FOLLOW ME


Monday, 12 March 2012

"KEPENTINGAN BANGSA MENGATASI KEPENTINGAN POLITIK"


Pada tanggal 10/03/2012 MNK bersama rakan-rakan Ketua Pemuda Rantau Gombak mengikuti satu program ramah mesra dan santai Kumpulan Kompang Ezhar Cawangan Batu 9 Gombak bersama Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain. Tiada yang menarik pada program ini kehadiran pun tidak ramai hanya sekitar 50 orang yang rata-rata terdiri dari anak muda belia dibawah 21 tahun yang merupakan ahli kumpulan kompang Ezhar itu Cawangan Bt. 9 Gombak dan Cawangan berhampiran. Kalau ditanya pada orang politik Gombak pasti tiada apa yang boleh dibanggakan dengan penganjuran program sebegini. Bagi MNK sendiri pada mulanya rasa program ini program biasa sahaja.

Tapi apabila mendengar ucapan Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain, MNK cukup tertarik apa yang disampaikan oleh beliau dan penglihatan dari sudut kaca mata beliau tentang program ini walaupun mereka ini rata-rata berumur bawah 21 tahun dan belum boleh mengundi.

Antara petikan kata-kata Datuk Hj. Megat Zulkarnain pada malam itu -


"Abang cukup gembira melihat masih ada ramai anak-anak muda di Bt. 9 Gombak ini yang masih mengamalkan serta menghidupkan budaya bangsa. Budaya Melayu ini jelas ada dua, Silat dan kompang. Kita tak boleh kata Silat ini silat bangsa lain melainkan Silat Melayu, maknya apa, Silat ini Melayu yang punya begitu juga dengan Kompang. Kompang Melayu. Percaya lah adik-adik kejatuhan dan kebinasaan satu bangsa itu pasti berlaku apabila anak-anak mudanya tidak lagi mengamalkan budaya bangasanya sendiri. Anak mudanya tidak berminat atau malu pada budaya bangsanya. Pesan ayah abang yang abang pegang sampai hari ini, " Hilang budaya maka Hancurlah Bangsa"..

Beliau turut berkata,...  Abang dibesarkan didalam Silat. Dari seawal umur 7 tahun hingga kehari masih mengamalkan Silat, abang lebih gemar dikenali sebagari orang Silat dari orang Politik. Abang puji dan ucapkan tahniah kepada adik-adik kerana adik-adik memilih untuk berada disini dan tidak membuang masa melepak atau merempit di Dataran Merdeka kebiasaan segelintir anak Melayu memilihnya sebagai aktiviti mereka pada Sabtu malam Minggu.

MNK juga rasa terharu upacan kata-kata aluan dari sahabat MNK Saudara Fairos Ahmad yang merupakan Pengerusi Kumpulan Kompang Ezhar Cawangan Bt. 9 merangkap Ketua Pemuda UMNO Cawangan Air Panas Bt. 9 Gombak didalam ucapan beliau, beliau turut mengatakan...

"Saya ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada Datuk Megat kerana sudi hadir ke program kami yang tak seberapa ini. Walaupun Datuk sibuk Datuk masih meluangkan masa menjenguk kami anak-anak Ezhar ini. Saya tahu program ini tiada kepentingan politik dan tidak memberi pulangan politik kerana rata-rata kesemua mereka ini belum boleh mengundi dan masih dibangku sekolah lagi namun Datuk masih sudi meluangkan masa untuk kami. Untuk makluman Datuk Megat, ini merupakan julung-julung kalinya program seumpama ini diadakan dan kami amat berbesar hati menerima kunjungan Datuk".


Didalam program tersebut, Datuk Hj. Megat Zulkarnain turut memberikan sumbangan dalam bentuk wang ringgit kepada tabung Kumpulan Kompang Ezhar dan juga bola untuk pasukan futsal belia setempat.

Selepas tamat program dalam perjalanan pulang MNK terfikir kata-kata ayah MNK, kalau hendak meluntur buluh biarlah dari rebungnya, ... walaupun kita ini pemimpin politik sekalipun jangan lah kita hanya menumpu kepada mereka yang hanya boleh mengundi sahaja dan program yang mempunyai "political mileage" misalnya dan kita abaikan anak-anak muda belia yang belum boleh mengundi ini kerana mereka ini lah suatu hari nanti akan pasti menjadi pemimpin dan mewarisi kepimpinan negara, mereka ini juga satu hari nanti boleh mengundi dan boleh menentukan masa depan negara. Mungkin sedikit masa dan budi yang kita luangkan mereka kenang dan bercerita pada abang kakak, ibu bapa mereka tentang sedikit budi yang kita beri..

Kuat rumah kerana sendi rosak sendi rumah binasa,
Kuat bangsa kerana budi, rosak budi bangsa binasa,


Tahniah Penyelaras BN Parlimen Gombak kerana telah memberi sedikit masa dan budi kepada anak anak bangsa ini dan mungkin bagi mereka dan keluarga mereka ini suatu hari nanti....

Anak ikan dimakan ikan,
Gadang ditabek anak tenggiri.
Ameh bukan perakpun bukan,
Budi saketek rang haragoi.

Gombak!!! Gempur!!! 

WAJIB BACA!!!