FOLLOW ME


Wednesday, 30 January 2013

VIDEO MENANGIS...KENAPA WAN AZIZAH PUN NGANGIS?

Bak kata orang-orang gambar dapat memberikan 1000 penjelasan apatah lagi video rakaman. Namun begitu walau ada video yang jelas "China doll" misalnya, masih ramai yang tetap membutakan hati dan memekakkan telinga semata-mata inginkan kuasa dan jawatan sanggup menjual dan menggadai segala-galanya. Namun kita yang cekal dalam arus perjuangan yang hak kita doa-doakan lah agar Allah membuka hati saudara kita disebelah sana untuk kembali kepangkal jalan untuk bersama-sama jamaah yang benar-benar dari dulu kin dan selamanya, dah lebih 65 tahun memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair ini. 

Entri MNK kali ini ingin MNK lakarkan kesedihan wanita-wanita yang menjadi tunggak kejayaan laki-laki bernama suami yang merupakan pemimpin parti pembangkang dan juga parti kerajaan di Malaysia ini. Kenapa wanita-wanita ini menangis?? Anda lihat sendiri dan hayati la.

Gambar Pertama si Wan Azizah menangis agaknya mengenangkan nasib Si Anwar yang meroyan pagi malam nak jadi Perdana Menteri tapi tak kesampaian.... hati isteri mana yang tak hiba tengok si Suami dah giler nak jadi Perdana Menteri... agak-agak boleh terbawak sampai kedalam mimpi mengigau angkat Sumpah jadi Perdana Menteri dan bersidang bawah pokok macam yang terjadi kat Perak dulu tu kot.


Yang ni pulak si Ibu yang membesarkan seorang lagi pemimpin no.2 Pakatan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Gombak si Azmin Ali. Satu negara kecoh pasal penderhakaan yang dilakukan oleh Si Azmin Ali yang di beri gelaran si tanggang moden oleh setengah pihak. Si Ibu menangis kerana si anak tidak langsung mahu menjenguk si Ibu padahal jarak rumah antara rumah anak dan ibu tak sampai 10 minit perjalanan. Apa guna berkereta besar dan mewah kalau rumah ibu sendiri tidak mahu diziarahi dan menjenguk si ibu?

Seterusnya yang ketiga ini gambar Isteri Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor. Special sikit iaitu rakaman Video. Datin Seri Rosmah ini pulak menangis mengenangkan nasib dan kesengsaraan yang ditanggungi dan dialami oleh anak-anak Palestine di bumi Gaza. Cuba bayangkan sepanjang ucapan Dato Seri Najib menceritakan pengalaman melawat di Gaza dan melihat sendiri penderitaan kanak-kanak di Gaza, Datin Seri Rosmah hanya pandang ke atas dan merenung jauh seperti terpampang didepan mata beliau imej wajah-wajah anak-anak Palestine itu kerana beliau turut menemani si Suami melawat rakyat Palestine. Datin Seri Rosmah juga turut melawat hospital yang dimaksudkan oleh Dato Seri Najib dalam ucapan beliau itu.  Terus ketika Dato Seri Najib sampai ke cerita berhubung anak-anak Gaza yang dilawati di Hospital yang ramai mengidap leukimia akibat bom yang digunakan oleh tentera Isreal mengandungi Uranium yang menyebabkan jankitan leukimia itu, Datin Seri Rosmah tidak tahan sebaknya terus tunduk mengesat linangan air mata beliau. Ini lah tangisan Wanita No.1 negara, Ibu kepada Permata Negara, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia. Tangisan bukan kerana masalah pribadi, bukan kerana masalah suami, bukan kerana fitnah dan cercaan yang dilontarkan kepada diri sendiri atau pun suami. Ini tangisan kesedihan nasib menimpa umat seagama. Tangisan nasib dan penderitaan anak-anak Islam di Palestine di bumi  Gaza. Ini tangisan ikhlas nurani seorang ibu dan isteri Perdana Menteri.....



Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!