FOLLOW ME


Monday, 17 September 2012

VIDEO : BUKTI KJ TAK BUAT KERJA???

Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO Malaysia
Bukankah tanggung-jawab Pemuda UMNO Malaysia dibawah Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin dan juga Ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian diseluruh negara untuk memastikan anak-anak muda terus bersama Pergerakan Pemuda UMNO? Bukankah mereka harus melaksanakan tanggung-jawab yang diamanahkan kepada mereka untuk melakukan sesuatu agar anak-anak muda berbangsa Melayu terus menyokong dan terus bersama dengan Pergerakan Pemuda UMNO? Sekiranya anak-anak muda Melayu tidak lagi bersama dengan Pergerakan Pemuda UMNO lebih-lebih lagi mereka-mereka yang berkelulusan tinggi dan berijazah maka bagaimana UMNO akan melahirkan pelapis-pelapis pada masa hadapan untuk mewarisi kepimpinan UMNO suatu masa nanti?

Scenario pada PRU12 dimana faktor penentu yang memenangkan atau menyebabkan calon-calon BN kalah di kebanyakan kerusi adalah kerana faktor undi anak-anak muda yang tidak menyebelahi BN katanya. Katanya anak muda melihat UMNO yang menerajui BN tidak lagi relevan. Anak muda bangsa mana sebenarnya tidak lagi bersama BN? Anak muda Melayu yang tidak minat bersama UMNO atau anak muda bangsa lain yang tidak minat menyertai parti-parti komponen yang mana kalau dilihat dari statistic daftar pengundi jelas peratusan pendaftaran pengundi baru jelas menunjukkan Anak Muda Melayu agak ketinggalan dalam pendaftaran pengundi baru setiap tahun kalau hendak dibandingkan dengan anak muda berbangsa Cina.Tetapi ini tidak bermakna anak muda Melayu sudah tidak bersama atau tidak minat dengan Pergerakan Pemuda UMNO.

Datuk Megat Zulkarnain TanSri Omardin Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak merangkap Penyelaras BN Parlimen Gombak

Lihat VT dibawah jelas menunjukkan bahawa anak muda Melayu masih lagi bersama Perjuangan UMNO. Masih lagi minat dan tetap menyokong Pergerakan Pemuda UMNO. Rakaman VT ini dirakamkan pada Mesyuarat Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak 2012  dibawah kepimpinan Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin. Walaupun dilakukan pada waktu malam jam 9.00mlm hari Jumaat bersamaan 14hb September 2012 yang minggu tersebut cutinya panjang yang mana kebanyakkan orang akan balik kampung atau bercuti selepas tamat waktu kerja hari Jumaat. Tetapi kerana minat dan mendokong perjuangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak, dewan tersebut penuh sesak dengan ahli-ahli Pemuda UMNO Bahagian Gombak untuk melaksanakan tanggung-jawab mereka sebagai ahli parti. Mereka lebih mementingkan agenda bangsa daripada bercuti atau balik kampung kerana mereka tahu ini mungkin amanat terakhir dari kepimpinan Pemuda mereka sebelum menghadapi PRU13 nanti.


Kesimpulannya jelas anak muda masih lagi bersama Pergerakan Pemuda UMNO. Jelas Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali dengan pangilan KJ berjaya secara Nasional untuk menarik minat dan sokongan anak-anak muda melalui program-program yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Malaysia mahupun Pemuda BN. Ketua Pemuda UMNO Bahagian pun berjaya melaksanakan tanggung-jawab seperti apa yang dirancangkan khususnya di Gombak ini kerana hasilnya jelas dapat kita lihat dimana anak-anak muda Melayu yang kononnya dulu dikatakan tidak minat duduk dalam dewan dengar ceramah atau bermesyuarat meleset sama sekali. Ini dibuktikan dengan kehadiran begini ramai anak-anak muda Gombak bersama dalam Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak 2012. Syabas dan Tahniah Pemuda UMNO Malaysia dan Tahniah Pemuda UMNO Gombak!!!

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!