FOLLOW ME


Saturday 29 November 2014

YB SOUND BLOGGERS OTAI???


Aduhaiiii... Terasa sungguh MN hingga terpanggil untuk menulis kembali.. Dan menyahut cabaran adik Nur Farhana Mohd Anuar untuk menjadi salah seorang YB di tanahair. Bukan yang berhormat tapi "Young Bloggers" seperti ucapan adik Nur Farhana. Sekarang ni jangan kita ingat YB nie hanya panggilan untuk Wakil Rakyat sahaja tapi pejuang rakyat di alam maya pun dah dipanggil YB. MN nie pun YB la Young Bloggers konon-kononnya la kan. Namun umur dah bukan Young lah cuma di dunia bloggers nie MN kira young sebab tak setaraf dengan otai-otai bolggers yang ada yang baik dari faktor umur di alam maya yang telah sekian lama berjuang dengan istiqamah mempertahankan UMNO dan pemimpinnya dari segala tomahan dan fitnah dari bloggers pembangkang atau menyerang pihak pembangkang dengan menceritakan perkara sebenar tipu daya serta perangai pemimpin-pemimpin pembangkang ini. Tak kurang juga yang menghebohkan kepada rakyat melalui alam maya kebaikkan dasar kerajaan dan aktiviti pemimpin-pemimpin UMNO untuk rakyat baik diperingkat national mahu pun di dearah masing-masing. 

Ibarat diludah mati mak di telan mati bapak. Pembahas dari adik-adik kita nie dari Kelab UMNO Luar negara ini Nur Farhana Mohd Anuar yang telah dipilih mewakili Pengerusi dan Perwakilan Kelab-kelab UMNO dari seluruh negara ini telah MN percaya menguris beberapa hati otai bloggers apabila dengan begitu lantang sekali mempersoalkan tata kerja dan cara penulisan bloggers otai-otai pro-umno ini. 

MN pun mantan pengerusi Kelab UMNO Luar negara dan MN pun pernah alami pengalaman balik selaku perwakilan Kelab UMNO Luar Negara. Jangan lah Otai blogger menghentam adik Nur Farhana atau merajuk dek kata-kata adik Nur Farhana ini kerana ada kemungkinan itu bukan nya luahan beliau sendiri tetapi teks dirangka bersama dan kadang-kadang MN lihat ada campur tangan orang di luar ahli Kelab UMNO Luar negara sendiri kononnya nak bimbing adik adik ini dan tidak nafikan juga mungkin sebahagiannya adalah hasil nukilan rakan adik adik luar negara itu sendiri.


Nama pun adik-adik maka biasalah adik adik ini bersemangat dan ghairah nak menyatakan luahan anak muda tanpa berfikiran panjang dan tanpa berhikmah. Dalam dunia politik nie adik Nur Farhana walaupun kita smart dan genius tapi tiada wisdom erti kata lain kita pandai tapi tidak bijaksana maka kita akan tidak akan diterima dan takan kemana dalam politik UMNO ini. Seperti pesan YAB DS Najib dalam perjumpaan tertutup dengan adik adik KULN ini. Apa kata beliau "You need EQ as well as IQ in politics. The important thing is acceptability. Penerimaan orang terhadap diri kita. Nak jadi pemimpin nie walaupun hebat berpidato, mempunyai pendidikan tinggi melangit, ekonomi mencanak namun tanpa kebijaksanaan dalam apa jua cara dan tindak tandhk kita untuk menambat hati agar diterima oleh masyarakat setempat, diterima oleh peers di cawangan, bahagian, negeri dan national mana mungkin kita menjadi pemimpin. Kebijaksanaan ini hanya dapat di perolehi dari pengalaman berkecimpung dalam arena politik setempat. Jadi jangan lah kita mudah mengatakan hal yang kita sendiri tidak pasti apa yang tersirat dan tersurat. Kenapa tidak di berikan ruang kepada adik-adik ini perjumpaan dengan Alumni Kelab UMNO Luar Negara untuk berkongsi-kongsi pendapat dan pandangan kerana abang-abang Alumni ini telah pun mendapat sedikit pengalaman berkecimpung dalam dunia politik di Cawangan dan Kampung masing masing. Ada yang telah berjaya hingga ke peringkat Bahagian, Negeri dan National. Mereka sudah pasti akan memberi pandangan ikhlas kepada adik-adik Kelab UMNO Luar Negara ini kerana tiada kepentingan dan apa yang mereka akan dapat dari adik-adik Kelab UMNO Luar Negara. Namun Alumi ini seperti disekat dari berdamping dengan adik-adik kita ini. Maka itu lah terjadi hingga kan Adik Nurfarhana ini tidak mengerti apa yang di cakapkan sewaktu perbahasan di PAU 2014 tempohari. Siapakah YB yang adik Nurfarhana maksudkan? Berapa ramai bloggers dari kalangan KULN ini dan siapakan nama nama mereka atau nama Bloggers mereka atau baru nak buat? Buat dulu kemudian baru cakap? Jangan lah hentam mereka yang telah pun menjadi bloggers sekian lama mempertahankan UMNO sedangkan kita ini blog politik sendiri pun kita tidak ada dan kita sendiri membaca blog blog mereka so call OB kot Old Bloggers ini untuk mendapat maklumat dan penjelasan tentang sesuatu isu di tanahair ini.


MN harap blogger-blogger dan pejuang-pejuang ikhlas alam maya yang sekian lama berjuang mempertahankan UMNO yang berjuang mendedahkan tipu daya dan fitnah pembangkang akan tetap berjuang dan istiqamah dalam perjuangan alam maya ini dan tidak terasa hati. Dan MN percaya Otai-otai blogger ini bukanlah calang calang orang dan tidak akan terasa pun dek ucapan kerdil adik kita ini. Kerana bak kata Tun M biaq pi la apa depa nak kata ... dan Bak kata MN ..bukan depa bagi aku makan pun. Lagi lah budak hingusan dari KULN macam MN nie kan sapa lah nak dengar atau baca penulisan MN ni. Yang baik kita ambik buat tauladan yang tak elok kita campak ke laut. Hehehe. Wasallam.

WAJIB BACA!!!