FOLLOW ME


Tuesday, 5 March 2013

VIDEO DS ROSMAH PELAKON WANITA TERBAIK - LAHAD DATU...

Memang tak sangka hebat betul lakonan Datin Seri Rosmah berlakon dan wajar diberikan anugerah pelakon wanita terbaik kerana lakonan beliau untuk meraih simpati rakyat sewaktu menyampaikan ucapan berhubung dengan insiden pencerobohan Lahad Datu kematian beberapa anggota keselamatan negara. Lakonan perasaan sebak dan hiba di hati isteri pemimpin nombor satu negara memang hebat setiap kali mengenangkan nasib balu serta anak-anak anggota polis Komando VAT 69 yang maut dalam insiden tembak menembak di Lahad Datu.

Ataupun......

Memang Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Yang Di Pertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) benar-benar tidak dapat menahan perasaan sedih apabila melihat anak-anak mangsa yang masih kecil dan tidak memahami pengorbanan yang telah bapa mereka lakukan. Apakah ini lakonan atau lahir dari keikhlasan hati seorang ibu dan isteri kepada Perdana Menteri yang ikhlas hatinya dekat kepada kebajikan dan untung nasib rakyat Malaysia khususnya anak-anak kecil.


Lihat sendiri VT ini KLIK SINI yang mana kita boleh nilai sendiri dengan hati kita yang ikhlas apakah ini lakonan atau memang betul-betul. Ini bukan kali pertama Datin Seri Rosmah tidak dapat menahan sebak dan airmata dari berguguran bila menceritakan penderitaan anak-anak kecil. Sewaktu pulang dari Gaza mengiringi Perdana Menteri beliau juga kelihatan sebak dan menangis ketika mana Perdana Menteri menceritakan pengalaman mereka melawat salah satu hospital di Gaza dan melihat penderitaan anak-anak yang mengidapi leukimia akibat serangan bom Isreal yang mengandungi uranium. KLIK SINI

Jadi janganlah ada pulak pihak pencacai yang tertutup hatinya dan tertanam perasaan dengki dan busuk mengatakan ini adalah lakonan Datin Seri Rosmah semata-mata untuk menagih simpati dan meraih undi dan sokongan rakyat ya. Tak payah lah spin walaupun kita ini pembangkang tetapi dalam hal tiada kena mengena dengan parti tetapi atas keselamatan dan kedaulatan negara ini dan juga nasib rakyat dan balu wira-wira negara ini kita harus mempunyai suatu suara sebagai rakyat Malaysia dan bukan ahli parti. Seluruh negara menangisi nasib balu, anak wira-wira negara yang terkorban ini termasuk Datin Seri Rosmah, isteri kepada Perdana Menteri.

Perwira Negara!!! Gempur!!!


WAJIB BACA!!!