FOLLOW ME


Monday, 23 April 2012

AZMIN ALI ANAK DERHAKA???



Terkejut MNK baca akbar Thestar online berhubung artikel yang disiarkan pada Selasa April 10, 2012 tadi berhubung dengan Timbalan Presiden Parti Pakatan Rakyat yang juga merangkap Ahli Parlimen Gombak iaitu Azmin Ali. Pasti anda semua akan beristigfar panjang apabila membaca terjemaahaan dibawah nanti tentang apa yang dilafazkan oleh ibu kandung Azmin Ali sendiri iaitu Puan Che Tom. Sedar tidak Azmin Ali bahawa Syurga di bawah tapak kaki ibu? Tiada apa yang kita lakukan di dunia ini akan mendapat kerahmatan dan keberkatan Allah sekiranya kita tidak mendapat restu ibu apatah lagi kita derhaka kepada ibu kita?

Sabda Rasullullah S.A.W

“ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” 
Riwayat al-Hakim

Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib kerana ia hukum Allah. Anak yang enggan berbakti kepada dua ibu bapanya dianggap anak derhaka dan perbuatan derhaka adalah dosa besar.

Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar. Keadaan ini jelas berdasarkan kata-kata nabi yang dinyatakan Bukhari: “Sebesar-besar (daripada) dosa besar adalah me nyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu.”

Apa Azmin Ali lupa tentang kisah tauladan mereka yang derhaka kepada ibu mereka? Ada banyak contoh yang menunjukkan pengajaran betapa azabnya derita yang ditanggung derhaka di dunia. Seksa ini datang dalam bentuk penderitaan sakit, baik rohani atau jasmani, sukar mencari nafkah, gagal mendapatkan pekerjaan dan tiada ketenteraman dalam kehidupan. Kisah Wail bin Khattab pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, satu peristiwa yang boleh dijadikan teladan. Disebabkan terlalu cintakan isteri, Wail selalu mencaci ibunya, mem percayai segala yang dilaporkan isterinya berkaitan ibunya.
Baca selanjutnya

Apa Azmin Ali ingin menjadi seperti Wail bin Khattab kerana terlalu  percayakan dan sayangkan Anwar Ibrahim hingga sanggup menderhaka kepada ibu beliau sendiri? Ibu yang menderita selama 9 bulan mengandungkan kamu dan memberikan segala-galanya dengan penuh kasih sayang membesarkan kamu hingga kamu dewasa??? Apa kamu fikir kamu akan kecapi apa yang kamu kecapi sekarang ini tanpa pengorbanan seorang insan yang bernama ibu??

Bagi MNK kalau ibu kita sampai berkata " KALAU AKU MATI JANGAN KAMU PANGGIL ATAU BERITAHU KEPADA ANAK KU YANG BERNAMA SIPOLAN ITU TENTANG KEMATIAN AKU".....jelas dan sah kita dah derhaka kepada ibu kita. Kerana jelas begitu kecewa dan hampa serta marah ibu kita kepada kita hingga boleh terkeluar perkataan sebegitu rupa terhadapa kita. Kalau terguris sedikit sahaja hati ibu kita pun kita dah derhaka apatah lagi perkataan sebegitu rupa keluar dari mulut ibu kita. Azmin Ali bertaubat lah sekiranya benar ibu saudara dah kata sedemikian Baca Selanjutnya.


Pergi lah ziarah orang tua tu dan minta keampunan sebab umur kita ini kita tak tahu sampai bila, mungkin esok lusa kita akan kembali menemui pencipta kita. Kalau lah saudara mati sebagai anak derhaka Nauzubillah maka Anwar ataupun Nik Aziz pun tak boleh bantu saudara di Alam Barzakh dan usah percayalah boleh masuk syurga kalau pangkah PAS atau berjuang bersama PAS kerana Dosa Derhaka kepada ibu kita balasannya tetap neraka?


Terjemaahan tulisan akbar TheStar via Google Translate

Keluarga Azmin Ali mahu beliau untuk membebaskan diri daripada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata ibunya, Che Tom Yahaya, Azmin akan menjadi orang yang lebih baik jika dia membebaskan dirinya dari semua pengaruh buruk.

"Selepas setiap sembahyang, saya meminta Tuhan untuk membantu anak saya membebaskan diri daripada Anwar, dan kembali ke jalan orang-orang yang bertakwa."

Che Tom, 78, berkata antara semua enam orang anaknya, dia mempunyai masa yang paling sukar melahirkan Azmin.

"Tetapi ia lebih menyakitkan sekarang melihat anak saya memisahkan dirinya dari kami,'' katanya, sambil menambah bahawa Azmin terakhir melawat pada bulan Ogos.

Kakak Azmin Ummi Hafilda berkata dia akan menghentikan semua bentuk serangan terhadap adik lelakinya jika dia meninggalkan Anwar untuk selama-lamanya.

"Saya kini dalam pemacu untuk mendedahkan semua kotoran mengenai abang saya, isterinya Shamsidar Tahrin dan Anwar.

"Ibu kami pun bersetuju untuk berucap di sidang akhbar untuk bercakap tentang Azmin.

"Tetapi jika Azmin memisah jauh daripada Anwar, saya akan berhenti berkempen.

"Apa yang saya mahu adalah untuk adik saya untuk kembali ke diri lamanya,'' katanya terhadap Timbalan Presiden PKR itu yang dianggap sekutu setia Anwar.

Ummi berkata apabila ibunya sakit tenat baru-baru ini, ibunya berkata kepada dia dan dua kakaknya bahawa beliau tidak mahu sesiapa maklumkan kepada Azmin jika dia mati.



MNK Note: Ya Allah kau jauhi dan lindungi lah Aku dari menjadi insan yang menderhaka kepada ibubapa ku....

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!