FOLLOW ME


Monday 26 December 2011

SIAPA PENIPU??? SIAPA BERKATA BENAR???

Gambar Hiasan
Pada 25hb Disember 2011 sedang rakyat beragama Kristian menyambut Sambutan Hari Natal, MNK bersama beberapa rakan-rakan Ahli Majlis Kebangsaan Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia(PSSLM) mengiringi Presidennya Datuk Haji Megat Zulkarnain telah bertolak ke Pantai Bersih Bagan Ajam Pulau Pinang. Kali ini program yang agak berbeza dari program kebiasaan yang MNK sertai bersama Datuk Megat Zulkarnain di sekitar Gombak. Selalunya MNK ikut adalah Program UMNO dan Barisan Nasional tetapi kali ini pulak adalah program Silat Lincah iaitu Majlis Tamat Berlimau Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia(PSSLM).
Majlis Tamat Berlimau ini adalah satu upacara PSSLM yang akan dilalui oleh semua ahli Seni Silat Lincah. Majlis ini ibarat pengesahan yang mana siapa saja yang berjaya melalui upacara ini dengan rasminya akan dikenali sebagai Anak Lincah. Mereka akan mula diberikan amalan-amalan kerohanian setelah menjalani upacara Tamat Berlimau ini. Kalau dulu sebelum menjalani upacara ini mereka hanyalah ahli kepada PSSLM tetapi kini mereka ini boleh mengelarkan diri mereka Anak Lincah.
                          
 Gambar sekitar Upacara Tamat Berlimau PSSLM di Bagan Ajam

Apa yang menarik perhatian MNK sewaktu mengikuti majlis ini ialah cara ketertiban dan penuh adat upacara ini dijalankan. Setiap tindakan dalam upacara Tamat Berlimau ini berlandaskan syarak dan agama Islam. Seperti pada awalnya mereka melafazkan ikrar janji dengan bersaksikan Al-Quran dengan lafaz Bismillah misalnya, perlu sentiasa berada dalam keadaan berair sembahyang sepanjang upacara. Cukup indah dan seni upacara Tamat Berlimau ini.
Upacara Tamat Berlimau pada kali ini telah disempurnakan sendiri oleh Presiden Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia iaitu Datuk Megat Zulkarnain dari awal hingga akhir. Seramai 73 Anak Lincah disempurnakan upacara Tamat Berlimau ini oleh Datuk Megat Zulkarnain dan Paduka Guru Muda Pendekar Mohd.  Yusof bin Mohd. Nor. Bermula dari Jam 9 malam dan selesai hampir jam 4 pagi. Kesemua mereka diuji secara Rohani dan Jasmani.

Satu lagi perkara yang menarik ialah sewaktu hendak memulakan upacara Tamat Berlimau ini sewaktu Datuk Megat Zulkarnain memberi taklimat dan penjelasan kepada peserta, beliau berkata "Saya nak tanya dalam ramai-ramai ni yang sekolah nie siapa hisap rokok angkat tangan?” Mereka yang merokok tanpa teragak-agak terus mengangkat tangan. Ada yang semuda 14 tahun turut tunduk mengangkat tangan walaupun ramai ibu-bapa yang turut hadir ingin menyaksikan anak-anak mereka yang akan menjadi Anak Lincah dan pendekar malam ini.
Upacara Tamat Berlimau PSSLM di Bagan Ajam 

Bagi MNK siapa yang mengamalkan silat adalah pendekar walau hebat atau tidak ilmu persilatan mereka itu. Jadi disini kita lihat anak-anak ini yang mana sebelum ini berjaya menyorokkan tabiat mereka ataupun menipu bila tanya oleh baik ayah atau ibu mereka tentang tabiat buruk mereka ini tetapi apabila ditanya oleh Guru Persilatan mereka... mereka terus mengaku dan berterus-terang. Walhal mereka tahu yang ibu-bapa mereka ada disekitar. Datuk Megat Zulkarnain berkata seterusnya bahawa sebagai Guru mereka dan perkara yang sama juga akan dikatakan sekiranya Mahaguru Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin bin Mauju yang ada didepan ini kepada kalian, ”Berhenti Merokok, siapa yang didepan ini kalau merokok tadi yang angkat tangan tadi semua tu merokok saya minta kamu berhenti merokok kerana kamu semua belum layak lagi merokok. Esok kalau kamu dah kerja kamu dah ada duit kamu sendiri kalau kamu mahu merokok masa itu terpulang. Tetapi selagi kalian dibangku sekolah dan belum berkerja maka kamu wajib berhenti merokok. Kamu perlu bantu keluarga kamu dan menjalankan tanggung-jawab sebagai anak. Duit mak bapak kamu bagi itu bukan untuk kamu membeli rokok.” Datuk Megat Zulkarnain menyambung lagi “Ada mak bapak yang jumpa Pak Guru kononnya ada masalah toyol dirumah mereka rupanya didepan ini yang menjadi toyol yer” ..secara berseloroh. “Kepada ibubapa mereka yang hadir ini jangan lah nanti dimarahi atau dipukul dengan teruk anak-anak mereka yang berani dan jujur yang telah mengaku kesilapan mereka ini.”

MNK puji keberanian mereka ini yang betul-betul patuh dan hormat serta takut untuk menderhaka kepada Guru persilatan mereka. Taat, hormat, berani, jujur dan berkata benar terserlah dalam diri mereka apabila ditanya mereka ini tentang rokok itu tadi. Ini semua adalah ciri-ciri manusia berkeperibadian tinggi dan mulia. Inilah yang MNK rasa dan MNK lihat sendiri buktinya apabila MNK mendengar ucapan Perasmian yang disempurnakan oleh Datuk Megat Zulkarnain pada hari yang sama sebelum sampai ke Bagan Ajam di UPSI Tanjung Malam yang mana peserta-peserta yang terdiri dari mahasiswa dan mahasiswi Pertandingan Persilatan UPSI dan Universiti-universiti Asean yang mana Datuk Megat Zulkarnain menyatakan dalam ucapan beliau.
“Saya selalu menyatakan di Sekolah,di Pusat-pusat Pengajian Tinggi kita diberikan ilmu Akademik, tapi dalam masa yang sama Silat membentuk keperibadian kita. Supaya akhirnya nanti kalau kita ada ilmu akademik yang tinggi dalam masa yang sama ada ilmu persilatan yang baik, ianya akan melahirkan kita sebagai pemimpin yang cemerlang di masa-masa yang akan datang"


 Ucapan Datuk Megat Zulkarnain sewaktu merasmikan upacara penutup Kejohanan Pencak Silat UPSI dan Jemputan Universiti Asean Kali Ke-2 

Silat lah mengajar kita untuk kita menjadi Insan yang berperi - pekerti mulia dan tinggi. Insan yang mempunyai disiplin yang tinggi. Mempunyai keperibadian yang baik”.                           
Jelas perkara yang sama juga diterapkan oleh Datuk Megat Zulkarnain didalam kepimpinan beliau didalam Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Gombak. Pemuda UMNO Gombak dibawah beliau diberikan suntikan dan diterapkan nilai-nilai murni yang ada didalam persilatan juga. Pemuda UMNO Gombak dididik untuk berani berkata benar. “Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah” kata-kata ini tidak lekang dari mulut beliau kalau bersembang dan bersantai bersama Pemuda-pemuda Gombak. “Kita kena berani memperjuangkan kebenaran walau kita keseorangan”, “Abang tidak mengajar korang untuk takut memperjuangkan kebenaran dan berkata yang benar” etc, etc.
                                                                                        
Upacara Tamat Berlimau PSSLM di Bagan Ajam 
 Upacara Tamat Berlimau PSSLM di Bagan Ajam

Kalau semua kita Pemuda Gombak boleh terima dan benar-benar menghayati kepimpinan Datuk Megat ini kita akan lihat apa yang beliau terapkan dalam kepimpinan beliau didalam Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia adalah perkara yang sama diterapkan didalam kepimpinan beliau dalam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak. Cuma kita ini sebagai Anak Muda hanya Ahli Pemuda tidak terikat dan tidak terpaut seperti Anak Lincah. Mungkin kita tidak mengamalkan persilatan mungkin kita tidak takut untuk menderhaka kepada Guru. Mungkin kita hanya pengikut atau penyokong dan bukan Anak Murid seperti Anak-anak Lincah tadi.  Namun itu tidak menghalang kita untuk menerima dan mengamalkan apa yang baik sebagai tauladan dan yang buruk sebagai sempadan. Harapan MNK lama-kelamaan daripada asuhan dan corak kepimpinan yang berterusan seumpama ini akan menjadikan kesemua ahli Pemuda UMNO Gombak seperti Anak-anak Lincah yang seawal 13 tahun itu tadi yang berani mengaku dan berkata benar serta tidak sanggup menipu didepan Pemimpin serta Guru Silat mereka walaupun mereka tahu ibu-bapa mereka ada didepan sana dan melihat serta akan ketahui perkara sebenarnya yang mereka ini rupanya merokok. Mereka tetap berkata benar walaupun dibenak mereka, mereka tahu mereka pasti akan mendapat habuan dari bapak mereka apabila balik ke rumah nanti kerana rahsia mereka dah bocor yang mereka merokok. Ini sifat berani yang luar biasa walaupun tahu akan dihukum secukupnya tetapi “ Aku tetap akan berkata benar”.
 Upacara Tamat Berlimau PSSLM di Bagan Ajam
Upacara Tamat Berlimau PSSLM di Bagan Ajam

Upacara Tamat Berlimau PSSLM di Bagan Ajam

Inilah salah satu nilai perjuangan murni yang harus ada kembali dalam UMNO khususnya UMNO Bahagian Gombak.....
Gombak!!! Gempur!!!

Thursday 22 December 2011

SIAPA CELAKA?? SIAPA HARAM JADAH???



Pada 17/12/2011 yang lepas MNK berpeluang mengikuti Program Pemuda UMNO Bahagian Gombak iaitu Ceramah Umum Bertajuk Siapa Celaka? Siapa Haram Jadah?. Ceramah Umum ini telah diadakan di Padang Awan Taman Permata, Hulu Kelang. Ramai rakyat dan pengundi tempatan disamping “Orang UMNO” yang telah hadir ke program ini bagi mendengar ceramah dan penjelasan serta pembongkaran yang dilakukan oleh bekas-bekas panglima PKR satu masa dulu yang telah bertindak meninggalkan perjuangan PKR kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali iaitu ahli Parlimen Gombak dari parti PKR. YB Senator Ezam merupakan penceramah undangan. Syabas di ucapkan kepada Pemuda UMNO Bahagian Gombak kerana telah berjaya mengadakan program yang amat perlu diadakan di Gombak ini dalam memberi penjelasan dan penerangan kepada rakyat Gombak segala penipuan dan fitnah yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat dan juga fakta sebenar berhubung dengan isu-isu semasa.
Penyampaian kata-kata aluan oleh Datuk Hj Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin juga turut berjaya menarik perhatian hadirin dan hadirat kerana cara penyampaian yang bersemangat dan bersahaja beliau dengan isi dan fakta yang jelas. Pemuda UMNO Bahagian Gombak beruntung mempunyai seorang "Pendekar Melayu" sebagai ketua dan kita berharap akan lahir lebih ramai "Pendekar Melayu" seumpamanya dari bumi Gombak ini dalam kita berusaha memertabatkan UMNO di Gombak ini dan juga untuk merampas kembali Negeri Selangor Darul Ehsan dari terus di "ratah" dan "diperkosa" oleh Pakatan Rakyat. Cukuplah sepenggal mereka bermaharajalela....

MNK malas nak cerita panjang saksikan sendiri lah rakaman video kat bawah ini. Ini baru kata-kata aluan, cuba bayangkan kalaulah ceramah khas Ketua Pemuda Bahagian Gombak sendiri....






 

Gombak!!! Gempur!!!

Thursday 15 December 2011

SIKAP PROAKTIF KEDUA-DUA PENYELARAS BN GOMBAK JAMIN KEMENANGAN PRU 13.



