk Hj. Megat Zulkarnain juga akan memberikan kata-kata aluan dan beliau bijak untuk tidak menyentuh tentang politik dan pilihanraya pada ucapan beliau yang serba ringkas tetapi memberi gambaran keadaan aman damai ini tanpa apa apa rusuhan inilah yang membolehkan kita bersantai hingga lewat malam menonton kejohanan Euro ini. Ini yang kita mahukan dan ini yang kita harus pertahankan iaitu keadaan aman damai. Secara tidak langsung bagi MNK anak muda ini tadi akan terfikir bahawa Parti yang aman damai = Barisan Nasional. Parti rusuhan dan huru-hara = Pakatan Rakyat. Maka sudah pasti dengan pendekatan ini golongan muda ini tadi akan tertarik dengan Barisan Nasional.


Silap besar Azmin Ali kerana hanya menggunakan golongan muda khususnya di Gombak ini hanya apabila tiba pilihanraya. Selaku Ahli Parlimen Gombak apa yang Azmin Ali dah buat untuk golongan muda di Gombak ini? Apa program yang Azmin Ali sendiri anjurkan untuk Golongan Muda di Gombak ini? Kenapa Azmin Ali tak buat? Jawapannya mudah, beliau lebih suka berceramah dan mendoktrinkan pemikiran anak muda untuk membenci kerajaan Barisan Nasional, membenci agensi kerajaan, menghasut minda mereka melalui siri-siri ceramah sebab itu program yang banyak di lakukan hanya ceramah. Anak muda di Gombak telah sedar dan tidak mahu ditipu buat kedua kali. Mereka tidak  mahu pemimpin yang hanya retorik dan hanya bercakap tapi tidak melaksanakan apa yang mereka cakap dan janjikan. Golongan muda Gombak mahukan pemimpin yang " Walk the talk" dan ini yang dilaksanakan pemimpin muda Barisan Nasional Gombak iaitu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin.


Gombak!!! Gempur!!!

Thursday, 7 June 2012

KELAB PUTERA 1MALAYSIA TURUN HULU KELANG


07/06/2012 - Semalam satu lagi bukti Kerajaan Malaysia menjaga kebajikan rakyat dinegara ini khususnya rakyat Selangor apabila melalui Kelab Putera 1Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim telah menyerahkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir sekitar Hulu Kelang pula yang melibatkan seramai 150 orang mangsa banjir. Sumbangan berbentuk 2 tilam bersize "Queen" , bahan mentah stok makanan dan dapur akan diberikan kepada setiap seorang mangsa banjir tersebut.

Sebelum ini seramai 180 orang mangsa banjir di Rantau Gombak dari Batu 7 Jalan Gombak hingga ke Batu 11 Jalan Gombak telah pun menerima sumbangan yang sama dari Kelab Putera 1Malaysia. Semalam giliran mangsa banjir sekitar Hulu Kelang pula. MNK difahamkan mangsa-mangsa banjir yang melibatkan kawasan dari Taman Melawati Jalan J, Kampung Fajar dan Kampung Pasir merupakan antara kawasan-kawasan yang telah dilanda banjir.

Sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam sewaktu Program Pelancaran Puncak di Sekolah Kebangsaan Taman Melawati. 6 Penerima telah menerima sumbangan tersebut dari YAB TPM yang mana mereka ini terdiri dari 2 mangsa berbangsa Melayu, 2 mangsa berbangsa India dan 2 mangsa berbangsa Cina. Baki mangsa akan diberikan sumbangan tersebut pada satu tarikh yang akan ditetapkan oleh Seketeriat Mangsa Banjir Hulu Kelang.

Kalau dulu di Rantau Gombak Datuk Abdul Azeez Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia sendiri telah turun menyerahkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir tetapi kali ini di Hulu Kelang atas sebab beliau terpaksa berada di Baling di kawasan Parlimen beliau pada tarikh yang sama, Kelab Putera 1Malaysia telah diwakilkan oleh Tuan Abdul Mutalib Abdul Rahim Bendahari Kehormat Kelab Putera 1Malaysia sewaktu penyerahan sumbangan tersebut bersama YAB TPM.


MNK mewakili rakyat Parlimen Gombak mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Kerajaan Barisan Nasional dan Kelab Putera 1Malaysia atas keperihatinan kepada rakyat Gombak dan juga atas sumbangan yang telah dihulurkan yang mana sedikit sebanyak ianya dapat meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat yang dilanda banjir ini.

