Tinggal 1 hari lagi dan pastinya senarai nama-nama calon yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Najib untuk mewakili Barisan Nasional pada PRU13 untuk menentang petualang-petualang akan dimuktamadkan. Tiada lagi perubahan di saat akhir akan dibenarkan lagi. Selama seminggu ini juga lah tidak kurang hebatnya cerita mereka-mereka yang dulunya mengatakan soal siapa calon kita serahkan kepada kebijaksanaan YAB PM yang menentukan dan mereka akan sokong dan berjuang habis-habisan walau siapa calon yang PM pilih kini berubah sikap apabila nama sendiri yang mengidam nak jadi calon tidak terpilih. Apakah perjuangan kita untuk jawatan calon tersebut? Atau kita berjuang untuk memertabatkan kembali UMNO dan BN?
Yang heran dah berpuluh tahun berjuang pun masih belum mengerti apa sebenar perjuangan itu hingga sanggup mengugut dan mendesak kepimpinan parti. Sanggup bermain tarik tali dan mencabar keputusan Yang Amat Berhormat Dato' Seri. Dimana nilai taat setia kita kepada parti. Bak kata orang putih.
No matter how great we are, how good we are, no one can be above the Organisation.
Maknanya hebat mana pun kita namun kita tidak boleh berada lebih dari parti, matlamat kita tidak boleh berada atas daripada matlamat parti kita. Malah sehebat DS Najib pun beliau tidak boleh menjadi lebih tinggi dari parti. Matlamat DS Najib tidak boleh melebihi atau berada lebih atas dari matlamat parti.
Mungkin masih ramai yang belum paham. Merasakan kepentingan parti berada dibawah kepentingan diri. Sekiranya kita bersikap begini apakah bezanya kita dengan Anwar? Apa bezanya kita dengan mereka yang berada didalam PKR atau PAS? Dulu mereka ini juga memperjuangkan agama dan bangsa serta tanahair kini mereka mengadaikan segala-galanya. Kerana apa? Kerana mereka rasa agenda mereka berada atas dari agenda parti. Bila tak dapat apa dihajati mereka lompat parti atau buat parti sendiri.
Tetapi tidak di Gombak. Di Gombak ini ada sorang anak muda, Datuk Megat Zulkarnain namanya. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak merangkap 4 tahun menjadi Penyelaras Parlimen Gombak. Berkerja keras siang dan dalam untuk rakyat dan dijangka calon top favourite secara logik akal jadi calon Parlimen Gombak menentang Azmin Ali. Anak muda vs anak muda. Namun nama tidak terpilih menjadi calon. Lemah lesu jentera Pemuda dibuatnya. Ramai rakan-rakan baik yang muda mahupun yang tua bertanya kenapa dan mengapa? Namun cuba lihat apa kata beliau di Majlis Pengenalan calon-calon BN di Gombak ini semalam.... Inilah contoh seorang pemimpin sejati. Inilah sifat pemimpin yang mampu merealisasikan transformasi. Ianya tidak boleh dibeli atau dipelajari kerana ianya hadir dalam diri dan sebati dengan hati dan nurani.... Tahniah kanda!!!
MNK Notes: Harap satu hari nanti MNK dapat contohi... dan menjadi ikutan dan budaya rakan-rakan dalam Pemuda satu hari nanti.
Gombak!!! Gempur!!!