FOLLOW ME


Wednesday 15 May 2013

SENARAI LENGKAP MENTERI KABINET MALAYSIA 2013

 
 
PERDANA MENTERI:
YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
TIMBALAN PERDANA MENTERI:
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
 
JABATAN PERDANA MENTERI:
MENTERI:
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)
TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(3) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)
 
MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)
 
MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)
 
MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)
 
MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)
 
MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)
 
MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF (PBB)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)
 
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)
 
MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)
 
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)
 
MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI (UMNO)
 
MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)
 
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)
 
MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)
 
MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC
 
MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM (MIC)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO)
 
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR
 
MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON (UMNO)
 
 
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)
 
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)
 
MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)
 
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)
 
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)
 
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)

Monday 13 May 2013

APA BEZA KITA DAN ANWAR IBRAHIM???

Sudah lebih seminggu tarikh keramat 5 Mei menjadi igauan Barisan Nasional dan UMNO khususnya di Selangor kerana prestasi yang amat mengecewakan dalam sejarah UMNO Selangor. Mungkin ada yang akan membangkang kata-kata MNK ini yang mana rata-rata akan mengatakan UMNO menunjukan prestasi yang baik, ada kata-kata yang ingin menutup kekecewaan dan kelemahan diri dengan mengatakan prestasi UMNO bagus tapi yang lemah adalah parti komponen, MCA dan Gerakan yang gagal memenangi hati pengundi Cina. Maka dicanang istilah 'Tsunami Cina' yang menyebabkan kekalahan teruk di Selangor dan di negeri-negeri lain. Isu ini masih lagi berkumandang dikedai-kedai kopi di kampong-kampong.
 
Cerita misalnya kita menang di semua PDM majoriti Melayu tapi kita ditipu oleh kaum Cina dan di PDM majoriti Cina kita kalah teruk, itu sebab kita kalah DUN itu DUN ini, itu sebab kita kalah kerusi Parlimen.  Tapi apakah kita jujur menilai dan membuat post mortem kekalahan kita. Berapa majoriti yang kita menang di kawasan PDM majoriti Melayu? Kenapa masih ramai Melayu yang tidak ingin bersama UMNO dan menyokong UMNO atau Barisan Nasional? Kalau ada 10 PDM majoriti Melayu di DUN yang pengundi setiap PDM sekitar 1500 pengundi dan kita hanya menang majority 50 pengundi sahaja apakah ini bermakna kita telah diterima oleh orang Melayu? Memang lah kita akan kalah sekiranya cukup sekadar dua atau tiga PDM majoriti Cina kita kalah majoriti 250 pengundi.

Kita tidak boleh mengukur kekuatan kita parti UMNO dengan mengambil kira pengundi Cina atau bangsa Cina. Kita parti UMNO yang memperjuangkan orang Melayu. Kita harus mengukur kekuatan kita dengan berapa ramai orang Melayu yang menyokong kita, berapa ramai yang kita berjaya menarik atau menawan kembali hati rakan-rakan  saudara kita didalam PKR dan PAS untuk kembali bersama menyokong UMNO. Kita harus benar-benar buktikan cukup UMNO yang memperjuangkan dan membela nasib orang Melayu dengan sebenar-benarnya. Hal orang Cina biar lah mereka dengan ideologi dan hal mereka.
 
Bagaimana kita hendak buktikan UMNO lah satu-satunya tempat orang Melayu bernaung seperti UMNO 30-50 tahun dahulu? Ini persoalannya. Kalau dulu pemimpin UMNO terdahulu 30-50 tahun dulu mereka tidak kejar jawatan, mereka bersama UMNO dan jadi pemimpin UMNO kerana ahli UMNO lihat dia lah yang paling layak kerana kedudukan, ekonomi, keperibadiannya dan  wataknya yang layak jadi pemimpin kami orang UMNO dan mereka tahu kerana dia berjiwa besar, ingin berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk membantu bangsanya dan sebab itu semua orang Melayu sayang dan kasihkan pemimpin UMNO hingga ada mengatakan kalau taruk songkok bertanding atas tiket UMNO di kawasan orang Melayu pun boleh menang.