MNK puji sikap kedua-dua Penyelaras Barisan Nasional di Gombak ini dalam mengambil tindakan dan sikap proaktif berhubung dengan BR1M ini. Kedua Penyelaras BN yang MNK maksudkan tersebut ialah Datuk Hj Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin Penyelaras BN Parlimen Gombak dan Datuk Hj Said Anuar Said Ahmad Penyelaras BN DUN Gombak Setia. Kedua-dua mereka ini bertindak pantas dan bijak dalam mendekati pengundi-pengundi diluar kepompong UMNO di Gombak ini apabila telah membuka kaunter-kaunter pendaftaran di sekitar DUN Gombak Setia pada 10hb Disember 2011 yang lepas. Kaunter-kaunter pendaftaran yang beroperasi seawal jam 9 pagi hingga ke pukul 7 malam itu tak putus-putus dikunjungi oleh rakyat-rakyat dan pengundi-pengundi Gombak yang ingin memohon dan mendaftarkan diri untuk menerima sumbangan Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang bernilai RM500 itu.
Inilah tindakan dan gerak kerja yang wajar dalam kita bersama kerajaan Barisan Nasional yang sebenarnya banyak memberi kebajikan dan kesejahteraan kepada rakyat namun kadang-kadang UMNO dan Barisan Nasional sendiri kurang mengambil kesempatan dan peluang untuk mendapat “political mileage atau credit” di atas perlaksanaan dasar atau tindakan kerajaan Barisan Nasional itu sendiri.  Seperti contoh kalau dipihak pembangkang itu tindakan atau dasar kerajaan negeri yang diperintah oleh pembangkang itu kadang-kadang tidak begitu hebat atau tiada apa-apa yang boleh di banggakan namun pemimpin-pemimpin parti mereka meroyan satu kampung dan benar-benar melaksanakan perkara-perkara yang bijak demi mengaut semaksima “political mileage atau credit”. Kadang-kadang dasar dan tindakan kerajaan Barisan Nasional yang laksana pun tetapi mereka jugak pula yang mengaut dan mendapat “political mileage atau credit” kerana melaksanakan tindakan-tindakan yang bertepatan.
BR1M ini pun tidak lari dari sasaran mereka untuk mengaut mahu pun menidakkan “political mileage atau credit” kepada parti UMNO dan Barisan Nasional apabila mereka telah mencetak dan mengedarkan borang-borang yang tidak sah.
“political mileage atau credit” yang cuba dikaut pembangkang
Namun tindakan pantas kedua-dua Penyelaras BN Gombak ini melalui Ketiga-tiga sayap UMNO Bahagian Gombak dan juga JKKKP serta pemimpin masyarakat yang bersama Barisan Nasional maka rakyat Gombak berjaya diselamatkan daripada ditipu oleh pihak parti pembangkang ini.
Cuba kita lihat sekiranya anda mengisi borang yang tidak sah tersebut dan dihantar ker LHDN, maka sewaktu penapisan dan pemeriksaan tentang kelayakkan untuk menerima Bantuan Rakyat ini oleh pihak LHDN sudah pasti apabila borang palsu yang dihantar maka nama anda akan di tanda sebagai semakkan dah dibuat dan keputusannya pasti di tolak atas sebab borang yang salah atau tidak sah yang digunakan. Maka pemohonan anda akan ditolak dan anda tidak akan mendapat bantuan rakyat tersebut walaupun anda berhak. Maka sudah pasti anda akan marah dan mengatakan Kerajaan Barisan Nasional menipu dan mungkin akan menyebabkan anda tidak akan memberi undi anda kepada BN kerana rasa diri anda ditipu. Walhal yang menganiaya dan menipu anda adalah ahli-ahli atau jentera-jentera parti pembangkang yang dengan sengaja mengedarkan borang-borang palsu dengan harapan ramai rakyat akan terpedaya dan mengisi borang tersebut dan akhirnya akan ditolak oleh LHDN.
Namun Rakyat Gombak terselamat, Ribuan pengunjung telah mengunjungi kaunter pendaftaran BR1M yang dibuka di Pejabat Penyelaras BN Parlimen Gombak yang mana ianya adalah dari inisiatif Penyelaras BN Parlimen Gombak sendiri dan juga kaunter-kaunter lain di merata-rata tempat dalam Dun Gombak Setia ini termasuk kampung MNK iaitu Kampung Sungai Chinchin. Seawal jam 9 pagi tak berhenti-henti pengunjung yang datang hingga ke jam 7 malam. Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Gombak menjadi petugas-petugas yang, melayan pelbagai kerenah rakyat Gombak. Ada yang senyum, ada yang masam, ada yang lembut ada yang keras berbahasa namun semuanya dilayan dengan baik oleh petugas-petugas yang menjadi bidan terjun menjawat jawatan sementara sebagai, penyambut tetamu, menjadi counter pertanyaan, perunding dan penasihat, tukang isi borang, runner photostatkan IC dan sebagainya. Semuanya dilakukan kerana perihatin dan sayang kan parti.

Kaunter Pendaftaran BR1M di Pejabat Penyelaras BN Parlimen Gombak
Kaunter Pendaftaran BR1M di Pejabat Penyelaras BN Parlimen Gombak

Penyelaras BN DUN Gombak Setia pula telah turut menghimpunkan semua jentera Parti UMNO dan komponen yang lain didalam satu sessi taklimat dan melancarkan Program BR1M counter di seluruh DUN Gombak Setia yang mana semua JKKKP hendaklah memastikan ada counter dibuka dikampung masing-masing bersama UMNO Cawangan untuk mendaftarkan mereka-mereka yang layak menerima Bantuan Rakyat ini.
Program Taklimat dan Program Kaunter BR1M Dun Gombak Setia oleh Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Said Anuar Said Ahmad

Jentera 4 Sayap UMNO dan JKKKP hadir ke Program Taklimat dan Program Kaunter BR1M Dun Gombak Setia

Di kampung MNK di Sungai Chinchin Bt. 8 Gombak pula kaunter dibuka Pendaftaran BR1M ini seawal jam 9 pagi hingga ke 6 petang. Pemuda UMNO Sg. Chinchin terlibat dari awal hingga la ke akhir bersama AJK Cawangan, Wanita dan Puteri UMNO Sg. Chinchin. Hampir 400 pendaftar berjaya di daftarkan pada hari tersebut dan mereka ini terdiri dari penduduk dan rakyat kampung MNK sahaja. Hok yang menyokong Bulan pun tersipu-sipu datang mendaftarkan diri dan mereka tetap dilayan dengan baik oleh petugas-petugas kerana pada pendirian "Orang UMNO " Kg. Sungai Chinchin walaupun sokongan parti lain-lain namun kita sekampung dan seagama. Harap-harap lama-kelamaan mereka ini akan tersedar dan lembut hati untuk kembali dalam barisan yang lurus dan menyedari siapa yang sebenarnya berada dijalan kebenaran

Teringat pulak Ucapan Ust. Kamal Saidin di PAU 2011 part persoalan Mungkar Nangkir di Alam Barzakh tuuu...
Apabila ditanya kepada kamu, SIAPAKAH SAUDARA KAMU? Apakah nanti akan kamu jawab Lim Guan Eng saudaraku, Lim Kit Siang saudara ku, Karpal Singh saudara ku atau akan kamu jawab Muslimin Muslimat saudaraku.... YA Nik Aziz, YA Abdul Hadi Awang........
Jadi Tahniah MNK ucapkan kepada Petugas-petugas Program BR1M di Kg. Sungai Chinchin atas layanan yang sama-rata kepada penduduk kampung tanpa membezakan pegangan parti politik mereka. Semua orang susah kita jaga dan kita bantu. Mungkin anda telah berjaya mengajak mereka untuk bersama BN pada PRU13 nanti dalam tidak sedar.


Program Kaunter BR1M Kg. Sungai Chinchin


Apa pun ucapan Syabas dan Tahniah harus diberikan kepada kedua-dua Penyelaras BN Gombak ini dan juga kepada jentera-jentera Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Gombak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program satu hari serentak ini iaitu Program Kaunter Pendaftaran BR1M bagi memastikan rakyat semua tahu siapa sebenarnya yang menjadi Juara Kebajikan dan siapa yang benar-benar menjaga kesejahteraan dan kebajikan rakyat.....

Gombak!!! Gempur!!!!

Tuesday 13 December 2011

PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA GOMBAK



Pada tanggal 11hb December 2011 yang lepas satu program yang amat bermakna dan begitu memberi impak kepada pengundi dan rakyat Gombak khususnya rakyat di Rantau Gombak Batu 11 dan Masyarakat orang Asli Gombak di Bukit Kala Batu 12 Gombak telah berjaya dijalankan oleh Pemuda UMNO Gombak bersama Penyelaras Parlimen Barisan Nasional Parlimen Gombak dan Penyelaras Barisan Nasional DUN Gombak Setia dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKKN) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.  Program yang di adakan di Dataran Bukit Kala Batu 12 Gombak yang mana ianya terletak di perkampungan orang Asli Gombak ini mendapat sambutan dari masyarakat orang asli dan penduduk tempatan setempat dengan begitu hebat dan diluar jangkaan.
Program ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Utama Rais Yatim Menteri  di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. YB Dato’ Seri Utama  yang telah turut sudi melawat dan memberi sumbangan kepada 3 rumah yang dikenal pasti di Batu 11 Gombak amat menjiwai konsep rakyat didahulukan pencapaian diutamakan yang di gagaskan oleh YAB Perdana Menteri kita.
Program ini bermula seawal 10 pagi di mana terdapat pelbagai acara disediakan termasuk pameran  oleh agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dan juga khidmat pemeriksaan Kesihatan percuma yang disediakan oleh Puteri UMNO Bahagian Gombak. Namun  pada acara kemuncak program ini iaitu upacara perasmian satu kejutan disajikan kepada tetamu dan rakyat yang hadir ke program ini apabila sewaktu ketibaan dif-dif kehormat iaitu YB Dato’ Seri Utama Rais Yatim Menteri  di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia bersama seluruh tetamu VIP yang lain tiba dengan menaiki motor ‘kapcai’ Squad Bermotor Pemuda UMNO Gombak di iringi hampir 50 biji motor Squad Bermotor Pemuda UMNO Gombak yang memakai baju BN dan membawa bendera Barisan Nasional, UMNO dan Malaysia.


Benar-benar tergambar kerendahan hati pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang mana jelas bahawa pemimpin Barisan Nasional bukan lah mereka yang suka berlagak dan  berstatus elit atau  suka bermegah-megah dengan menghadiri program dengan berkereta besar seperti dakwaan dan fitnah pembangkang selama ini. Sekurang-kurangnya rakyat di Gombak tahu dan fahami kerana bukti yang jelas dan nyata ada sewaktu Program Merakyatkan Seni Budaya Gombak ini.


Ribuan rakyat setempat dan masyarakat orang asli telah hadir ke program ini yang mana didalam ucapan alu-aluan oleh Ketua Masyarakat Orang Asli iaitu En. Husin Ngayin telah menyatakan dengan jelas bahawa masyarakat orang asli tidak pernah kianati Barisan Nasional dan akan tetap sentiasa bersama Barisan Nasional. Terima kasih diucapkan kepada masyarakat orang asli Gombak.
YB Dato’ Seri Utama Rais Yatim Menteri  di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dalam ucapan perasmian beliau juga turut menekan bahawa seperti ‘banting dan banner’ yang terdapat disekitar tapat program itu yang tertera ‘Budi Bahasa Amalan Kita’, ianya bukan sekadar suka-suka diletakkan dan dikempen kan oleh Kementerian beliau. Ianya mempunyai maksud dan pengertian yang cukup penting. Ianya mengajar kita untuk menjadi satu bangsa yang bertamadun dan berpekerti mulia. Ianya menjadi satu faktor untuk mengekalkan kesinambungan kejayaan satu bangsa dan negara malah ianya menjadi punca kejatuhan sesuatu tamadun sekiranya budi dan bahasa budaya kita ini tidak jaga dengan betul dan serious.
MNK amat bersetuju sekali kerana bagi MNK kalau kita mengekalkan budi bahasa dan budaya kita orang Melayu orang Malaysia yang mana bukan budaya kita menimbulkan huru-hara seperti berdemonstrasi jalanan atau bukan budaya kita menjatuhkan kerajaan dengan cara jalanan dan membunuh pemimpin kita ditepi jalan seperti apa yang berlaku kepada Presiden Libya. Maka sudah pasti negara kita akan kekal aman dan damai serta bertambah maju dan harmoni selagi kita mengekalkan budaya kita yang telah sekian lama kita amalkan. Kita amalkan Budi Bahasa cara kita orang Timur. Jangan kita terikut dengan Budaya Barat atau Timur Tengah yang mana ianya akan membawa kepada kehancuran. Kita harus katakan tidak dan menolak pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang cuba membawa Budaya Barat seperti “Sexuality Merdeka” dan Budaya Timur Tengah “Bersih 2.0” atau Demonstrasi Jalanan atau rusuhan hingga menjatuhkan sesebuah kerajaan. Ibarat pepatah dan budaya kita mengajar kita....
Kuat Rumah Kerana Sendi....
Rosak Sendi Rumah Binasa....
Kuat Bangsa Kerana Budi....
Hilang Budi Bangsa Binasa.....




