Pada tanggal 26/11/2011 yang lepas, Pemuda UMNO Gombak menerima satu khabar berita yang cukup membanggakan seluruh ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak dimana Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak iaitu Datuk Haji Megat Zulkarnain telah dilantik sebagai Presiden Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) yang baru bagi penggal 2011-2013. Ini merupakan juga pengiktirifan kepada Datuk Haji Megat Zulkarnain yang mana beliau seawal umur 7 tahun lagi telah mendalami ilmu Persilatan Silat Lincah ini hinggalah ke hari ini.