Tapi itu UMNO dulu, UMNO 30-50 tahun dahulu. Kini pemimpin UMNO tidak semua tapi kebanyakkannya hanyalah ibarat postmen, menyalurkan sahaja peruntukkan yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat. Itu pun kadang-kadang tak sampai semuanya. Biasa kedengaran kita tak dapat bantu sebab tiada peruntukkan dan sebagainya. Tak kurang pula ibarat businessman, nak jawatan dalam UMNO sebab nak mengembangkan business pribadinya tak kurang pulak business familinya atau proxynya. Dengan adanya jawatan dalam UMNO maka terbuka segala cable dan channel untuk melobi dapatkan  projek yang lebih lumayan. Permasalahan rakyat tidak dibela dan rakyat khususnya bangsa Melayu masih macam tu jer baik sebelum mahu pun selepas pemimpin bertukar ganti.
 
Ini yang menjadikan ramai rakyat khususnya bangsa Melayu itu sendiri lari dari perjuangan UMNO kerana terdapat pemimpin UMNO yang lari dari perjuangan sebenar UMNO. Tiada lagi istilah pengorbanan dalam UMNO, tiada lagi istilah perjuangan dalam UMNO yang ada hanyalah istilah pelaburan dalam UMNO, labur sekian banyak dapat jadi Ketua atau pemimpin akan mulalah proses mengaut keuntungan untuk recover balik modal pelaburan dan membuat sebanyak mungkin keuntungan. Kalau kita sibuk mengaut keuntungan untuk diri kita selepas menjadi pemimpin bila mana pula kita nak berkorban dan memberi orang Melayu meraih keuntungan kerana kita pemimpin UMNO mereka?
 
Jadi janganlah kita menyalahkan orang lain atas kelemahan kita sendiri, janganlah kita menafikan kelemahan kita sendiri dan tidak mahu mengakui kelemahan kita. Hanya dengan mengaku kelemahan kita dan kesalahan kita baru mungkin kita membaiki kelemahan kita atau kesalahan kita. Kalau kita kata kita tidak lemah, kita tidak salah maka tiada ruang untuk kita memperbaiki diri kita dan nescaya makin lama makin terhakis sokongan rakyat dan orang Melayu kepada kita.
 
Apalah nak jadi dengan bangsaku lagi 10-15 tahun yang akan datang sekiranya ramai dikalangan kita nak jadi pemimpin tapi bukan untuk memimpin dan berkorban untuk bangsa tapi untuk kepentingan diri dan pribadi. Apakah kita nak jadi little Anwar berjuang semata-mata nak jadi Perdana Menteri dengan mengadaikan segala-galanya dan kita pula berjuang untuk menjadi KP atau KB. Jika itu lah natijahnya apa beza kita dan Anwar....

Berilah peluang dan laluan kepada mereka yang benar-benar layak dan punyai ketokohan dan benar-benar mempunyai jiwa pemimpin UMNO seperti UMNO satu ketika dahulu. Tak kira muda atau tua, baru atau lama yang kita perlukan Pemimpin UMNO yang sebati jiwanya dengan kepimpinan UMNO 30-40 tahun dahulu. Berjuang, berkorban dan berkerja dengan ikhlas dan jujur demi parti tercinta ini.
 
Gombak!!! Gempur!!!
 
 

Friday 3 May 2013

BACALAH WARKAH UNTUK MALAYSIA. DS NAJIB TUN RAZAK



Hari ini negara tercinta Malaysia berada di persimpangan antara masa hadapan yang penuh peluang dan harapan serta masa hadapan yang sarat dengan ketidaktentuan dan pertelingkahan. Di tangan Tuan-Tuan dan Puan-Puan ,  serta 13 juta warga  Malaysia yang lain  terletak kuasa untuk membuat keputusan mengenai  siapakah yang terbaik untuk diberikan amanah serta tanggungjawab bagi meneraju negara bertuah ini untuk tempoh lima tahun yang akan datang.
 
Empat tahun yang lalu merupakan tempoh yang mencabar untuk kita semua. Di dalam persekitaran ekonomi global yang amat mencabar kerajaan dan rakyat Malaysia telah berjaya hasil kerjasama semua  meletakkan ekonomi Malaysia di landasan yang betul untuk pertumbuhan berterusan, meningkatkan hasil negara yang digunakan untuk meringankan beban kehidupan rakyat,   merangsang penciptaan peluang pekerjaan yang mencukupi dan meningkatkan kemakmuran untuk semua.   
 
