FOLLOW ME


Sunday 8 September 2013

MASIH ADAKAH LAGI PEMIMPIN UMNO BERJIWA BESAR?



Seperti semua sedia maklum cabaran yang getir menanti kita dalam tempoh 4-5 tahun yang akan datang sebelum kita sekali lagi akan diuji sejauh mana kebersanan gerak kerja kita, khidmat kita dalam menjaga kebajikan, memberi khidmat dan memperjuangkan nasib rakyat.  Memandangkan MNK berbangsa Melayu MNK akan membicarakan khusus untuk bangsa Melayu dan wadah perjuangan Melayu Islam tidak lain dan tidak bukan hanyalah UMNO sebagai wadah perjuangan Melayu Islam yang satu. 

Untuk memastikan wadah perjuangan ini dapat di teruskan untuk 30-50 tahun sudah pasti parti UMNO perlu memiliki kuasa pemerintahan. Untuk itu PRU lah menjadi kayu pengukur keberhasilan kerja kita. Jelas faktor penentu kemenangan PRU ke 14 terdiri dari pengundi-pengundi muda dan sudah pastinya pengundi-pengundi baru. Mereka-mereka ini sekarang ini berada di tingkatan 5, tingkatan 6 yang dalam tempoh 4 tahun lagi akan layak untuk mengundi.

Jadi siapalah lagi kalau bukan orang muda yang lebih layak memahami generasi muda. Tanggung-jawab lebih besar perlu digalas oleh Pemuda UMNO mahu pun Puteri UMNO. Sudah pasti untuk diberikan tanggung-jawab besar ini, untuk melaksanakan tanggung-jawab ini orang muda atau Pemuda perlu diberikan juga kuasa. Kuasa diperingkat cawangan, bahagian mahu pun negeri dan Pusat. Bermula dengan cawangan iaitu akar umbi yang mana mereka ini lah berhubung terus dengan masyarakat setempat dalam erti kata lain berhubung terus dengan rakyat. 

Maka wajarlah perlu ada pemimpin pemimpin muda diberikan peluang dan tempat diperingkat kepimpinan cawangan. Persoalannya seramai mana pemimpin baik diperingkat cawangan mahupun bahagian yang mampu melepaskan jawatan dan memberikan laluan kepada pemimpin pelapis muda. 


Bukan MNK nak lambung bapa MNK tapi inilah satu bukti nyata yang mana masih ada pada pandangan MNK pemimpin UMNO yang berjiwa besar yang sanggup melepaskan jawatan untuk memberi ruang kepada pemimpin muda. Malah bukan itu saja gelombang kepimpinan muda diperingkat cawangan di rantau Gombak sudah mula kelihatan dan ini bagi MNK adalah satu perkembangan yang sihat. 3-4 cawangan sudah mula dipimpin oleh Pemuda. Maknanya 3-4 Ketua Cawangan adalah dikalangan anak muda yang masih ada umur Pemuda atau pun baru habis umur pemuda. Dan selepas habis semua cawangan bermesyuarat 15 Sept 2013 mungkin makin ramai lagi kalau bukan menjadi Ketua Cawangan tetapi Timbalan Ketua Cawangan ataupun setiausaha cawangan.  Maknanya apa? Mereka ini duduk didalam kepimpinan cawangan dan boleh menyumbang kepada perancangan program program menjurus kepada generasi muda. 


Dalam Bahtera jangan ada dua Nakhoda
akan hilang lah rindu dan kenangan
sungguh murni perjuangan Pemuda
di tegur boleh di cantas jangan

Dalam Bahtera perlu ada seorang Nakhoda
membaca arah dilangit bulan dan bintang
Siapa lah lagi kalau bukan Pemuda pemuda
Dibarisan hadapan menentang sipetualang



WAJIB BACA!!!