FOLLOW ME


Friday, 27 January 2012

AHLI-AHLI PAS DUN GOMBAK SETIA TERIMA RM500 BR1M DARI PENYELARAS DUN GOMBAK SETIA


Pada 21/01/2012 yang lepas telah diadakan penyerahan Voucher RM500 Bantuan Rakyat 1 Malaysia peringkat DUN Gombak Setia N17 kepada kumpulan pertama yang permohonan mereka berjaya. Penyerahan ini telah diselenggarakan oleh Pejabat Penyelaras BN DUN Gombak Setia bersama sayap-sayap UMNO Bahagian Gombak baik Wanitanya, Pemudanya dan Puterinya. Penyampaian Voucher tersebut telah disempurnakan sendiri oleh Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad di Dewan Sekolah Kebangsaan Sg. Pusu. Dua sesi penyerahan telah dilakukan yang mana sesi pagi bermula jam 9.00am- 12.00 tgh dan disambung pada jam 2.00 ptg hingga jam 5.00ptg.  
Penerima-penerima yang telah diluluskan telah dimaklumkan melalui surat yang dihantar terus kepada penerima oleh Pejabat Penyelaras BN DUN Gombak Setia melalui JKKKP mahupun Ketua Cawangan masing-masing.

MNK tertarik apabila pada sesi pagi tersebut dimana MNK bersama-sama berada didewan Sekolah Kebangsaan Sg. Pusu itu sebagai  salah sorang wakil petugas dari sayap.  MNK terlihat Ketua PAS Kampung MNK turut berada dikhalayak ramai menunggu giliran untuk menerima sumbangan dari kerajaan Barisan Nasional ini. MNK turut melihat beberapa pemimpin UMNO Cawangan MNK atau Kampung MNK menegur dan melayan Ketua PAS tersebut dengan begitu mesra seperti tiada benteng kepartian yang wujud diantara mereka. Ini satu sikap yang baik dan MNK cukup terharu melihat keterbukaan dan jiwa besar yang ditunjukkan oleh kepimpinan UMNO Cawangan/Kampung MNK itu. MNK bukan hendak memuji atau dicategorikan umpama masuk bakul angkat sendiri, tapi inilah realiti apa yang berlaku pagi itu. MNK merasakan dimana-mana sahaja dimana diadakan program seumpama ini pemimpin atau ahli UMNO akan melayan saudara seagama mereka dengan berhemah dan penuh perihatin dan hormat walaupun berlainan parti yang hadir untuk menerima sumbangan RM 500 dari kerajaan Barisan Nasional itu. MNK merasakan ramai dikalangan ahli-ahli parti pembangkang diseluruh negara menerima sumbangan BR1M ini dari Kerajaan Barisan Nasional seperti apa yang berlaku sewaktu sumbangan RM 100 persekolahan dulu.


Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad ketika menyerahkan sumbangan tersebut walaupun tahu mereka ini dari Parti Pembangkang, ada yang ahli biasa dan ada yang pemimpin tertinggi diperingkat kampung atau kawasan masih boleh melemparkan senyuman  kepada mereka. Senyuman yang sama diberikan sewaktu bersalaman dengan mereka yang dikalangan parti UMNO sendiri. Cuma harapan MNK kalaupun mereka tidak mahu sedar siapa sebenarnya menjaga kebajikan mereka dan hak mereka sebagai rakyat Malaysia kalau bukan Kerajaan Barisan Nasional. Kalau pun mereka masih tidak mahu berterima kasih dan bersyukur atau terasa terhutang budi kepada kerajaan Barisan Nasional yang telah menabur budi dengan memberi sumbangan RM  500 ini dan banyak lagi semenjak kita merdeka hingga kehari ini. Satu sahaja harapan MNK ialah agar Allah lembutkan hati mereka dan menyedarkan mereka agar tidak lagi memaki, mencaci atau menfitnah kerajaan Barisan Nasional dan pemimpin-pemimpin UMNO. Harapan MNK agar mereka juga boleh melakukan perkara yang sama seperti apa yang telah ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dari Cawangan dan kampung MNK dan juga seperti sikap Penyelaras BN DUN Gombak Setia yang mereka tidak membezakan kepartian kamu tetapi melayan dan mengganggap kamu rakyat Malaysia dan saudara seagama apabila berlaku sebaliknya dimana kami orang UMNO berada dimajilis mereka.

Tiada yang dihalau, tiada yang dimaki atau diperli tiada yang ditindas atau dibezakan atas nama parti tetapi sebaliknya diutamakan dan diberi pengitirafan yang sama walau pun kita tahu mereka dari Parti yang sedang cuba merampas dan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dengan apa cara sekali pun. Namun menolak dan menyisih mereka tidak sama sekali kerana mereka masih lagi saudara kita, bangsa kita. Marilah kita kembali kepada pegangan adat dan susila bangsa kita yang diajar oleh ayah, atuk nenek moyang kita.

Kuat Rumah kerana Sendi,
Rosak Sendi Rumah Binasa,
Kuat Bangsa Kerana Budi,
Rosak Budi Bangsa Binasa.

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!