Ia bukanlah perjalanan yang mudah bagi kami  parti yang diberikan amanah sebagai kerajaan oleh tuan-tuan dan puan-puan. Dalam sesetengah perkara kami perlu mengambil keputusan yang perit tetapi perlu. Dalam keadaan ini  kami tidak bertindak sebagai ahli politik populis tetapi sebaliknya bertindak  setelah mengkaji secara teliti kesan jangka panjang keputusan yang bakal diambil bukan sahaja terhadap generasi hari ini tetapi juga generasi masa depan negara ini, kami tidak rela mewariskan sebuah negara yang gagal kepada anak-anak kita.
 
Setelah melalui proses mendengar, merundingi serta memperoleh input dari semua pihak kami telah merangka pelan yang kami yakin terbaik untuk  semua rakyat Malaysia untuk tempoh lima tahun akan datang malahan sehinggga tahun 2020. Sesungguhnya Tuan-tuan dan Puan-puan mampu merasai sendiri keberkesanan segala usaha yang telah saya dan rakan-rakan lakukan setakat ini. Berikanlah kami Kerajaan Barisan Nasional  peluang untuk terus berkhidmat demi kepentingan tuan-tuan dan puan-puan  bagi meningkatkan lagi mutu kehidupan kita dan anak-anak kita serta demi masa depan yang lebih sejahtera serta makmur.    Berilah kepercayaan kepada Kerajaan BN bagi meneruskan  usaha bakti buat Malaysia dan seluruh rakyatnya.
 
PRU kali ini  perlulah ditentukan bersandarkan  menepati janji, mendukung harapan dan  kebolehpercayaan. Tidak sepatutnya wujud ruang untuk mereka yang menabur janji tidak kredibel dan akhirnya tidak mampu ditunaikan, gemar menyebar fitnah, memanipulasi fakta serta meraih sokongan berasaskan kebencian serta perpecahan. 
 
Demi anak-anak Malaysia fikirkan semasak-masaknya, sebelum membuat keputusan kerana pilihan tuan-tuan dan puan-puan akan mempunyai kesan yang amat besar untuk masa hadapan kita. 
 
Undi tuan-tuan dan puan-puan  sewajarnya menjadi– UNDI untuk Malaysia  yang maju dan progresif, UNDI untuk Malaysia  yang menuju   transformasi politik, ekonomi dan sosial yang menyeluruh , Malaysia di mana kita semua, dapat hidup dengan bangga dan bermaruah     di bawah payung  falsafah 1Malaysia.
 
 
Yang ikhlas,
Najib Razak
Pengerusi Barsian Nasional

Wednesday 1 May 2013

Pesan Najib Razak!!!


Salam 1Malaysia, Hari mengundi hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Apabila tiba masanya nanti, anda akan diberi tanggungjawab untuk memilih pihak mana yang layak diberi mandat untuk mentadbir negara.Tentukan pilihan anda adalah pihak yang mempunyai wawasan untuk negara maju ke hadapan serta mampu untuk melaksanakannya. Barisan Nasional (BN) telahpun mempunyai perancangan tertentu dalam usaha melakukan transformasi di negara ini. Saya yakin, kami mampu untuk melaksakan perancangan itu memandangkan selama ini kami telah terbukti berjaya menunaikan setiap janji kami kepada rakyat. 

Untuk membaca manifesto atau Aku Janji kami kepada rakyat, anda boleh melayarinya di blog saya. Perubahan sebenarnya telahpun berlaku. Kami di BN sendiri telah melakukan pelbagai transformasi termasuk memperkenalkan ramai calon-calon baru pada PRU13 kali ini. Saya yakin, calon-calon baru yang dipilih mewakili BN ini, mampu melaksakan tanggungjawab mereka kepada rakyat dengan baik. Ikuti maklumat tentang calon BN Baru di kawasan anda. Selari dengan konsep 1Malaysia yang berpegang kepada prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, kami di BN juga telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk rakyat. Ia telah terbukti mampu memberi memberi manfaat kepada rakyat berbilang kaum di negara ini. Ikuti kisah mereka yang telah mendapat manfaat daripada insiatif BN itu. 

Saya harap anda akan membuat pilihan yang tepat dalam memastikan kemajuan serta kestabilan negara terus berkekalan. Kongsikanlah email ini bersama rakan-rakan dan ahli keluarga anda agar kita dapat sama-sama menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih baik pada masa hadapan. Berilah sokongan anda kepada BN supaya kami mendapat mandat untuk meneruskan usaha kami bagi menjamin keamanan, keselamatan dan kemajuan negara untuk kita semua. Najib Razak

WAJIB BACA!!!