FOLLOW ME


Sunday 18 September 2011

RAKYAT GOMBAK KEMBALI BERSAMA UMNO DAN BARISAN NASIONAL!!!


Rakyat Pelbagai Bangsa Sekitar Parlimen Gombak Hadir ke Majlis Jamuan Raya 2011 Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Gombak bersama Pejabat Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak

Semalam pada tanggal 18/09/2011, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Gombak bersama Pejabat Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak telah mengadakan Majlis Jamuan Raya atau lebih kita kenali dengan panggilan ‘Open House’. Kalau sebelum ini  ketiga-tiga sayap mengadakan ‘Open House’ berasingan masing-masing dan ianya lebih tertumpu kepada ahli-ahli serta kepimpinan cawangan sayap masing-masing dan rakan taulan mereka sahaja. Pada tahun ini buat julung-julung kalinya pendekatan yang berbeza telah diguna pakai. Bersesuaian dengan konsep 1Malaysia yang mana "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", untuk ‘Open House’ kali ini, ketiga-tiga sayap telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Pejabat Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak dalam menganjurkan Majlis Jamuan Rakyat Sempena Aidil Fitri 2011 ini. Matlamat utama kali ini juga berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Kalau dulu  ‘Open House’ sayap-sayap dilakukan untuk ahli-ahli serta kepimpinan cawangan sayap masing-masing atau sahabat serta rakan taulan sahaja, namun kali ini ianya adalah untuk rakyat.
Ruang makan yang disediakan didalam khemah penuh kesemuanya hingga ada yang makan berdiri...takpa ala-ala Hi-Tea kat 5 star Hotel gitu....

Ini membuktikan ketiga-tiga sayap-sayap UMNO Bahagian Gombak bersama Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak memahami serta menuruti nasihat dan saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta Presiden UMNO iaitu Rakyat didahulukan. Majlis ini juga merupakan kaedah yang terbaik dan amat berkesan didalam usaha kepimpinan sayap-sayap UMNO Bahagian Gombak mendekati rakyat dan pengundi di Parlimen Gombak.
Ini merupakan kali pertama ketiga-tiga sayap UMNO Bahagian Gombak bersama Pejabat Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak mengadakan Rumah Terbuka bersama. Majlis ini telah diadakan dihadapan perkarangan Pusat Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak yang terletak di Jalan Prima SG 1, Prima Sri Gombak. Tidak dinafikan terdapat keraguan serta kerisauan dikalangan pimpinan sayap-sayap terhadap sambutan rakyat pada program ini. Apakah rakyat akan keluar beramai-ramai untuk menghadiri majlis ini maklum lah ini kali pertama ‘Open House’ sayap-sayap UMNO Bahagian Gombak serentak dan bersama Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak diadakan. Ditambah lagi kita semua maklum minggu ini begitu banyak undangan ‘Open House’ dari sahabat handai serta saudara-mara yang kita terima dan begitu juga mereka rakyat Gombak, tentu ada jemputan diterima dan tidak kah ini akan menjejaskan jumlah kehadiran rakyat nanti? Namun begitu segala kebimbangan serta kerisauan itu terhapus seawal jam 8.00 malam apabila rakyat berduyun-duyun mula membanjiri persekitaran Pusat Khidmat Penyelaras Barisan Nasional Gombak.
Amboi adik 2 org nie makan atas motor jer yer..jangan merempit sudah yer, makan takpa. Makcik dan keluarga pula ala-ala picnic ya makcik..dah macam tengok konsert Justin Bieber laaaa...

Sambutan yang amat-amat tidak disangka dari rakyat sekitar Parlimen Gombak terhadap majlis ini telah memberikan satu keyakinan yang amat tinggi kepada UMNO Bahagian Gombak dan Parti Komponen Barisan Nasional dalam menghadapi Pilihanraya ke-13 nanti. Dengan kejayaan program ini juga ianya menjadi satu suntikan semangat kepada sayap-sayap untuk terus berusaha gigih dalam memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional pada PRU 13 nanti di Gombak ini.

Ini program UMNO ker...orang balik tengok Bola kat stadium nie.. Man Utd. vs Chelsea... walau terlepas bola kami happy sebab Program Berjaya dan Man Utd menang 3-1..tu luahan PSU kot


Kalau tempoh hari YAB Presiden kita telah menyampaikan teguran keras pada Konvesyen Barisan Nasional di Shah Alam menempelak pemimpin tertentu dalam parti yang masih menjalankan  program ‘syok sendiri’ dan memberi laporan tidak tepat berhubung sokongan masyarakat  akar umbi. Saya rasa pimpinan sayap-sayap UMNO Bahagian Gombak dan Penyelaras BN Parlimen Gombak Tn. Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin telah membuktikan bahawa Majlis Jamuan Raya 2011 Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Gombak bersama Pejabat Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak ini bukan satu program ‘syok sendiri’ dan sekiranya masyarakat atau rakyat Gombak telah mula keluar kerana ingin turut serta memeriahkan program anjuran Parti UMNO dan Barisan Nasional seperti ini, ianya merupakan satu petanda yang baik.

Tn. Hj. Megat Zulkarnain Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak menyatakan sukacitanya dan agak terkejut diatas sambutan yang begitu luar biasa dari  rakyat dan masyarakat Parlimen Gombak di majlis ini sambil diperhatikan oleh Ketua Pergerakan Wanita Datin Sharifah Salmah dan Ketua Pergerakan Puteri Puan Rozazita Daud.


Kalau jumlah kehadiran mereka boleh dijadikan landasan atau penilaian untuk kita menyatakan ianya merupakan  sokongan mereka pada UMNO dan Barisan Nasional, maka kalau dilihat dengan kehadiran rakyat dan masyarakat pada Majlis Jamuan Raya 2011 Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Gombak bersama Pejabat Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak semalam, kita berada dalam landasan yang amat tepat dan amat mengalakkan untuk kita tawan kembali Gombak ini. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dari ketiga-tiga sayap serta Pusat Khidmat Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak dalam menganjurkan serta menjayakan Program ini dari awal hingga ke akhir. Kita tahu siapa kita dan apa sedikit sumbangan kita menjayakan progam ini dan sudah pasti ada satu kepuasan yang kita rasai apabila melihat usaha ikhlas kita mendapat sambutan dan sokongan rakyat. Namun sumbangan yang sedikit itu lah kalau ianya dilaksanakan dengan Ikhlas sudah pasti Allah akan memberikan rahmat dan barakahNYA. Majlis Jamuan Raya 2011 Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Gombak bersama Pejabat Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak ini amat luar biasa....Tahniah sekali lagi....

Gombak!!!! Gempur!!!!

WAJIB BACA!!!