FOLLOW ME


Thursday 16 February 2012

AGENDA SEBENAR DAP!!!


MNK nak berkongsi apa yang MNK baca dari media social agar sama-sama kita dapat mengambil iktibar dan buat menyuntik semangat kita untuk sama-sama menolak Parti DAP dan parti-parti yang bersekongkol dengan dengan mereka pada PRU 13 nanti agar masa depan anak cucu kita terbela. Khusus buat Rakyat Gombak JOM BACA....

CITA-CITA DAP dalam politik Malaysia bukan setakat mahu menawan Pulau Pinang sebaliknya lebih jauh daripada itu. Parti pembangkang tersebut sebenarnya mengimpikan untuk memerintah Malaysia.

Mungkin ramai yang sukar mempercayai 'hajat besar' DAP itu. Malah mungkin ada yang menganggapnya tidak logik. Ini memandangkan DAP tidak diterima majoriti rakyat sebaliknya ditolak pula terutama di kalangan orang Melayu.

Namun hakikatnya, itulah yang sedang direncanakan DAP menerusi gerakan sistematik untuk menawan Malaysia seperti mana dilakukan 'abangnya' iaitu parti PAP di Singapura.

Pendedahan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam, mengenai gerakan sistematik DAP untuk menawan Perak, Melaka dan Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti, perlulah dipandang serius oleh orang Melayu.

Bukan sahaja orang Melayu di tiga negeri terbabit malah di seluruh negara perlu berhati-hati dengan gerakan DAP itu.


DAP hanya mencari orang Melayu untuk dijadikan calon pilihan raya semata-mata bagi memastikan sekiranya menang, Menteri Besar atau Ketua Menteri di negeri majoriti Melayu terbabit daripada parti itu.

Sejarahnya, parti tersebut tidak pernah pun berasa senang atau selesa malah tidak pernah jujur dengan orang Melayu dan Islam di Malaysia. Atas nama demokrasi dan hak sama rata, DAP secara terang-terangan sering kali mempersoalkan kedudukan serta hak istimewa orang Melayu.

Tetapi demi mencapai matlamat menawan lebih banyak kerajaan negeri dan seterusnya kerajaan Persekutuan, parti itu sanggup melakukan apa sahaja termasuk berpura-pura memperjuang Melayu.

Jika tidak kerana kegagalan wakil DAP menjadi Menteri Besar Perak selepas PRU-12 disebabkan perlembagaan negeri mensyaratkan jawatan itu mesti disandang oleh orang Melayu, DAP tidak akan beria-ia mencari orang Melayu untuk menjadi calon parti itu pada PRU-13.

Mana-mana orang Melayu yang sanggup menjadi calon DAP dalam PRU-13, akan menjadi alat dan 'kuda tunggangan' untuk mengkhianati bangsa sendiri dan memenuhi matlamat politik parti itu.


Sebagai perbandingan, orang Melayu harus melihat nasib orang Melayu di Singapura sama ada diperjuangkan atau sebaliknya, walaupun ada orang Melayu menjadi calon atas tiket parti PAP. Ini mungkin dianggap DAP sebagai berbau rasis dan menyekat kebebasan dalam sebuah negara demokrasi. Namun, biarlah DAP membuat apa sahaja tanggapannya kerana orang Melayu tahu bahawa merekalah 'raja rasis' yang berselindung dengan menuduh orang lain rasis.

Kepada orang Melayu di Pulau Pinang, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan negeri lain, usahlah gadaikan maruah bangsa semata-mata janji manis daripada DAP yang bersifat 'dedalu atas pokok'.

Orang Melayu dalam parti pembangkang termasuk Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sepatutnya nampak dan sedar tahap kejujuran DAP kini. DAP mahu lebih kuasa berbanding sekarang. DAP tidak mempedulikan rakan-rakan apabila merancang gerakan sistematik tersebut. Sekali lagi, orang Melayu tiada alasan untuk membenarkan diri mereka masuk ke dalam perangkap DAP dalam memenuhi 'hajat besar' parti itu.-24/5/201


Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!