FOLLOW ME


Monday, 17 October 2011

AKU DAN UMNO PART 3 - PERUBAHAN DI DALAM PEMUDA UMNO GOMBAK.

 Sewaktu awal-awal aku mula berjinak-jinak dan mendekati Pemuda UMNO di Bahagian aku iaitu Pemuda UMNO Bahagian Gombak sekitar tahun 2004 dimana ketika itu aku pulang bercuti dari Jordan, aku telah diberi kesempatan untuk menghadiri Persidangan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak yang diadakan di Anjung Rahmat Gombak. Aku menjadi Perwakilan Pemuda UMNO Sungai Chinchin ketika itu. Ketika itu BN dan UMNO Gombak menang 4-0 kesemua DUN dan Parlimen. Semua kerusi dimenangi oleh UMNO dan BN. Kita memegang tampuk kepimpinan kerajaan negeri. Selama itu jugalah hingga ke tahun 2008 cara UMNO dan Pemuda UMNO khususnya adalah seperti cara lama dan sebelum-belumnya yang mana ianya seperti diwarisi dari penggal ke penggal. Dari satu pemimpin kepada pimpinan yang baru. Walaupun Ketuanya salih berganti namun cara UMNO masih sama. Ianya seperti telah sebati dan telah menjadi seperti budaya dan tradisi UMNO itu sendiri. Banyak cara atau budaya ini yang mana ianya baik dan perlu dikekalkan. Namun tidak kurang pula budaya-budaya yang mana ianya perlu dihapuskan kerana ianya mendatangkan lebih kemudaratan atau akan melemahkan UMNO itu sendiri. Budaya seperti masyuk, peluru, tongkat dan sebagainya ini telah menjadi seperti satu kemestian terutama ketika hendak menghadapi Pilihanraya atau Pemilihan Bahagian.
Gambar Hiasan
Tidak kurang juga yang cari makan dalam UMNO dan bergiat dalam UMNO kerana bisnes dan projek semata-mata hingga sanggup mengadaikan prinsip dan nilai-nilai murni perjuangan bangsa juga telah mula berleluasa. Ada kumpulan aku dengar kononnya sengaja ingin melihat pepecahan dalam UMNO agar ada pertandingan sewaktu pemilihan Bahagian. Kalau lagi banyak penjuru pertandingan itu lagi bagus kerana akan lebih banyak habuan kepada mereka-mereka ini yang akan melakukan kerja-kerja broker kepada calon-calon yang akan bertanding itu nanti. Mereka akan menjaja dan mengadap kesemua “tokey” dan kononnya akan bekerja untuk memastikan kemenangan tokey itu nanti. Tapi apa yang pasti mereka akan kerat kesemua ‘tokey’. Mereka ini tidak akan senang sekiranya melihat mereka-mereka yang berkemampuan dari faktor kewangan atau istilah kasarnya mempunyai peluru yang banyak tidak berniat untuk menjadi calon dan tidak memasang cita-cita untuk bertanding. Mereka tidak mahu pada tahun pemilihan tidak ada pertandingan kerana ini akan menyebabkan mereka tidak boleh mengaut keuntungan. Mereka akan mencatur dan masuk jarum agar siapa yang mempunyai peluru banyak akan turut mencuba untuk merebut kerusi tersebut dan mereka ini yang kononnya akan bekerja, mengaturkan dan menyusun segala-galanya. Janji calon jangan kedekut peluru dan mereka akan memastikan kemenangan kepada calon tersebut. Dalam erti kata lain merekalah  “Think Tank” yang akan menentukan siapa akan jadi ketua. Walaupun calon tadi tidak mempunya credibility atau ketokohan sebagai pemimpin tetapi atas faktor banyak peluru maka soal ketokohan kepimpinan dan prinsip itu soal no. 2. Kerana dengan peluru mereka yakin mereka dapat mempengaruhi undi perwakilan. Budaya inilah yang menjadi salah satu faktor penyumbang kepada budaya politik wang.

Gambar Hiasan

Namun pada sekitar tahun 2008, satu Tsunami Politik berlaku bukan hanya di Selangor malah seluruh negara. UMNO dan BN dikejutkan dengan satu kejutan yang amat dahsyat. Kita kehilangan 5 negeri sewaktu PRU ke- 13 itu. Yang amat menyedihkan kita kehilangan negeri Selangor dan di Gombak kita kalah 4-0 pula. Mulalah kedengaran slogan atau saranan UMNO perlu berubah, UMNO perlu menjalani Transformasi dan sebagainya. Dalam Institusi Pemuda pula kita dengar Berubah atau Rebah, Berani Berubah dan sebagainya. Di Gombak Institusi Pemudanya membawa slogan Berani Berubah. Ketika itu aku lihat sudah mula ada bibit perubahan didalam Pemuda UMNO Gombak walaupun masih ada “Think Tank” yang cuba mengaut keuntungan dan masih mengamalkan budaya lama. Masih ada Calon yang terpedaya dan menggunakan peluru dan sebagainya. Namun diakhirnya perwakilan-perwakilan dan Ketua-ketua pemuda cawangan sedar ketika itu diwaktu hendak mengundi. Oleh kerana rasa sayang dan cintakan Institusi Pemuda mereka harus mengikut kata hati dan memangkah serta memilih Ketua yang benar-benar layak dan mempunyai tokoh serta kebolehen kepimpinan untuk menerajui Institusi Pergerakan Pemuda UMNO Gombak ini.

