FOLLOW ME


Friday 19 April 2013

MARI KENALI CALON BARISAN NASIONAL DUN GOMBAK SETIA N17

Kepada mereka yang mungkin pengundi Gombak yang menetap di luar kawasan Gombak tidak berapa mengenali beliau sekiranya mereka ini bukan anak jati Gombak, tetapi kepada anak jati Gombak atau mereka yang menetap di Gombak, nama Datuk Said Anuar Said Ahmad merupakan tidak asing lagi kerana beliau memang sepenuh masa berkhidmat di Gombak. Orangnya peramah dan mudah di ajak berbual dan senang didekati baik anak muda mahu pun yang tua. Loghat Minang beliau memang tidak dapat dipisahkan, ialah anak jati Gombak bersuku Minang.
 
Setelah berjaya dalam bidang perniagaan beliau telah terjun kedalam arena politik Gombak seawal usia lingkungan pemuda lagi  untuk mencurah bakti kepada orang kampong beliau di Batu 9 Gombak. Kemudian dek ketokohan beliau, beliau telah terpilih untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak. Seterusnya beliau bekerja dan mencurahkan bakti kepada rakyat di Gombak dan parti UMNO hingga lah kini beliau telah diamanahkan tanggung-jawab dalam kepimpinan UMNO Bahagian Gombak selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gombak.
 
Dilahirkan pada tanggal 9hb April 1962 dan merupakan salah seorang anak Gombak yang berjaya dalam bidang perniagaan sebelum menceburi bidang politik. Seorang yang amat menitik beratkan soal pendidikan dan ilmu, dan beliau walaupun dalam kesibukan dalam urusan perniagaan dan berkhidmat kepada rakyat dan UMNO beliau sempat menamatkan Ijazah Sarjana (master) di Universiti Islam Antarabangsa pada 2007.
 
Seterusnya beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan parti Yang Amat Berhormat Dato' Seri Najib Tun Razak untuk menjadi Penyelaras Pembangunan Pusat BN DUN Gombak Setia bermula dari 2008 hinggalah akhirnya nama beliau di pilih sebagai Calon Barisan Nasional DUN Gombak Setia N17 untuk Pilihanraya yang Ke-13 ini.
 
Nak tahu lebih lanjut pasal Calon BN DUN Gombak Setia (N17) Datuk Hj. Said Anuar bin Said Ahmad ini? Jom Saksikan VT ini dan jom Klik link-link dibawah ini.
 
 
MARI KENALI CALON BN DUN GOMBAK SETIA N17 PART 1
 
GOMBAK!!!GEMPUR!!! MARI KENALI CALON BN DUN GOMBAK SETIA (N17) PART 2
 
GOMBAK!!!GEMPUR!!! MARI KENALI CALON BN DUN GOMBAK SETIA (N17) PART 3
 
Gombak!!! Gempur!!!
 
 

WAJIB BACA!!!