Gombak!!! Gempur!!!!

RAKAMAN VIDEO PROGRAM SUMBANGAN PENYELARAS BN PARLIMEN GOMBAK KEPADA MASYARAKAT ORANG ASLI GOMBAK


















PENYELARAS BN PARLIMEN GOMBAK MENJAGA KEBAJIKAN ORANG ASLI GOMBAK



11/12/2011 – Penyelaras Parlimen Barisan Nasional Parlimen Gombak, Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin telah menyempurnakan pemberian sumbangan bahan-bahan asas kepada lebih kurang 15 keluarga orang-orang asli di Bukit Kala Batu 12 Gombak. Sumbangan yang disampaikan sendiri oleh beliau dari rumah ke rumah yang telah dikenal pasti merupakan satu pendekatan untuk melihat sendiri keadaan kehidupan masyarakat orang asli di Gombak. Rata-rata kesemua penerima sumbangan ini amat gembira dan melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada wakil kerajaan Barisan Nasional di Gombak ini kerana sudi datang menjenguk mereka dan malah menghulurkan bantuan. Walaupun sekarang ini kerajaan Barisan Nasional tidak lagi menjadi kerajaan negeri namun usaha dan sikap keperihatinan Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah berhenti dan malah berterusan melalui penyelaras-penyelaras yang dilantik mewakili kerajaan pusat dinegeri-negeri yang telah jatuh ke tangan pembangkang.
Persoalannya adakah wakil-wakil rakyat atau Ahli Parlimen Gombak kerajaan Pakatan Rakyat menjenguk atau memberi sumbangan kepada mereka-mereka yang memerlukan di Gombak ini? Rasanya takde….mereka hanya bercakap dan beretorik sahaja tentang kononnya mereka mengamalkan kerajaan kebajikan. Mereka menjaga kebajikan rakyat khususnya di Selangor ini walhal terang-terang mereka tidak pernah menghulurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan. Yang MNK ingat kebajikan mereka hanyalah air percuma untuk 20 meter padu sebulan lebih kurang RM12.50 nilainya sahaja.
Kerajaan BN memperuntukkan berbillion-billion ringgit untuk memberikan kebajikan kepada rakyat Malaysia melalui pelbagai subsidi yang ditanggung oleh kerajaan Barisan Nasional terhadap barang-barang keperluan asas rakyat Malaysia.  Berikut adalah contoh beberapa barang asas yang jauh lebih murah dari harga sebenar kerana di tanggung subsidinya oleh Kerajaan Barisan Nasional…

1)Petrol RON95- RM1.90, Harga sebenar RM2.33 sen, Jumlah subsidi 43 sen
(Subsidi Kerajaan= RM486 Juta)

2) Gas- RM 26.60 setong, Harga Sebenar RM53.62 sen, Jumlah Subsidi RM27.00 setong
(Subsidi kerajaan = 1.43 billion)

3) Tepung Gandum-RM 1.35, Harga Sebenar RM1.80 sen, Jumlah Subsidi 45 sen sekilo
 (Subsidi Kerajaan=RM89 juta)

4) Gula-RM 2.30, Harga sebenar RM3.50, Jumlah subsidi RM1.00 sekilo
(Subsidi Kerajaan= RM813 juta)

5) Minyak Masak-RM2.50, Harga Sebenar RM3.50, jumlah subsidi RM1.00 sekilo.
 (subsidi kerajaan=RM813 juta)

6) Beras ST15-RM18.00 sekampit, Harga Sebenar RM24.00, Jumlah Subsidi RM 6.00 sekampit, (Subsidi Kerajaan=RM486 juta)

Diatas itu senarai yang setiap tahun dibelanjakan oleh Kerajaan Barisan Nasional demi menjaga kebajikan rakyatnya tak kira anda menyokong Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat. Tak kira anda berterima kasih atau anda sentiasa memaki dan menfitnah kerajaan Barisan Nasional. Malah pemimpin-pemimpin pembangkang semua tu dok menikmati kebajikan yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Ada kedengkilan mereka menyatakan memang ini adalah tanggung-jawab kerajaan kepada rakyat. Kalau ini lah yang dipakai sebagai hujah maka bermakna Kerajaan Malaysia yang ditunjangi oleh Kerajaan Barisan Nasional menjalankan tanggung-jawab mereka dengan cemerlang dalam menjaga kebajikan rakyat Malaysia… Berapa Kerajaan Negeri Selangor, Negeri Penang peruntukkan dana demi menjaga kesejahteraan rakyat negeri mereka???
Tak cukup dengan itu setiap kali perbentangan bajet pasti ada kebajikan rakyat yang akan dibentangkan bersama belanjawaan tersebut seperti yang terbaru yuran persekolahan dimansuhkan bermakna kerajaan menanggung segala kos yuran persekolahan anak-anak kita. Banyak lagi kalau nak sebut satu persatu. Rasanya tak perlulah MNK sebutkan. Hanya satu pinta MNK cuba kita renungkan bersama dengan hati dan minda yang terbuka...apakah teruk sangat kehidupan kita di Malaysia ini ataupun kita hidup dengan sejahtera.... Maka ingatlah pesan orang tua kita dulu kala…..
Orang Berbudi,
Kita Berbahasa,
Orang Memberi ,
Kita Merasa,

Kerajaan Barisan Nasional Berbudi, Rakyat Berbahasa dengan memangkah  Barisan Nasional sewaktu PRU nanti, Rakyat Memberi mandat kepada Kerajaan Barisan Nasional sekali lagi, dan akhirnya Rakyat juga lah yang akan merasa kesejahteraan yang telah terbina sekian lama…..

Gombak!!! Gempur!!!!




Sunday 11 December 2011

“ORANG UMNO” PEMUDA UMNO BAHAGIAN GOMBAK....



Pada Tanggal 11/12/2011, Pemuda UMNO Bahagian Gombak dan Barisan Nasional Gombak telah mendapat satu lagi keyakinan baru bagi menghadapi PRU 13. Satu program yang telah diusahakan  oleh Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin bersama Jabatan Kemajuan Kesenian Negara (JKKN) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan  iaitu Program Merakyatkan Seni Budaya Gombak di Perkampungan Orang Asli Gombak di Batu 12 Gombak. Program ini diserikan lagi apabila menerima kedatangan YB Dato’ Seri Utama Rais Yatim yang telah sudi hadir untuk merasmikan program ini.
MNK bukan lah nak bercerita panjang tentang kejayaan program ini namun apa yang penting dan apa yang MNK lihat sendiri ialah kerjasama diantara mereka-meraka yang terlibat untuk menjayakan program ini khususnya Pemuda-Pemuda UMNO Bahagian Gombak. Bermula dari tanggal 09/11/2011 lagi Pemuda UMNO Gombak khususnya Pemuda Rantau bertungkus lumus untuk menjayakan Program Budaya Gombak ini dengan bermulanya aktiviti memeriahkan Rantau Gombak bermula dari Pejabat Penyelaras Barisan Nasional Dun Gombak Setia iaitu di Batu 8 Gombak hinggalah ke tapak program iaitu di Batu 12 Gombak dengan bendera Barisan Nasional dan UMNO. Kerja-kerja pemasangan bendera ini bermula jam 10 malam hinggalah ker pukul 3.30 pagi yang mana mereka-mereka ini telah berkorban masa dan tenaga untuk memastikan kejayaan program UMNO Gombak tanpa mengharapkan apa-apa balasan dan imbuhan. MNK rasa mereka ini nantilah juga yang akan menjadi jentera-jentera Pemuda UMNO di Gombak ini untuk menghadapi PRU nanti.
Bukan hanya Ketua-ketua Pemuda dan Ahli Pemuda Rantau Gombak Setia di Dun Gombak Setia sahaja yang hadir pada aktiviti pemasangan bendera dan poster ini, Ketua Pemuda dan Ahli Pemuda dari Dun Hulu Kelang dan Dun Batu Caves juga turut hadir membantu kerja-kerja pemasangan Bendera dan Poster ini sampai ke pagi. Terima kasih dan Syabas MNK ucapkan kepada mereka yang telah berkorban masa dan tenaga bagi membantu bagi memastikan kejayaan program Penyelaras Barisan Nasional Parlimen  Gombak  merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak. Ini lah semangat pasukan dan perpaduan yang berjaya diterapkan dikalangan Pemuda UMNO Bahagian Gombak. Syabas sekali lagi kepada mereka yang hadir, tak payah lah MNK nak sebut satu-satu persatu nama-nama sahabat yang hadir tentunya sahabat-sabahat tahu siapa kalian dan tentu rasa satu kepuasan apabila tamat program tersebut bila ianya diklasifikasikan sebagai berjaya dengan hebat sekali apabila ribuan rakyat Gombak khususnya kaum Orang Asli yang hadir di Program tersebut.




Apa yang amat membanggakan MNK ialah sewaktu perbincangan merangka aktiviti ini dan apabila aktiviti ini diadakan rata-rata mereka yang hadir ini tahu bahawa tiada disediakan peruntukkan atau bayaran kepada kepada mereka-mereka ini. Hanya makan minum sahaja yang disediakan. Maknanya mereka yang hadir ini tahu kerja mereka pada malam itu tidak dibayar gaji atau upah. Namun mereka tetap hadir untuk menyumbang kudarat mereka. Semuanya adalah hanya berdasarkan atas sikap sukarela, dan berkorban demi rasa cinta dan sayang kepada parti yang mendalam sahaja yang mendorong mereka ini semua untuk keluar dan menyumbang tenaga demi membalas budi UMNO kepada kita. Ini lah bagi MNK apa yang dimaksudkan oleh YAB Presiden Parti kita jangan jadi ahli UMNO tapi jadi lah “Orang UMNO”. Maka tak salah kalau MNK mengatakan mereka yang hadir pada aktiviti pemasangan bendera ini, anda adalah “Orang UMNO” . Pemuda UMNO Bahagian Gombak telah melahirkan generasi-generasi “Orang UMNO” seperti yang disarankan oleh YAB Presiden Parti kita iaitu YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak. Syabas!!!
Lepas ini jangan lupa ya, MNK dengar akan ada program menurunkan kembali Bendera dan Banner sepanjang jalan dari Batu 8 Gombak hingga ke Batu 12 Gombak itu pula. Mana rakan-rakan di khususnya di rantau yang ingin menjadi “Orang UMNO” namun tak berkesempatan untuk turut serta waktu pemasangan  bendera itu kerana urusan-urusan yang tidak dapat dielakkan bolehlah menyertai aktiviti penurunan bendera pula ya. Syabas, Tahniah dan Terima Kasih “Orang UMNO” Pemuda UMNO Bahagian Gombak.....

Gombak!!! Gempur!!!

Wednesday 7 December 2011

KEPIMPINAN UMNO BAHAGIAN GOMBAK BERSUMPAH.....


