FOLLOW ME


Tuesday, 16 August 2011

PENGISIAN JIWA PEMUDA UMNO GOMBAK DI BULAN RAMADHAN

Pemuda UMNO Gombak Bersahur di Rumah Anak-anak Yatim dan Miskin Baiti Saidati Khadijah Batu 8 Gombak.


17/08/2011 4.15am, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak Tn. Hj. Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin telah mengetuai sekumpulan Ketua-Ketua Pemuda dan Barisan Exco Pemuda UMNO Bahagian Gombak bersahur di Rumah Anak-anak Yatim dan Miskin Baiti Saidati Khadijah Batu 8 Gombak. Ini merupakan tradisi Pemuda UMNO Gombak semenjak kepimpinan Tn. Hj. Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin yang mana pada setiap Bulan Ramadhan akan diadakan program bersahur di rumah-rumah anak-anak yatim didalam kawasan Parlimen Gombak yang telah dikenal pasti dan kunjungan 'adhoc' hari ini bukan merupakan kunjungan kali pertama ke rumah ini untuk bersahur bersama adik-adik penghuni Baiti Saidati Khadijah.


Terpancar kegembiraan diwajah-wajah adik-adik penghuni rumah ini apabila ramai abang-abang datang bersahur bersama mereka pada pagi yang istimewa ini. Kunjungan ini juga disamping memberikan kegembiraan kepada penghuni rumah tersebut ia juga merupakan satu pengisian kerohanian yang amat bermakna pada Pemuda UMNO Gombak sendiri. Yang mana dalam kita mengharungi ibadah puasa ini kita menahan dan melatih diri untuk tidak makan dan minum  kerana hendak memberi pengajaran puasa itu sendiri kepada kita, ia sebenarnya hendak mengajar kita untuk turut merasai kesusahan fakir miskin yang terpaksa berlapar dan dahaga, tidak makan dan tidak minum yang  biasa dialami oleh saudara kita yang susah dan kurang bernasib baik itu. Cara bagaimana paling berkesan disamping kita menahan makan dan minum itu sendiri sebagai pengajaran merasai kesusahan orang lain kita turun kepadang dan melihat sendiri kesusahan mereka dan merasai sendiri pengalaman mereka.


Sedang ramai kita berpuasa dengan bersahurkan 5-6 jenis lauk dan didalam keadaan yang cukup selesa berhawa angin, berkerusi empuk  dan bermeja, terdapat anak-anak ini yang bersahurkan hanya 1 atau 2 jenis lauk sahaja, bersila dilantai dan beralaskan tikar getah yg usang. Melihat dan merasai sendiri pengalaman ini amat terkesan dan tersentuh hati kita dari mendengar dan melihat di kaca tv. Sewaktu Ketua Pemuda UMNO Gombak memberi sedikit ucapan, beliau berpesan kepada adik-adik penghuni yang satu hari nanti pasti akan ada yang telah keluar dan menjadi insan berjaya, jangan adik-adik lupa untuk menziarahi dan membantu rumah-rumah sebegini walau di mana adik-adik berada, hatta di luar negara. Adik kena ingat bahawa suatu ketika dulu sewaktu adik-adik menetap di Baiti Saidati Khadijah ada sekumpulan Pemuda yang diketuai oleh Abang Megat datang bersahur bersama dan membantu adik dan dia pesan adik-adik  kena lakukan perkara yang sama bila adik-adik dah berjaya nanti. 


Disamping itu Tn. Hj Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin juga menasihati adik-adik Baiti Saidati Khadijah yang mana tiada siapa boleh membantu mengubah nasib kita melainkan diri kita sendiri dan untuk kita mengubah nasib kita tiada lain yang boleh membantu kita melainkan Ilmu pelajaran. Jadi adik -adik harus walau apa sekalipun keadaan kita, sama ada kita tinggal dirumah Baiti Saidati atau pun kita tinggal di rumah besar, rumah mewah. Kita tidak akan menjadi orang yang berjaya kalau kita tidak mempunyai ilmu pelajaran. Adik-adik kena belajar sungguh-sungguh dan gunakan lah sedikit masa yang ada lagi ini untuk adik-adik yang akan menduduki peperiksaan SPM untuk belajar bersungguh-sungguh. Percayalah hanya Ilmu sahaja yang boleh membantu adik-adik untuk mengubah nasib adik-adik.

Tn. Hj. Megat Zulkarnain juga berpesan kepada Pemuda-pemuda yang hadir "Pesan Abg kepada kalian, Abang-abang Pemuda yang hadir ini, Esok ada diantara kalian yang dah jadi pemimpin,  kalian buat begini, kalian jangan tidak, ziarah dan bantu rumah-rumah sebegini". Perasaan sugul dan sedih jelas terpampar diwajah-wajah Pemuda yang mana kadang-kadang cuba disorokkan dengan lawak dan jenaka namun ianya jelas. Masing-masing yang mengalami pengalaman sebegini akan pasti terasa sugul dan sedih sepanjang berada di Rumah ini. Kecil lagi adik-adik ini sudah tidak mempunyai ibu dan ayah untuk bermanja dan begini keadaan mereka setiap pagi ketika bersahur dengan bertemankan "Nenek".

Diakhir program sebelum Pemuda-Pemuda UMNO Gombak meninggalkan Baiti Saidati Khadijah, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak Tn. Hj Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin  menghulurkan sedikit sumbangan. Selepas itu kami semua meninggalkan Baiti Saidati Khadijah dengan nasihat "Nenek" pada Pemuda dan ucapan terima kasih dari adik-adik Baiti Saidati Khadijah serta  diiringi doa.


Ya Allah, KAU berikan lah Barakah dan Rahmatmu kepada anak-anak Baiti Saidati Khadijah dan KAU jadikan lah mereka ini menjadi Insan yang Berjaya suatu hari nanti di dunia dan di akhirat.  

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!