FOLLOW ME


Monday, 14 November 2011

BAJET 2012 - BAJET ANAK MUDA!!!!

Baru-baru ini YAB Perdana Menteri kita telah membentangkan Bajet 2012 yang mana amat jelas sekali bajet yang dibentangkan ini bersemangatkan konsep 1Malaysia yang mana Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan. Segenap pelusuk rakyat baik yang lelaki mahupun perempuan, yang bekerja dengan kerajaan mahupun sewasta dan yang tua atau pun Muda diberi perhatian khusus oleh kerajaan Barisan Nasional. MNK bersetuju dengan pendapat Datuk Said Anuar Said Ahmad Penyelaras Pembangunan Pusat Barisan Nasional Dun Gombak Setia dalam salah satu sesi jelajah Sembang-sembang PRU 13 di PDM-PDM di sekitar Dun Gombak Setia yang mana MNK diminta oleh beliau untuk mula menyentuh pasal Bajet 2012 sebagai Bajet Anak Muda bila diberi peluang berucap sebagai wakil PDM Pemuda Dun Gombak Setia di sesi tersebut. Beliau kata "Cubo baco dan lihat sendiri botul tak kato Abang? (dialek Minang). Bukan itu sahaja Bajet 2012 adalah juga untuk wanita katanya. Itu biar lah nanti ada wanita yang tulis bab tersebut. Memandangkan MNK tergolong dalam golongan anak muda maka biarlah MNK kongsi penulisan ini untuk anak-anak muda khususnya anak-anak muda di Gombak ini.
Salah satu Sesi Sembang-sembang PRU13 di PDM Gombak Selatan anjuran Pejabat Penyelaras BN DUN Gombak Setia

Kalau dilihat satu persatu seperti yang akan MNK cuba bawa dibawah ini, ianya jelas bahawa Bajet 2012 memberi begitu kenikmatan dan keutamaan kepada golongan muda. MNK rasa mungkin ramai diantara kita golongan muda terlepas pandang dan tidak nampak betapa kerajaan Barisan Nasional mengambil berat dan merangka perancangan agar golongan muda di negara ini akan sentiasa terbela dan diberikan peluang yang luas, khususnya kepada mereka-mereka dalam kolompok serba kekurangan seperti contoh mereka yang dalam kelompok tertinggal dalam sektor ekonomi. Jelas sekali anak muda Melayu amat ketinggalan dalam sektor ini dari bangsa-bangsa lain yang  mana akibat ketinggalan dalam sektor ekonomi inilah, maka benda asas seperti rumah agak sukar dimiliki secara peribadi oleh anak-anak muda Melayu khususnya rumah-rumah yang agak selesa dan berada dibandar atau pinggiran bandar. Ramai diantara kita yang masih lagi menetap bersama ibu-bapa walaupun umur sudah hampir mencecah 30 tahun dan ramai yang ada rumah sendiri pun kerana hasil peninggalan ibu dan bapa kita dan tidak kurang yang hanya menyewa. Kalau nak beli rumah sendiri dan menetap dirumah sendiri dibawah umur 30 tahun itu, ia merupakan satu bebanan yang cukup hebat kerana ramai diantara kita lebih gemar untuk membeli kenderaan dahulu atau nak tunggu kita dah habis membayar hutang pinjaman kenderaan baru lah kita mampu untuk membeli rumah. Kerana apa? Senang jawapannya, kerana kita tidak mampu untuk menyediakan wang pendahuluan minimal 10% tidak termasuk bayaran khidmat guaman dan “stamping”. Bayangkan kalau rumah yang selesa dibandar atau pinggir bandar ini yang dikatakan murah pun mencecah RM150,000 yang categori flat atau apartment. Maka kita terpaksa menyediakan RM 20,000 untuk pendahuluan 10% dari harga rumah dan juga kos guaman dan lain-lain.

Gaji kita yang baru lepasan universiti misalnya sekitar RM 2500. Ditolak EPF tinggal lebih kurang RM 2000. Tolak lagi dengan hutang kenderaan misalnya RM500 tinggal RM 1500. Perbelanjaan bulanan minyak, tol, makanan, bil-bil semasa, dihantar sedikit ke kampung untuk ibu bapa  dan sebagainya MNK percaya tinggal la RM 200 - 300 baki didalam simpanan. Itu pun kepada mereka yang benar-benar berjimat dan bijak berbelanja. Ramai diantara kita kadang-kadang tak cukup duit gaji tersebut hingga berhutang (Credit Card). 

Kalau itu anak muda yang lepasan universiti, bagaimana pula mereka yang hanya lepasan SPM atau diploma. Rata-rata maklum anak melayu jugalah yang paling ramai tertinggal dalam sektor pelajaran dan pendidikan ini. Maka bila digabungkan kelemahan anak melayu dalam kedua-dua sektor ini maka apa kita tidak bersyukur dan melihat keperihatinan kerajaan Barisan Nasional terhadap anak muda melayu apabila melancarkan Skim Rumah Pertamaku (SRP) ini?
Kerana sikap perihatin dan mengutamakan nasib anak-anak muda maka kerajaan telah melancarkan Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka. Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka yang berharga tidak melebihi RM 220,000. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia khususnya anak muda.

Tidak cukup dengan itu setahun setelah skim ini dilancarkan iaitu pada Bajet 2012, kerajaan telah cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.