Minggu lepas MNK mengikuti Perhimpunan Agung UMNO 2011 di PWTC, bukan sebagai perwakilan Pemuda mahu pun G7 tetapi hanya sekadar permerhati. MNK semenjak pulang ke tanahair dan semenjak menjadi perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO buat pertama kali sebagai Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara pada tahun 2004 tu hingga ke tahun ini tidak pernah melepaskan peluang untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO walau hanya sebagai pemerhati. MNK akan usahakan untuk mendapatkan pas untuk masuk dewan tidak kira lah pas pemerhati bahagian ker, pas pemerhati khas ker, pas keselamatan ker, urusetia ker, VIP ker atau VVIP ker. Janji dapat masuk dewan nak lihat secara langsung kalau tidak ada pas masuk secara haram la gamaknya. Ibarat kalau kita menonton perlawanan bola tu dia punya feel mana sama di antara kita menonton ‘big screen’ di kedai mamak dengan kita menonton dalam stadium. Mungkin sebab nak merasai perasaan inilah beriya-iya di Bahagian setiap tahun ada pertandingan G7 hingga mengakibatkan perpecahan kepada kumpulan-kumpulan penaja mereka-mereka yang hendak pergi G7.
Namun bila MNK renungkan kembali apa keistimewaanya atau perbezaan yang dirasai menjadi wakil Bahagian G7 tersebut dengan mereka yang mendapat pas pemerhati Bahagian atau pemerhati Khas yang lain selain perwakilan dapat beg dan menghadiri taklimat khas Presiden yang tertutup tersebut? Adakah hanya kerana ini kita sanggup melemahkan parti akibat pertandingan G7 yang boleh memecahkan perpaduan parti kita di Bahagian-bahagian? Mungkin nak tunjuk kekuatan pasukan kita kot kepada pasukan yang lain dalam Bahagian kita.
Apa pun MNK rasa kalau boleh dielakkan pertandingan G7 ini lagi baik dan ianya memberi lebih kebaikkan didalam usaha menyatu-padukan parti di Bahagian-bahagian serta menutup ruang-ruang yang boleh menimbulkan atau mengundang masalah perpecahan di Bahagian-bahagian. Misal kata dengan memberi quota penamaan kepada setiap Bahagian dan Sayap-sayap mungkin ini boleh menyelesaikan permasalah G7 ini. Misal kata Ketua Bahagian diberikan 2 quota, Timbalan Ketua Bahagian 1 qouta, Naib Ketua Bahagian 1 Quota, Ketua Pemuda 1 quota, Ketua Wanita 1 quota, Ketua Puteri 1 quota. Jadi kesemuanya 7 quota.  Mereka ini bolehlah menamakan wakil masing-masing untuk mengisi Quota G7 tersebut. Maka dengan cara ini sudah pasti setiap lapisan dan jentera parti didalam Bahagian tersebut berpeluang untuk menjadi perwakilan dan mendengar sendiri amanat serta apa jua perbahasan dan penerangan di Perhimpunan Agung itu nanti.
Di peringkat Bahagian atau sayap-sayap pula boleh melakukan pemilihan berdasarkan budi bicara Ketua-ketua tadi dan mungkin boleh diserapkan pemilihan berdasarkan meritokrasi. Misal di peringkat Pemuda, Ketua Pemuda Bahagian mungkin boleh memilih perwakilan mereka berdasarkan quota itu tadi dengan memilih mereka yang aktif atau rajin bekerja dalam program-program Pemuda atau berdasarkan faktor umur dengan memberi peluang AJK-AJK Pemuda UMNO Bahagian yang aktif dan dah habis umur untuk menghadiri perhimpunan Agung UMNO itu tadi sebagai wakil G7 Bahagian ke Persidangan Agung UMNO. Ini boleh dilihat seperti memberi penghormatan kepada mereka didalam sayap yang lama berjuang dengan ikhlas dan begitu komitted sekali. Mungkin ini satu cara pihak pimpinan parti boleh renung-renungkan untuk Transformasi yang sedang dijalankan didalam parti keramat ini.
Berbalik kepada Perhimpunan Agung 2011 tadi, MNK berpeluang mendengar beberapa pembahas diperingkat Persidangan Pemuda dan juga Ucapan Dasar serta Usul-usul yang dibawa. Rata-rata menyatakan akan menyokong siapa sahaja winnable candidate yang dipilih YAB Presiden dan akan menyokong 100% siapa pun menjadi calon. Harapan MNK dan semua ahli akar umbi parti ialah jangan ini hanya luangan retorik semata-mata bila keluar dari dewan kisah lama atau perangai lama jugak. Apa yang amat menarik dan berbeza pada perhimpunan kali ini ialah sewaktu Ucapan Pergulungan oleh Timbalan Presiden YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin semua didalam dewan diminta bangun dan membaca Ikrar Sumpah Taat Setia.


Ikrar dan Sumpah taat setia yang dilafazkan didalam Dewan Keramat pada hari yang cukup bersejarah itu tadi haruslah sebati didalam setiap diri mereka-mereka yang berpeluang menjadi perwakilan pada persidangan kali ini. Anda semua telah bersumpah kepada parti dan YAB Presidennya yang anda akan....
"Kami orang UMNO, Berikrar
Untuk merapatkan saf perjuangan,
Mengeratkan ukhuwah,
Menghapuskan sengketa,
Menghidari hasad dengki, iri hati dan
Meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

Kami orang UMNO
Berjanji taat setia kepada parti
dengan memberikan sepenuh kepercayaan
Dan sokongan padu
kepada Yang Amat Berhormat Presiden
Untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar
dalam pilihanraya nanti.

Kami orang UMNO bersumpah
Untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur,
Berjihad dan berinfak di jalan Allah
bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional
dalam Pilihanraya Umum ke 12.

Kami orang UMNO berikrar
Untuk memberikan sokongan padu
Dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calan
yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti
untuk bertanding dalam pilihanraya nanti

Ingatlah jangan sekali-kali kita yang telah terpilih untuk mewakili jutaan ahli UMNO diseluruh negara melanggar sumpah ikrar kita yang telah kita lafazkan didalam dewan keramat Dewan Merdeka ini. Jangan lah kita menjadi punca dan sumber kepada perpecahan di Bahagian kita atau kita melakukan apa-apa tindakan dan perkara yang akan melemahkan parti UMNO di Bahagian kita. Diharapkan mereka yang hadir ke persidangan kali ini sebagai perwakilan akan menjadi kolompok pertama yang akan membawa perubahan sifat dan sikap ke Bahagian masing-masing. Amat baik sekali kalau dapat diadakan program ikrar ini di bahagian masing-masing yang diketuai bacaan ikrar itu tadi oleh Ketua Bahagian dan dihadiri oleh kesemua AJK Bahagian dan Sayap-sayap 4 peringkat.... Siapa yang melanggar sumpah ikrar ini nescaya tidak akan selamat dan akan terhina hendaknya dia dan generasinya yang mendatang....

P/S: Teringat kata-kata “jangan anak cucu kita nanti meludah kubur kita” ....MNK berada didalam dewan sebagai pemerhati sewaktu Sumpah Ikrar dibaca...MNK pun turut angkat tangan dan bersumpah dan berikrar walaupun bukan perwakilan hanya tukang sibuk jer....Bahagian Gombak semua perwakilan G7 dan Pimpinan Bahagian berada dalam dewan dan bersumpah...Syabas!!!

Gombak!!! Gempur!!!

Monday 5 December 2011

ADUN PAS HULU KELANG VS KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN GOMBAK.....


MNK malas nak tulis panjang-panjang hal ini tapi ibarat pepatah Inggeris “A picture is worth a thousand words”  - “ Sekeping Gambar lebih bernilai dari Seribu perkataan”. Jadi pembaca budiman semua nilai lah sendiri perbezaan antara gambar Program Berkhatan Adun PAS Hulu Kelang dengan Program Berkhatan yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Gombak ini.  


Program Berkhatan Adun PAS Hulu Kelang di AU3... alahai lesu....
 
Seperti pada gambar di atas yang mana wajah ADUN PAS jelas kelihatan dan dianjurkan di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN PAS Hulu Kelang Saari Sungib program berkhatan yang mana tertera Hanya RM 80 ker atau RM 60 ringgit kurang jelas tetapi yang jelas berbayar manakala Pemuda UMNO Gombak pula turut ada melaksanakan program berkhatan juga tetapi ianya percuma. Jadi siapa sekarang ini yang sebenarnya memperjuangkan Negara Kebajikan ini? Betullah kata YAB Presiden UMNO Dato’ Seri Najib bahawa UMNO lah sebenarnya mengamalkan negara kebajikan malah UMNO la Juara Kebajikan. Kalau nak ikut semenjak merdeka UMNO telah menjaga kebajikan rakyat Malaysia ini. Lihat sahaja pelbagai subsidi yang diberikan oleh Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.
Kalau kita kaji, mereka sekarang ini memerintah negeri  Selangor, segala hasil, keuntungan duit kerajaan negeri, peruntukkan negeri Selangor ada di tangan mereka parti Pakatan Rakyat ini namun takan lah tak mampu untuk mengeluarkan belanja untuk menanggung kos berkhatan untuk kanak-kanak di dalam DUN Hulu Kelang tu.  Di banner jelas kelihatan wajah Saari Sungib ADUN Hulu Kelang dari Parti PAS yang merupakan ADUN Hulu Kelang. Dimana perginya peruntukkan seorang ADUN.


Program Berkhatan Percuma Pemuda UMNO Bahagian Gombak di DUN Hulu Kelang
 
Tak malu ker sebagai wakil rakyat DUN Hulu Kelang konon menjaga kebajikan rakyat Hulu Kelang tetapi tak mampu nak tandingi program yang dilaksanakan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak bersama Pemuda UMNO Bahagian Gombak ini? Sebagai Adun takan langsung takde peruntukan dari kerajaan negeri. Kata lah paling mahal pun kos berkhatan ini RM 100 ringgit dan kata lah 50 kanak berkhatan kosnya baru RM 5000. Takan Kerajaan negeri tak mampu beri Adun Hulu Kelang peruntukkan RM 5000? Kalau bijak ambik pakej beramai-ramai mungkin boleh jadi RM 50 di tambah lagi ada rakan-rakan dalam PAS yang menjadi Doktor dan boleh buat amal jariah beri khidmat berkhatan percuma membantu Adun PAS Hulu Kelang.  Tetapi jelas mereka tidak mampu dan Slogan Negara Kebajikan jelas hanya penipuan dan retorik semata-mata untuk meraih undi walhal dari tindakan dan perlaksanaannya jelas bukan ke arah negara kebajikan yang dilaung-laungkan dan dicanangkan seluruh negara.
Lihat perbezaan Program yang MNK katakan ini dengan Program anjuran Pemuda UMNO Bahagian Gombak. Program ini buat di Hulu Kelang sahaja tetapi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak bersama Pemuda UMNO Bahagian Gombak melaksanakan program berkhatan percuma di ketiga-tiga DUN. Dun Hulu Kelang, Dun Batu Caves dan dua kali di DUN Gombak Setia.  Tentang Sambutan rakyat dan masyarakat...jangan cerita la pasti anda boleh menilai.
Syabas dan Tahniah Pemuda UMNO Bahagian Gombak...anda berada pada landasan yang tepat untuk menawan kembali Hulu Kelang dan Gombak....
Lihat lah sendiri.....

PROGRAM BERKHATAN PEMUDA UMNO GOMBAK 2011 DI PANGSAPURI DESA TEMENGGONG .... BERKHATAN PERCUMA!!!




PROGRAM BERKHATAN PEMUDA UMNO GOMBAK 2011 BERSAMA WANITA UMNO CAWANGAN PINGGIRAN BATU CAVES FASA II DI RUMAH PANGSA DESA PINGGIRAN BATU CAVES FASA II...BERKHATAN PERCUMA!!!

Gombak!!! Gempur!!!


Sunday 4 December 2011

PEMUDA GOMBAK PUN BERI RM 100 KEPADA 300 KANAK-KANAK SEKOLAH DAN YANG NAK MASUK SEKOLAH?


Pertama-tama sekali sebelum MNK menulis lebih lanjut, MNK ingin mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak dibawah kepimpinan Datuk Megat Zulkarnain di atas perlaksanaan program yang amat baik dan amat tepat dan berjaya mengenai sasaran “touch point”. Program yang MNK maksudkan ialah Program Berkhatan Percuma anjuran Pemuda UMNO Bahagian Gombak. Hampir 300 kanak-kanak di sekitar Parlimen Gombak telah “dikhatankan” oleh Pemuda UMNO Bahagian Gombak secara percuma yang mana segala kos perbelanjaan berkhatan tersebut di tanggung oleh Pemuda UMNO Bahagian Gombak. Program Berkhatan ini adalah merupakan program Tahunan Pemuda UMNO Bahagian Gombak dan pada tahun ini bukan lah kali pertama ianya dianjurkan. Semenjak Pemuda UMNO Bahagian Gombak diterajui oleh Datuk Megat Zulkarnain program ini telah di anjurkan setiap tahun hinggalah tahun ini. Namun pada tahun ini mungkin program ini memberi kesan yang agak penting kerana kita telah menghampiri PRU 13.
Bayangkan kalau 300 kanak-kanak dikhatankan walaupun mereka  bukan pengundi namun sudah pasti ibu-bapa mereka, pakcik-makcik mereka dan atuk serta nenek mereka sekiranya masih ada adalah pengundi. Kita ambil perkiraan mudah, 300 kali 2 ibu bapa dah jadi 600 pengundi. Campur lah 1 atuk atau nenek mereka ataupun pakcik makcik mereka dah jadi hampir 1000 pengundi.  Jadi bagi MNK ini merupakan satu program yang amat bijak dan tepat dan berjaya untuk mendekati masyarakat dalam memberikan perkhidmatan dalam membantu masyarakat setempat. Sekarang ini kos berkhatan untuk seorang pun dah hampir mencecah RM 100 untuk seorang kanak-kanak termasuk ubat-ubatan serta rawatan lanjut. Namun ini semua telah ditanggung oleh Pemuda UMNO Bahagian Gombak bukan sahaja berkhatan, malah ubat-ubatan serta rawatan lanjut turut telah di tanggung kesemuanya.
Program ini telah dilaksanakan di ketiga-tiga DUN didalam Parlimen Gombak iaitu Dun Batu Caves, Dun Hulu Kelang dan Dun Gombak Setia. MNK sempat untuk turut serta di dua program yang telah di anjurkan di DUN Gombak Setia. Pertama di Rumah Pangsa Desa Pinggiran Fasa II. Seperti kebiasaan upacara sambutan dan meraikan anak-anak berkhatan tersebut diserahkan kepada jawatankuasa penduduk dan Wanita UMNO Cawangan seperti Berendam, mandi beramai-ramai, berarak menaiki lori dan sebagainya diserahkan kepada mereka untuk memikirkan dan membuat persiapan cara bagaimana hendak dilaksanakan. Dibawah ini gambar-gambar yang sempat MNK rakam ketika berada di Pinggiran Batu Caves Fasa II.