Serangkap pantun untuk Kerajaan Barisan Nasional dan Kelab Putera 1Malaysia.

Elok sairiang jo juru mudi,
Elok saiyo jo sakato,
Kok pandai bamain budi,
Nan lia jinak malakok.

Gombak!!! Gempur!!!

YAB TPM GEMPUR KUBU AZMIN ALI?




07/06/2012 - Hari ini Parlimen Gombak telah dikunjungi oleh tetamu istimewa iaitu Timbalan Perdana Menteri  iaitu Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melancarkan program Puncak peringkat Parlimen Gombak. Ribuan rakyat telah hadir menyambut kedatangan YAB TPM kita di Sekolah Kebangsaan Taman Melawati. Program yang dianjurkan oleh Badan Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan Daerah Gombak bersama PEMBINA ini telah bermula seawal jam 9.00 pagi. 

Apa yang menarik buat MNK ialah kejayaan program PUNCAK ini dan sambutan belia dan remaja di Gombak terhadap Program PUNCAK yang digerakkan oleh Pemuda UMNO dan PUTERI UMNO Gombak ini bersama Sekateriat PUNCAK Daerah Gombak ini. Difahamkan setakat hari ini lebih kurang 313 pemuda, belia dan beliawanis Gombak telah menyertai Program PUNCAK ini.

Apa itu Program Puncak???

Program Puncak ini ialah satu program yang di initiatifkan oleh Kerajaan Barisan Nasional semata-mata untuk membantu dan memberi peluang kepada Anak-anak muda kita tidak kira bangsa untuk berjaya dalam hidup mereka walaupun mereka tidak cemerlang didalam SPM. Kalau Yang Cemerlang ditempatkan di IPTA, kurang cemerlang di IPTS dengan memberi pinjaman dan kini yang gagal dan tidak berjaya disediakan pula program PUNCAK ini.  PUNCAK ini terbagi kepada 3 Skim.
  
SKIM A (Menyertai Latihan Kemahiran)
  • Peserta akan ditempatkan di GIATMARA atau Kolej Komuniti (sesi kemasukan Julai 2012) untuk mengikuti program sijil kemahiran yang bersesuaian dengan kelayakan, minat dan bakat yang dimiliki.
  • Tempoh latihan adalah selama 6 - 24 bulan.
  • Peserta akan menerima elaun sara diri sebanyak RM200/RM250 sebulan.
  • Sepanjang tempoh latihan ini, peserta akan mendapat bimbingan daripada seorang kaunselor dan diberi peluang mengikuti program-program latihan untuk meningkatkan ketrampilan diri secara berkala.
  • Setelah tamat program sijil kemahiran ini, peserta akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kemahiran yang dimiliki.


SKIM B (Bekerja di Syarikat Swasta)
  • Peserta akan bekerja di Syarikat Kumpulan DRB-HICOM secara ‘on-the-job training’ dalam bidang-bidang yang bersesuaian dengan kelayakan, minat dan kebolehan yang dimiliki.
  • Peserta akan melalui tempoh percubaan selama 6 bulan sebelum dipertimbangkan ke jawatan tetap.
  • Sepanjang tempoh percubaan peserta akan menerima gaji bulanan, elaun dan asrama serta layak mendapat upah kerja lebih masa (OT) dan lain-lain faedah mengikut skim-skim perkhidmatan yang ditetapkan.
  • Dalam tempoh 2 tahun pertama bekerja, peserta akan mendapat bimbingan daripada seorang kaunselor dan diberi peluang mengikuti program-program latihan untuk meningkatkan ketrampilan diri secara berkala.Peserta akan bekerja di Syarikat Kumpulan DRB-HICOM secara ‘on-the-job training’ dalam bidang-bidang yang bersesuaian dengan kelayakan, minat dan kebolehan yang dimiliki.


SKIM C (Menjadi Usahawan Mikro)
  • Peserta akan dibantu untuk membuka perniagaan kecil yang bersesuaian dengan pengetahuan, kemahiran, minat dan sumber yang dimiliki.
  • Peserta akan mendapat pembiayaan modal daripada TEKUN Nasional dan diwajibkan mengikuti program-program pembangunan usahawan yang ditetapkan oleh TEKUN Nasional. 
  • Dalam tempoh 2 tahun pertama berniaga, peserta akan mendapat bimbingan daripada seorang kaunselor dan diberi peluang mengikuti program-program latihan untuk meningkatkan ketrampilan diri secara berkala.


