FOLLOW ME


Monday, 13 May 2013

APA BEZA KITA DAN ANWAR IBRAHIM???

Sudah lebih seminggu tarikh keramat 5 Mei menjadi igauan Barisan Nasional dan UMNO khususnya di Selangor kerana prestasi yang amat mengecewakan dalam sejarah UMNO Selangor. Mungkin ada yang akan membangkang kata-kata MNK ini yang mana rata-rata akan mengatakan UMNO menunjukan prestasi yang baik, ada kata-kata yang ingin menutup kekecewaan dan kelemahan diri dengan mengatakan prestasi UMNO bagus tapi yang lemah adalah parti komponen, MCA dan Gerakan yang gagal memenangi hati pengundi Cina. Maka dicanang istilah 'Tsunami Cina' yang menyebabkan kekalahan teruk di Selangor dan di negeri-negeri lain. Isu ini masih lagi berkumandang dikedai-kedai kopi di kampong-kampong.
 
Cerita misalnya kita menang di semua PDM majoriti Melayu tapi kita ditipu oleh kaum Cina dan di PDM majoriti Cina kita kalah teruk, itu sebab kita kalah DUN itu DUN ini, itu sebab kita kalah kerusi Parlimen.  Tapi apakah kita jujur menilai dan membuat post mortem kekalahan kita. Berapa majoriti yang kita menang di kawasan PDM majoriti Melayu? Kenapa masih ramai Melayu yang tidak ingin bersama UMNO dan menyokong UMNO atau Barisan Nasional? Kalau ada 10 PDM majoriti Melayu di DUN yang pengundi setiap PDM sekitar 1500 pengundi dan kita hanya menang majority 50 pengundi sahaja apakah ini bermakna kita telah diterima oleh orang Melayu? Memang lah kita akan kalah sekiranya cukup sekadar dua atau tiga PDM majoriti Cina kita kalah majoriti 250 pengundi.

Kita tidak boleh mengukur kekuatan kita parti UMNO dengan mengambil kira pengundi Cina atau bangsa Cina. Kita parti UMNO yang memperjuangkan orang Melayu. Kita harus mengukur kekuatan kita dengan berapa ramai orang Melayu yang menyokong kita, berapa ramai yang kita berjaya menarik atau menawan kembali hati rakan-rakan  saudara kita didalam PKR dan PAS untuk kembali bersama menyokong UMNO. Kita harus benar-benar buktikan cukup UMNO yang memperjuangkan dan membela nasib orang Melayu dengan sebenar-benarnya. Hal orang Cina biar lah mereka dengan ideologi dan hal mereka.
 
Bagaimana kita hendak buktikan UMNO lah satu-satunya tempat orang Melayu bernaung seperti UMNO 30-50 tahun dahulu? Ini persoalannya. Kalau dulu pemimpin UMNO terdahulu 30-50 tahun dulu mereka tidak kejar jawatan, mereka bersama UMNO dan jadi pemimpin UMNO kerana ahli UMNO lihat dia lah yang paling layak kerana kedudukan, ekonomi, keperibadiannya dan  wataknya yang layak jadi pemimpin kami orang UMNO dan mereka tahu kerana dia berjiwa besar, ingin berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk membantu bangsanya dan sebab itu semua orang Melayu sayang dan kasihkan pemimpin UMNO hingga ada mengatakan kalau taruk songkok bertanding atas tiket UMNO di kawasan orang Melayu pun boleh menang.

Tapi itu UMNO dulu, UMNO 30-50 tahun dahulu. Kini pemimpin UMNO tidak semua tapi kebanyakkannya hanyalah ibarat postmen, menyalurkan sahaja peruntukkan yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat. Itu pun kadang-kadang tak sampai semuanya. Biasa kedengaran kita tak dapat bantu sebab tiada peruntukkan dan sebagainya. Tak kurang pula ibarat businessman, nak jawatan dalam UMNO sebab nak mengembangkan business pribadinya tak kurang pulak business familinya atau proxynya. Dengan adanya jawatan dalam UMNO maka terbuka segala cable dan channel untuk melobi dapatkan  projek yang lebih lumayan. Permasalahan rakyat tidak dibela dan rakyat khususnya bangsa Melayu masih macam tu jer baik sebelum mahu pun selepas pemimpin bertukar ganti.
 
Ini yang menjadikan ramai rakyat khususnya bangsa Melayu itu sendiri lari dari perjuangan UMNO kerana terdapat pemimpin UMNO yang lari dari perjuangan sebenar UMNO. Tiada lagi istilah pengorbanan dalam UMNO, tiada lagi istilah perjuangan dalam UMNO yang ada hanyalah istilah pelaburan dalam UMNO, labur sekian banyak dapat jadi Ketua atau pemimpin akan mulalah proses mengaut keuntungan untuk recover balik modal pelaburan dan membuat sebanyak mungkin keuntungan. Kalau kita sibuk mengaut keuntungan untuk diri kita selepas menjadi pemimpin bila mana pula kita nak berkorban dan memberi orang Melayu meraih keuntungan kerana kita pemimpin UMNO mereka?
 
Jadi janganlah kita menyalahkan orang lain atas kelemahan kita sendiri, janganlah kita menafikan kelemahan kita sendiri dan tidak mahu mengakui kelemahan kita. Hanya dengan mengaku kelemahan kita dan kesalahan kita baru mungkin kita membaiki kelemahan kita atau kesalahan kita. Kalau kita kata kita tidak lemah, kita tidak salah maka tiada ruang untuk kita memperbaiki diri kita dan nescaya makin lama makin terhakis sokongan rakyat dan orang Melayu kepada kita.
 
Apalah nak jadi dengan bangsaku lagi 10-15 tahun yang akan datang sekiranya ramai dikalangan kita nak jadi pemimpin tapi bukan untuk memimpin dan berkorban untuk bangsa tapi untuk kepentingan diri dan pribadi. Apakah kita nak jadi little Anwar berjuang semata-mata nak jadi Perdana Menteri dengan mengadaikan segala-galanya dan kita pula berjuang untuk menjadi KP atau KB. Jika itu lah natijahnya apa beza kita dan Anwar....

Berilah peluang dan laluan kepada mereka yang benar-benar layak dan punyai ketokohan dan benar-benar mempunyai jiwa pemimpin UMNO seperti UMNO satu ketika dahulu. Tak kira muda atau tua, baru atau lama yang kita perlukan Pemimpin UMNO yang sebati jiwanya dengan kepimpinan UMNO 30-40 tahun dahulu. Berjuang, berkorban dan berkerja dengan ikhlas dan jujur demi parti tercinta ini.
 
Gombak!!! Gempur!!!
 
 

WAJIB BACA!!!