FOLLOW ME


Sunday, 25 November 2012

UMNO KAHWINKAN ORANG PAS?


Walaupun Parti PAS dan Ahlinya bersama kepimpinannya mendoakan kehancuran buat Ahli UMNO dan UMNO berlaku sebaliknya dimana Ahli UMNO dan kepimpinan UMNO telah menyumbang dan membantu ahli-ahli PAS mendirikan Masjid dimana di Baling,  Penyelaras BN Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim merangkap Ketua UMNO Bahagian Baling telah memberikan sumbangan bagi mengurangkan beban ahli keluarga terlibat di mana telah diadakan perkahwinan serentak 5 pasangan tersebut. Inilah sebenarnya yang dituntut oleh Islam ketika mana musuh atau seteru kita menghina dan mencaci kita, kita tidak membalas cacian dan hinaan tersebut tapi kita melawan nafsu amarah kita dan bersabar dan membalas cacian dan hinaan tadi dengan pujian dan kemuliaan kepada musuh. Inilah sifat terpuji yang perlu ada kepada setiap umat Islam tak kira dia orang UMNO, PAS atau PKR. Samada dia Melayu, Arab, Cina Muslim,  etc etc. Islam tetap Islam.
 
Ramai rakyat yang atas pagar khususnya mereka yang beragama Islam rata-rata marah dengan tindakan PAS yang dan ahli-ahli mereka mendoakan kebinasaan jemaah Islam yang dinamakan UMNO hanya kerana perbezaan idealogi politik dan tidak bersependapat dengan corak perjuangan parti PAS. Apatah lagi mereka yang menyokong UMNO dan menjadi Ahli UMNO. Ditambah lagi dengan statement Musyidul AM Pas Nik Aziz mengatakan tentang UMNO Murtad kerana kononnya UMNO menolak Islam dan tidak mempejuangkan Islam. Walhal semua rakyat tahu UMNO mempejuangkan Melayu yang mana Melayu dan Islam itu tidak dapat dipisahkan ibarah lagu dan irama. Terbukti jelas ianya telah termaktub didalam perlembagaan negara yang mana telah digubal dan diilhamkan oleh tokoh-tokoh UMNO yang hebat-hebat dahulu kala termasuklah mereka yang mengasaskan parti PAS sewaktu mereka masih bersama UMNO.

Cuba kita lihat contoh dan kisah tauladan Rasullullah dibawah ini:-

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang Nabi Muhammad s.a.w. wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.

Ulamak pewaris Nabi, Ulamak adalah contoh terbaik kepada sifat-sifat Nabi kalau tidak semua sikit pun jadi lah dimana boleh menjadi rujukan oleh kita umat Islam yang jahil ini. Kita pandang tinggi kepada mereka yang digelar Ulamak agar dapat kita contohi dan kita tauladani kerana pakaian mereka adalah sunnah dan pegangan mereka adalah Quran. Jadi marilah kita renung-renungkan apakah sekiranya insan yang mengaku dirinya Ulamak hanya pada pakaian dan janggut tetapi pertuturan tingkah laku dan tindakan bertentangan dengan sifat dan akhak Rasullullah itu patut kita taati dan kita ikuti? Tentu tidak!!!!

Note MNK: Tahniah Datuk Azeez kerana walaupun bukan seorang ulamak tetapi dapat sedikit sebanyak mencerminkan sifat pemimpin UMNO yang tetap membantu dan membela nasib orang Melayu umat Islam walaupun dia orang PAS tetapi pemimpin UMNO tidak membezakan pada dasar Parti tetapi membantu dan membela atas dasar perjuangan Alib Ba Ta... Agama Bangsa dan Tanahair.Baca Selanjutnya.... 

WAJIB BACA!!!