FOLLOW ME


Monday, 19 March 2012

PEMIMPIN BN GOMBAK SELAMI MASALAH RAKYAT


Pada 18/03/2012, MNK sekali lagi mengikuti seharian aktiviti Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak, Datuk Hj. Megat Zulkarnain. Seawal jam 8.30 am beliau telah mula keluar rumah menghadiri pelbagai aktiviti dan program yang telah memenuhi jadual seharian beliau dihujung minggu. Begitu lah setiap minggu jadual and aktiviti beliau. Program pertama iaitu merasmikan Kejohanan Muay Thai Challenge Selangor yang telah diadakan di Komplek Muhibah Taman Bolton. Selepas selesai beliau terus bergegas ke Kg. Kerdas. MNK ingin berkongsi program kedua ini program bersama dengan Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad dan UMNO Cawangan Kg. Kerdas.

UMNO Cawangan Kg. Kerdas bersama Penyelaras BN DUN Gombak Setia dan Penyelaras BN Parlimen Gombak telah merangka satu program yang amat baik dan tepat sekali pada pandangan MNK dalam menyelami permasalahan rakyat khususnya mereka yang kurang bernasib baik. Program yang dimaksudkan ini ialah bantuan keperluan dan wang ringgit rumah ke rumah. Sebelum program ini boleh dilaksanakan petuga-petugas Cawangan dan program hendaklah terlebih dahulu mengenal pasti mereka yang layak dan kriteria yang membolehkan mereka layak menerima sumbangan tersebut. Antara faktor atau kriteria kelayaakkan, wargaemas, OKU, mereka yang ditimpa sakit yang kronik dan kecacatan kekal misalnya atau pun mereka yang benar-benar miskin dan serba kekurangan. Maka untuk program kali ini 15 rumah dan penerima telah dikenal pasti. Teringat MNK kepada program yang Pemuda Cawangan MNK laksanakan 2 tahun yang lepas dimana sumbangan rumah ke rumah kepada 10 buah rumah di Kampung Sungai Chinchin iaitu Cawangan UMNO MNK sendiri. MNK rasa kalau ada rezeki MNK bersama Pemuda Cawangan akan cuba lakukan lagi program seumpama ini InsyaAllah kerana kesannya amat mendalam kepada kedua pihak yang menerima dan yang memberi. Si penerima akan diringankan beban dan akan ingat sumbangan ikhlas kita dan bantuan kita meringankan beban mereka manakala si pemberi pula anak muda atau pemimpin ini tadi akan melihat sendiri kesusahan dan kesengsaraan yang dialami oleh rakyat sebangsa dengan mereka. Mereka dapat menyelami permasalahan rakyat mereka ini.


Setibanya kami ke Kg. Kerdas 3 buah rumah telah pun dilawati dan diberikan sumbangan oleh Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmah dan ada 12 buah rumah lagi. Kami sertai rombongan yang hampir 30 orang terdiri dari Ketua Cawangan serta AJK Cawangan termasuk sayap cawangan Wanita/Pemuda/ Puteri ke rumah yang ke-4. Kedua-dua Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain dan Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad hanya menaiki motor kapcai ke semua 15 rumah. Jelas kelihatan imej pemimpin yang mesra rakyat dan tidak banyak birokrasi atau protokol  dilihat dari 'simplicity' kedua pemimpin ini apabila mereka lebih gemar dilayan seperti rakyat biasa dan bukan seperti tokoh pemimpin VIP apabila mereka sendiri memilih untuk menaiki motor-motor Pemuda UMNO Cawangan yang pada peringkat awalnya bertujuan untuk "Escort" pemimpin besar yang hadir ke kampung mereka. Ini sikap yang MNK rasa perlu disemat kedalam semua pemimpin UMNO dan BN dalam menjiwai Transformasi yang dibawa oleh YAB Presiden Parti. Tahniah dan Syabas kepada kedua tokoh Gombak ini kerana menjiwai Transformasi yang digagaskan oleh YAB Presiden Parti.


Memandangkan jarak dari satu rumah ke satu rumah penerima tersebut agak berjauhan maka secara tidak langsung program sumbangan rumah ke rumah ini tadi dimeriahkan dengan program ronda kampung dengan motor oleh kedua pemimpin ini dan rombongan. Tidak kurang dari 15 biji motor Pemuda berkonvoi siap dengan bendera BN dan kesemua Pemuda UMNO Cawangan itu tadi pula berpakaian T-shirt biru BN "Sayangi Selangor Yakini BN" tertera dibelakang mereka membawa pemimpin dan rombongan mereka menyusuri jalan-jalan besar dan kecil disekitar Kampung Kerdas. Tidak kurang juga mereka menerima laungan sokongan Hidup BN! dari penghuni-penghuni rumah yang dilalui dalam perjalanan menuju ke rumah penerima sumbangan.


MNK yang membonceng salah satu motor pemuda tadi juga amat teruja menerima sorakan dan laungan rakyat Kampung Kerdas tadi. Kelihatan bahawa rakyat sudah mula kembali kepada Barisan Nasional dan kerja kuat Perdana Menteri kita dan pemimpin Parti disegenap peringkat dalam merealisasikan Gagasan 1Malaysia dan Transformasi  sudah mula menampakkan hasilnya. Harap akan dikerapkan dan dipergiatkan lagi program seumpama ini di seluruh Bahagian dan Parlimen Gombak ini dan momentum ini kita kekalkan hingga penghujungnya iaitu PRU13. Kalau kita ada saluran dan channel untuk mendapat apa sahaja bantuan dan peruntukkan, kita salurkan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan dan bukan dikalangan kelompok kita sahaja atau kita hanya bagi kepada ahli UMNO sahaja. Kita berikan juga kepada Ahli PAS, ahli PKR sekiranya mereka memenuhi kriteria yang telah kita tetapkan dan dalam kriteria kita itu tadi jangan lah kita letak syarat mestilah Ahli UMNO. Hanya dengan cara itu kita akan melembutkan hati mereka dan membuka hati mereka untuk kembali menyokong kita kerana niat kita ikhlas hendak membantu rakyat tanpa mengira Parti. Moto Parti kita juga jelas memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Bangsa itu tadi adalah semua orang Melayu dan bukan hanya orang Melayu yang menjadi Ahli UMNO.



Ini lah semangat yang YAB Perdana Menteri kita bawa dan dibuktikan melalui sumbangan RM100 persekolahan dan sumbangan RM500 BR1M. Syabas UMNO Cawangan Kampung Kerdas dan kedua Penyelaras ini  Datuk Hj. Megat Zulkarnain selaku Penyelaras BN Parlimen Gombak dan Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad selaku Penyelaras BN DUN Gombak Setia kerana ada dikalangan yang tidak menyokong kita pun telah diberikan sumbangan pada hari tersebut dan dilawati rumah mereka dan  bercerita dan bertanya khabar permasalahan mereka. Ini lah yang sepatutnya dicontohi oleh semua dalam kita mengerakkan dan menjayakan aktiviti kita menuju kearah matlamat menawan kembali Gombak dan Selangor pada PRU13 nanti.

Gombak!!!Gempur!!!!

WAJIB BACA!!!