Program Kedua telah di anjurkan di Pangsapuri Desa Temenggong Seri Gombak yang mana pada program kali ini ianya agak istimewa di mana ianya telah turut di lapori oleh pihak RTM dalam salah satu dokumentari mereka. Seperti program sebelumnya di mana upacara sambutan dan meraikan kanak-kanak yang akan berkhatan diserah kepada UMNO Cawangan dan Jawatankuasa penduduk maka oleh kerana salah sorang jawatankuasa penduduk Desa Temenggong tersebut merupakan kakitangan RTM beliau telahpun berjaya mendapatkan persetujuan RTM untuk menjadikan program ini salah satu slot dokumentari yang akan disiarkan oleh RTM nanti.
Program Berkhatan di Pangsapuri Desa Temenggong ini berjalan selama 3 hari. Bermula pada malam sebelum upacara perasmian ada Berzanji dan naik pelamin yang mana pelamin telah dibina oleh penduduk setempat dan kumpulan berzanji tempatan telah melakukan upacara berzanji. Keesokkan harinya pula upacara perasmian serta upacara bersiram dan 5 kanak-kanak terpilih akan dikhatankan dan mereka ini akan bermalam di dewan yang dihias indah dengan pelamin. Kanak-kanak ini ibarat pelakon utama yang mana segala gerak dan tindak tanduk meraka dirakam oleh jurukamera RTM. Hari ketiga baki kanak-kanak yang menyertai program ini dikhatankan pula.

Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Said Anuar Said Ahmad, Penyelaras Barisan Nasional Dun Gombak Setia merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gombak yang mana beliau juga telah turut memberikan sumbangan kepada Jawatankuasa Penduduk Setempat untuk menampung kos-kos persiapan upacara majlis sambutan dan perasmian program ini. Datuk Said Anuar juga merupakan Mantan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak. Gandingan yang lama dan yang baru ini dalam menjayakan program Berkhatan Pemuda UMNO Bahagian Gombak ini amat baik dan memberi hasil pulangan yang begitu berjaya. Inilah yang perlu ada di setiap Bahagian didalam Selangor sekiranya kita ingin merampas kembali Selangor. Yang Tua dihormati dan yang baru dikasihi.
Terpancar keseronokan diwajah kedua ibu-bapa mereka melihat anak mereka melangkah ke alam dewasa. Baik di Desa Pinggiran Fasa II maupun Pangsapuri Desa Temanggong kepuasaan wajah petugas setempat, ahli UMNO Cawangan, Pemuda UMNO Bahagian, Rakyat setempat dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain amat jelas kerana program ini seperti setiap kali diucapkan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain didalam setiap kali beliau menyampaikan ucapan didalam majlis perasmian Program Berkhatan Pemuda UMNO Bahagian Gombak di ketiga-tiga DUN. Kata beliau “Ini merupakan sedikit Amal Jariah dari Pemuda UMNO Bahagian Gombak yang mana ianya merupakan cara kami untuk memberi penghargaan kepada masyarakat di Gombak dan berharap agar ianya diterima oleh Allah S.W.T “. Syabas dan Tahniah Pemuda UMNO Bahagian Gombak!!!

Gombak!!! Gempur!!!

Wednesday 30 November 2011

UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO MALAYSIA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO MALAYSIA 2011


 
UCAPAN DASAR
Y.A.B DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK
PRESIDEN UMNO MALAYSIA
SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO MALAYSIA 2011


Alhamdulillah, dizahirkan sejuta kalimah syukur ke hadrat Allah SWT, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani yang telah memberi izin dan inayah-Nya supaya kita dapat sekali lagi berkumpul dalam dewan penuh bermakna ini. Ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang senantiasa dipersadakan kepimpinannya.

Berbekal rasa tawadhu’ dan kerendahan hati, Perhimpunan Agung UMNO kali ini ditandai masuknya Tahun Baru Hijrah 1433. Ini bererti, hampir 1380 tahun wafatnya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pada 11 Hijrah bersamaan tahun 632 Masihi. Baginda telahkembali ke pangkuan Ilahi. Pergi selamanya meninggalkan kita dengan dua pegangan utama yakni Al-Quran dan Sunnah sebagai suluh sepanjang zaman agar tidak tersasar dalam perjalanan hidup di dunia ini.

Menyisir sirah Nabawi, dengan beriktibar daripada rentetannya, Rasul yang agung itu, telah mewariskan kepada tamadun kemanusiaan suatu riwayat kepimpinan penuh berteladan. Baginda telah didokongdan didamping, penuh kemuliaan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Khalifah Pertama selaku teman setia yang arif berpengalaman, Saidina Umar Al-Khattab, Khalifah Kedua, Al-Faruq yang menjadi perlambangan ketegasan prinsip beragama.

Seterusnya, Saidina Uthman Al-Affan, Khalifah Ketiga, hartawan amanah dengan kewarakan dan keperibadian tiada tolok bandingnya, manakala Saidina Ali, Khalifah Keempat, simbol ketokohan golongan muda yang sanggup berkorban apa saja. Dimuliakan wajahnya serta turut digelar sebagai Singa Allah sepertimana Saidina Hamzah.

Sayugialah, para cendekiawan dan para pengkaji menyifatkan tali temali perjuangan suci Baginda dalam menegakkan syiar Islam, sebagai penuh berstrategi. Semuanya dipintal dan diikat oleh sifat-sifat mahmudah yang terpuji seperti cinta dan kasih kepada perjuangan, ketaatan, kesetiaan, pengorbanan, keikhlasan, kejujuran, amanah, kuat kerja, tidak putus asa, tabah dan pastinya bertawakal kepada Allah.
Saudara dan Saudari,

Menjejaki laluan tersebut, kita mahu terus mencontohi dan mengambil pengajarannya, bagi memperelok dan memperbaikiperjuangan UMNO, yang selama ini turut dipersaksikan oleh perjalanan suka duka, pahit dan manis, selaku sebuah parti penuh berjasa.

Tahun ini, UMNO menyambut kelahirannya yang ke-65. Hampir tujuh dekad berjuang sebagai organisasi politik yang menyejarah, mendaging dan mendarah dalam ikhtiar memartabatkan maruah serta mengangkat tinggi kedudukan orang-orang Melayu.

Sungguh jauh kita berjalan. Sungguh banyak hitungan masa. Walau dihadap segenap cabaran, walau dilempar segala fitnah, walau diterjah sedemikian banyak taktik jahat lagi kotor, digodam dan dihentam oleh pihak lawan, terbukti kita tidak pernah pudar semangat, tidak akan mengalah, dan tidak akan mungkin padam cita-cita.

Bahkan, derap demi derap, terus menyusun strategi, mengatur langkah demi langkah, mara ke hadapan, menjulang panji-panji bangsa, agama dan Negara.

Saudara dan Saudari,

Bersesekali dengan itu jua, saya pohon, marilah kita sama-sama bangun dan berdiri……, bangkit, untuk beri satu penghormatan kepada para pendahulu, kesatria-kesatria UMNO, warga parti yang tidak didendang serta barisan negarawan unggul lagi terbilang yang dilahirkan oleh perjuangan mulia ini.

Marilah….., marilah, kita angkat tinggi penghargaan kepada semuanya.

Bermula dengan gemulah tokoh-tokoh tersanjung yang telah pulang menyahut panggilan Ilahi seperti Allahyarham Dato’ Onn, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Razak, Allahyarham Tun Hussein, Allahyarham Tun Dr. Ismail dan Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Begitulah juga tokoh-tokohyang masih teguh berbakti hingga ke detik ini, seperti Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan Tun Musa Hitam.

Saudara dan Saudari,

Khususnya, kalungkanlah penghormatan kita kepada parti bertuah ini, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yakni UMNO yang telah memungkinkan sebuah negara merdeka terbina gagah, ilmu pengetahuan digembur dan disebar luas pada anak-anak, belantara dipugar, sawah ladang diusahakan, hingga laba yang lumayan melimpah-limpah ke kaki halaman.

 Saudara dan Saudari,

Sememangnya termaktub, ceritera kejayaan Malaysia adalah cerita kejayaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, yakni UMNO, bersama dengan rakan-rakannya. Parti Perikatan, yang kemudiannya bergelar Barisan Nasional, adalah satu jelmaan dan terjemahan hasil pakatan ikhlas kaum Melayu/Bumiputera beserta kaum-kaum lain di Malaysia.

Berkat pengurusan negara yang begitu cekap, terutamanya di lapangan ekonomi, wajah Malaysia telah berubah daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah, di awali dengan lebih separuh warganya hidup di bawah paras kemiskinan, kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, di mana, kurang daripada empat peratus penduduknya berada bawah paras kemiskinan relatif manakala kemiskinan tegar pula hampir berjaya dibasmi.

Jika dihalusi, susur galur kejayaan ini, mempunyai bibit-bibitnya dalam prakarsa, perancangan rapi, penggubalan dasar dan pelaksanaan oleh kerajaan yang diterajui UMNO. Dalam kata lain, ia tidak terjadi secara sendiri mahupun dalam vakum atau kelompongan.

Lantas, usahlah kita berasa bimbang dan ragu. Malaysia, nyatanya, bukanlah sebuah kisah ditulis parti pemerintah yang gagal. Ia dinukil oleh sebuah parti yang berhak untuk berbesar hati, bahawa, mandat dan kepercayaan diberikan oleh rakyat Malaysia, telah digunakan sebaik-baiknya, demi kebajikan dan kegemilangan pertiwi.

Saudara dan Saudari sekalian,

Menghayati ehwal demikian, secara sedar atau tidak, bukan semua parti politik jika membentuk kerajaan akan menghasilkan kejayaan yang sama seperti kita. Lihat saja kepada sejumlah besar negara di dunia,waima, mempunyai pelbagai potensi termasuk sumber asli yang kaya, namun dek sebab kerajaan tidak berkebolehan, sia-sialah segala faktor dimiliki, malah akhirnyamereka menjadi negara yang gagal.

Saudara dan Saudari,

Pada perhimpunan tahun lepas, saya telah bercakap dan membicarakan dari sudut falsafah dan asal usulnya, siapakah itu Melayu. Kita dah dengar bahawa antara terhitung dalam kelompok Melayu adalah Bugis, Minang, Arab, Muallaf, serta berpuluh suku kaum di Sabah dan Sarawak. Hatta Mamak dan Malbari pun dah serap jadi Melayu. Celah-celah itu, ketiga-tiga Naib Presiden kita tampaknya terdiri daripada Jawa, Turki dan Bajau Laut atau lanun. Saya kata takpalah, yang penting semua kira Melayu…

Jadinya, pada perhimpunan kali ini, setelah saya belek-belek dan saya kaji-kaji pengalaman secara aktif selama 35 tahun dalam parti, bersempena pula UMNO sudah menjangkau satu umur yang sangat dewasa, berpengalaman dan matang yakni 65 tahun, elok rasanya kalau dikupas pula siapakah dan apakah ertinya menjadi orang UMNO.