Jelas sekali betapa Kerajaan Barisan Nasional memang mengambil berat dan berusaha merancang dan merangka dasar serta menyediakan peluang-peluang kepada rakyat untuk khususnya golongan muda untuk memajukan diri mereka dan meningkatkan taraf mereka agar walaupun mereka tertinggal dari segi pelajaran namun peluang-peluang tetap disediakan oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk mereka meningkatkan taraf kehidupan mereka agar menjadi lebih baik.


Disamping program di atas didalam ucapan perasmian YAB TPM beliau turut menyebut mulai tahun ini Sekolah-sekolah Vokasional akan mula mengeluarkan sijil kelulusan Diploma yang mana pelajar-pelajar sekolah Vokasional yang mengambil kelulusan Diploma sudah pasti boleh melanjutkan pelajaran mereka ke Universiti atau mendapat pekerjaan yang lebih baik dengan tangga gaji pemulaan yang lebih tinggi. Gembira MNK mendengar ucapan YAB TPM tadi kerana usul ini juga pernah dibawa oleh Wakil Pemuda UMNO Bahagian Gombak didalam Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Gombak 2011 kalau tak silap MNK. Baca Selanjutnya!!!

Apa pun tahniah Kerajaan Barisan Nasional atas initiatif PUNCAK ini dan juga kepada mereka yang telah menjayakan program PUNCAK hingga terturunnya YAB TPM melancarkan program ini di Gombak. Terima Kasih kepada YAB TPM kerana sudi datang ke Gombak ini. Semangat ribuan tetamu yang hadir menyambut kehadiran YAB TPM khususnya golongan muda menterjemaahkan BN Pilihan Anak Muda di Gombak ini. Anak-anak muda Gombak akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN di Gombak dan Selangor pada PRU13 nanti tanda terima kasih kami kepada Kerajaan Barisan Nasional. InsyaAllah BN akan kembali menguasai Kerajaan Negeri Selangor dan Gombak kita tawan kembali 4-0.

Gombak!!! Gempur!!!

Tuesday, 5 June 2012

PAKATAN RAKYAT GAGAL TADBIR KERAJAAN NEGERI SELANGOR DENGAN BAIK?




Siapalah ahli majlis Pakatan Rakyat yang duduk kat Majlis Perbandaran Selayang nie? Langsung tak produktif dan ini bukti nyata kelemahan Pakatan Rakyat dalam urusan pentadbiran. Dulu boleh gebang besar sebab belum ada kuasa dan belum dibebankan dengan pentadbiran yang sebenar di Selangor ini. Ingat senang ker nak tadbir kerajaan negeri dengan berkesan dan baik? Cakap senang, bila ditanggung sendiri baru tahu susah senang mentadbir kerajaan negeri. Jelas sudah Kerajaan Pakatan Rakyat gagal mentadbir kerajaan negeri Selangor dengan baik setelah diberi mandat untuk menjadi pemerintah kerajaan negeri Selangor.

Usahkan negeri Selangor di peringkat Perbandaran dan Majlis Daerah pun dah gagal seperti contoh diatas. Petugas-petugas Majlis Perbandaran Selayang sedang menurunkan bendera-bendera Barisan Nasional di Gombak ini di Kampung Nakhoda. Macam dah takde kerja dah dia orang ini. Masa dia orang ini macam banyak terluang jer. Walhal  banyak lagi masalah setempat dan kerja-kerja lain yang sepatutnya lebih penting dilaksanakan oleh petugas-petugas Majlis Perbandaran Selayang ini dari menurunkan bendera Kerajaan Barisan Nasional. Masalah Sampah belum selesai. Masalah penyelenggaraan infrastruktur dan parit serta longkang yang mengakibatkan banjir kerap berlaku di Gombak sejak Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan negeri Selangor belum selesai. Masalah rumah-rumah urut haram, judi on-line, perlacuran, dan macam-macam lagi masih belum selesai malah tidak nampak apa-apa tindakan pun.



Hak ini tak leh turun lah sebab atas tanah persendirian kan....Penat woo Pemuda Gombak buat tu...