Soal tidak mendapat peluru dan sebagainya tidak masyuk dan sebagainya ditolak ketepi. Undi adalah rahsia, berapa lah sangat peluru yang diterima hingga sanggup nak mengadaikan nasib anak-bangsa. Pemuda sudah mula mempersoalkan apakah nilai maruah, prinsip dan masa depan anak cucu kita? RM 200? RM 300? RM500? Apakah dengan jumlah yang kecil itu kita memajakkan nasib anak bangsa kita kepada Think Tank dan Calon mereka itu untuk 3-4 tahun yang mana iannya akan mengakibatkan seluruh belia dan pemuda di Bahagian kita lumpuh dan tergadai nasib mereka serta menjadi mangsa pada keuntungan kita yang cukup sedikit itu. Pastinya Tidak. Pemuda UMNO Gombak memilih untuk berubah dan mereka telah membuktikan mereka berani berubah. Syabas Pemuda UMNO Gombak.

Kalau kita perhatikan RM500 itu kita bahagi 48 bulan (tempoh 4 tahun sebelum pemilihan seterusnya) kita hanya mendapat anggaran RM 10 sebulan. Duit rokok sekotak kita untuk sehari sahaja dah RM 10. Ini sebulan RM 10 nilai yang kita hendak gadaikan maruah, perinsip serta masa depan Pemuda dan anak cucu kita?


Pahaman ini juga lah harus kita sematkan untuk menghadapi Pilihanraya Ke-13 nanti. Jangan hanya dek kerana kita tidak mendapat upah RM 50 atau RM 100 untuk tugasan memasang bendera misalnya kita boikot dan tidak mahu memasang bendera. Janganlah kita menjadi seorang yang bekerja untuk UMNO tetapi jadi lah seorang pejuang untuk UMNO. Ada abg-abg malah pakcik-pakcik kita yang suka menggunakan perkataan aku ini bekerja untuk Parti, siang malam aku bekerja untuk parti. Aku secara pribadi kurang gemar kalau mendengar penggunaan istilah bekerja untuk parti kerana bagi aku kalau kita kata kita bekerja untuk parti maka kita semua maklum kalau kerja mesti ada majikan. Ada kerja ada gaji, takde gaji takde kerja. Tetapi berbeza kalau kita kata kita ini berjuang untuk Parti, siang malam berjuang untuk UMNO. Berjuang tiada balasan dan tiada gaji. Berjuang ialah keikhlasan. Maka kita berjuang dan kita adalah pejuang. Kita tidak akan gadaikan masa depan anak cucu dan bangsa kita untuk 5 tahun lagi kepada pembangkang. Berapa la sangat duit upah pasang bendera RM100 misalnya bahagi 48bulan (tempoh 4 tahun sebelum PRU seterusnya)? RM 2.00 sebulan. Apakah kita nak gadai 5 tahun negeri kita kampung kita kepada kerakusan bangsa asing dan pembangkang dek kerana kita tidak mendapat RM2.00 sebulan itu tadi? Apakah itu nilai anak bangsa kita, RM2.00 sebulan?

Perubahan minda serta sikap ini telah ada kembali pada Pemuda UMNO Gombak. Kenapa aku katakan “ada kembali”? Sebab inilah sikap dan prinsip pejuang-pejuang UMNO satu ketika dulu iaitu ketika dizaman atuk nenek atau ayah ibu kita berjuang untuk UMNO ketika itu. Mereka bergadai harta dan barang kemas semata-mata demi sebuah perjuangan bersama UMNO. Sekarang sudah ada rakan-rakan pemuda yang sudah mula berkerja tanpa mengharapkan upah atau masyuk. Sudah ada rakan-rakan pemuda yang bila di minta untuk membawa keluar Pemuda Cawangan beramai-ramai untuk memeriahkan majlis atau program sudah tidak bertanya lagi soal peruntukkan duit minyak dan duit rokok. Sudah ada Pemuda UMNO Cawangan yang bila melaksanakan aktiviti atau program Cawangan tidak meminta dan mengharapkan duit peruntukkan. Mereka pakat kumpul duit sendiri sorang sedikit untuk menjayakan program tersebut. Program riadah bolasepak, mereka pakat-pakat sumbang seorang RM 10 untuk membayar duit sewa padang dan duit pengadil. Ini bukan cerita yang direka-reka tetapi cerita benar, malah ada pemimpin kita yang tidak tahu dan menyedari perubahan ini sudah mula berlaku. Kesedaran ini sudah mula timbul dikalangan Pemuda UMNO Gombak sama ada kita sedari atau tidak. Kesedaran sebegini lah yang akan menjadi pemangkin untuk Pemuda UMNO Gombak melangkah lebih jauh dalam usaha menghakiskan budaya yang tidak sihat didalam UMNO dan seterusnya membawa Pemuda UMNO Gombak ke arah transformasi serta perubahan yang disarankan serta dinasihatkan oleh YAB Presiden parti kita kerap kali dalam ucapan-ucapan beliau.... (bersambung....)



Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!