Maksudsaya, bila mana memperkatakan tentang parti, kita semua, sebenarnya, tidak cukup sekadar didefinisikan sebagai ahli UMNO. Sebaliknya, kita perlu menjadi orang UMNO. Makna kata, orang UMNO yang tergambar dan terpamer perwatakannya melalui tindak tanduk serta system nilai yang dipegang.

SaudaradanSaudari,

TAAT DAN SETIA

Pertama sekali, orang UMNO itu adalah, orang yang taat dan setia kepada parti. Orang UMNO tidak akan sekali-sekali mengkhianati parti.

Kita faham, adalah lumrah dalam sesebuah parti, mesti timbul perbezaan pendapat. Apa yang penting, kelainan pandangan itu, seharusnya membawa rahmat dan bukannya mengundangmudarat.

Dalam berijtihad pula, orang UMNO harus mencipta kebaikan untuk parti. Mengambil mufaham pengertian setia dan taat melalui syura dan musyawarah seperti di firmankan dengan indahnya pada helaian Surah An-Nisa’,

Apabila sesuatu keputusan telah dibuat, jika tidak menyalahi syariat, maka wajiblah ditaati.

Contohnya, kita mahu pengikut seperti Khalid al-Walid yang taat mengundur diri sebagai Panglima perang apabila diarahkan oleh Khalifah dan hanya ikut serta sebagai soldadu biasa. Sekalipun sedangberada dikemuncak karier, menurut sejarahnya tidak pernah kalah perang.

Seterusnya, Usamah bin Zaid, seorang anak muda belasan tahun yang setia menurut arahan mengepalai pasukan tentera Islam walaupun bukanlah seorang panglima yang berpengalaman di medan perang.
Inilah dia, watak, dan keperibadian pejuang sejati yang kita inginkan dalam susuk diri orang-orang UMNO.

Bercakap tentang taat setia juga, kita tak mau, bila depan kita disuruh angguk, dia angguk,  disuruh geleng, dia geleng. Tapi dibelakang lain pulak halnya. Jangan tikam dari belakang dan jangan pulak main belakang. Bak kata pepatah, janganlah telunjuk saja lurus tetapi kelingking berkait.

SaudaradanSaudari,

CINTA DAN KASIH

Adapun nilai kedua orang UMNO itu adalah, orang yang cinta dan kasih kepada perjuangan parti. Seperti dimadah oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, dalam lagunya…itulah kasih mesra, sejati dan mulia. Dalam hal ini, apabila ada rasa cinta dan kasih kepada parti, orang UMNO itu juga adalah, orang yang tidak takut dan tidak gentar menyuarakan pendapat serta mendengar pula pendapat orang lain demi kebaikan parti.

Ajaran agama dan pujangga melorongkan pedoman, perkatakanlah yang benar kerana kebenaran itu isi dan makanannya sejarah, tidak akan patah dipukul zaman.  Bersesuaian dengan nilai kesetiaan, bila kuat hawa kasihnya kepada parti, orang UMNO wajib membela dan mempertahankan parti, selagi hayat dikandung badan.

Seperkara utama lagi adalah, cerdik pandai berfatwa, tak kenal maka tak cinta. Lantaran, untuk mencintai parti, orang UMNO wajar kenal sejarah parti, samada yang tersurat, mahupun yang tersirat. Begitulah, seharusnya menjiwai prinsip serta falsafah perjuangannya.

Pendek kata, orang UMNO harus melihat parti sebagai satu-satunya wadah yang mampu membela untung nasib orang Melayu. Dalam berusaha pula, sebagai tanda kasih, orang UMNO sewajibnya bersemangat dan tidak sesekali mengecewakan parti yang dicintai.

Meluncur topic cinta dalam berorganisasi, orang UMNO wajib ada cinta yang satu sahaja kepada parti, tidak boleh cinta poligami, tidak boleh cinta berbelah bagi atau kata orang Indonesia berbagi cinta…tak mungkin Pak…engga’bisa Pak…

Saudara dan Saudari,

BERKHIDMAT TANPA JEMU DAN BERKORBAN

Orang UMNO itu adalah orang yang sanggup berkhidmat tanpa jemu dan sanggup berkorban. Pengorbanan adalah satu sifat yang harus bersebati dalam diri orang UMNO.
Bersandarkan prinsip persalingan, orang UMNO harus menunjukkan keikhlasan berkhidmat kepada rakyat. Beringatlah bahawa, rakyat sedang memerhati kita. Kata orang, rakyat itu sentiasa merasa, mendengar dan mengadili, biar betapapun senyap suara mereka, biar betapa pun jua diam gerak geri mereka.

 Disudut lain, sambil menghadam peradaban Melayu, orang UMNO perlu bermuhasabah kedalam diri masing-masing. Masih wujudkah semangat Tun Tuah di sanubari? Masih bergemakah kekentalan jiwa Tun Fatimah?

Mahu tidak mahu, orang UMNO harus berusaha tanpa jemu. Biar berdepan apapun cabaran, pastikan UMNO menang, biar dilintang apa pun dugaan, orang UMNO mesti terus berdamping dengan rakyat. Sedarlah kita bahawa, dalam system demokrasi, tidak ada tempat kedua. Kita wajib jadi juara.
 Kesimpulannya, kemuncak pengorbanan adalah menjunjung kepentingan dan maruah parti, bukannya kepentingan dan maruah peribadi.

 Saudara dan Saudari,

 i) 1946

1.    Terpanggu atas segalanya, kejayaan terbesar UMNO adalah menyatupadukan orang-orangMelayu melalui penubuhannya pada 11 Mei 1946. Lantaran itu, perlu ditegaskan bahawa, kejayaan ini bukannya kecil, jauh sekali daripada bersifat enteng kerana bangsa Melayu sebelum Perang Dunia Kedua, masih belum endah politik, disamping terbelenggu semangat kenegerian.

Jangan dilupa juga, termusta’id dalam lembaran sejarah bahawa, UMNO lah yang telah berjaya menguburkan penubuhan Malayan Union dan menggantikannya dengan sistem Persekutuan Tanah Melayu. Sekaligus, ditanda dengan episod itu, UMNO telah berbakti menyelamatkan kedudukan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu dan kesucian agama Islam.

Saudara dan Saudari

ii) 1951

Kemudiannya, satu episod getir telah dilalui oleh UMNO apabila Dato’ Onn Jaafar seorang tokoh bangsa, selaku Presiden Pengasas, meletakkan jawatan, sebagai Yang DiPertu,a dan keluar dari parti.

Pada masa tersebut, banyak pihak telah menitipkan belasungkawa dan membacakan talqin terhadap UMNO kerana hilangnya kepimpinan. Sekalipun begitu, pemilihan parti telah menyaksikanTunku Abdul Rahman mengambil tempat sebagai Yang DiPertua dengan Tun Razak sebagai Timbalannya yang setia.

Ternyata, telahan kelam oleh pelbagai pihak bahawa, UMNO akan karam,amat meleset, malah, penggantian kepimpinan ini telah merancakkan lagi usaha bagi mendapat kemerdekaan negara. Serentak dengan itu, slogan “Hidup Melayu” telah diubah kepada “Merdeka”.

Kendati pun para ahli tidak menerima cadangan Dato’ Onn untuk membuka pintu UMNO kepada orang-orang bukan Melayu, kepimpinan parti waktu itu, memahami realiti yang ada dan berfikir panjang, malah berilham jauh ke hadapan dengan mencipta prinsip atau konsep perkongsian kuasa unik, melalui Parti Perikatan dengan menggabungkan UMNO, MCA dan MIC. Yang termustahak adalah, taat setia semua kaum kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Saudara dan Saudari,

iii) 1955

Menyentuh usaha tersebut, iltizam UMNO bagi menjayakan prinsip yang dipelopori jelas terpamer sejak dari awal lagi. Sebagai contoh, dalam pilihanrayatahun 1955, untuk memilih 51 daripada52 ahli Majlis Perundangan Persekutuan, prinsip perkongsian kuasa telah dipraktikkan UMNO apabila kita meletakkan calon di hanya 35 kawasan, berbanding MCA, 15, dan MIC, 2. Walhal, daripada52 kerusi yang dipertandingkan, 50 adalah kawasan majoriti Melayu, dan hanya 2, kawasan majoriti Cina.

Perlu diketahui juga, pecahan pengundi semasa pilihan raya tersebut, mencatatkan majoritikira-kira 84 peratus atau lebih 1 juta pengundi Melayu. 11 peratus atau seramai 143 ribupula, adalah pengundi Cina, manakala 50 ribu, atau,hampir 4 peratus sahaja,di kalangan pengundi India.

Hakikat tersebut nyatanya, tidak menghalang semua calon parti MCA dan parti MIC untuk menang. Bagi pemimpin dan orang-orang UMNO, demi mencapai perpaduan antara parti-parti komponen Perikatan, mereka harus menunjukkan keikhlasan berkongsi kuasa. Keikhlasan ini dimanifestasikan dalam bentuk kerelaan memberi kerusi majoriti Melayu kepada parti-parti komponen untuk ditandingi.

Tidak terhenti setakat itu sahaja, ia diikuti pula dengan kesanggupan orang-orang UMNO untuk mengundi calon bukan daripada bangsa mereka sendiri,demi matlamat lebih besar, yakni memenangi pilihanraya, kemudiannya, membentuk kerajaan, seterusnya mencapai kemerdekaan.

Terbukti, sejak dari dulu lagi, UMNO bukanlah sebuah pertubuhan rasis.UMNO sebenar dan sebetulnya adalah pencetussertaperintis kepada semangat tolak ansur antara kaum, yang akhirnya, telah mencipta kestabilan sosial, membawa kepada kemakmuran nasional.

Saudara dan Saudari sekalian,

iv) 1957

UMNO juga melalui Parti Perikatan telah mengemudi pelayaran bahtera merdeka, tanpa pertumpahan darah, mahupun revolusi. Ia dimeterai atas meja rundingan. Syukur, tiada kemusnahan, sekalipun terhadap sumber kekayaan negara, samada dalam bentuk ladang mahupun lombong.Ini, membolehkan kerajaan yang baru merdeka, membina sebuah watan aman berjaya, di atas asas-asas pemerintahan sedia ada.

Setepatnya, kisah kejayaan kita bermula sebelum negara mencapai kemerdekaan, 54 tahun yang lalu. Ia bertitik tolak apabila Kerajaan Perikatan dengan kuasa terhad, di bawah kepimpinanTunku Abdul Rahman dibentuk pada tahun 1955. Sebaik sahaja mencapai taraf berkerajaan sendiri, Perikatan mula mengorak langkah, bagi membaiki nasib rakyat, dengan penggubalan Rancangan Malaya Pertama, antara tahun 1956 hingga 1960. Dalam ketika itu, pada 1956, FELDA ditubuhkan, disusuli pula langkah-langkah lebih konkrit pasca merdeka.

Penubuhan FELDA menjadi satu langkah yang amat mendahului waktunya. Ia telah memberi peluang kepada mereka yang tidak bertanah, ia telah membawa sinar kepada mereka yang tidak mempunyai harapan, dan ia telah menawarkan permulaan baru untuk warga Malaysia keluar daripada kemelut kemiskinan. Segala tahmid ke hadrat Yang Esa, hari ini terdapat lebih 100 ribu peneroka di seluruh negara yang telah menikmati hasil rancangan penuh berwawasan ini, bersama-sama ratusan ribu generasi kedua.

Saudara dan Saudari,

Berbalik kepada salasilah, apabila negara memperoleh kemerdekaan, maka cabaran pertama dihadapi UMNO dan Parti Perikatan ialah, bagaimana hendak menangani pengaruh dan ancaman Parti Komunis Malaya serta menamatkan darurat yang telah diisytiharkan pada tahun 1948. Alhamdulillah, matlamat ini telah berjaya dicapai, kurang daripadatempoh tiga tahun selepas 1957.

Kejayaan yang dicapai bukanlah sedikit, sebaliknya ia begitu signifikan dan tersergam kepada negara. Kita harus melihat kejayaan ini dari perspektif apa yang berlaku dirantau ini. Kalau diamati, walau ada penglibatan kuasa besar dunia dengan kekuatan militer tanpa tolok banding, masih tidak mampu menghalang pengaruh komunisme. Sebaliknya, sebuah kerajaan baru merdeka, dengan sokongan padu rakyat, berjaya menyanggah teori domino.

