FOLLOW ME


Wednesday, 27 March 2013

AZMIN ALI AKAN LARI TINGGALKAN PARLIMEN GOMBAK???

Dikhabarkan khabar angin yang berlegar dikedai kopi di sekitar Gombak ini mengatakan Azmin Ali Ahli Parlimen Gombak Pakatan Rakyat akan lari dan tidak bertanding di Parlimen Gombak. Sejauh mana benar khabar angin ini MNK tidak dapat memastikan namun setelah melihat Gelombang Biru anak muda dan Pemuda UMNO Bahagian Gombak sewaktu pelancaran jentera Pemuda BN Parlimen Gombak tempoh hari, memang tidak dinafikan begitu hebat dan jangankan Azmin Ali, boss dia si Anwar tu pun akan fikir dua tiga kali untuk bertanding di Parlimen Gombak ini.

Apatah lagi sewaktu membaca ikrar sumpah taat setia Pemuda BN Gombak ini yang diketuai sendiri oleh Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin  Tan Sri Omardin iaitu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak merangkap Penyelaras BN Parlimen Gombak dan juga Pengarah Jentera BN Parlimen Gombak ada menyatakan ikrar dans sumpah taat setia kami, Pemuda BN Gombak untuk berjuang dengan ikhlas dan bekerja dengan jujur yang mana bagi MNK merupakan kunci kepada kelancaran gerak kerja jentera di mana mana Parlimen.

Dengan sumpah ini bagi Pemuda BN Gombak walau siapa sekalipun calon hatta sekiranya ditakdirkan oleh Allah bukan insan yang kami harapkan sekalipun kami Pemuda BN Gombak akan terus berjuang dengan ikhlas dan bekerja dengan jujur untuk memastikan tanggung-jawab yang di amanahkan kepada Pemuda akan dilaksanakan sebaik mungkin dalam usaha membantu untuk memenangkan Calon Barisan Nasional pada PRU -13 nanti di kerusi-kerusi di Parlimen Gombak.

Jom saksikan VT ini...


Gombak!!! Gempur!!!

Note MNK: Harap-harap Ketua kami yang malafazkan ikrar ini tetap di hati Big Boss kerana dihati kami compom....
Alhamdullilah terlibat dalam detik bersejarah ini.  24/03/2013  5.25pm Lafaz ikrar

WAJIB BACA!!!