FOLLOW ME


Thursday, 20 September 2012

VIDEO AGM UMNO GOMBAK 2012 AMARAN AWAL BUAT AZMIN ALI..


Pada 16/09/2012 yang lepas telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Bahagian Gombak ke-18 2012 di Dewan Centrum Setiawangsa. Ini merupakan kali ke 4 ianya telah dilangsungkan di dewan yang sama. UMNO Gombak terpaksa melaksanakan mesyuarat Agung Tahunannya diluar Gombak kerana tiada satu pun dewan yang cukup besar yang bukan milik kerajaan negeri Selangor boleh diguna pakai didalam kawasan Gombak untuk dilaksanakan mesyuarat tahunan UMNO Bahagian Gombak ini. Oleh kerana kuasa kerajaan negeri bukan lagi ditangan UMNO maka jangan harap Kerajaan Negeri Pakatan Pembangkang akan membenarkan UMNO Bahagian mengunakan faciliti kerajaan negeri. Mungkin ini salah UMNO Gombak juga kerana tidak mengamalkan sikap menyediakan payung sebelum hujan. Mungkin lepas PRU 13 selepas BN berjaya merampas kembali Gombak dan Selangor khususnya mungkin boleh difikir-fikirkan untuk dibina dewan komuniti Kerajaan Pusat atau hak milik UMNO yang cukup besar yang mana boleh menampung mesyuarat tahunan UMNO Bahagian Gombak sendiri didalam Gombak yang boleh memuatkan jumlah perwakilan yang mencecah hampir 1300 perwakilan mewakili lebih 180 Cawangan.



Namun begitu walaupun diadakan di Setiawangsa yang diluar kawasan Daerah Gombak, ianya tidak mematahkan semangat ahli-ahli UMNO dan para perwakilan untuk tetap hadir melaksanakan tanggung-jawab mereka serta membincangkan agenda Bangsa dan Agenda Parti demi menghadapi PRU13 yang akan diadakan tidak lama lagi. Jelas terpampang kesungguhan baik dari ucapan-ucapan dan raut wajah yang ditunjukkan oleh  para perwakilan dan kepimpinan UMNO Bahagian dan Saya-sayap UMNO Pemuda, Wanita dan Puteri yang kesemuanya bercakap satu nada iaitu untuk memastikan kemenangan pada PRU13 nanti memihak kepada Barisan Nasional dan UMNO bagi ketiga-tiga DUN dan satu Parlimen di Gombak ini.


Rata-rata kepimpinan dan para perwakilan sanggup menolak tepi dan menutup mata segala permasalahan atau perselisihan dan perbezaan pendapat demi mencapai satu matlamat dan mengekalkan serta mengeratkan perpaduan bagi mencapai matlamat yang satu. Matlamat tersebut tidak lain dan tidak bukan untuk kemenangan sewaktu PRU13 nanti. Kerana formula kemenangan telah berjaya ditemukan dan kesemua sepakat mengatakan hanya itu sahaja formual yang boleh diguna pakai untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional dan UMNO di Gombak ini sewaktu PRU13 nanti. Formulanya ialah Perpaduan UMNO baik dari kepimpinan hinggalah ke akar umbi. Tetamu yang dijemput untuk merasmikan Mesyuarat kali ini iaitu Y.B Dato' Hamzah Zainudin Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi juga turut menekankan betapa pentingnya perpaduan dikalangan ahli-ahli UMNO dalam mana-mana Bahagian UMNO bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional pada PRU13 nanti. Tidak kurang Ketua Bahagian UMNO Gombak sendiri juga menyatakan harapan agar perpaduan UMNO Gombak dapat kita bina dan kita pertingkatkan bagi memastikan UMNO Gombak menjadi lebih kuat dalam menghadapi PRU13 nanti.


Kalau semua pihak dapat menyelami kata-kata ucapan perasmian oleh YB Dato Hamzah yang mana kita harus kembali menjiwai semangat UMNO yang hakiki yang mana UMNO ini wujud hasil doa datuk nenek kita agar Allah berikan satu wadah yang dapat memperjuangkan nasib anak cucu bangsa kita. Sekiranya kita dapat tanam sifat toleransi dan sifat mengutamakan parti dalam apa jua tindakan dan pemikiran kita, nescaya tidak susah untuk kita kecapi kemenangan pada PRU 13 nanti.


Ingatlah pemimpin datang dan pergi, pemimpin salih berganti, yang baik dan yang buruk itu adalah hasil tindakan individu atau kita sendiri sebagai ahli parti. Dan akhir sekali sekiranya ada yang salah sudah pasti itu adalah kerana ahli-ahli dalam parti atau diri kita sendiri dan bukan parti. Jadi samada kita ingin mengaku kesalahan kita dan kita perbaiki atau kita terus menyalahkan parti dan tsunami? Kitalah yang akan mencorak perjalanan parti dan  menentukan survival parti keramat ini. Ayuh semua ahli UMNO Gombak kita tawan kembali Gombak pada PRU13 nanti....

Gombak!!! Gempur!!!


WAJIB BACA!!!