Semalam satu lagi demonstrasi yang telah mewarnai sejarah tanahair. Satu lagi demonstrasi diadakan oleh anak-anak muda. Demonstrasi ini bukan demonstrasi haram yang dilakukan oleh mahasiswa-mahasiswa di Dataran Merdeka bagi memansuhkan pinjaman PTPTN itu. Apa anak muda kita di Malaysia ini tiada benda lain ker asyik nak berdemo jer. Tetapi Demo yang ini MNK sokong dan MNK pasti pembaca semua sokong dan tentu suka malah patut merasa bangga ada anak muda kita yang berdemo sebegini.
Demo kali ini ialah Demo yang dilakukan bukan oleh kumpulan mahasiswa-mahasiswa tetapi oleh "mahasilat-mahasilat". Anak-anak muda yang berpegang teguh kepada adat susila dan peradaban melayu dan kesopanan budi bahasa orang Melayu. Mereka ini adalah anak-anak silat, pendekar-pendekar dan pahlawan muda dari seluruh negeri berhimpun semalam bagi menyatakan taat setia dan sokongan tidak berbelah bagi kepada pimpinan negara Dato' Seri Najib Tun Razak yang mana telah turut hadir ke perhimpunan ini. Bersesuaian dengan pengiktirafan oleh YAB Dato Seri Najib kepada pendekar dan pesilat-pesilat tanahair selaku benteng pertahanan ketiga negara, maka ribuan persilat telah berhimpun dan beikrar akan taat dan setia kepada YAB Perdana Menteri Malaysia.
Pada peringkat awalnya mereka akan mengempur Dataran Merdeka bagi tujuan berhimpun ini tetapi Datuk Bandar tidak membenarkan perhimpunan ini diadakan di Dataran Merdeka kerana jumlah yang dijangka hadir begitu ramai yang mewakili kesemua persatuan dan pertubuhan silat dalam negara yang bernaung dibawah PESAKA dan juga beberapa Pertubuhan dan Persatuan yang berdiri sendiri. Jumlah di anggarkan hingga 18-20 ribu orang persilat dan turut hadir juga beberapa Badan Ngo memenuhi Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras ini.
Dalam ucapan Presiden Pesaka Datuk Seri Ali Rustam beliau menyatakan bahawa kita pada awalnya hendak mengadakan himpunan ini di Dataran Merdeka tetapi tidak dibenarkan oleh Datuk Bandar. Kalau saya yang Ketua Menteri ini pun boleh akur dan patuh kepada arahan DBKL dan berpindah lokasi ke Stadium ini mengapa pihak sana tidak boleh laksanakan perkara yang sama?
TQ Sel-13 & AAJK