Apalah sangat bendera Barisan Nasional tu kalau nak dibanding dengan masalah-masalah diatas? Takat sakit mata dan sakit hati pemimpin Pakatan Rakyat khususnya pemimpin tempatan mereka jer lah. Tak pun tak leh tidor malam jer 2-3 kerat pemimpin Pakatan Rakyat Gombak. Iklan-iklan haram Along dan rumah urut yang dipasang di tiang-tiang lampu di sekitar Gombak ini tak pulak di turunkan. Banner-banner haram  NGO atau Syarikat tak pulak di turunkan. Tapi Bendera BN cepat pulak diturunkan. Dengar khabar lepas ini mereka nak masuk Kampung-kampung lain di sekitar Gombak. Sampai ceruk kampung pun nak masuk nak turunkan bendera BN? 


Betul punya takut dan gerun Pakatan Rakyat hanya pada Bendera Barisan Nasional. Ini petanda baik dan satu lonjakkan semangat kepada penyokong Barisan Nasional ni. Pada Bendera pun mereka dah gerun kat kita. Baru naik cepat-cepat mereka arah Petugas-petugas Perbandaran turunkan. Itu baru bendera belum lagi Jentera-jentera Barisan Nasional tu.
BACA SELANJUTNYA....:

Pemuda Gombak makin di cabar makin tabah dan makin gigih kerjanya...

Kita buat jer kerja yang diamanahkan kepada kita wahai jentera-jentera Barisan Nasional khususnya Jentera Pemuda. Bab naik bendera ini kerja kita. Dia turun kita naikkan dia turun kita naikkan. Dalam depa syok-syok naikkan terfikirlak MNK. Kalau bendera di pasang di kampung di jalan-jalan dlaam kampung atau di tanah persendirian atau pun tanah kepunyaan kerajaan persekutuan seperti reserved jalan, reserved sungai etc etc, Majlis Perbandaraan ada kuasa atau hak ke atas tanah-tanah tersebut dan ada hak ker turunkan bendera itu?Hmmmm

Apapun ayuh semua jentera-jentera Barisan Nasional khususnya di Gombak ini. Kita rapatkan barisan dan kita perkemaskan gerak kerja kita. Seia sekata langkah kita menuju kemenangan... Tengok bendera kita pun depa dah gerun tuu...


Gombak!!! Gempur!!!

Sunday, 3 June 2012

SIRI MARI MENGENALI AZMIN ALI – “ADA APAKAH KELEBIHAN AZMIN ALI KEPADA PKR?”


MNK nak kongsi bersama pembaca kisah-kisah Azmin Ali Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Gombak. Bukan apa kerana MNK berasal dari Gombak jadi nak rakyat Gombak kenal siapa Azmin Ali ini. Maklumlah ramai rakyat Gombak tidak kenal Ahli Parlimen Gombak ini kerana jarang sangat dia turun padang kat Gombak ini. Bak kata orang tak kenal maka tak cinta, Dah kenal indah khabar dari rupa.... Jadi cara nak mengenali Azmin Ali dengan membaca kisah-kisah beliau dalam alam maya lah jawabnya. Rasanya MNK nak lancarkan siri mari mengenali Azmin Ali...apa pandangan anda? 

Apapun mari kita sama-sama baca kisah Azmin Ali yang terkini dipetik dari blog Melayu Berwawasan..Jom baca.....



Pelbagai masalah yang melanda PKR tidak habis habis masalah yang menimpa pemimpin PKR ini yang selalu rakyat dikejut beberapa kejadian, Anwar sebagai Ketua UMUM PKR mesti ada sesuatu yang istimewa ada pada Azmin Ali....Kedua dua pemimpin PKR ini hanyalah menafikan keras dengan apa yang berlaku terhadap mereka ini semuanya ditepis begitu saja tanpa ada paksa atau tekanan dari PAS dan DAP hanya diam seribu bahasa. 1M cukup hairan sekali kalau betul mereka ini bukan empunya diri kenapa takut untuk melafaz sumpah atau melaporkan kepada pihak berkuasa....Baca Selanjutnya:

Note: TQ Melayu Berwawasan. MNK nak kongsi bersama pembaca kisah-kisah Azmin Ali Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Gombak. Bukan apa kerana MNK berasal dari Gombak jadi nak rakyat Gombak kenal siapa Azmin Ali ini. Maklumlah ramai rakyat Gombak tidak kenal Ahli Parlimen Gombak ini kerana jarang sangat dia turun padang kat Gombak ini. Bak kata orang tak kenal maka tak cinta, Dah kenal indah khabar dari rupa.... Jadi cara nak mengenali Azmin Ali dengan membaca kisah-kisah beliau dalam alam maya lah jawabnya. Rasanya MNK nak lancarkan siri mari mengenali Azmin Ali...apa pandangan anda? 

WAJIB BACA!!!