Oleh yang demikian, UMNO mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak tertentu yang cuba menulis dan meriwayat semula sejarah dengan memperlekehkan sumbangan para pahlawan negara. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mengenang budi, kerajaan BarisanNasional tidak akan sekali-kali membiarkan wirawan serta wirawati kita, tanpa pembelaan sewajarnya. Sesungguhnya, jasa dan bakti mereka akan terus malar serta segar dalam sanubari dan ingatan setiap rakyat Malaysia.

Selepas memenangi keamanan, telah diisytiharkan pula perang terhadap kemiskinan dan kemunduran. Seperti disebut tadi, ini wajar dilakukan kerana, seawal merdeka, lebih 89 peratus rakyat Malaya hidup di kawasan luar bandar dan pedalaman, dengan kadar buta huruf yang tinggi, akses kepada pendidikan yang rendah, ditambah pula kemudahan asas yang terkebelakang.

Lucunya, kitak ini mendengar pihak-pihak tertentu tanpa segan silu menguar-uarkan konsep negara berkebajikan. Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada mereka, kerana, baru sedar terhadap konsep negara kebajikan ini. Sesungguhnya, mereka sudah 60 tahun terlewat.

Soalnya, kenapakah kini, baru prihatin terhadap kebajikan rakyat? Kita ingin bertanya, sebelum ini apa matlamat perjuangan mereka? Adakah matlamatnya semata-mata untuk memecah belahkan ukhuwah umat? Hakikatnya, dengan segala inisiatif dan perlaksanaan demi rakyat, kerajaan Barisan Nasional sudah sejak melebihi enam dekad, mengamalkan konsep negara berkebajikan.

Saudara dan Saudari,

v) 1969

Apabila tragedi hitam rusuhan kaum 1969 terjadi, prognosis pemerhati antarabangsa terhadap Malaysia amat buruk. Mereka meramalkan kita akan gagal manakala rakyat seolah-olah telah hilang harapan. Sementelahan pun begitu, UMNO dan rakan-rakannya jauh dari menyerah kalah atau hilang pedoman. Sehubungan peristiwa ini juga, jangan sekali-kali kita alpa bahawa, terdapatdikalangan pemimpin pembangkang, turut terlibat mengapi-apikan slogan untuk menghina orang Melayu sehingga berlakunya tragedi 13 Mei.

Saudara dan Saudari sekalian,

vi) 1970

Tarikh 22 September 1970 menyaksikan Tunku Abdul Rahman melepaskan kepimpinan negara diikuti kepimpinan parti. Tun Razak telah mengambil alih kedua-dua jawatan tersebut, maka bermulalah era pelaksanaan DEB. Fokus masih lagi kepada kawasan luar bandar dan pedalaman.

Ini dicerminkan menerusi penubuhan agensi, antara lainnya, RISDA, untuk pekebun kecil getah, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Lembaga Pertubuhan Peladang dan Lembaga Kemajuan Ternakan Negara, masing-masing untuk petani, peladang dan penternak. Bagi merancakkan pembangunan wilayah pula, kerajaan telah menubuhkan KEJORA, KETENGAH, PERDA, KEDA, KESEDAR, DARA danLembagaKemajuanWilayah Jengka.

Bagi mencipta masyarakat perdagangan dan perindustrian serta kemasukan kaum Melayu/Bumiputera ke dalam sektor moden pula,kerajaan telah menubuhkan agensi seperti Bank Bumiputra, UDA, Pernas dan Perusahaan Awam Bukan Kewangan atau PABK.

Kesan utama pelaksanaan dasar ini, dan pewujudan Barisan Nasional adalah terciptanya kestabilan sosial yang membolehkan pertumbuhan ekonomi mapan dengan kadar pukul rata hampir 7 peratus untuk dua dekad berturut-turut. Ini secara langsung telah meningkatkan kemakmuran serta taraf hidup semua rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum.

Saudara dan Saudari,

vii) 1988

UMNO menghadapi saat paling dahsyat apabila parti keramat ini diharamkan pada tahun 1988. Ini kerana keputusan pemilihan parti 1987 tidak dapat diterima dan kes telah dibawa ke mahkamah. Walaupun UMNO berpecah dua, seraya menyaksikan satu percubaan untuk meniru konsep Barisan Nasional melalui Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah,hal ini tidak berjaya, kerana tidak ada keikhlasan.

Sungguh apapun, segala cabaran telah berjaya diharungi.Bangkitdari runtuhan UMNO lama, UMNO baru telah wujud bagi terus membela umat Melayu dalam satu proses pemulihan parti dengan tidak mengambil masa yang lama.

Saudara dan Saudari,

viii) 1990

Berlawanan dengan tafsiran cetek oleh sesetengah pihak, DEB sejelasnya tidak pernah merugikan orang-orang bukan Melayu. Buktinya, setelah dua dekad pelaksanaan, pada tahun 1990, orang bukan Melayu masih lagi memiliki ekuiti terbesar dalam kekayaan negara manakala pendapatan pukul rata isi rumah mereka, masih yang tertinggi antara kaum diMalaysia.

Diperakui, walaupun matlamat pemilikan ekuiti tidak tercapai sepenuhnya, paling terkesan ialah penciptaan kelas menengah Melayu yang besar, menjelang berakhirnya dasar ini. Saiz kelas menengah ini meningkattinggi dengan pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional antara 1991 hingga 2000. DEB, sebenarnya telah mengasaskan kestabilan sosial kebangsaan yang membolehkan penciptaan kekayaan dan kemakmuran dinikmati oleh semua pihak.

Salah satu kisah kejayaan lagi, ialah bertambahnya jumlah profesional Melayu/Bumiputera. Jika dikaji, ketika bermula pelaksanaannya pada awal 70an, hanya terdapat kurang 5 peratus profesional daripada kaum Melayu dan Bumiputera.Jumlah ini telah bertambah kepada 45 peratus dari keseluruhan profesional hasil DEB dan dasar-dasar seangkatan dengannya.

Prakarsa kerajaan melalui penubuhan sekolah berasarama penuh atau SBP dalam bentuk Sekolah Menengah Sains, Maktab Rendah Sains MARA, pusat asasi sains, matrikulasi untuk IPTA tempatan dan penghantaran pelajar ijazah pertama ke luar negara menjadi pemangkin yang telah membawa kepada kemunculan kelas pertengahan Melayu.

Dasar inijuga telah menunjang pergerakan menegak mobiliti sosial, maka tidak pelik melihat anak seorang buruh kasar hari ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan. Anak pesawah, penoreh getah, nelayan dan peladang pula menjadi anggota pentadbiran tertinggi, penjawat awam dan korporat,usahawan, hartawan dan cendekiawan.

Saudara dan Saudari,

Sebagai dimaklumi, asalnya kita adalah sebuah negara pertanian yang eksport utamanya adalah komoditi seperti getah, kelapa sawit dan bijih timah. Pada pertengahan tahun 80an, apabila pulih daripada menghadapi kemelesetan ekonomi akibat kejatuhan harga komoditi utama negara, kerajaan telah memulakan proses industrialisasi.

Tumpuan juga mula diberikan bagi menjadikan Malaysia pusat tarikan pelancongan global disamping pembinaan projek infrastruktur yang besar. Misalnya, Lebuhraya Utara-Selatan yang telah berjaya merangsang pertumbuhan dan proses urbanisasi.

Pucuk pangkalnya, semua inisiatif, dasar dan program ini telah membawa kepada perubahan struktural bukan sahaja kepada lanskap sosioekonomi rakyat Malaysia tetapi juga kepada sistem nilai, taraf hidup dan pendidikan lebih tinggi serta akses kepada maklumat yang lebih luas.

Saudara dan Saudari,

ix) 1999

Direnung-renung dan ditinjau-tinjau semula, dalam Pilihanraya 1999, sungguhpun penggunaan telefon bimbit makin meningkat, disebabkan keupayaan teknologi masih terbatas ketika itu, ia belum mampu menyalurkan data. Maka, e-mel, faks dan laman sesawang yang tidak interaktif, menjadi medium popular sebagai penyampai berita alternatif. Meneropong kembali, waktu itu, belum ada Google, belum ada Facebook, belum ada Twitter hatta telefon pintar.

Berbanding sekarang ini, menurut data dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kita mencatat 36 juta pelanggan telefon selular, iaitu kadar penembusan 124%, atau, 124 set bagi 100 penduduk. Penembusan jalurlebar sekarang pula telah meningkat kepada 62% langganan isi rumah. Dengan kata lain, 4 juta isi rumah dari sejumlah 6.5 juta isi rumah, atau,lebih 16 juta penduduk Malaysia mempunyai kemudahan jalur lebar.

Selain itu, lebih 40 peratus yang melanggani TV satelit berbayar, mendedahkan mereka kepada saluran berita seperti CNN, BBC dan Al-Jazeera,bagi mengikuti perkembangan dunia secara langsung.

Saudara dan Saudari,

x) 2011

Bertapak jauh selepas satu dekad, pengenalan SMS, MMS, BlackBerryMessenger, telefon pintar, media sosial, tablet eletronik pintar dan Wi-Fi percuma telah mejadikan akses kepada idea, pendapat dan berita melaluinya menjadi lebih mudah.

Umpamanya, ucapan perayaan AidilAdha, yang disiarkan semasa saya dan rombongan mengerjakan Haji baru-baru ini, telah dirakam semasa di Padang Arafah, dengan menggunakan iPhone, sebelum diedarkan kepada media tempatan.

Saudara dan Saudari,

Berkalam tentang kecanggihan sebegini, demikian kita menyaksikan saat-saat akhir Saddam Hussein ditali gantung, serta juga nasib yang menimpa Muammar Gaddafi. Perubahan yang berlaku di Tunisia, Mesir, Libya dan Yemen serta protes di Syria seperti kita lihat, adalah juga, genesis kepada medium media sosial. Kita dapati, walaupun pemerintah negara-negara berkenaan cuba untuk membuat putaran cerita, namun dengan hanya telefon pintar, jalur lebar dan YouTube, mampu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, di negara-negara tersebut.

Berpacu dari sini, kerajaan, melalui SKMM telah mewujudkan lebih kurang 560 pusat jalur lebar masyarakat, iaitu hampir satu di setiap mukim di negara ini. Kita mantapkan lagi usaha penubuhan lebih 1300 kampung tanpa wayar di merata negara, agar, rakyat keseluruhan, berkemampuan melayari internet manakala 1700 lagi masih dalam proses.

Malaysia sekarang sudah terletak antara tangga teratas di kalangan negara Asean dari segi kemampuan ICTnya. Kita juga mempunyai 17.5 juta pengguna Internet, dan menurut kajian, orang Malaysialah, yang paling ramai mempunyai rakan Facebook, yakni, secara puratanya, 234 bagi setiap seorang.

Saudara dan Saudari,

Begitu juga bermula tahun 90an,bagi menangani perasaan tidak puas hati terhadap akses pendidikan tinggi, maka, bermula tahun 1995, kerajaan telah mengorak langkah untuk meliberalkan sektor pengajian tinggi tempatan.

Kesannya, dari hanya 9 buah universiti awam, hari ini telah bertambah menjadi 20. Disamping itu, 25 universiti, 22 kolej universiti dan lebih 400 kolej swasta serta kampus tempatan universiti asing kini telah wujud.

Saudara dan Saudari sekalian,

Hasil peningkatan taraf sosioekonomi dan akses lebih meluas kepada pendidikan pasca menengah, telah mewujudkan generasi rakyat Malaysia baru lebih kritikal dan meningkat ekspektasinya terhadap kerajaan.

Generasi ini adalah anak-anak kepada generasi pertama DEB. Mereka dilahirkan bermula tahun 70an. Generasi ini, tidak suka dibentak-bentak, tidak suka diarah-arah apa yang perlu dilakukan, tidak gemar diberitahu apa yang benar dan salah, serta paling tidak disenangi mereka apabila kita mengungkit-ungkit jasa-jasa kita yang lalu.

Kita dapati bahawa, mereka ini mahu terus dirundingi, mahu kebebasan untuk menilai, berhujah dan membuat keputusan berdasarkan kepada pasaran maklumat dan idea yang ada. Jadinya, untuk terus kekal, UMNO perlu berkomunikasi mengikut langgam dan laras bahasa anak-anak muda, supaya parti kita difahami.

Lalu, dalam persekitaran inilah kerajaan mengumumkan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti atau AUKU bagi membenarkan mahasiswa dan mahasiswi universiti awam untuk menjadi ahli parti politik apabila mencapai umur baligh undang-undang atau 18 tahun.
Saudara dan Saudari,

UMNO sentiasa mendengar suara dan menghargai peranan serta sumbangan orang muda. Kita mengiktiraf mereka bukan sahaja apabila menghadapi pilihan raya, sebaliknya pada setiap masa dan ketika.

