FOLLOW ME


Tuesday, 1 November 2011

PUTERI UMNO BAHAGIAN GOMBAK MENDEKATI PENGUNDI


Tahniah diucapkan kepada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Gombak diatas usaha yang dijalankan untuk mendekati pengundi-pengundi disekitar Parlimen Gombak. Usaha mengadakan Pemeriksaan Kesihatan Percuma melalui Program Klinik Bergerak ini di ketiga-tiga DUN di Parlimen Gombak ini amat bijak sekali dan juga amat berkesan dalam mendekati masyarakat dan rakyat di Gombak ini.  Tarikh dan lokasi program tersebut juga amat tepat dimana misalnya di Dun Hulu Kelang, ianya telah dijalankan di Tapak Pasar Tani di Melawati. Ramai rakyat tempatan berkunjung kesitu pada waktu tersebut dan mereka amat gembira sekali atas perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma yang disediakan itu. Ini kita dapat lihat daripada wajah mereka yang berkunjung ke pasar tani dan melalui khemah Puteri UMNO Gombak dan terus singgah dan melakukan pemeriksaan kesihatan secara spontan.

Pemeriksaan Kesihatan Percuma melalui Program Klinik Bergerak yang telah dijalankan di DUN Gombak Setia misalnya telah yang diadakan di Tadika Kemas Pinggiran Batu Caves Fasa 3 telah turut mengadakan pertandingan melukis kepada anak-anak pengunjung program ini yang mana ibu-bapa boleh membawa anak-anak mereka sekali ke program ini. Sewaktu ibubapa menunggu giliran dan melakukan pemeriksaan kesihatan anak-anak mereka menyertai pertandingan mewarna dan dilayan dan dijaga oleh Puteri-puteri. Ini sengaja diadakan agar anak-anak tadi tidak menganggu keselesaan ibu-bapa melakukan pemeriksaan kesihatan dan untuk menggalakkan mereka yang hendak mengunjungi program ini tidak melepaskan peluang melakukan pemeriksaan kesihatan percuma ini kerana alasan kesibukan menjaga anak-anak dirumah.



Pendekatan ini amat tepat dan bijak dan lepas ini mungkin boleh dipikirkan untuk melaksanakan program yang serupa ditempat-tempat seperti Pasar Malam, Pasaraya Giant di Melawati dan di Taman Samudera Gombak. Syabas dan Tahniah juga diucapkan kepada petugas-petugas Puteri yang bijak merayu dan memujuk pengunjung Pasar Tani untuk singgah dan melakukan pemeriksaan kesihatan dikhemah Puteri ini yang mana ini juga merupakan latihan secara tidak langsung kepada Puteri untuk menjadi perayu dan peraih undi pada PRU-13 nanti.

Terima kasih juga diucapkan kepada petugas-petugas Puteri yang telah mengedarkan Risalah Buletin Gombak Ku Sayang kepada rakyat yang telah mengunjungi program tersebut dan juga kepada rakyat yang berada disekitar Tapak Pasar Tani tersebut. Dalam menganjurkan program kesihatan ini anda juga telah turut membantu memberi penerangan kepada rakyat berhubung isu-isu semasa. Terima Kasih juga diucapkan kepada Pemuda UMNO Bahagian Gombak khususnya Pemuda Cawangan sekitar Melawati yang turut membantu Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Gombak dalam persiapan dan penganjuran program ini. Syabas dan Tahniah sekali lagi kepada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Gombak.

Gombak!!! Gempur!!!




WAJIB BACA!!!