Kerajaan Barisan Nasional sekali lagi membuktikan keperihatinan dan ingin membantu dan meningkatkan taraf kehidupan dan keselesaan anak-anak muda dan bukan hanya ingin melepaskan batuk ditangga dan hanya melihat anak muda hanya membeli rumah ala kadar iaitu flat dan apartment yang mana harganya sekitar harga syarat skim rumah pertamaku yang dilancarkan pada 2011 itu sahaja malah menginginkan  anak muda diberi peluang untuk memilik rumah teres atau semi-d yang berharga sekitar RM 400,000 yang mana jauh lebih selesa.
Itu berhubung dengan Skim Rumah Pertamaku yang dibentangkan pada bajet 2012, tidak cukup dengan itu pada Bajet 2012 juga kerajaan telah menghulurkan lagi bantuan kepada anak-anak muda dengan memberikan bajet meringankan Kos Sara Hidup  anak-anak muda khususnya yang mana bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Walaupun tidak dikatakan umur kelayakan atau had umur atau kumpulan sasaran namun amat jelas dan nyata sekali golongan yang paling ramai akan menikmatinya pasti anak muda kerana salah satu sebab sudah pasti tiada syarikat swasta atau majikan akan mengambil anak-anak muda baru lepasan universiti bekerja di syarikat mereka dan membayar mereka dengan gaji permulaan RM 3000. Maka sudah pasti mereka yang baru menamatkan pengajian diperingkat universiti dan baru bekerja 2-3 tahun yang masih bujang akan dapat menikmati bantuan ini. Tidak payah cerita lah mereka yang tidak menamatkan pengajian mereka diperingkat universiti. Ada dikalangan kita yang di peringkat diploma atau SPM sahaja dan sudah berumah tangga juga pasti ramai yang layak untuk mendapat bantuan ini.

Anak-anak muda sekali lagi diberi perhatian dan kali ini kepada mereka yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara. Kali ini Kerajaan melalui Bajet 2012 memberi Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Tidak berhenti disitu sahaja, ada lagi untuk anak muda iaitu Kerajaan Barisan Nasional juga telah memperuntukkan RM 15 juta ringgit untuk membina 150 gelanggang futsal untuk mencapai matlamat “Satu Mukim Satu Gelanggang” untuk memberi kemudahan kepada anak-anak muda yang meminati permaingan futsal ini. Ianya juga bertujuan untuk memberi kemudahan kepada anak-anak muda diluar bandar khususnya belia-belia kampung untuk melaksanakan aktiviti sihat iaitu bersukan dan menghindari gejala-gejala yang kurang sihat. Sekarang ini pemainan futsal telah menjadi ibarat satu budaya baru kepada anak-anak muda namun begitu untuk bermain futsal ini kita terpaksa mengeluarkan belanja untuk membiayai sewa gelanggang futsal swasta yang ibarat cendawan tumbuh disekitar kota-kota besar. Bagaimana pula mereka yang berminat namun tinggal dikampung-kampung? Atau mereka yang tidak mampu untuk membayar sewa gelanggang tersebut kalau mampu pun mungkin sebulan sekali dan bukan tiap-tiap hari? Maka atas keperihatinan ini dan atas sebab-sebab diatas kerajaan telah memberi sekali lagi keutamaan pada anak-anak muda dalam Bajet 2012 ini dengan menyediakan peruntukkan untuk dibina gelanggang futsal di setiap mukim.


Tidak cukup dengan itu ada lagi. Kerajaan Barisan Nasional juga telah memperuntukkan RM100 juta untuk mempergiatkan sektor inovasi dikalangan pelajar-pelajar dan anak-anak muda termasuk 1Malaysia Award (C1PTA) untuk menghargai hasil ciptaan pelajar-pelajar inovasi. YAB PM juga telah mengumumkan tahun 2012 sebagai tahun Gerakan  Inovasi Nasional. Yang mana melalui dana ini kerajaan akan melaksanakan penerapan dan pembangunan inovasi  di peringkat sekolah, IPTA serta di kawasan  luar bandar. Apa ini bukan untuk anak-anak muda?
Kerajaan memberi peluang dan dana untuk membantu kita sekiranya kita berminat hendak menceburi bidang inovasi iaitu pencetusan idea baru  dan pengkomersialan produk inovasi hasil ciptaan anak-anak muda khususnya di luar bandar melalui Program Jejak Inovasi  oleh Yayasan  Inovasi Malaysia.
Apa lagi yang kita anak-anak muda ini hendak dari Kerajaan Barisan Nasional ini? Ibarat lirik lagu Ahli Fikir dalam lagu Angguk-angguk Geleng-geleng, ...Kamu Mau Lagi? Di ubah kepada Apa Mau Lagi?

Sawah sebendang
Ladang sebidang
Tanah sekangkang
Pohon sebatang
Kerana uang semua hilang hanya tinggal shelai sepinggang


Yang jenin yang lebai
yang pandir yang luncai
Yang angannya tinggi
 yang dibuai mimpi
 yang sawah terjual
Maruah tergadai


Apa mahu lagi?


Segala fakta diatas membuktikan hanya kerajaan Barisan Nasional lah yang memperjuangkan nasib anak muda bangsa di tanahair kita ini. Jangan lah kita mudah terpedaya dengan janji-janji kosong yang belum terbukti akan dikotakan dan boleh dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat. Apa yang telah dilaksanakan untuk anak muda di negeri-negeri yang telah mereka tawan pada PRU 12? Apa sumbangan dan perlaksanaan Kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat kepada anak-anak muda khususnya anak muda Melayu di Selangor? Di Gombak? Cuba kita berikan contoh dan cuba kita huraikan dan kita buat perbandingan.
Banyak lagi kita keperihatinan Kerajaan dan bukti kerajaan memperjuangkan nasib anak muda di negara kita ini. Ambillah masa dan baca dengan keikhlasan untuk pengetahuan bukan untuk menghentam kelemahan dan kita buat penilaian dengan ikhlas dan dengan minda yang terbuka di pautan ini http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub12.pdf


Gombak!!!! Gempur!!!!

WAJIB BACA!!!