Dalam sejarahnya, UMNO adalah parti politik pertama di negara ini, yang mempunyai sayap untuk orang muda, lelaki, wanita dan diikuti dengan sayap puteri. Bagi meningkatkan peranannya, dalam pindaan Perlembagaan UMNO yang terbaru, kita telah menambah jumlah perwakilan di peringkat Bahagian dan Perhimpunan ini. Malah, jumlah mereka juga ditokok dalam proses memilih pucuk pimpinan parti.

PENUTUP

Saudara dan Saudari,

Kejayaan membentuk wajah Malaysia seperti yang ada, telah menghadapkan kita dengan cabaran terbesar kepada survival parti dan Barisan Nasional itu sendiri. Sama ada kita akan kekal sebagai parti yang dipercayai rakyat dan mendapat mandat bagi terus menjadi kerajaan, bergantung kepada kesedaran, kefahaman dan tindakan kita selanjutnya.

Sepanjang ucapan saya tadi, dirakamkan kronologi 10 detik yang telah menjadi “gamechanger” kepada UMNO menyusuri sejarah parti.

Sehubungan itu, suka saya simpulkan, 5 kekuatan teras, yang membolehkan kita menghadapi apa pun badai dan mehnah yang merempuh parti, samada bersifat dalaman, mahupun luaran. Pertamanya ialah, keupayaan menggagas semula parti bagi memanfaatkan persekitaran yang baru.

Kedua, pengamalan prinsip wasatiyyah dalam semua bidang, samada urus tadbir, perkongsian kuasa, iktisad yakni ekonomi, perhubungan kaum mahupun perhubungan antarabangsa.

Ketiganya, UMNO sentiasa mengulungi idea atau “supremacyofideas” dalam era pertarungan minda dan persaingan sengit pasaran idea serta maklumat.

Keempat, UMNO perlu terus meletakkan kebajikan rakyat di atas segalanya-galanya. Segala dasar yang digubal, prakarsa yang dirancang dan program yang dilaksanamengutamakan kebajikan rakyat.

Kelimanya, kebolehan UMNO untuk mengotakan apa yang dikata dan menunaikan janji. Pucuk pangkalnya, kita bukan seperti sesetengah pihak yang hanya menjadi tukang karut.

Saudara dan Saudari,

Oleh sebab itulah, apabila saya mengambil alih tampuk kepimpinan parti dan kerajaan tiga puluh bulan yang lalu, saya dan rakan-rakan sama ada dalam Majlis Tertinggi UMNO, Dewan Tertinggi Barisan Nasional mahupun Kabinet, telah mengambil keputusan untuk melaksanakan proses islah dan pembaharuan.

Dalam parti, mula-mula sekali kita telah membesarkan francais pemilih bagi ahli-ahli Majlis Tertinggi. Kita mahu lebih ramai orang UMNO diberi hak untuk memilih pemimpin mereka. UMNO bukan parti yang gentar terhadap demokrasi seperti tuduhan seteru politik kita, malah UMNO adalah parti yang mendakap demokrasi. Kata pepatah Inggeris “the proof of the pudding is in the eating”.

Kita bukan seperti pihak lawan. Contoh pertama, Parti A, jawatan Ketua Umum, sudahlah tidak dipilih secara demokratik, lebih berkuasa pulak dari Presiden parti. Contoh kedua, Parti B sebuah parti yang memakai gelar demokrasi, namun, langsung tidak demokratik.  Apakah demokratik namanya kalau perwakilan cawangan memilih 20 orang ahli jawatankuasa pusat dan kemudian ahli jawatankuasa pusat tersebut pula, memilih kepimpinan tertinggi parti? Ini jelasnya, tidak sama sekali mencerminkan kehendak ahli terbanyak.

Manakala contoh ketiga, adalah Parti C, yang kononnya memperjuangkan negara kebajikan. La hawla wala…., jawatan Mursyidul Am pun, tampaknya tidak diundi secara demokratik, tetapi ternyata lebih berkuasa dari Presiden. Sama jugak dengan Parti A. Tambahan lagi Parti A itu, suami, Ketua Umum, isteri, Presiden, anak  perempuan sulung, Naib Presiden, Timbalan Presiden pulak…..hrmm…tak payah lah kita cerita.

Saudara dan Saudari,

Menelaah perkara-perkara itu, kita mesti insaf, jika UMNO masih gagal memahami dan menghayati faktor-faktor yang menjadi “game changer” atau peneraju cara gaya baru kepada lanskap politik nasional,serta tidak pula mengambil langkah merangka semula “game plan” yakni gerakan terancang, maka kita namanya menempah tragedi untuk parti.

Apakah yang dimaksudkan dengan game changer ini? Pertamanya ialah realiti baru. Jika UMNO tidak memahami realiti baru lanskap politik nasional, bagaimana UMNO dan BN mahu berjaya? Keduanya, media baru. Mahu tidak mahu, suka tidak suka, UMNO harus menguasai media baru kerana hari ini,detik ini, ia mampu menentukan kemenangan atau kekalahan. Ia berupaya mendatarkan “the playing field” atau ia turut boleh menjadikan satu pertarungan itu, tidak setara. Dari yang demikian, orang UMNO wajib mengetahui cara-cara untuk memanfaatkan media baru demi survival parti.

Memenuhi maksud dan menjiwai realiti baru juga, UMNO selaku sebuah parti siasah yang dinamik, tidak boleh hanya sekadar hebat bertempur dalam pertarungan lalu, kita semestinya juga menjadi juara dalam berperang di medan laga terkini.

Ketiga, UMNO juga harus menghayati pemikiran baru yang ada dikalangan semua segmen pengundi, bagi menarik sokongan mereka. UMNO tidak boleh bersikap atau sekalipun dilihat sebagai bersikap angkuh lagi sombong. Jika tidak, para pengundi dan rakyat akan benci dan menjauhi kita.

Saudara dan Saudari,

Selama hampir enam dekad, UMNO telah menjadi parti teras yang menonggak kejayaan. Selama ini, rekod-rekod membuktikan bahawa, kita tidak pernah mendominasi atau sekalipun berniat untuk mendominasi parti-parti komponen seperti yang difitnah oleh pembangkang.

Jauh sekali dari kemelut gabungan parti pembangkang yang tidak mampu berijma’ dan bersatu hati walaupun dalam soal-soal dasar. Misalnya, dalam perihal negara Islam, Parti A kata, setuju secara peribadi, Parti B kata, tidak sekali-kali, langkah mayat mereka dulu, Parti C pulak kata “kita tukar jadi negara kebajikan”. Pening dan keliru rakyat dibuatnya.

Berbeza dengan UMNO, sebagai parti teras, kita mengambil langkah berganding dan bekerjasama dengan parti-parti komponen. Kerjasama kita bersifat pragmatik, realistik dan ikhlas. Kita menerima seadanya rakan-rakan dalam Barisan Nasional.Kita saling percaya mempercayai, saling bergantungan dan saling bersefahaman sejak sebelum merdeka lagi. Inilah yang membuatkan kita berjaya sebagai teraju dalam memakmurkan negara ini.

Saudara dan Saudari,

Sebagai game changer yang kesebelas, kita mulakan dengan Program Transformasi Kerajaan bagi membaiki penyampaian sektor awam. Seterusnya, Program Transformasi Ekonomi dan Model Baru Ekonomi sebagai peta halatuju pusingan akhir ke arah wawasan negara maju berpendapatan tinggi. Kemudiannya, Program Transformasi Politik bagi menyeimbangkan antara Keselamatan Kebangsaan dan Kebebasan Individu.

Program Transformasi Luar Bandar dilancar, bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar dan pedalaman, serta, Program Transformasi Sosial yang berpandukan falsafah pemandu 1Malaysia. Kita lanjutkan pula dengan inisiatif-inisiatif yang dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu 1Malaysia dan Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PRIMA.

Saudara dan Saudari,

Sebetulnya, apa yang ada hari ini seperti dapat disaksikan oleh semua, bukan dibina dalam masa yang singkat.Ia terbina dengan penuh tatih, pengorbanan dan jerih payah. Ia dibangunkan oleh bapa-bapa kita orang-orang Melayu, orang-orang Cina, orang-orang India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi termasuklah orang asli dan orang Siam.Cita-cita mereka, impian mereka, tidak lain tidak bukan demikehidupan lebih baik untuk kita.Ia diteruskan lagi oleh generasi kini yang mendambakan masa depan lebih cerah untuk anak-anak cucu kita.

Ingatlah….., ingatlah bahawa, semua ini dimungkinkan oleh kita orang-orang UMNO, sebuah parti yang amat berjasa kepada kita semua, bukan sahaja anak-anak Melayu tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya. Namun, alangkah pedih dan alangkah lukanya hati kita, pabila hari ini, UMNO, parti yang sarat jasa dan baktinya, sedang dimomok, dinista dan dicerca semahunya. Malah, jasa kita seolah hendakdipadamterusdari helaian sejarah.

Mereka tanpa malu dan segan, gah mendakwa bahawa, UMNO langsung tiada budi atas kehidupan mereka. Kalau benarlah begitu, siapakah yang menguburMalayanUnion? Siapa yang memenangi kemerdekaan secara aman? Kalau bukan parti bertuah ini.
Saudara dan Saudari,

Mengatasi semua persoalan ini, kata orang, kalau mandi air dikali, jangan lupa pada siapa yang menggalinya. Kerana bukankah UMNO yang menjadi induk, mencipta kemakmuran?

Ini tidak, belum lagi berkuasa, sudah ibarat kaduk naik junjung. Ibarat lidah tidak bertulang, katanya mahu membuang separuh dari penjawat awam kalau sudah berkuasa. Apa maksud mereka mahu membuang lebih 200 ribu orang guru? Siapa yang mahu mengajar anak-anak kita? Bukan semua yang mampu menghantar anak ke sekolah-sekolah swasta.

Tidak cukup dengan itu, mahu ditamatkan khidmat separuh doktor dan jururawat sedangkantidak semua rakyat Malaysia yang mampu mendapatkan rawatan di hospital-hospital swasta. Mahu diberhentikan separuh tentera dan polis? Lalu, pada siapa hendak diharap untuk membenteng keselamatan kita dan keluarga?

Saudara dan Saudari,

Inilah nasib yang akan melanda, jika UMNO sudah hilang kuasa. Siapa yang akan membela syiar Islam? Siapa yang mampu membela hak umat dan agenda orang Melayu? Siapa pula yangdapat terus memuliakan Raja-Rajakita? Tepuklah dada, tanyalah jawapan.

Saudara dan Saudari,

500 tahun yang lalu, jatuhlah empayar Melaka. Ia jatuh bukan kerana Melayu kurang hulubalang atau kependekarannya, ia rebah bukan kerana kemiskinan atau kefakiran, ia tersungkur menyembah bumi kerana terlerainya perpaduan dan berlakunya pengkhianatan.

Begitu juga nasib tamadun-tamadun besar di dunia yang hancur, mereput dan runtuh. China, terhina akibat siri perang candu, Empayar Rom, dirobek perpecahan dari dalam dan Khilafah Othmanniyah, punah dek kerana kehalusan strategi pecah belah dan perintah. Bertolak dari situ, marilah kita jadikan kisah-kisah ini sebagai teladan dan sempadan. Jangan sekali-kali kita terperangkap olehnya.

Saudara dan Saudari,

Akhir kalam, selaku Presiden UMNO, saya bersyukur kerana mempunyai Timbalan Presiden yang setia, barisan Naib Presiden yang taat, Pergerakan Wanita yang tidak jemu-jemu mendokong perjuangan parti, ketumbukan Pemuda yang lantang dan berani, para Puteri yang cekal dan bersemangat, Majlis Tertinggi yang sentiasa bersiaga, khususnya, orang-orang UMNO sekalian, yang menunggu-nunggu panggilan bertempur.

Ayuh, rapatkan saf, nyalakan jamung, gigitlah kuat-kuat perjuangan ini dengan geraham kita.Palulah genderang perang, palulah ia tabuh-tabuhan dan tiupkanlah semboyan. Masanya sudah hampir, waktunya sudah tiba.Bingkaslah orang-orang UMNO, kita turun ke medan bakti.
Mudah-mudahan Allah memberkati.

Hidup UMNO!
Hidup UMNO!
Hidup UMNO!

 Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

WAJIB BACA!!!